Sunday, December 27, 2009

BLOGGER ADALAH ILMUAN PADA KEDUDUKANNYA

Para Blogger sebenarnya adalah ibarat ilmuan internet yang lengkap dengan pekej pengetahuan pengendalian blog dan isu semasa sekitar mereka yang dianggap terkini dan penting. Para Blogger juga adalah duta kepada kepercayaannya sendiri yang mana mempamerkan gaya pemikiran dengan penceritaan aktiviti yang dilakukan olehnya serta banyaknya pengalaman berharga dan berguna buat tatapan juga amalan si pembaca setia mereka

Para Blogger kini sudah ada yang bergelar ustaz, jurutera, politikus, negarawan, usahawan, budiman, mahasiswa, pelajar sekolah, golongan pendidik yang mana bila disebut secara umumnya adalah juga rakyat yang menghuni bumi yang sama, namun bekerja dan melontar idea di tempat berbeza, hidup pula dengan cara dan adat yang pelbagai.

Maka mengertilah para Blogger, kita adalah satu golongan yang cepat menyampaikan serta cepat juga dalam mengajar serta mendidik masyarakat pembaca dan perindu kita di alam maya ini.

Maka berlaku jujurlah, iaitu jujur dalam keredhaan dan kehendak dan perintah Tuhan. Maka bersiap bijaklah. Sebab apa yang kita tulis ini akan dipertanggungjawabkan akhirnya. Jika tidak pada waktu kehidupan di dunia ini, maka jangan lupa ia tetap akan diakreditasi oleh Tuhan di alam kehidupan akhirat nanti

Jangan pula manjadi ilmuan yang menjahanamkan kebenaran. Ilmuan ilmu hitam dan khurafat lagi hodoh ilmunya. Marilah menjadi ilmuan yang berguna dan menenangkan kebenaran, ilmuan yang ingin selalu ditatapi wajahnya lagi diamalkan tulisan dan sasarannya, Wassalam…….

Artikel ini dipetik dari buku Risalah Pemimpin 10, ISLAM DIMARTABATKAN ALAM DILIMPAHI RAHMAT, diterbitkan oleh JIMedia, Jemaah Islah Malaysia (JIM). Tulisan Mohammad Fauzan Md Ibrahim.

Friday, December 25, 2009

PALASTIN AKAN KEKAL MILIK ISRAEL

Terlebih dahulu perlu saya jelaskan yang artikel ini hanyalah sekadar satu teori. Saya mohon maaf pada para pembaca dan mohon ampun pada Allah sekiranya teori ini agak keterlaluan. Namun misi saya adalah untuk membuka minda kita berkaitan isu di bawah.

Allah s.w.t telah menyuruh kita untuk menggunakan akal fikiran kita untuk berfikir. Banyak ayat2 dalam al-Quran yang menyuruh kita agar berfikir kepada benda2 yang lebih berfaedah. Dengan berfikir, kita akan lebih matang dan akan merasakan banyak perkara bermanfaat yang boleh kita fikirkan.

Tangah saya berfikir2 tentang perjuangan Islam, tiba2 saya terfikir isu Palastin yang telah berlarutan selama 40 Tahun. Berbagai2 teori kita dengar bagaimana asal usul krisis Palastin. Namun terserah pada kita teori yang manakah yang kita hendak terima pakai. Apapun yang lepas biarkan lepas, yang penting sekarang bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah Palastin?.

Adakah masyarakat Islam tidak berbuat apa2 dalam isu ini?. Tidak adakah masyarakat Islam yang membantu Palastin?.Tidak adakah masyarakat Islam mendoakan untuk kesejahteraan mereka?.Tidak dimaqbulkah doa masyarakat Islam?.Adakah doa ulama’ agar isu ini selesai tidak dimaqbul?.Tidak dimaqbulkah doa mufti2 Malaysia mahupun dunia?Tidak dimaqbulkah doa Sheikh kita yang mengabdikan diri pada Ilmu?Tidak dimaqbul kah doa2 sheikh2 Azhar?,Tidak dimaqbulkah doa Sheikh Al-Qordhowi?

Adakah Allah tidak boleh menyelesaikan masalah ini?adakah Allah tidak boleh menggunakan Kun Fayakun?.Tidak mampukah Allah mengatasi orang2 Israel?. Kenapa sejak 40 Tahun isu Palastin masih belum selesai?. Kenapa Allah membiarkan isu Palastin berlarutam sebegini lama? Sampai bilakah Allah akan membiarkan isu Palastin? Ada kesudahankah isu ini?.Adakah Israel akan memiliki Palastin atau akhirnya Palastin akan mendapat hak mereka?

Sebagai seorang Islam yang berpegang pada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita secara mutlak akan berpandangan Allah boleh menyelesaikan isu Palastin sekelip mata kita sahaja. Allah mampu buat jauh lebih hebat dari menyelesaikan isu Palastin. Allah Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Pengasih dan Penyayang. Maha pada segala yang Maha. Allah boleh mengajar orang2 Israel sama macam bangsa Israel yang dulu2, Tapi soalnya kenapa Allah tidak berbuat demikian?.

Bersabda Rasulullah S.A.W :-


Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah, Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

Sebenarnya Allah boleh selesaikan isu Palastin hari ini juga, tapi sekiranya Allah selesaikan begitu sahaja, hanya Palastin sahaja yang akan selesai, namun masalah umat islam dunia tidak akan selesai. Saya membuat teori, Allah akan selesaikan isu Palastin saat ini juga, tapi dengan syarat masyarakat Islam perlu bersatu padu, perlu mempunyai satu kekuatan yg boleh menguasai dunia. Sekurang2nya dari segi ekonomi, ketenteraan, kepmpinan dan juga pengaruh.

Setelah syarat ini tertunai, maka Allah akan selesaikan isu Palastin bila2 sahaja. Secara tidak langsung, selesai isu Palastin, selesai juga masalah Umat Islam dunia. Dengan kelebihan serta kekuatan masyarakat palastin seperti yang dinyatakan dalam hadith di atas, maka Allah pilih mereka untuk diuji sebagai pedoman dan kesedaran pada masyarakat Islam dunia.

Adakah kita akan terus bebalah sesama Islam? Adakah kita akan terus berpacah dalam pejuangan islam?.adakah kita tidak mempunyai toleransi dalam manyambungkan ukhuwwah? Adakah permuafakatan mustahil untuk di laksanakan. Kita harus berubah, bersatu padu untuk mendirikan Syiar Islam dimuka Bumi. Sehinggakan akan membuatkan masyarakat bukan Islam berasa hormat dan tidak berani angkat muka di bumi milik Allah ini terhadap masyarakat Islam……. Fikir-fikirkan……


Saturday, December 19, 2009

CONCERN IS A CARRIER WAR SHIP

15 NGO Islam di atas CONCERN Bersiap Sedia Membuat Gerak Kerja

Ketika ini Gabungan NGO Islam, CONCERN sedang bersidang di Beringis Resort bagi menyelaraskan program CONCERN 2010. CONCERN sedang menuju kearah satu kesatuan yang lebih padu dan jitu dalam memartabatkan Islam di Sabah. Namun dalam gabungan, memang wujud masalah-masalah ahli yang tidak memberi komitmen yang terbaik sehinggakan ada yang menyatakan CONCERN agak lambat dalam bertindak. Asyik mesyuarat dan mesyuarat dan tidak ada apa-apa tindakan.

Saya tidak menafikan CONCERN memang ada kelemahannya. Namun kita boleh menggambarkan yang CONCERN ini diibaratkan Cerrier War Ship atau Kapal Pengangkut Perang. Secara fizikalnya ia agak besar dan perlahan pergerakannya. Kebiasaannya Carrier War Ship adalah medan untuk bermesyuarat, mengaturkan srategi perang, dan membuat segala persiapan perang. Namun yang membuat serangan adalah jet-jet pejuang bagi menghancurkan sesuatu sasaran.

Jet Pejuang sentiasa begerak samada membuat latihan, risikan ataupun serangan. Carrier War Ship memang Nampak agak perlahan dan tidak berbuat apa-apa. Tapi sekali ia begerak, sudah pasti akan menggemparkan dan menakutkan sesiapa sahaja.

Begitu jugalah dengan CONCERN, CONCERN hanya ibarat Carrier War Ship, tempat bermenyuarat, mengatur strategi dan pelbagai persiapan. Namun NGO yang bernaung dibawah CONCERN sentiasa membuat latihan, risikan dan juga gerak kerja. CONCERN memang nampak perlahan dan tidak membuat apa-apa. Tapi sekali ada isu besar, CONCERN pasti akan bergerak dan menggerunkan musuh-musuh Islam.

Ini adalah perumpamaan yang boleh saya berikan. Nampak seolah-olah CONCERN tidak berbuat apa-apa, tapi sebenarnya CONCERN tidaklah seperti yang digambarkan. Saya mengharapkan masyarakat setempat untuk bersama-sama CONCERN dalam mengembangkan syiar Islam di Negeri Sabah. Semoga dengan kesatuan ini akan membuatkan Islam akan disegani di negeri Sabah, fikir-fikirkanlah…….

Wednesday, December 9, 2009

ANAMASYHUR ULAS KENYATAAN MUFTI SELANGOR.

Gambar Hiasan

Jam telah menunjukkan jam 2.10 minit pagi. Puas pusing ke kiri dan ke kanan. Namun tidak terlelap juga. Saya layari internet, saya jumpai artikel berita bertajuk “Mufti Selangor tidak sokong hasrat Asri”. Saya tidak sehebat Mufti Selangor. Namun suka rasanya saya mengulas sedikit kenyataan Mufti Selangor , Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (klik sini).

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan pendapat yang di buat oleh Datuk Seri Mufti. Saya beranggapan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam mesti di buat dengan apa cara sekali pun. Banyak pendakwah-pendakwah berdakwah di masjid-masjid sedangkan jemaah masjid itu orangnya memang dah baik. Namun tidak ada orang yang hendak turun ke lapangan berdakwah secara terus dengan orang yang tengah seronok dengan maksiat.

Berdakwah di pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak semestinya di lakukan dengan cara berceramah, berpakaian jubah dan serban serta berjumpa seorang demi seorang menegur setiap kesalahan yang mereka lakukan. Cara dakwahnya juga tidak boleh disamakan seperti dakwah di masjid, dan di surau. Kita harus mencari satu makanisma perlaksanaan yang sesuai untuk berdakwah di pusat-pusat hiburan.

Saya juga tidak bersetuju najis boleh di basuh tanpa kita masuk ke dalamnya. Macamana sekali pun najis tu, sekurang-kurangnya tangan kita harus masuk untuk membersihkannya. Adakalanya, dengan badan kita harus masuk sekali untuk membersihkan najis seperti masuk ke dalam pembentung najis.

Saya tidak nafikan memang kita akan terkena najis. Tapi sebelum kita turun, bukankah kita dah maklumkan pada masyarakat sekeliling yang kita ni adalah petugas pembersih pembentung najis. Dengan ini, siapa pun yang melihat kita dengan najis, tidak akan berkata apa-apa kerana masyarakat memang tahu, kita adalah pembersih pembentung najis.

Sebenarnya, macamana sekali pun, dakwah di pusat hiburan mesti di buat. Cara yang terbaik, letakkan penguatkuasa sekadar menjadi mandur di muka pintu, mundar mandir dengan tujuan memaklumkan kepada masyarakat “awas!!!!.....ada penguatkuasa di sini”. Ini juga salah satu daripada kegiatan dakwah. Dengan ada penguatkuasa sebegitu, kaki-kaki pusat hiburan akan takut dan balik begitu sahaja.

Begitu juga di kawasan-kawasan hitam, pusat pelacuran dan juga pondan. Kerahkan penguatkuasa meronda kawasan sekadar untuk memaklumkan bahawa ada penguatkuasa meronda, buat salah akan di tangkap. Kerjanya hanya sebagai meronda-ronda sahaja untuk menakutkan masyarakat. Semua ini di buat dengan syarat di hebahkan kepada masyarakat ada penguatkuasa akan menjalankan tugas di kawasan-kawasan tertentu. Pasti orang tidak akan berani buat maksiat.

Sebenarnya cadangan saya ini telah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Mahkamah, Penguatkuasa & Jerangkap Samar" (klik sini). Dakwah tidaklah hanya di kawasan tertentu sahaja, namun harus di buat berterusan tidak kira tempat dan waktu….
Fikir-fikirkanlah…….

Tuesday, December 8, 2009

MASJID : HAD WANITA UZUR

SEPANG : Tiba-tiba saya teringat dengan isu tahun 2007 apabila Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) yang pada ketika itu berpusat di Masjid Bandaraya telah diarahkan berpindah ke Madrasah Islamiah Kota Kinabalu. Isu ni telah menjadi isu hangat di kalangan beberapa aktivis-aktivis Islam pada ketika berikuta arahan tersebut.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) pada keti
ka itu membuat kelas pengajian di dua sayap kiri dan kanan tingkat satu Masjid Bandaraya, Likas. Pelajar-pelajarnya pula terdiri dari wanita-wanita Mualaf yang dahagakan ilmu.

Masjid Bandaraya yang dibina dengan kos RM40 Juta itu mempunyai ruang
di kiri dan kanan tingkat satu masjid yang tidak digunakan sepanjang tahun. Rasanya Solat Idul Fitri & idul adha pun ruang tersebut tidak digunakan. Berkeadaan agak suram dan lantai berdemu. Bagi sesiapa yang berjalan di ruang te
rsebut, sudah pasti kaki akan menjadi hitam kerana kotoran. Secara jelasnya, ruang atas tersebut memang berada dalam keadaan tidak digunakan.
Bersabit dengan keadaan ruang tersebut. SAHABAT mengambil inisiatif m
enggunakan ruang itu sebagai ruang kelas. Ruang tersebut dibersihkan sebaiknya dan digunakan setiap minggu sebagai kelas pengajian teratak fitrah. Setelah seronok & selesa menggunakan ruang tersebut. Terdengar suara-suara sumbang menyatakan ruang tersebut tidak boleh digunakan kerana khuatir ada pelajar SAHABAT yang uzur memasuki ruang itu untuk menghadiri kelas pengajian teratak fitrah.

Kesudahan daripada suara-suara sumbang tersebut, akhirnya masalah ini dibawa kepada Pejabat Mufti dan keputusan dibuat untuk berpindah kerana ruangan tersebut dikira sebagai masjid yang diharamkan kepada wanita uzur. Saya sengaja mengulas isu ini kerana yang saya faham, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangkal apa yang telah diputuskan dalam Al-Quran dan Hadith. Namun perselisihan sesama kita adalahlah dibenarkan. Jadi, tidak salah kiranya untuk saya mengulas semula isu ini.

Isu ini menimbulkan persoalan dibenak saya. Kebetulan saya bersolat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Saya ternampak papan tanda dengan tulisan HAD WANITA UZUR di tengah-tengah masjid itu. Kenapa masjid itu boleh membenarkan wanita masuk ke dalam masjid sehingga kawasan yang di hadkan kepada wanita uzur? Adakah pihak berwajib di Selangor yang salah atau Sabah? Yang satu melarang dan yang satu membenarkan.

Sebenarnya tidak ada satu pun masjid di Sabah yang berbuat seperti Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Sepatutnya semua masjid harus mempunyai zon kawasan ruang Ibadah dan bukan Ibadah. Apabila begini, masyarakat Islam boleh menggunakan ruang masjid dengan sebaiknya untuk beribadah, beriadah, belajar, berkhidmat, berehat dan sebagainya mengikut zon kawasan yang telah di tetapkan.

Keadaan ini samalah halnya dengan ruang tandas dan ruang parking. Tandas dan parking telah di zonkan sebagai kawasan tandas dan parking, sebab itulah kita boleh membuang air di tempat yang sebumbung dengan masjid. Dengan meletakkan zon-zon sesuatu kawasan, maka tidak timbul persoalan wanita uzur memasuki masjid. Kerana dengan jelas kita sebut had kawasan yang dibenarkan dan dilarang. Sekiranya tidak dizonkan, maka wanita uzur yang duduk dalam kereta pun sepatutnya tidak boleh berdiam di dalam kereta, kerana kereta itu parking di atas kawasan yang dikira sebagai masjid.

Saya beranggapan pihak pengurusan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang telah membuat satu mekanisma perlaksanaan pengurusan masjid yang betul dalam tuntutan menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membuat kelas di ruang yang disediakan untuk wanita uzur untuk menghadiri kelas-kelas agama tanpa dipersoalkan status ruang yang digunakan.

Saya menyeru kepada semua pihak pengurusan masjid di Sabah agar membuat satu ketetapan zon kawasan bagi wanita uzur. Zon kan kawasan antara zon ibadah dengan zon bukan ibadah bagi memudahkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membeli belah di kawasan masjid, berklinik sekiranya ada, beriadah, dan pelbagai lagi kegiatan sosial yang boleh dilaksanakan. Perkara ini sangat diperlukan untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah….fikir-fikirkanlah

Monday, December 7, 2009

LAGI ISLAM TERHINA

Di Petik dari : http://www.malaysiakini.com/news/119198

Sebuah tandas awam untuk kemudahan lelaki, wanita dan golongan kurang upaya (OKU) di Sabindo dekat bandar Tawau, menimbulkan tanda tanya orang awam kerana ia turut menempatkan sebuah bilik solat di dalamnya.

Di pintu masuk bangunan itu terdapat papan tanda surau dengan lambang wanita, lelaki dan OKU.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk menutup ruang solat berkenaan jika ia didapati mencemar nama baik Islam.

Namun, katanya, sebelum kemudahan tempat sembahayang itu disediakan, MPT telah meminta pandangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang tidak membantah, malah ia membantu menetapkan arah kiblatnya.

"Kita akan berjumpa sekali lagi dengan JHEAINS kerana mereka lebih arif," katanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali, ketika dihubungi berkata, adalah kurang sesuai bagi bilik sembahyang dibina dalam bangunan tandas.

"Kita akan siasat perkara ini demi kemuliaan Islam," katanya.

Tandas awam berkenaan terletak hanya 500 meter dari Masjid Al-Kauthar, masjid terbesar di Sabah. BERNAMA

TERIMA KASIH JIM NEGERI SEMBILAN

Antara Perwakilan Negeri Sembilan yang Hadir

KUALA KANGSAR: Hari ini saya berada di Perhimpunan Perwakilan Nasional ke-19 (PPN19), Jamaah Islah Malaysia JIM di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar. Kehadiran saya adalah bagi menggantikan tempat YDP JIM Sabah En Marsus Jabbar.

Alhamdulillah, ini adalah kehadiran julung-julung kali saya ke majlis besar dan formal. Saya tidak pernah menghadiri majlis sebesar ini bagi satu-satu pertubuhan. Majlis ini adalah majlis yang cukup bermakna buat saya kerana banyak cerita-cerita yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Sampainya saya di dewan perhimpunan, telah ramai ahli-ahli JIM yang telah awal tiba dengan pelbagai wajah, bentukrupa, pesen dan ragam. Terasa amat kerdil diri ini duduk bersama orang-orang yang cukup tarbiahnya. Melihatkan wajah mereka sahaja sudah membuatkan timbulnya pelbagai persoalan di benak saya.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang sedia maklum bahawa saya adalah seorang penganalisis setiap objek yang saya lihat. Jadi pengalaman saya di PPN19 telah banyak menghasilkan keputusan analisis dari pelbagai aspek dan sudut. Ada yang boleh saya dedahkan dan ada yang sebaiknya tidak didedahkan untuk kebaikan bersama.

Sepanjang saya di sini, saya cukup berterima kasih kepada perwakilan Negeri Sembilan kerana meraikan kehadiran saya sebagai perwakilan yang datang dari jauh. Mereka cuba untuk memenuhi keperluan saya selama ada di sini. Mereka cuba untuk memenuhi keperluan makan minum saya, pengangkutan dan juga penginapan. Tidak lupa juga kepada Ust Nicolas Sylvester @ Muhammad Bin Abdullah yang prihatin dengan keperluan saya.

Terima kasih saya ucapkan khas buat perwakilan Seremban dan Kuala Pilah, En. Misri, Zaki, Ridhuan, Hasri, Annuar dan juga En. Malik. Anda semua memang sporting habis…”Sonang Hati Den ni Hah bokawan dongan korang” Pasal Durian…..Nasib baik potang tu den fikir orang kiri dan kanan den dalam dewan PPN. Kalau tidak, monangih tuan rumoh nengok durian dio den kojokan".

Apa pun...ketawa-ketawa juga. Jangan lupa..JIM Sabah menantikan kedatangan anda. Banyak lagi tugas-tugas yang perlu kata laksanakan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T….WASSALAM…..

Sunday, December 6, 2009

SAYA AHLI JIM

TAIPING : Rasanya ramai yang tidak tahu saya adalah ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM). Sebenarnya telah hampir 2 tahun saya terlibat dengan kegiatan JIM,menyertai program usrah, Qiam dan lain2 program.

Lama saya beraksi dengan tanpa keahlian. YDP JIM Sabah, En Marsus Jabbar pula dah lama minta saya mengisi boring keahlian, namun tidak pernah saya respond. Tapi setiap program saya tetap memberikan komitmen yang tinggi. Sehinggalah kelahiran anak kedua saya, En. Marsus menziarah saya di rumah.

Setelah kami bercerita-cerita, sebelum En. Marsus balik, beliau serahkan kepada saya borang JIM untuk diisi serta merta. Atas permintaan En. Marsus saya pun mengisi dan terus menyerahkan boring tersebut kepadanya. Setelah sebulan rasanya, saya mendapat panggilan telefon dari JIM pusat atas tujuan temuduga atau kepastian maklumat saya. Selepas beberapa lama kemudian, saya mendapat satu surat yang menyatakan permohonan saya untuk menjadi ahli JIM telah pun di luluskan.

Setelah keahlian saya diterima, maka sahlah saya sebagai ahli Jemaah Islah Malaysia JIM bagi daerah Kota Kinabalu. Bergeraklah saya di Sabah dengan menggunakan topi SAHABAT dan juga JIM. Sekarang saya berada di Taiping bagi menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional ke 19, Jemaah Islah Malaysia (JIM), bertempat di Kolej Islam Darul Ridzuan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Tuesday, December 1, 2009

PESAN BUAT AHLI CONCERN



Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) adalah gabungan 15NGO Islam dan beraspirasikan Islam yang bernaung di bawahnya. Kewujudan CONCERN adalah sebagai satu suara yang besar bagi mewakili masyarakat Islam di bumi Sabah. Bersuaranya CONCERN, bererti bersuaralah seluruh ahli-ahli 15NGO yang bernaung di bawah CONCERN.

Namun suara itu tidak akan kuat sekiranya hanya segelintir daripada 15NGO yang yang komited untuk bersama CONCERN. CONCERN perlukan komitmen yang tinggi daripada 15NGO untuk mewakili masyarakat Islam Sabah. Dengan hanya beberapa ahli saja yang komited dan yang lain-lain buat sambil lewa saja, ini akan memincangkan pergerakan CONCERN.

Perlu kita ingat, CONCERN diibarat sebagai tubuh badan. Manakala 15NGO yang bernaug dibawahnya sebagai anggota badan. Tidak berfungsi salah satu anggota badan, maka pincanglah si tubuh badan tadi. Atas maksud itu, diharapkan sangat agar 15NGO memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada CONCERN yang concern kepada nasib masyarakat Islam di Sabah.

Adalah tidak adil sekiranya untuk menghadiri mesyuarat mingguan dan bulanan atau apa-apa acara hanya di hadiri beberapa kerat dari 15NGO. Tapi bila ada majlis yang besar-besar, samada pertemuan dengan Menteri, TYT, Dato’, YB atau majlis-majlis yang menginap di hotel besar, barulah keluar semua muka-muka yang tidak pernah timbul di acara-acara kecil. Adakah kita bekerja hanya untuk nama?, untuk publisiti murahan saja?. Saya tidak menujukan kenyataan ini kepada sesiapa, tapi siapa yang makan cili, sepatutnya dia merasa pedas.

Saya mohon kepada semua 15NGO yang bernaug di bawah CONCERN agar memberikan komitmen sepenuhnya untuk melancarkan pergerakan CONCERN. Sekiranya Presiden tidak dapat hadir, pastikan ada wakil untuk mewakili NGO anda dalam apa pun program CONCERN. Mungkin anda merasakan banyak kekurangan yang ada pada CONCERN, sebab itulah CONCERN memerlukan anda untuk mengukuhkan pergerakan CONCERN sebagai badan yang akan memartabatkan Islam di bumi Sabah. Fikir-fikirkanlah……

Monday, November 30, 2009

BUMIPUTERA SABAH TERUSIR JAUH

Tahukah anda, sebenarnya tanpa kita sedari masyarakat Bumiputera di Sabah terutamanya masyarakat Islam terusir jauh ke luar bandar. Tanpa kita sedar juga masyarakat bukan Bumiputera akan mengambil alih kawasan orang-orang Bumiputera di dalam segi tiga emas bandar-bandar di Sabah. Ini adalah hakikat yang tidak ramai orang fikirkan. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, percayalah satu hari nanti tidak akan ada lagi masyarakat Bumiputera berada di dalam bandar.

Kita lihat sahaja daerah Kota Kinabalu. Kg Sembulan, Kg Sri Tanjung, Kg Likas, Kg Lembaga Padi, Kg Delima dan beberapa kampung lagi yang telah terusir dan akan terusir. Persoalannya semua kampung-kampung ni adalah perkampungan Bumiputera yang tanpa sedar telah terusir dan akan terusir ke kawasan yang jauh dari Bandar seperti di Kinarut, Telipok Ria, Rhugading, kionsom dan lain-lain. Tahukah kita, dari kawasan-kawasan penempatam baru ni, tambang ke Bandar mencecah RM4.00 sehala.

Bagi anak-anak remaja yang berkerja di Bandar, gaji setakat RM700 tidak memberi apa-apa makna. Tambang pulang balik saja RM8.00. Makan minum harian, sarapan dan makan tengahari saja kurang-kurang RM8.00. Ini sahaja dah cecah rm480.00 sebulan. Baki yang tinggal Cuma RM220.00, apalah yang boleh di buat dengan RM220 ni?. Cukup-cukup bayar sewa rumah dengan bil letrik sahaja. Untuk makan minum?, bil air dan keperluan lain bagaimana?.

Tanpa kita sedari, sebenarnya masyarakat Bumiputera terusir tanpa sedar jauh dari Bandar dan secara tidak langsung akan membuka ruang kepada masyarakat bukan Bumiputara menduduki kawasan bandar. Dalam kawasan Bandar pula, sekiranya ada projek perumahan pun, harganya terlalu tinggi di luar kemampuan kebanyakan masyarakat Bumiputera. Ada sesetengah rumah berharga RM200K keatas. Ada yang mencapai RM500K, RM600K dan ada juga yang mencecah nilai jutaan ringgit. Ini juga antara punca masyarakat Bumiputera terusir.

Untuk sedikit masa lagi saya merasakan kampung-kampung di sekitar lembaga padi ke King Fisher membawa kepada kampung-kampung sebelum lampu isyarat Tebobon dan lampu Isyarat Indah Permai juga akan terusir. Masyarakat bumiputera yang tinggal di kawasan segi empat dua sama ni satu masa nanti tetap akan terusir ke kawasan jauh dari Bandar.

Kita lihat pula di daerah Sandakan. Masyarakat-masyarakat Bumiputera di kawasan Bandar juga terusir ke kawasan jauh dari Bandar. Kita ambil contoh kampung-kampung sekitar tanah merah, Kampung Forest, Kg Pelarian, BDC, Batu 2, naik ke batu 21/2, batu 3 dan batu 4. Khabar terbaru berkemungkinan perkampungan Buli Sim-Sim juga akan terusir. Perkampungan ini ada yang telah di tempatkan dan akan ditempatkan di Kg Tinosa dan Batu 10 Sungai Batang.

Ini juga adalah tempat-tempat yang cukup jauh dari Bandar. Tambang untuk ke bandar mencecah RM4.00 untuk sehala. Satu masa lagi, dari kawasan batu 8 hingga ke Bandar akan dimiliki oleh masyarakat bukan Bumiputera. Masyarakat Bumiputera akan terpinggir jauh di luar Bandar. Saya tidak ada fakta untuk daerah-daerah lain. Namun dua daerah ini menunjukkan kita bukti yang masyarakat Bumiputera kita, terutamanya Islam sudah semangkin jauh daripada Bandar. Saya bersetuju dengan misi sifar setinggan di Sabah, tapi penempatan baru tersebut tidaklah sepatutnya sejauh yang ada sekarang. Sebaik-baiknya penempatan itu berada dalam segi tiga emas bandar agar masyarakat Bumiputera tidak jauh terusir ke luar bandar.

Saya selaku generasi muda yang prihatin dengan bangsa dan agama saya menyeru kepada pihak berwajib. Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, DBKK, LPPB, Jabatan Perancangan Bandar, JHEAINS, JAKIM, Syarikat Pembangunan Perumahan milik Bumiputera dan pihak-pihak yang berkaitan untuk memikirkan masalah ini. Gunakanlah kuasa yang ada, saluran yang ada untuk mengatasi masalah ini. Janganlah hendaknya masyarakat Bumiputera akhirnya berada di Tuaran dan Papar kerana penempatan sekarang sudah hampir ke kawasan tersebut.

Perlu kita fikirkan bersama bagaimana nasib anak-cucu kita dalam tempuh 50 tahun akan datang. Kalau masyarakat Bumiputera boleh terusir sejauh ini hanya dalam tempoh 48 tahun. Bagaimana pula untuk tempoh 50 tahun akan datang?.Saya sekali lagi memohon kepada pihak yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Ini adalah perjuangan bersama untuk anak bangsa dan juga agama kita yang suci.
Fikir-fikirkan………

Sunday, November 29, 2009

SAUDARA KITA, 9 QURBAN

Presiden dan Bendahari SAHABAT bersama Ketua Pengarah JAKIM MALAYSIA sewaktu Majlis Lawatan Mufti Seluruh Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke MARKAS SAHABAT

Setelah setengah hari berehat dari keletihan dengan acara qurban hari ketiga, terasa terusik-usik hati untuk menulis artikel ini. Pagi tadi seawall jam 7 pagi, sudah ramai orang berkumpul untuk menyelesaikan acara qurban di Maahad Tahfiz Kepayan Kota Kinabalu. Sebanyak 9 Ekor lembu akan diselesaikan hari ini. Qurban hari ini adalah qurban pelajar-pelajar Saudara Kita yang belajar di Maahad Tahfiz tersebut dan beberapa individu-individu luar yang turut serta berqurban di situ..

Seperti yang saya katakana semalam, harap-harap hari ini ada ruang buat saya mengambil pengalaman menyembelih sekurang-kurangnya seekor lembu. Saya yakin Ust Awaluddin tidak kedekut Ilmu orangnya. Saya yakin dia akan memberikan saya ruang untuk mendapatkan pengalaman itu. Tapi apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi.

Seawal2 pagi lagi saya terpaksa menghantar orang rumah ke Masjid Bandaraya kerana ada acara tahsin quran guru-guru KAFA JAKIM di sana. Ntah kenapa di hari raya begini pula mereka buat kelas tahsin. Sedangkan ramai guru yang mungkin terlibat dengan acara qurban. Hari tu penyelia maklumkan ada mesyuarat. Tau-tau bukan mesyuarat, tapi kelas tahsin. Macam jak kelas tu tak boleh tangguh ke minggu depan.

Akhirnya jam 8.30 pagi baru saya sampai di Maahad Tahfiz. Apabila saya sampai sahaja, saya lihat 9 ekor lembu dan bergelimpangan. Ada yang tinggal tulang-tulang sahaja kerana sudah diselesaikan orang-orang yang hadir. Agak ramai orang yang hadir, ada yang kata 2 kampung hadir dengan maksud ramai orang membantu.

Dengan keramaian begitu, kita tidak terlepas dengan pelbagai kerenah negetif masyarakat yang turut serta membantu. Ada yang rajin sangat buat kerja, ada yang memerhati sahaja kerja-kerja qurban. Ada sekelompok orang yang pergi lembu ke lembu tanyakan kalau-kalau ada ekor, kaki, biji, perut dan lain. Tidak kurang juga ada yang berlagak hero sedangkan apa pun tak tahu.

Walau bagaimana pun anamasyur mengucapkan syabas kepada Ustazah Zaloha Hj Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Unit Dakwah JHEAINS dan orang-orangnya yang berjaya melaksanakan program qurban melibatkan jumlah lembu yang banyak. Sebenarnya majlis sedemikian bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan tenagakerja yang ramai. Tidak kurang juga memerlukan pengawal yang ramai kerana takut ada bahagian-bahagian qurban yang dilarikan. Namun qurban tadi agak berjalan dengan lancer.

Kepada yang hadir, anamasyur juga mengucapkan tahniah dan syabas kerana dapat membantu orang yang berqurban. Tanpa anda semua saya percaya majlis tadi tidak akan dapat berjalan dengan baik. Teruskan Bantu membantu dalam hal-hal sedemikian. Ketepikan prasangka dan prajudis sesame kita. Jadikan misi kesatuan ummah tunjang dalam penyatuan kita.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Saudara kita SAHABAT yang yang di ketuai oleh En. Abu Bakar Ongkosing dan Pn. Sallywati Fan Abdullah kerana turut serta membantu dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Terima kasih juga kerana tidak meminta-minta bahagian-bahagian qurban dan hanya menerima seadanya apa yang diberikan. Syabas SAHABAT, di harap SAHABAT boleh menjadi pertubuhan yang boleh turun padang membantu segala acara-acara keagamaan.
TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA

Saturday, November 28, 2009

PRESIDEN YANG TELAMPAU, MAKAN SEORANG

Hari ini badan agak letih setelah seharian bertungkus lumus membantu Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) membuat Qorban. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada, beberapa ahli dan penggerak SAHABAT telah membuat qorban sebanyak 4 ekor lembu semuanya. Lembu yang diqorban agak sihat dan boleh diketegorikan adalah baik.

Kali ini agak berbeza kerana SAHABAT tidak memulakan acara qorban seawal pagi seperti biasa orang buat. Namun SAHABAT memulakan acara sebelah petang berikutan sebelah pagi SAHABAT ada acara Sambutan Hari Raya Qorban anjuran bersama JAKIM SABAH, PERTIWISA dan juga DBKK. Namun JHEAISN juga turut serta memeriahkan majlis sebagai tetamu jemputan khas.

Setelah acara pagi selesai dan solat zohor. Acara qorban pula mengambil tempat. Alhamdulillah keempat-empat lembu telah pun tersedia untuk di qorbankan. Ada beberapa jajaka-jejaka gagah telah merebahkan lembu-lembu tersebut lebih awal sebelum acara bermula. Bila tiba masanya, 3 ekor lembu diselesaikan oleh Ust Salahuddin manakala seekor lagi diselesaikan oleh En. Jutom Ongkosing @Abu Bakar Abdullah, Presiden SAHABAT.

Sebenarnya saya sudah awal2 lagi merunding presiden mahu menyudahkan seekor lembu untuk pengalaman pertama. Namun beliau menyatakan beliau tidak akan menyembelih dengan maksud tidak bersedia lagi. Atas maksud itu saya juga menyimpan rasa di hati dengan harapan ada juga masanya nanti saya merasa pengalaman tersebut.

Setelah 3 ekor lembu selesai disembelih oleh Ust Salahuddin. Tidak semena-mena presiden interfram mahu menyudahkan lembu yang keempat. Agak membara jiwa melihat presiden turun menyudahkan lembu seorang diri. Saya ingin turut serta, tetapi lembu yang diselesaikan presiden adalah lembu terakhir. Nampaknya saya tidak berpeluang la kali ini, presiden makan sorang2. Tidak mengapa, Bangsaku pandang undur kecuali cheking, Esok ada lagi 9 ekor di kepayan. Harap-harap Pak awal dan Pak Jasimin bagi ruang untuk saya mendapat pengalaman baru untuk menyembelih lembu qorban.

Dari acara pagi hingga petang. Ada juga muka-muka orang yang rasanya memang tidak pandai memegang parang mahupun pisau, jauh sekali kapak, orang Sabah bilabf KAMPAK. Sekadar menunjuk muka dan beralih ketempat lain dengan tujuan sekadar dapat makan dan juga daging. Agak hairan juga tingkahlaku sedemikian. Tidakkah dia merasa bersalah berbuat demikian?. Tapi tidak mengapa, walaupun orang-orang begini tidak ada hati untuk membantu, namun kerja-kerja qorban tetap akan kami jalankan.

Prinsip SAHABAT mudah, ada orang membantu kami alu-alukan. Jikalau tidak mahu membantu, kami tetap akan buat kerja. Harap-harap esok orang yang saya maksudkan tidaklah menjadi hanya sebagai penonton sahaja, untuk ukhwah yang lebih baik, bersamalah kita berkorban masa dan tenaga kita untuk membantu orang berqorban. Esok Kelas Saudara baru JHEAINS akan buat korban sebanyak 9ekor lembu di Maahad Tahfiz Kepayan. Diharapkan banyak pengalaman yang boleh saya dapat esok, insyaallah.

p/s : Pak Jutom, Jangan marah Haaaa........

Thursday, November 26, 2009

MUZAKARAH PENDAKWAH

Saya telah ulas beberapa perkara berkaitan Konvensyen Pendakwah Peringkat Negeri Sabah kali ke4 sebelum ini. Namun saya merasakan agak perlu untuk saya mengulas lebih dalam tentang Muzakarah Pendakwah atau Persidangan Pendakwah yang terkandung dalam resolusi Konvensyen Pendakwah kali ke4 baru-baru ini.

Konvensyen Pendakwah telah sampai kali yang ke4 dan 2010 konvensyen Pendakwah akan menjadi kali ke5. Namun acuan dan cara penyampaiannya agak sama dan tidak mempunyai apa2 perubahan. Lebih 80% slot berbentuk ceramah satu hala daripada penceramah kepada pendakwah. Namun ruang untuk pendakwah berdailog dengan penceramah tidak mempunyai ruangan yang cukup. Pengerusi majlis pula selalu mohon suara pendakwah dipendek dan diringkaskan.

Namanya konvensyen pendakwah, sudah pastilah yang datang adalah pendakwah yang siang malam turun padang tanpa kira penat dan lelah. Biasa mendengar berbagai bentuk ceramah dan biasa berceramah kepada pelbagai lapisan masyarakat. Atas maksud itu, adalah tidak bersesuaian sekiranya pendakwah-pendakwah disajikan dengan slot ceramah berterusan seperti sebelum-sebelum ini. Contohnya Ustaz Awaluddin Nasotion JHEAINS Kota Kinabalu. Beliau boleh dikira cukup berpengalaman dalam bidak dakwah di Sabah. Adakah slot begini bersesuaian dengan pengalaman beliau.

Atas maksud itulah Konvensyen Pendakwah Kali ke4 telah membuat ketetapan resolusi yang memohon agar di adakan Muzakarah Pendakwah Peringkat Negeri Sabah sekurang2nya dua kali setahun bagi menambahbaik gerakan dakwah di Sabah. Lebih penting juga, yang membuat ketetapan ini adalah pendakwah-pendakwah yang bertungkus lumus berbengkel dan membentangkannya, maka penafsiran muzakarah dan cara perlaksanaannya haruslah mengikut penafsiran pendakwah bukan mengikut penafsiran lain.

Muzakarah Pendakwah harus diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun yang berbentuk meja bulat ataupun berbentuk mesyuarat dengan slot-slot tajuk yang ditetapkan. Seorang akan menjadi moderator dan semua peserta membentangkan tajuk yang akan dibahaskan dalam tempuh masa 2 jam secara bergilir-gilir. Contohnya isu “Bagaimanakah medium dakwah di negeri Sabah?”. Semua pendakwah yang hadir dibenarkan untuk bangun menyuarakan pandangan masing-masing berkaitan medium dakwah di Sabah mengikut daerah-daerah dan kawasan yang mereka wakili. Muzakarah ini boleh dibuat sekaligus 150 orang dan ada juga slot yang berbentuk kumpulan serta di bentangkan. Dalam beberapa slot bolehlah dihidangkan dengan ceramah2 yang lebih berbentuk testimoni pengalaman pendakwah berpengalaman

Antara tajuk yang boleh dimuzakarahkan seperti:-
Apakah yang diperlukan pendakwah dalam mengembangkan syiar Islam di Sabah.
Apakah halangan dan tentangan yang dihadapi oleh pendakwah ketika berdakwah di bumi Sabah.
Apakah sasaran dan pendekatan yang digunakan oleh pendakwah2 di Sabah
Apakah strategi yang digunakan pendakwah kita di Sabah

Tujuan muzakarah ini adalah sebagai menghantar laporan dan maklumat daripada pendakwah akar umbi kepada pihak-pihak bertanggjawab bagi mengatur strategi dakwah yang lebih terancang dan teratur. Pihak penganjur tidak perlu risau dihentam dan kritik oleh pendakwah. Kita gubal garis panduan perbahasan satu2 tajuk. Yang penting pihak berwajib mendapat input dari pendakwah dan pendakwah mendapat kebaikan dari stategi dan aturan dakwah yang di simpulkan oleh pihak bertanggungjawab.

Sekiranya Muzakarah ini Berjaya dilaksanakan, insyaallah saya percaya kerja2 dakwah di Sabah akan dapat di rancang teliti dengan strategi yang baik dari sudut keperluan pendakwah, medium dakwah, halangan dakwah dan berbagai-bagai lagi, fakir-fikirkanlah.

SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA

Lembu ni Sesuai Buat Qorban......"Puas Hati"


anamasyhur Sekeluarga Mengucapkan
Selamat Hari Raya 'Idul Adha
Kepada Semua Pengunjung Blog anamasyhur
Maaf Zahir Dan Batin
Teruskan Berkorban Sebagai Tanda Syukur Atas Nikmat Yang Allah Berikan

Wednesday, November 25, 2009

KONVENSYEN PENDAKWAH KALI KE-4

Konvensyen Pendakwah telah seminggu berlalu. Namun aksi-aksi dan telatah para peserta konvensyen masih segar dalam ingatan. Konvensyen kali ini tidak seperti konvensyen lepas-lepas. Konvensyen kali ni ramai disertai dari kalangan generasi muda berdasarkan tema “Membangun Generasi Pewaris Dakwah”. Tidak ada kelibat pendakwah2 Senior, kecuali beberapa orang sahaja.

Konvensyen Pendakwah kali ini berlangsung di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam. Oleh kerana ini Konvensyen Pendakwah Peringkat Sabah, maka kehadiran juga meliputi pendakwah muda dari seluruh Sabah. Kehadiran dianggarkan mencapai 150 peserta berkampung di Kompleks Tabung Haji.

Alhamdulillah, program- program sebegini memang baik dan banyak manfaatnya sebagai input bagi pendakwah¬-pendakwah. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki. Sekiranya kelemahan ini boleh diperbaiki, insyallah kerja-kerja dakwah akan berjalan dengan terancang dan teratur.

Mungkin saya yang silap, rasanya kita hanya ada Konvensyen Pendakwah Peringkat negeri tetapi tidak pula pada peringkat daerah. Saya berpandangan Konvensyen Pendakwah Peringkat Daerah perlu diadakan bagi meluaskan lagi dan memberikan input yang baik pada pendakwah kita di bumi Sabah. Soal dana rasanya pihak berwajib boleh usahakan. Kenapa program Islam Hadhari boleh di gerakkan dengan dana mencecah ratusan ribu ringgit. Kenapa konvensyen pendakwah tidak boleh dilabur dengan dana yang begitu besar.

Ada baiknya Konvensyen Pendakwah Peringkat Negeri dibuat secara terbuka. Peserta yang hadir dengan jemputan bolehlah diberikan bilik penginapan. Tetapi peserta yang tidak ada penginapan janganlah pula di anggap bukan peserta seperti yang berlaku pada konvensyen minggu lepas. Peserta tersebut telah pun di lantik menjadi penghulu, tapi lantikan tersebut dibatalkan kerana peserta tersebut dikira sebagai bukan peserta kerana tidak menginap.

Soal tidak dilantik menjadi penghulu tu bukanlah soal besar kerana secara logiknya orang yang menginap bersama peserta lain yang lebih layak menjadi penghulu. Tetapi penolakan berlaku kerana dia bukan peserta adalah perkara yang memalukan. Ini bermaksud Konvensyen Peringkat Negeri tertutup ataupun tidak welcome pada peserta yang ingin turut serta. Bukankah elok ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta. Bagi makan ala kadar 1 lauk 1 sayur dan air, cukup la, memadai dah untuk alas perut. Yang penting bukan makan, tapi input yang diperolehi masa konvensyen lebih penting.

Konvensyen Pendakwah dah masuk kali yang ke4. Untuk 2010 sudah masuk Konvensyen Pendakwah yang ke5. Namun pengisian tahunan tetap sama. 80% lebih kepada interaksi satu hala. Pendakwah terus menerus diberikan ceramah demi ceramah yang rasanya mereka telah selalu mendengar ceramah. Mungkin cuma gaya bahasanya sahaja yang berbeza. Rasanya pihak penganjur perlu memikirkan beberapa pendekatan lain untuk memberikan kesan pemahaman kepada pendakwah2 dalam konvensyen tersebut. Perlu juga ada ruang untuk berinteraksi 2 hala antara pendakwah2 dengan penceramah juga pihak penganjur. Fikir2kanlah…….

Friday, November 6, 2009

DR ASRI : BANTAHLAH LAGI

Isu Bantahan oleh Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia(PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung tawaran perlantikan Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Asri Zainul Abinin sebagai Yang Dipertua Yadim juga satu isu yang memalukan umat Islam. Saya secara peribadi beranggapan, kerja bantah membantah bukanlah ajaran yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Lebih2 lagi apabila benda yang dibantah itu tidaklah sepatutnya dibantah sedemikian apatah lagi bentahan tersebut tidak disokong dengan hujjah.


Apabila terbaca perkembangan terbaru yang berbunyi PGSM akan membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan. Sekiranya pernyataan ini benar, maka adalah lebih mendukacitakan. Tidak sepatutnya badan yang terlibat secara langsung sesuka2 hati membuat sesuatu kenyataan dan sesuka hati juga untuk menariknya semula. Lebih mendukacitakan apabila badan berwibawa ini membuat sesuatu bantahan yang mereka tidak boleh buktikan kebenarannya. Bukankah kehidupan seharian mereka terlibat secara langsung dengan perkara2 yang mesti mempunyai hujjah dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu kes. Saya tidak fikir mereka patut untuk berbuat demikian.


Sekiranya benar mereka hendak membuat sesuatu bantahan atau apa sahaja. Mereka haruslah menyertakan bukti dan Hujjah yang kukuh. Saya rasa mereka lebih arif tentang perlunya bukti dan hujjah.


Satu lagi, saya agak pelik kenapa hal2 sedemikian boleh berlaki. Saya lebih suka memandang perkara ini sama seperti isu penangkapan Dr Asri. Sepatutnya banyak lagi perkara2 mendesak yang lebih mendesak untuk mereka hantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Isu kepincangan2, kekurangan dan ruang2 yang perlu diperbaiki dalam undang2 syarie. Banyak lagi bantahan2 yang lebih mendesak untuk dilakukan seperti memohon penambahbaikan sistem pengurusan dan prasarana masjid dan surau. Serta berbagai2 lagi perkara yang sepatutnya di dahulukan berbanding perkara yang agak pelik seperti isu sekarang.


Saya memohon kepada PGSM serta NGO2 yang terlibat agar memikirkan keperluan bantahan ini dengan beberapa bantahan yang lebih perlu untuk dilaksanakan. Saya mungkin tidak searif anda, tetapi saya yakin saya antara orang yang perihantin terhadap masalah ummat lebih daripada anda, Fikir2kanlah.

Thursday, November 5, 2009

DR ASRI : PERLU DITANGKAP?

Isu penangkapan Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah satu perkara yang amat memalukan. Penghantaran memorendum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Dr Asri juga satu perbuatan yang melampau. Seterusnya, kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariahnya juga melampaui batas.


Hampir 4 hari saya mengamati kes ini dengan penuh persoalan dukacita. Ketiga2 perkara di atas sepatutnya tidak sepatutnya berlaku. Ini Soal maruah, bukan maruah Dr Asri sahaja. Tetapi ini soal maruah saya, maruah saya sebagai seorang Islam. Maruah orang2 Islam di Malaysia, maruah umat Islam di seluruh Dunia.


Kita selalu berkata kepada kerajaan Malaysia, kepada Yahudi dan Barat kerana membuat dasar membunuh kerjaya pendakwah dan membunuh pendakwah2 itu sendiri dengan tujuan agar Islam tidak tersebar. Namun kali ini tanpa kita sedari, pemimpin masyarakat kita sendiri, NGO2 Islam kita sendiri yang membunuh kerier pendakwah kita. Adakah ini patut?.


PENANGKAPAN DR ASRI


Isu penangkapan Dr Asri kerana membuat kuliah agama tanpa tauliah, tidak dapat dinafikan memang mengikut undang2 dan peruntukan yang ada. Namun bagi seluruh negeri2 di Malaysia, undang2 itu manusia yang buat, terserahlah kepada akal bijak pandai kita untuk menggunakan peruntukan itu untuk melaksanakan atau tidak. Sama juga seperti akta polis. Pada fahaman saya, akta polis boleh digunakan bila2 masa yang perlu sekiranya polis merasakan perlu untuk kuatkuasakan akta tersebut. Dan pada satu2 ketika demonstrasi, ada ketikanya akta itu sepatutnya telah boleh digunakan tetapi tidak digunakan berdasarkan kepada keadaan dan suasana.


Adakah soal tauliah ini tidak mempunyai sebarang budi bicara samada hendak dilaksanakan ataupun tidak. Sekiranya benar secara mandatorinya tidak boleh membuat kuliah tanpa tauliah, ini bererti majlis agama negeri harus berkerja lebih keras untuk menangkap semua penceramah2 yang tidak mempunyai tauliah. Termasuklah penggerak2 NGO yang membuat program2 kesedaran, motivasi, seminar dan sebagainya. Perlu diingat juga, penceramah2 di TV juga tidak sepatutnya terlepas dari ditangkap sekiranya tidak bertauliah. Ini kerana ia lebih dasyat dari penceramah2 lain, penceramah lain berceramah di satu2 tempat sahaja. Tetapi penceramah2 TV sekali berceramah terus keseluruh Malaysia.


Saya beranggapan, soal penangkapan penceramah tanpa tauliah ni perlu dilaksanakan atas budi bicara serta kewarasan penguatkuasa. Sekiranya ada kebenaran ajaran yang disampaikan itu benar2 salah dan sesat, saya setuju untuk penceramah itu ditahan. Maksudnya haruslah mempunyai satu siasatan menyeluruh, maklumat yang cukup. Contohnya setelah di ekori beberapa kuliah, nampaknya memang pasti ajarannya salah, tahan la. Tetapi sekiranya tidak, tidak perlulah.


Sebenarnya soal penangkapan menurut Enekmen negeri masing ini. Banyak lagi yang boleh dibuat tetapi tidak dibuat. Kenapa penguatkuasa tidak menahan bapa2 yang meninggalkan ibu2 tunggal begitu sahaja sehingga kerajaan perlu membelanjakan berjuta ringgit kerana mereka ini?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan mereka2 yang ingkar, setelah mahkamah memutuskan mereka perlu membayar sekian2 jumlah nafqah untuk anak2?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan anak2 yang membiarkan ibubapa mereka merempat tepi jalan meminta sedeqah?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan ibubapa yang membiarkan anak mereka berkeliaran meminta sedeqah dan tidak diberikan sebarang pendidikan?.Siapa yang hendak jawab semua ni?. Siapa yang hendak buat semua ini.


Saya tidak fikir Sultan2 kita memerintah perkara semberono. Ada benarnya Sultan2 bertegas dengan perlunya tauliah bagi penceramah2 agama. Tapi saya tidak fikir Sultan2 kita bersetuju sekiranya ada penguatkuasa yang semberonoh dalam menjalankan tugas mereka. Kesimpulannya, ingin saya nyatakan yang undang2 ENEKMEN perlu dilaksanakan dalam perkembangan Islam. Namun ada banyak lagi undang2 ENEKMEN yang lebih mendesak untuk dilaksanakan.....Bersama kita Fikirkan....Wassalam....

Wednesday, November 4, 2009

Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!

Oleh ZIEMAN, www.mstar.com.my.

PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.

Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?

"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.

Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.

"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.

Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.

"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.

"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.

"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.

Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.

"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.

"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.

"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.

Tuesday, November 3, 2009

TANGKAPAN JAIS: SIAPA UNTUNG?



Memang benar JAIS punyai hak mendakwa sesiapa sahaja yang berceramah tanpa tauliah, itulah yang diarahkan oleh Sultan Selangor selaku Ketua Agama di Negeri Selangor.

Namun demikian, saya kira untuk menangkap seorang bekas Mufti sebuah negeri yang telah diiktiraf keilmuannya oleh UIAM sehingga diberi PhD dalam bidang agama, juga oleh Raja Perlis sehingga dilantik menjadi Mufti negeri dan diberi anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri. Tindakan itu boleh dikatakan kurang bijak dan secara tidak langsung memperkecilkan penilaian Raja Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan banyak pihak lain yang berautoriti.

Bagi saya isu ini lahir hasil ‘sakit hati' yang datang dari pertembungan kedua-dua belah pihak, penyokong dan penentang Dr Asri di Malaysia.

Dr Asri di sebelah pihak yang dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, manakala sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini sudah cukup dengan cara dan pemikiran agama yang sedia ada, nescaya pertembungan berlaku.

Bermula dari sedikit, ia menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan api pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak mempunyai tekong ‘bergaduh' yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang sihat ini.

Saya yakin, penangkapan Dr Asri berpunca dari perkembangan kurang sihat tersebut tadi, ia sangat mudah dibaca dari laman-laman web ‘tekong-tekong gaduh', ya amat pasti dan ia seolah-olah satu open secret bagi kedua-dua pihak. Ketiadaan tauliah hanya dijadikan alat dan cara berselindung di sebalik undang-undang yang sedia ada.

Memorandum Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia boleh memberikan pengesahan berkenaan persengketaan dan perbalahan ini.

Namun sebenarnya, siapa yang untung dengan tangkapan ini?

Memang benar, untung rugi bukan persoalannya di sini, tapi pastinya yang membenci ingin kononnya mematikan dan menggangu gerakan yang dibawa oleh Dr Asri. Dirasakan cara ini adalah terbaik bagi menakutkan kumpulan itu.

Tetapi nampaknya, tangkapan itu menjadi back fire kepada mereka.

Ya benar, saya berasa yakin kini pihak yang tidak menyukai Dr Asri akan merasa tertampar dengan liputan media terhadap isu ini.

Sebagai orang luar dan pemerhati saya lihat, tiada banyak keuntungan diperolehi oleh pihak yang membenci Dr Asri, kerana tangkapan ini hanya menaikkan populariti beliau, malah kalau sebelum ini Dr Asri hanya menceritakan secara peribadi dan agak tertutup berkenaan sokongan pelbagai orang berjawatan besar, ternama dan pelbagai parti politik kepadanya, namun dengan berlakunya hal ini, sokongan tersebut menjadi nyata kepada awam.

Perdana Menteri memberi sokongan,

Mursyidul Am PAS

Menteri Agama,

Menteri Besar Selangor,

Ketua Pemuda UMNO,

Dibincang di dalam Parlimen Malaysia

Ketua Pemuda PAS,

Bekas YDP YADIM,

Tajuk besar beberpaa buah akhbar perdana,

Serta ramai dan banyak lagi

Semua ini membuka lebih besar jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian, sokongan dan dakwahnya juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai yang baru tertarik untuk membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya. Semua ini akibat dari isu penangkapan tersebut.

"Jadi ustaz, siapa yang rugi dan siapa yang untung ? " tanya seorang kenalan di UK

"Sudah tentu Dr Asri dan gerakannya, jadi kalau di ketika ini ahli-ahli gerakannya perlu tampil kehadapan dengan lebih aktif untuk menerang dan menjelas, mereka akan mendapat merit yang banyak, Malah ORANG YANG TAK SOKONG pun boleh jadi sokong kerana mula berasa SIMPATI"

"Namun demikian, mesti disedari, populariti juga boleh ‘membunuh' seseorang ahli agama, rasa ujub, riya dan takbur amat mudah berkembang. Justeru itu dia kena jaga. Kelak nanti setiap lafaz boleh berubah menjadi sombong. Teguran pula akan sentiasa dibakul sampahkan kerana merasa diri sangat popular dan berpengaruh. DAN ORANG YANG SOKONG pun boleh jadi TIDAK sokong kerana mula berasa MELUAT" Tegas saya lagi menjelaskan.

Demikian pendapat saya sebagai pemerhati dari luar, ya luar negara.

SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH : BERDAMAILAH

Satu lagi, saya amat ingin melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih bijak. Benar, bijak itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja tergolong dalam tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak dan lembut adalah lebih digemari oleh Nabi s.a.w berbanding keras dan kasar.

Jangan pula mengatakan:

"Ala dia yang mula mengutuk dan mengecam, kita balaslah, geng dia saman dulu, kita bagilah dia tindakan undang-undang sebagai balasan"

Ini satu sikap yang tergambar hati yang busuk serta tidak matang. Jangan sampai orang melakukan cara ahli neraka, maka sebagai balasan, kita juga ingin menjadi sepertinya.

Selain itu, saya berkongsi bahawa ulama silam yang hebat kerap meninggalkan kontroversi dan konfrontasi dengan pegangan ahli agama setempat.

Jika ingin membawa perbezaan pendapat sekalipun, sewajarya dilaksana secara berperingkat tanpa menyakitkan sesiapa dengan kata-kata yang mudah disilaptafsirkan, khususnya bagi mereka yang sudah benci.

Ali Abi Talib diriwayatkan berkata :

أقضوا ما كنتم تقضون فإني أكره الإختلاف حتى يكون للناس جماعة
" Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa putuskan, sesungguhnya kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh tersu berada di dalam satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)

Ahmad Bin Hanbal berkata :

لا بنبغي للفقيه أن يحمل الناس على مذهبه ولا يشدد عليهم
Ertinya : Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang ramai kepada pegangannya dan berkeras atau memaksakannya (menerima pandangannya) ke atas orang ramai

Benar, perbalahan sesama kita hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja gagal dijalankan, imej Islam pula yang menjadi semakin buruk. Kerana itulah ulama haraki seperti Imam Hasan Al-Banna menyarankan agar kita maju ke depan dengan tugas dan usaha masing-masing, lalu satu kaedah yang amat baik dari Syeikh Rashid Redha dicadangkan :

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما نختلف فيه
Ertinya : "Kita bekerjasama dalam perkara yang telah kita sepakati, dan saling menguzurkan diri dari perkara yang diperbezakan"

Akhir sekali, HENTIKANLAH berbalah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan tangkap menangkap disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang berkelayakan. Ia mencemar imej Islam dan menjatuhkan keyakinan mad'u kita yang sebenar kepada Islam.

Firman Allah :-

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Al-Anfaal : 26 )

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Nov 2009

Thursday, October 22, 2009

PENDAKWAH PENJAWAT AWAM

Di negeri Sabah, agak ramai penjawat awam beragama Islam yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja2 dakwah. Tidak kurang juga yang berstatus ustaz atau pun ulama duduk di kerusi empuk berstatus pegawai dalam pelbagai jabatan, bahagian dan unit. Semuanya agak segak menjalankan tugas berdakwah dengan kapasiti pegawai. Bergerak keluar daerah, buat program di sana dan sini dengan pelbagai cara dan objektif.
Namun tanpa kita sedari, ramai dari kalangan pendakwah2 ini, samada ustaz dan juga bukan ustaz yang berdakwah ikut Office Hour, tepuk dada tanya diri masing2. Agak ramai yang bercerita berapi2 tentang perjuangan Islam konon sepatutnya begini dan begitu. Kerajaan sepatutnya buat ini itu, si anu si ini sepatutnya buat begini dan begitu. Ada sahaja rancangan yang cadangkan, ada saja cerita hendak ditemberangkan. Tau-tau cerita itu sekadar dibibir sahaja dan hanya di ruanglingkup Office Hour.
Persoalannya, adakah memadai dengan berdakwah sekadar mengikut Office Hour?. Adakah memadai berdakwah dan akhir bulan kita di bayar gaji untuk tugas yang telah diarahkan ke atas kita?. Ramai pendakwah2 yang jarang dilihat dalam program2 selain waktu pejabat dan program2 ajuran NGO. Ramai pendakwah2 yang tidak pernah terlibat secara langsung mahupun tidak dengan mana2 persatuan NGO. Kita ada banyak NGO Islam, ada yang bernaung dibawah CONCERN, namun berapa kerat pendakwah yang melibatkan diri?.
Contohnya CONCERN, ada mesyuarat bulanan. Berapai ramai pendakwah yang terlibat dalam mesyuarat bulanan tersebut?. NGO seperti ABIM,JIM, SAHABAT,WADAH dan lain2 ada menjalankan aktiviti dakwah dengan tidak mempunyai bayaran bulanan. Berapa ramaikah ustaz2 penjawat awam yang terlibat?. Saya agak berani berkata, tidak ramai yang terlibat. Kalau adapun, kita boleh kira dengan 20 jari kita.
Adakah faktor masa yang menghalang ustaz penjawat awam untuk meluangkan masa di luar waktu pejabat?. Adakah ustaz penjawat awam lain mempunyai masa yang lebih berbandang yang lain?, sama sahajakan?. Inilah yang dipanggil kesedaran kita belum sampai ke tahap yang membolehkan kita berjuang di luar waktu pejabat. Namun Kesesukaan untuk bercakap besar pula sentiasa ada dalam diri kita. Maka jadilah kita pendakwah yang cakap tak serupa bikin.
Kadang2 saya agak kecewa dengan sambutan dan kehadiran pendakwah2 kita. Lebih2 lagi yang penjawat awam. Banyak aktiviti dakwah di kampung2 dan anjuran NGO di seluruh Sabah disambut hambar. Kurang penggerak dan kurang kehadiran. Kalau ada pun yang terlibat hanya kepada program2 yang lebih kepada ekspedisi luar daerah, lebih yang berbunyi sambil berdakwah sambil makan angin. Program yang lebih seronok dengan dana yang agak besar. Namun untuk masuk ke Kampung Lobou siapa yang mahu?. Silap2, tahu pun tidak dimana letaknya Kampung Lobou. Sampai bilakah kita hanya sekadar retorik semata2 sedangkan kerja yang perlu di buat agak banyak untuk menepati dan mencapai kehendak perjuangan Islam.......Fikir2kanlah......

Wednesday, October 14, 2009

WISMA MUIS MALAP

Wisma Muis atau Wisma Majlis Ugama Islam Sabah terletak di tengah ibukota Kota Kinabalu berdekatan dengan Masjid Negeri Sabah adalah salah sebuah bangunan yang menempatkan beberapa pejabat kerajaan samada Kerajaan persekutuan mahu pun Kerajaan Negeri. Bangunan ini mempunyai 10 tingkat dengan 2 blok bangunan. Bangunan ini juga menjadi tumpuan masyarakat Sabah untuk menjalankan urusan2 berkaitan kehidupan seharian seperti nikah cerai, soal agama, soal air, pendidikan dan lain2 lagi.
Mungkin ada benarnya sesetengah orang barkata apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan agama, mesti banyak cacat dan celanya. Dan hakikat ini agak sukar untuk di sangkal berikiutan sikap masyarakat kita yang mengambil sikap sambil lewa dalam tiap2 pekerjaan. Wisma Muis ditadbir oleh Wisma Harta Sdn Bhd bagi mengendalikan segala aspek berkaitan bangunan ini. Termasuk juga dalam menguruskan ruang2 premis perniagaan dan juga promosi.
Saya selalu ke Wisma Muis dan mendapati Wisma Muis agak malap, suram dan sepi. Ruang niaga tidak digunakan sepenuhnya samada tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua. Ruang legernya hanya di duduki oleh beberapa peniaga kecil yang bertungkus lumus untuk mendapatkan wang belanja dan juga untuk membayar sewa RM300 sebulan hanya bergantung pada meja seluas 2x4 kaki dan tidak boleh ditambah dengan sebarang meja dan peralatan gantungan barang jualan.
Banyak rungutan dari peniaga2 ruang legar yang manyatakan jumlah pendapatan tidak memberangsangkan. Peniaga ruang legar hanya berharap kepada orang2 yang berkerja di Wisma Muis dan segelintir orang luar yang berurusan di Wisma Muis. Bagi orang2 yang datang ke Wisma Muis hanya mempunyai pilihan membeli kepada peniaga2 ruang legar dan beberapa premis perniagaan yang terdapat di Wisma Muis yang jumlahnya tidak sampai pun 30 peniaga.
Kenapakah pihak Wisma Harta tidak memaksimumkan ruang legar untuk disewakan kepada peniaga2 kecil?ruang legar tingkat bawah, tingkat 1 dan tingkat 2 arah Masjid Negeri, arah Wisma Kewangan, Arah Wisma Khidmat dan arah Mahkamah Syariah?. Lain lagi ruang tengah bagi tingkat bawah?. Alangkah baik sekiranya semua ruang ini disewakan dan pihak Wisma Harta membuat promosi besar besaran ke seluruh Kota Kinabalu bahawa Wisma Muis juga setanding dengan Kompleks Karamunsing, Centre Point dan juga Wisma Merdeka.Ketiga2 pusat membeli belah ini juga mempunyai pejabat sama seperti Wisma Muis?. Apa Bezanya?.
Dikhabarkan dulu Kompleks karamunsing telah pun malap, namun dengan pengurusan yang baik dan bijak, sekarang Kompleks Karamunsing telah bangun semula dengan nafas baru dan menjadi tumpuan bagi masyarakat Sabah. Kita dapati Wisma Harta hanya mengutip duit sepuluh sen sepuluh sen dari kutipan ruang parking. Kenapa tidak kutip duit puluhan ribu dari ruang2 legar yang ada di jadikan ruang perniagaan?. Saya tidak pasti adakah masalah besar di sebalik isu ini sehingga Wisma Muis tidak boleh dijadikan pusat membeli belah terkemuka? atau pihak pengurusan Wisma Harta tidak terfikir untuk membangunkan nama Wisma Muis?. Lihatlah Wisma Merdeka, bukankah banyak peniaga2 ruang legar, wawasan plaza juga begitu. Soal harga sewa, berapa pun orang sanggup bayar kalau ramai yang datang. Buat masa ni, RM150 sebulan pun boleh buat peniaga2 tekencing2 untuk membayarnya.
Sebenarnya Wisma Muis boleh berdiri sama tinggi dengan pusat2 membeli belah yang ada di KK ni, cuma ia tidak dilaksanakan kearah itu. ia lebih sekadar apa yang ada hari ini adalah baik sama macam semalam. Tidak ada sebarang peningkatan. Berapakah usia bangunan ini?.adakah selamanya dia akan begitu dengan membawa nama Majlis Ugama Islam Sabah?.Agak memalukan Bagi Muis sekiranya mempunyai bangunan semalap ini untuk selamanya. Fikir2kan......

Saturday, October 3, 2009

HARI RAYA : MERTUA TIDAK DIPEDULI

Rasanya masih boleh untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya sekali lagi kepada semua pengunjung anamasyhur.blogspot serta maaf zahir dan batin. Walaupun agak lama tidak ada sebarang artikel namun perjuangan perlu diteruskan. Adalah lebih baik ada dari tiada dan banyak lebih baik dari sedikit.
Alhamdulillah, di malam raya saya mendapat satu idea untuk menulis artikel ini berkaitan tentang ketidak pedulian masyarakat Islam sedia kepada keluarga mertua yang bukan Islam. Saya ada bertanyakan kepada seorang saudara kita perempuan yang telah berkahwin sekiranya pernah beraya di rumah orang tua. Jawabnya tidak, kerana suami suruh beraya rumah mertua (keluarga suami). Saya tanya lagi kenapa tidak pernah beraya di rumah beliau. Dia tidak boleh menjawab soalan saya tu.
Persoalan di sini, tidak bolehkah kita beraya di rumah keluarga mertua yang bukan Islam. Saya beranggapan sesetengah masyarakat Islam sedia kita agak meminggirkan keluarga mertua yang bukan Islam. Tidak bolehkah dimaklumkan lebih awal yang kita akan beraya di kampung pada tahun tersebut. Tiba malam raya, balik berkumpul di rumah keluarga mertua. mereka bukan beragama Islam bukanlah satu penghalang untuk kita beraya di rumah mereka.
Esok awal2 pagi, kita sebagai seorang Islam laksanakanlah tanggungjawab kita sepereti biasa, solat hari raya. Sesudah selesai solat hari raya, bersalaman dengan kedua mertua memohon maaf dan ampun. Sesudah itu makan besar satu keluarga beramai2. Selesai makan besar, barulah membawa diri kemana yang kita hendak pergi. Yang penting di sini adalah menunjukkan akhlak kita yang begitu indahnya Islam sehingga tahap begitu menghormati orang tua. Perkara ini lebih mudah untuk dilaksanakan bagi saudara kita yang ada beberapa beradik yang juga Islam. Mereka boleh berpakat2 untuk beraya di rumah orang tua walaupun orang tua bukan beragama Islam.
Sebagai contoh, kita boleh mencontohi Presiden Pertubuhan kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu En Jutom@Abu Bakar Ongkosing. Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana boleh berkumpul bersama adik beradik yang telah memeluk Islam, untuk menyambut satu syawal di rumah kedua orang tuanya. Saya pasti kedua orang tuanya akan berasa cukup berbesar hati.
Saya menyeru kepada semua masyarakat Islam asal yang berkahwin dengan saudara kita juga kepada saudara kita untuk ingat2lah kepada kedua orang tua yang bukan Islam. Perlulah mereka diberikan hak mereka yang sepatutnya sama seperti kedua orang tua kita. Janganlah ada ketidakpedulian kepada kedua orang tua kita yang bukan Islam ini kerana mungkin dengan sedikit akhlak yang baik boleh membuka hati mereka untuk turut serta memelik agama islam....FIKIR2KAN.

SURAU DIBELA

DI Petik Dari Www.Sabahkini.Net

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran meminta kerjasama premis perniagaan menyediakan ruang kemudahan beribadah yang lengkap dan selesa.

Katanya, meskipun setakat ini belum ada peruntukan undang-undang khas yang mewajibkan mana-mana premis perniagaan dan penggiat industri pelancongan di negeri ini menyediakan ruang ibadah seperti surau dan masjid di kawasan mereka sebaliknya ia hanya wujud sebagai tanggungjawab sosial semata-mata.

Sehubungan itu Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menyarankan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menguatkuasakan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis, pusat beli belah dan pusat-pusat peranginan di negeri ini menyediakan kemudahan beribadah yang mampu memberikan keselesaan kepada pelanggan mereka.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang itu penting bagi memastikan setiap penggiat industri ekonomi dan pelancongan di negeri ini memberi keselesaan kepada pelanggan beragama Islam.

Baliau menambah,keperluan penyediaan ruang ibadah itu kini amat mendesak memandangkan kebanyakan pelancong ke negeri ini bukan hanya tertumpu dari negara barat sahaja malah melibatkan pelancong dari negara Timur Tengah dan Negara Brunei Darussalam.

Datuk Nasir berkata demikian sempena mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya.
Hadir sama sempena majlis itu Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai; Pengerusi MUIS, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali; Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Sabah, Datuk Haji Harman Mohammad; Adun Kawasan Bugaya, Datuk Haji Ramlee Marahaban dan isteri, Datin Sarimah Besuran; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Ujang Sulani; Pengarah JHEAINS, Haji Amri Suratman; Pencetak Kerajaan Negeri Sabah, Haji Salsidu Haji Ibrahim dan isteri; Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin; sanak-saudara dan sahabat-handai.

Katanya, ruang-ruang ibadah yang disediakan dikebanyakan premis dan pusat membeli-belah di negeri ini adalah terhad dan maksimum hanya mampu menampung jemaah sehingga 10 orang sahaja selain kemudahan beribadah seperti ruang wudhu yang kurang selesa dan biasanya surau ini diletakkan dikawasan letak kereta dan kawasan yang tidak sepatutnya.

Last Updated SABAHKINI.NET on Friday, 02 October 2009 07:59

Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN

Hari ini 20 Sept 2009 seluruh masyarakat Malaysia akan meraikan Hari Raya Idul Fitri setelah sebulan menunaikan kewajiban puasa. Anamasyhur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua pengunjung2 blog anamasyhur tidak kira di mana juga berada. Sebarang terkasar bahasa dan terlebih tingkahlaku saya mohon jutaan kemaafaan atas segalanya.

Dihari yang berbahagia ini, suka saya berpesan pada pengunjung dan rakan2 saya bahawa dalam kegembiraan kita merayakan hari raya, jangan kita lupa kepada mereka2 yang tidak bernasib baik. Ada di kalangan rakan2 Saudara Muslim (Mualaf) yang meraikan malam raya dan hari raya berseorangan2 di rumah kebajikan mualaf atau di rumah keluarga mereka yang bukan Islam. Mereka beraya bersendirian tidak tahu kemana halatuju. Tidak tahu di mana boleh beraya dengan kemeriahan hari raya.

Atas maksud itu, marilah bersama2 kita menyelami perasaan mereka yang penuh kekurangan, cabaran dan dugaan. Sekiranya dapat, kita bawalah mereka2 ini beraya bersama keluarga kita agar mereka sama2 dapat meresakan kemeriahan berhari raya. Semoga dengan usaha kita, seluruh Saudara Muslim tidak terasa terpinggir dan biarkan mereka terasa yang mereka adalah sebahagian daripada kita, Wassalam.

Tuesday, August 25, 2009

ISLAM TIDAK DIHORMATI

Baru2 ni saya di datangi beberapa rakan2 perempuan yang bertanyakan soal hukum tidak memakai tudung di tempat kerja kerana tidak dibenarkan. Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak dibenarkan bertudung ketika berkerja.

Saya agak hairan dengan keadaan negara kita sekarang. Negara kita menjelaskan dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan. Sabah juga mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah. Islam nama Islam sahaja. Pemimpin Islam, Yb pun ada yang Islam, orang2 berpengaruh juga Islam, tapi Islam yang tidak bertaring.

Negara n negeri kita mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, tetapi masyarakatnya tidak boleh mengamalkan Islam seperti yang ditetapkan Islam. Majikan2 bukan Islam menggunakan penguasaan ekonomi untuk memijak masyarakat Islam dengan tidak menghormati kebebasan beragama masyarakat Islam yang jelas2 termaktub dalam perlembagaan.

Kerajaan bersangatan membela wanita, membela sukan, membela rakyat dan sebagainya. Namun kenapakah soal agama sebegini tidak nampak dengan jelas usaha2 untuk membelanya?. Adakah pemimpin2 kita takut dengan penguasa2 ekonomi negara?. Ataupun terlepas pandang?. Bagi pembangkang pula lebih banyak membawa isu kesamarataan dan keadilan, kenapa tidak ada demonstrasi untuk mengatasi masalah2 sebegini?. Adakah pembangkang juga takut dengan penguasa2 politik dan juga ekonomi?.

Marilah kita bangkit bersama2, bela la nasib masyarakat Islam kita yang dieksploitasi sesetengah golongan untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Mungkin ada benarnya sesetengah orang dari masyarakat kita kurang didikan agama. Namun, eksploitasi sedemikian membolehkan anak2 muda kita lalai dan leka dihanyut keperluan dunia hingga terabai agama, BANGKITLAH....

SELAMAT BERBUASA

anamasyhur mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung anamasyhur.blogspot. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita cahaya kesdaran, semangat serta azam baru dalam menghadapi tahun2 mendatang.

Wednesday, August 5, 2009

PENDERMAAN ORGAN

Pendermaan organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan Transplan selepas ianya meninggal dunia. transplantasi atau pemindahan organ adalah satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang yang telah meninggal dunia. Melalui cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Sejak beberapa hari ni, saya secara tiba2 terfikir tentang pendermaan organ. Apakah keperluannya?. Apakah rasanya?. Sakitkah? Apa manfaatnya? dan berbagai2 perkara lagi yang menjadi fikiran di benak otak saya.
Namun saya membuat kesimpulan bahawa derma organ adalah perlu dijadikan sebagai salah satu amalan ibadat kita yang terakhir sebelum jasad kita dikebumikan. Dengan mendermakan organ, banyak nyawa dapat diselamatkan. Dengan mendermakan organ, walaupun kita telah tiada, namun organ2 kita hidup pada jasad2 orang lain. Dengan mendermakan organ, dapatlah kita menambahkan pahala terakhir kali dan dibawa menghadap Allah S.W.T. Pada umumnya, organ2 yang boleh didermakan adalah seperti, buah pinggang, jantung, hati, paru2 dan juga pankreas. Manakala tisu2 yang boleh didermakan pula seperti, mata, tulang, kulit dan injap jantung.
Saya agak terfikir, apakah rasanya jasad ketika organ2 diambil?. Saya beranggapan, setelah seseorang itu mati, tidak ada kaitan lagi antara jasad dengan roh. Rasanya, di potong macamana pun jasad tersebut, tidak memberikan apa2 rasa pada roh kerana roh dan jasad telah terpisah. Adakah kita masih merasa setiap potongan pisau pada jasad kita?.sekiranya ia, itu bererti kita belum lagi mati. Orang yang mati tidak mempunyai apa2 rasa kerana ia adalah kosong sama seperti benda2 mati yang ada dimuka bumi.
Saya merasakan agak perlu bagi kita untuk mendermakan organ kerana organ2 ini telah tidak bermakna lagi buat kita. Alangkah ruginya jasad kita beserta organ2 ditanam begitu sahaja. Buruk dan habis di mamah bumi sedangkan tidak meninggalkan sebarang makna. Daripada ianya hancur dimamah bumi, bukankah lebih baik ia digunakan bagi membantu orang2 yang memerlukan.
Saya berdoa dan mengharapkan Agar Allah memberikan kekuatan pada saya untuk mendermakan segala organ dan tisu yang boleh didermakan. Biarkan ia boleh dimanfaatkan berbanding hancur di perut bumi. Untuk menambahkan lagi maklumat kita berkaitan derma organ ini. Sila layari SaifulIslam.Com, Wassalam.

GARA-GARA H1N1

Pada 01/08/09, gara-gara H1N1 kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT sekali lagi tidak dapat diadakan berikutan kelas yang biasa kami gunakan, Madrasah Islamiah Kota Kinabalu ditutup berikutan penularan Virus H1N1. Menurut Sumber orang biasa, dikhabarkan kelas tersebut ditutup kerana telah disembur ubat. Oleh kerana itu kelas tersebut berkunci dan ada notis pemberitahuan bergantung di pagar utama.
Oleh karana ramai dari kalangan pelajar yang tidak tahu isu H1N1 tu. Mereka datang menghadiri kelas seperti biasa. Ada yang memandu sendiri, ada yang di hantar suami dan tidak kurang juga ada yang menaiki bas sehingga 4 kali bas dari rumah mereka ke kelas teratak fitrah SAHABAT. Memandangkan begitu sungguh2 dan payah pelajar2 datang ke kelas , pandangan saya macamana sekalipun keadaan yang mendatang, kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT harus tetap diadakan.
Namun baru2 ni saya agak terkilan dengan beberapa pihak yang memaklumkan kepada pelajar2 bahawa kelas dibatalkan sedangkan tidak mendapat pengesahan dari orang yang selayaknya. Saya berjumpa dengan presiden dan berbincang dengan beliau situasi keadaan tersebut. Kami sepakat untuk meneruskan kelas di bawah beberapa pokok yang rendang.
Berikutan keputusan tersebut, kami teruskan kelas seperti biasa dimulai dengan perhimpunan pagi, motivasikan pelajar2 untuk teruskan perjuangan mencari ilmu, bacaan doa selamat dari bala penyakit dan pengajian Iqra' diteruskan seperti biasa. Maka berdudukanlah pelajar2 berserta dengan guru2nya di bawah pokok2 rendang berdekatan Madrasah Islamiah tersebut.
Alhamdulillah, dengan kesusahan dan kepayahan tersebut, kelas pengajian tetap diteruskan. Namun memandangkan cuaca yang agak panas, kelas tidak dapat diteruskan hingga tengahari, ia hanya dapat di laksanakan sekadar jam 10 pagi. Setelah rehat dan makan seperti minggu2 biasa, pelajar2 dibenarkan balik. Walaupun tidak sampai tgahari, sekurang2nya mereka dapat membawa balik sedikit ilmu daripada diarahkan balik begitu sahaja.
Daripada cerita di atas, kita boleh ambil beberapa kesimpulan. Pertama, kita haruslah membuat satu2 keputusan atau menerima satu2 arahan mesti daripada orang2 yang berkelayakan. Macam di SAHABAT orang yang paling layak buat keputusan dalam situasi di atas adalah Presiden, En. Abu Bakar Ongkosing. Haruslah pasti arahan tersebut keluar daripada Presiden sebelum mengarahkan pelajar2 balik begitu sahaja. Bukannya anda yang bayar tambang2 pelajar2 tersebut hingga semudah2 itu mengarahkan mereka balik dengan tangan kosong.
Yang kedua, kepada masyarakat sekeliling, lihatlah saudara2 kita yang baru menegnal Islam. Yang baru hendak nampak keindahan Islam, terpaksa duduk di bawah pokok untuk menimba sedikit ilmu hanya untuk sejam dua. Mungkin masa mereka di gereja, tempat belajar mereka aircond dengan karpet tebal. Sama2lah kita fikirkan bagaimana cara agar SAHABAT mendapat sebuah bangunan sendiri dengan pentadbiran yang cukup baik. Insyaallah, dengan keperihatinan para pembaca sekelian. Diharapkan satu hari nanti SAHABAT akan mendapat sebuah bangunannya sendiri bagi membela nasib2 saudara2 kita yang baru kenal erti Islam.

Wednesday, July 29, 2009

DIAM BUKAN TIDUR

Ahmdulillah, pejam celik hampir sebulan saya tidak menulis sebarang artikal. Saya sendiri agak risau dengan keadaan begini. Hampir sebulan lebih tidak menulis adalah perkara janggal buat penulis blog. Namun bila difikir, agak sukar saya mencari ruang menulis artikel dalam blog ni. sejak dua menjak terjun dalam bidang perniagaan ni, masa seharian saya cukup terhad. Keluar pagi, balik lewat malam. Kadang2 membawa hingga ke lewat pagi. Agak susah untuk mencari ruang masa menulis beberapa rangkap ayat mahupun perenggan.
Tapi peribahasa kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin ada benarnya, ketidak sungguhan saya menulis membuatkan tidak ada ruang masa yang boleh digunakan untuk menulis. Namun faktor keletihan dan suasana keadaan tidak dapat dinafikan memberikan sedikit kesan kepada mood untuk menulis.
Insyaallah saya akan usahakan untuk menulis beberapa artikel ilmiah dalam masa terdekat. Saya juga akan buat iklan untuk perniagaan saya yang kedua selain Kopi Habbatus Sauda dan Teh Herba Misai Kucing. Perniagaan ini baru berjalan lebih kurang 3 minggu.
Sebenarnya saya agak tidak berminat untuk menjadikan blog sebagai dairi untuk menceritakan aktiviti seharian saya. Saya lebih minat menjadikan blog sebagai ruang untuk saya membuat lontaran idea agar boleh menjadi buah fikiran kita bersama untuk kebaikan ummah. Oleh kerana itu saya rasa agak janggal bila blog ini tidak mempunyai artikel berbentuk ilmiah yang terbaru. Saya mohon pengunjung2 sekelian doakan semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk terus berjuang dalam bidang penulisan walaupun penulisan saya tidak sebaik penulisan orang lain.
Kepada pengunjung yang setia melayari blog ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana setia berkunjung ke blog ini walaupun agak lama tidak ada artikel baru yang dihidangkan. Kerana andalah saya terus bertahan dalam dunia penulisan blog ini, Terima kasih sekali lagi, Wassalam.

Saturday, July 4, 2009

JUN / JULAI 2009

Hampir sebulan saya tidak publish sebarang artikel. Ini berikutan kebelakangan ini agak tidak ada ruang untuk saya membuat sebarang artikl. Komitmen dengan perniagaan dan putera anamasyhur yang bau membuatkan ruang menulis agak terhad. Ditambah pula banyak perkara2 sampingan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Namun alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T hari ni sempat juga saya menulis arikel ini, ada juga ruang buat saya.
Sebenarnya banyak perkara yang boleh saya coretkan di sini sebagai isu. Namun rasanya tidak terdaya sekiranya perkara tersebut saya kongsikan dalam bentuk artikel yang berasingan. Saya usahakan untuk satukan semua perkara yang boleh kita kongsikan dalam satu artikel sebagai satu perkongsian.
Seperti rakan2 sedia maklum pada 5/6/2009 saya telah mula membuka meja berniaga di perkarangan ruang legar Wisma Muis bermula jam 9pagi hingga 5 petang. Isnin hingga jumaat. Alhamdulillah, hari2 kehari mendewasakan saya dalam mendepani alam perniagaan kearah menjadi seorang Jutawan. Duduk berniaga sepanjang hari juga membuatkan saya matang berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang ikhlas membeli dan juga yang saja2 menganggu fokus kita dalam berniaga.
8/6/2009 juga pembaca sedia maklum saya menerima putera kedua saya seperti mana saya ceritakan dalam artikel sebelum ni bertajuk putera anamasyhur. Alhamdulillah hingga kehari ini petera kedua saya telah berusia 26 hari dengan nama Muhammad Fahim. Dengan kelahiran Muhammad Fahim telah membukakan pintu rezeki yang agak luas lagi, insyaallah sedikit masa lagi saya akan umumkan projek perniagaan saya yang kedua pula, insyaallah yang ke3 dan yang ke 4. Namun nak cerita tapi benda tiada pun tak guna juga, tunggu dan lihat la.
23/6/2009 pula saya menerima kunjungan rakan2 Jemaah Islah Malaysia ke rumah saya sebagai menziarahi kami sekeluarga bersempena kelahiran Muhammad Fahim. Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jemaah Islah Malaysia Cawangan Sabah yang di ketuai oleh YDP Marsus Jabbar. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik rakan2 sekelian.
24/6/2009 pula saya terlibat secara langsung dalam majlis menyambut kedatangan kunjungan Mufti2 Malaysia ke Pertububuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT).
Alhamdulillah, majlis ini juga memberikan saya ruang untuk menjadi lebih bersemangat dalam menjalankan kegiatan dakwah. Secara langsung dapat berdepan dengan Mufti2 Malaysia adalah pengalaman yang cukup bermakna. Turut serta Ketua Pengarah JAKIM dan pengarah JAKIM cawangan Sabah serta beberara ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Mufti2 Malaysia bersidang di Kota Kinabalu sebagai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Berkemungkinan ruang masa yang ada tulah digunakan untuk membuat kunjungan ke SAHABAT.
25/6/2009 saya sempat menghadiri mensyuarat bulanan Majlis Gabungan NGO Islam Sabah di Pejabat JIM Kota Kinabalu. Banyak isu yang dibincangkan berkaitan permasalahan umat dan agama.
2/7/2009 saya juga sempat menyertai kunjungan Hormat Majlis Gabungan NGO Islam Sabah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah (JAKIM). Alhamdulillah kami sembat berbincang2 hal2 berkaitan masyarakat Islam dan agama Islam bersama Pengarah JAKIM Cawangan Sabah serta beberapa pegawai2 lain.
Inilah beberapa perkara yang boleh saya kongsikan bersama. Insyaallah ada masa terluang saya akan menghidangkan para pembaca sekelian dengan isu2 lain sebagai pedoman kita dan juga pemangkin semangat untuk berjuang menegakkan syiar Islam, Wassalam
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template