Saturday, January 31, 2009

MEMANDU : SEDAR DIRI @ TAK SEDAR DIRI

Hampir seminggu saya berehat,tidak ada publish artikel baru. Nak kata busy tidak juga, tp mungkin memang tidak berkesempatan. Ni ada masa terluang dapatlah saya buat artikel ni. Artikel ni timbul rentetan selalu berdepan dengan masalah gini, tak tahu macamana cara nak bagi faham masyarakat kita.macam2 cara dana kempen telah di buat, tapi tiada perubahan. Pernah saya dengar seorang cikgu kata " rakyat kita, kalau pasal kempen tak payah la, bukan dorang nak respond pun. Tapi apa pun, yang penting pihak berwajib telah buat apa yang patut mereka buat. Sekarang tanggungjawab kita la untuk laksanakan.

“Ikut Kiri Jika Tidak Memotong”, ini antara papan tanda yang sering kita lihat di tepi2 jalan. Takkanlah di tengah jalan pulakkan?. Namun ramai di kalangan pemandu kita di Kota Kinabalu khasnya seolah2 tak pernah nampak papan tanda ini. Ka papan tanda ini masih kurang di KK?. Kalau betul kurang siapa yang mau di kasi salah tu aaaa?. Masalahnya masih ramai pemandu2 yang memandu perlahan di lorong kanan, bikin panas betul.

Kalau betul pun papan tanda ni tidak cukup, itu masalah pihak berwajiblah. Tapi masalah kita pula, kita selalu jumpa kereta perlahan di lorong kanan. Kita laju dari belakang, tapi dia tidak berganjak ke kiri. Kita naikkan lampu tinggi sebagai isyarat mohon kekiri, tapi tidak diendahkan. Kita bunyikan horn juga sebagai isyarat mohon ke kiri, juga tidak diendah. Kenapa benda ni boleh berlaku?., Bagi yang berani, sampai satu tahap kita cuba rapatkan kereta kita dengan kereta depan, orang sabah bilang cucuk pantat keretanya supaya ke kiri, pun dia tidak hirau, hairanlah.

Kenapa ada pemandu begini?. Kalau nak kata lesen kopi O, itu zaman tahun 80an, nak kata lesen terbang, itu pula tahun 90an. Mungkin pemandu tu tak nampak papan tanda la, mungkin juga tak pandai baca papan tanda atau tidak faham bahasa melayu. Tapi mustahillah, mustahil tak nampak, mustahil tak pandai baca dan mustahil tak faham bahasa melayu. Dia ada lesen maaaaa, mesti benda2 tu dia tahu. Tapi rasanya, lebih tepat dia TAK SEDAR DIRI kali. Dia tidak sedar ada papan tanda, tidak sedar yang dia tidak patuh pada undang2 lalulintas, tidak sedar dia memandu perlahan di lorong kanan. Lebih dasyat lagi, tidak sedar yang dia sedang memandu. Kalau betul, memang TAK SEDAR DIRI la tu.

Kepada pembaca sekelian, janganlah kita jadi orang yang TAK SEDAR DIRI. Patuhilah undang2 lalulintas dan janganlah menyusahkan orang lain yang mahu cepat. Mungkin dia ada keperluan untuk memandu laju di lorongnya. Kita harus saling faham memahami . Satu lagi, Jangan Degil, Pakai Talipinggang Keselamatan, Walau Duduk Di Belakang, INGAT....

Sunday, January 25, 2009

SYABAS : YAYASAN AMAL & CONCERN

Hari ini dalam sejarah, yayasan amal dapat menghimpunkan orang2 Kota Kinabalu penuh dewan Sa’adah, orang bilang “full seat”. Pada pandangan saya perhimpunan yang dipanggil “Malam Bersamamu Palestin” cukup berjaya dan mencapai matlamatnya. Majlis yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada yang tua hinggalah kepada kanak2 begitu meriah disamping cuba untuk menghayati isu yang sedang bergolak di Palestin. Ramai kanak2 berlari kesana kesini sehingga naik keatas pentas ketika majlis sedang berlangsung seolah2 menyedarkan kita yang anak2 kita masih boleh berlari kesana-kesini dengan hati yang gembira.

Pelbagai acara telah dilangsungkan sebagai penyeri dan penarik kepada hadirin yang hadir sambil memberikan gambaran sebenar apa yang kita perlu tahu tentang isu Palestin. Dimulai dengan ucapan oleh pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh, Tuan Haji Anuar Hakim, Pengetua Pusat Latihan Islam, Kundasang mewakili Ustaz Abd Aziz Che’ Ya’akub, pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh pengerusi Wadah merangkap pengerusi Gabungan NGO Islam Sabah CONCERN cukup memberikan gambaran sebenar tentang isu Palestin dan kekejaman Rejim Zionis.

Bagi memahamkan lagi apa sebenarnya yang berlaku di Palestin, hadirin dihidangkan pula dengan persembangan nasyid, bacaan sajak oleh anak2 PASTI, pentomen, tayangan gambar khas, dan juga persembahan khas dari Kuala Lumpur, Muadz. Persembahan Muadz cukup sesuai dengan majlis tersebut. beliau telah menanyikan 4 uah lagu yang liriknya adalah matan hadith. Nyanyian itu diiringi dengan slide show matan hadith yang dinyanyikan cukup membuatkan hadirin faham apa yang hendak disampaikan oleh Muadz. Setiap lirik lagunya memberikan kesedaran dan faham bahawa itu adalah hadith. Dengan lagu2 hadith sebegitu akan membuatkan hadirin tambah yakin untuk membuat sesuatu kebaikan kerana ia di sokong oleh hadith2. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Muadz kerana mengetengahkan lagu2 yang berlirikkan hadith. Semoga ia akan menjadi pemangkin semangat dan sumber inspirasi kepada orang2 yang mendengarnya.

Secara keseluruhannya majlis ini cukup untuk menyedarkan sesiapa yang hadir. Sesungguhnya kita tidak mampu untuk memikul senjata, tidak mampu untuk turun kelapangan kancah, kita tidak mampu menghalang kereta kebal musuh. Namun kita ada iman dan taqwa, dengan program sebegini boleh la kita menunjukkan rasa simpati dan prihatin kita terhadap isu Palestin dan membuat jihad dengan cara masing2. Ayuh bangkitlah!!!, bersama2 kita hancurkan Zionis, perangi Israel, lumpuhkan Yahudi. Kita perangi mereka dengan sedaya mungkin. Kita berikan sumbangan apa yang termampu. Kita boikot 7 barangan UTAMA mereka. CocaCola, Colgate, KitKat, Maggi, McDonald, StarBucks dan Johnson&Johnson, Boikot sampai lumpuh. Kita tunjukkan kesatuan masyarakat Islam, bahawa masyarakat Islam boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi mereka.

Akhir kata dari saya, syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Khairan Untoh, ahli jawatankuasa Yayasan Amal, Ahli jawatankuasa pelaksana, para petugas2 yang tungkus lumus dalam menjayakan program ini. Syabas dan tahniah sekali lagi, semoga Allah menerima amalan kita sebagai amalan soleh, amin.

P/s: Tuan Haji ba tu, kalau programnya nda malatop, jangan panggil dia Haji Khairan.

MAJLIS UKHWAH & RIADAH SAHABAT

Sesungguhnya ukhwah&riadah adalah di tuntut dalam Islam. Dengan ukhwah, kita dapat berkenal2 antara satu sama lain, antara bangsa dengan bangsa. Dengan perkenalan akan membuatkan kita bersatu dalam menghadapi apa2 cabaran yang mendatang. Dengan riadah pula, ia akan membuatkan diri kita sihat walafiat. Riadah juga sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

Atas keperluan itu, saya sempat menghadiri Majlis Ukhwah & Riadah SAHABAT yang dianjurkan oleh Persatuan NISA’ Sabah. Program seawal jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berbagai aktiviti yang telak dibuat. Antaranya catur, kerum, dart, pancing botol, bawa bola dalam sudu dan macam2 lagi. Juga dijalankan klinik silat buat wanita2 mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini. Program sedemikian sangat baik dilaksanakan dalam mendepani cabaran2 yang mendatang. Dengan kesatuan yang terjalin, insyaallah banyak perkara yang boleh dibuat untuk membangunkan masyarakat Islam dari terus tidur dibuai mimpi. Apa yang menarik pada saya, program ini boleh dijadikan sebagai alternatif dakwah kepada masyarakat Islam lain dan juga yang bukan Islam.

Saya tertarik pada permainan Kerum, yang menariknya dalam permainan tu, ada wanita2 yang memakai tudung labuh, ada juga yang tudung biasa, yang lebih menarik ada yang tidak pakai tudung langsung, rambut terurai diikat kebelakang. Kalai sekali pandang nampak benda tu seolah2 negetif. Tapi sebenarnya perkara2 beginilah yang baik untuk kerja2 dakwah. Orang yang tidak bertudung @ bukan Islam boleh mendekati kita adalah satu kejayaan dakwah yang paling besar. Kalau kita berprogram dikalangan kita, tidak lah besar mana manfaatnya berbanding dengan kita dapat membawa orang yang tidak faham agama menghampiri kelompok yang memahami agama, mudah2an dia akan terasa dihargai dan terasa keinginan untuk berubah.

Tahniah kepada NISA’ Sabah kerana dapat menjayakan program sebesar itu. Walaupun yang tungkus lumus adalah beliawanis2, namun tahniah sekali lagi kerana dapat membuatkan majlis tersebut berjalan dengan lancarnya. Tanpa tenaga beliawanis2 majlis tersebut tidak akan sehebat itu. Tidak lupa juga tahniah kepada SAHABAT kerana boleh membuat satu kesatuan yang baik dikalangan pelajar2nya untuk sama2 menjayakan majlis tersebut. Walaupun SAHABAT baru setahun jagung usianya, namun peranannya cukup besar dalam memimpin aqidah saudara kita. Bagi kedua2 pertubuhan, segala kekurangan itu biasalah, itu telah menjadi adat dalam sesuatu program. Tahniah sekali lagi.

Majlis penutupan telah diadakan di Masjid Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Ustazah Fatimah Binti Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Dakwah JAKIM cawangan sabah bagi mewakili pengarah JAKIM cawangan Sabah Ustaz Abd Aziz Che’ Ya’akub yang berada di Putrajaya. Jangan pandang sebelah mata ustazah Fatimah, diam2 ubi, tapi berisi. Sekali berucap terangkat ja tidak atap Masjid Negeri. Menangis kucing ditepinya mendengar dia keluarkan ayat2 berapi, dasyat sungguh la che’ wan kembang ni. Jangan Marah Haaaa....

P/s: Lain kali ada program bawala SAHABAT lagi.

AL-QURAN : FAHAM BACA @ BACA FAHAM

Hari Khamis, 22 Januari 2009 saya sempat menghadiri Majlis Bulanan, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita, SAHABAT. Majlis itu diadakan di Rumah Kebajikan Saudara Kita, Jalan Kurol Melangi, Likas. Sesudah solat maghrib, baca yasin berjemaah kemudian saya di minta menyampai tazkirah ringkas bertajuk “Falsafah Dan Motivasi Surah Yaasin Dalam Menyelesaikan Masalah Gaza”. Saya tidak begitu mahir dalam hal isu semasa, pengalaman belum begitu cukup untuk memahami isu semasa. Tapi saya cuba untuk sampaikan apa yang perlu sebagai proses pembelajaran buat saya.

Persoalan yang saya hendak timbulkan di sini, berapa ramaikah di kalangan kita masyarakat Islam yang telah membaca keseluruhan terjemahan surah yaasin?, atau surah2 pilihan, atau surah2 lazim, atau terjemahan Quran itu secara keseluruhannya. Saya pernah dengar juga soalan ini di ajukan oleh ustaz Ismail Kamus. Saya pernah terbaca atau terdengar saya pun tak ingat, satu kenyataan dari ulama’ tersohor masa kini menyatakan “orang sekarang Faham Quran Untuk Baca, bukan pula Baca Quran Untuk Faham”.

Maksudnya, orang zaman sekarang ni, mati2 belajar Quran untuk memahami cara untuk baca Quran, macamana bentuk tulisan, sambung tidak, panjang tidak, tajwid macaman, makhraj macaman dan sebagainya. Tetapi kurang yang cuba Membaca Quran Untuk Faham Quran. Tidak ada usaha untuk memahami apa yang telah di baca tadi. Inilah masalah yang telah diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita. Biasanya tujuan belajar Quran secara tidak sedar supaya boleh baca Quran, boleh baca Quran supaya boleh khatam cepat. Setelah khatam Quran, boleh la bagitau ustaz “ ustaz, aku tidak payah la mengaji lagi, sudah juga aku khatam lapan tahun dulu”.

Masyarakat kita sanggup membeli bermacam2 alat bantu belajar semata-mata supaya boleh membaca Quran. Harganya pula bukan murah2, sampai dua tiga ribu ringgit. Tetapi untuk keluarkan sepuluh ringgit sebulan isi minyak guru untuk ajar apa sebenarnya yang ada dalam Quran cukup berat. Untuk beli terjemahan pimpinan ar-rahman rm50 cukup payah, kenapa?. Kerana masyarakat kita sudah sebati dengan pemikiran baca Quran dengan sekadar baca. Dari kecil seorang anak didahkan pemikiran begitu sampailah besar, kemudian anak tadi sudah besar, dia pula menurunkan ilmu itu pada anaknya. Jadilah ia turun temurun terus memahami Quran itu hanya untuk di baca.

Ayat petama dalam surah Al-Alaq yang merupakan ayat yang mula2 diwahyukan menyuruh kita baca. “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan”. Adakah ayat ini menyuruh kita sekadar baca?. Sekiranya kita di tempat kerja, dapat surat dari pihak atasan, pekeliling atau sebagainya. “Mat, ini ada surat untuk kamu, nanti kamu baca aaaa”. Adakah dia disuruh sekadar baca sahaja tanpa memahami isi kandungannya?. Sudah semestinya si mat diminta membaca surat itu dan memahami apa yang diarahkan kepadanya. Begitu juga dengan ayat Quran yang pertama turun, walaupun tertulis di sana “Bacalah”, tapi sebenarnya kita di suruh memahami apa sebenarnya maksud setiap wahyu yang diturunkan. Agar ia menjadi pedoman dan panduan hidup buat masyarakat Islam.

Berapa ramai di keliling kita orang yang boleh membaca Quran dengan baik?. Berapa ramai yang telah khatam Quran? Berapa ramai yang telah masuk pertandingan dan menjadi johan?. Berapa ramai dikalangan mereka2 ini yang memahami apa yang mereka baca?. Sekiranya ada yang boleh membaca, telah khatan dan boleh menjadi johan, tetapi tidak cuba memahami apa yang di baca, mungkin tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sama seperti burung kakak tua atau tiung. Boleh menyebut ayat Quran dengan baik, suara yang merdu sehingga bila orang dengar orang boleh kata memang betul dan sedap bacaannya, tetapi tidak cuba untuk memahami isinya, kalau mati, mati tiung la. Sebab tidak ada beza antara kita dengan tiung. Tiung baca, kita baca, tiung baca sedap, kita pun baca sedap, tiung tiada usaha untuk memahami isinya, kita pun sama, tiung mati kosong, kita mati berisi?. Allah berfirman dalam surah Al-A’araf ayat 179:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Tidaklah saya katakan membaca Quran itu tidak baik. Yang tidak baiknya cara kita menganggap Quran itu. Nak belajar cepat, nak khatam cepat. Lepas khatam tak nak baca Quran lagi. Nak belajar Quran saja, fardhu ain tak mahu, cara memperbaiki solat tak mahu. Memahami isi Quran juga tak mahu. Kadang2 Quran dah jadi satu kebanggaan plak siapa laju siapa tinggal. “Aku lebih laju dari dia”, “aku lebih juzu’ dari dia”, “aku khatam dulu dari dia” dan macam2 kebanggaan negetif lain lagilah yang ada pada pembaca2 Quran ni. Sedangkan dia tak sedar, yang mengata dengan yang dikata sama saja, dua2 tiung. Sama2 tak berusaha untuk faham apa yang di baca. Mungkin yang dikata tu lebih baik dari yang mengata. Peribahasa kata apa, “kata orang paku serpih, padahal dia yang lebih”.

Membaca Quran haruslah kena dengan caranya. Harus kita fahami, membaca Quran adalah tanggungjawab setiap orang Islam. Ia perlu dibaca tiap2 hari samada pagi, petang atau waktu2 yang kita boleh buat. Sebaik2nya Quran dijadikan satu rutin harian kita di rumah, maksudnya hari2 kena baca walaupun tiada guru yang menyemak. Kita kena belajar jadikan ia perlakuan harian kita yang rutin di rumah. Tak pandai baca Quran, bacalah Iqra, muqaddam atau orang sabah panggil alip-alip, sekurang2nya ada. Disamping kita jadikan rutin harian, kita berusaha juga buka terjemahan Quran. Semak balik apa isi kandungan pengertian ayat yang kita baca. Baca Quran sikit, baca terjemahan sikit. Baca Quran banyak, baca terjemahan banyak. Barulah ia seiring dan sejalan, macam tajuk lagu daaa. Quran bukannya khatam sekali dan tak payah baca lagi. Walaupun kita telah khatam 1000 kali, kita kena baca juga lagi dan lagi, lagi dan lagi, sampai kita tiada lagi, fikir2kan yaaaaa.


Nantikan artikel akan datang tentang program Persatuan NISA' & SAHABAT dan Malam Bersamamu Palestin.

Thursday, January 22, 2009

MALAM BERSAMAMU PALESTIN






TARIKH : 24 JANUARI 2009 (SABTU)
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN SAADAH, WISMA MUIS, KOTA KINABALU

PERSEMBAHAN ISTIMEWA MU’ADZ, PAMERAN, SAJAK, PENTOMEN DAN
PELANCARAN KEMPEN BOIKOT.



ANJURAN :
YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
DAN CONCERN
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) CAWANGAN SABAH
DAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEIANS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MENUNJUKKAN SIMPATI KITA TERHADAP PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN.

Wednesday, January 21, 2009

ROTI CANAI : BERSIH ATAU KOTOR

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik , atau teh ais . Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan samal ikan bilis

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Daripada roti canai ini, ia boleh menjadi roti telur, roti bom, martabak, roti kaya, mentega, pisang dan lain2.

Disebalik semua itu, kita tidak sedar sebenarnya di sesetengah tempat kita selalu makan roti canai yang kotor. Islam menggalakkan kita makan makanan yang halal lagi baik. Namun roti canai yang tiap2 hari kita makan iti tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Islam. Kita Sedia maklum proses membuatnya roti canai banyak menggunakan tangan, sama seperti kebanyakan makanan lain. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan makanan dibuat dengan tangan, tidak menjadi masalah juga roti di buat dengan tangan walaupun orang yang membuatnya tu nampak hitam dan bermisai. Ishh... 90% ba roti canai yang kita makan di buat oleh orang yang hitam dan bermisai.

Namun banyak penebar2 roti canai ni yang tidak bersih. Lebih2 lagi pengusaha yang tidak menggunakan khidmat penebar tempatan. Kalau penebar tempatan tu mungkin ada juga bersihnya. Pernah sekali saya nampak sendiri di Keningau. Orang yang tebar roti tu juga yang jadi juruwang. Selesai dia tebar roti, sementara pesanan baru masuk dia ambil peluang ke meja mesin tunai. Dia terima bayaran pelanggan dan memulangkan duit baki. Selesai itu dia kembali semula ke meja roti canai dan terus membuat pesanan yang baru. Agaknya bersihkah tangannya tu?. tadi tekan2 butang mesin tunai, pegang duit kertas, duit syiling ntah apa2 lagi yang dia pegang. Tanpa basuh tangan tau2 terus pegang roti. Mungkin sebab itulah masyarakat kita ni tergila2kan roti canai. Ada tu kalau sehari tak kena, tak senang duduk. Rupa2nya kena pugai oleh penebar roti canai.

Dulu pernah saya dengar dari saudara saya, dia kata dia nampak sendiri di Sandakan. Orang yang mengadun roti tu tak larat nak adun tepung satu besen menggunakan tangan. Untuk mengatasi masalah itu, dia lapik adunan itu dengan plastik, kemudian dia pijak dengan apa?, dengan kaki la. Tujuannya supaya adunan jadi sebati. Walaupun di lapik dengan plastik, elokkah makanan di pijak2. Lu pikir la sendiri. Ini belum lagi soal telur dan bawang yang tidak dibasuh. Dia tebar roti dengan tangan, memegang&memecahkan telur yang tak dibasuh juga dengan tangan, memecahkan kuning telur dan meratakan telur di atas tebaran roti, melipatkan dan letakkan atas tempat masak roti. Bukankah tangannya tu bernajis dari telur yang tidak dibasuh. Pernah saya nampak teang2 atas meja roti canai telur yang tunggu masa untuk dipecahkan masih ada najis ayam, tapi najis tu kering la. Tapi kalau kena minyak2 di tangan penebar tu, mau jadi basah juga najis tu, apakah erti semua ini?. Dailog P Ramli. Bukankah kita digalakkan membasuh setiap benda yang kita hendak makan. Ini belum kita ambil kira dari aspek pakaian, tutup kepala, batuk bersin, kuku, peluh, bulu, cincin dan lain2.

Persoalannya, adakah yang buat roti canai ni orang cina?, atau lebih tepat lagi orang bukan Islam?. Orang yang tidak faham apa tuntutan Islam.?. Kita semua maklum 99% penebar roti canai adalah beragama Islam dan sepatutnya memahai apa yang di tuntut oleh Islam?. Kita selalu teriak2, berdemonstrasi mahu orang bukan Islam memahami hak Islam. Org Islam sendiri tidak memahami hak sesama Islam, macamana orang bukan Islam mahu memahami hak orang Islam. Apakah kita akan membiarkan perkara ini terus berlaku?. Sampai bilakah perkara ini akan terus berlaku?. Sanggupkah kita memberikan anak isteri kita makan makanan yang kotor walaupun ianya halal?.

Kepada pengusaha roti canai, sedarlah kita bahawa kita adalah punca setiap makanan kotor yang pelanggan kita makan. Kita akan bertanggungjawab di akhirat kelak dengan apa yang telah kita buat di dunia. Sedarlah dan perbetulkanlah segala kekurangan ketika menyediakan makanan. Sebagai seorang Islam, kita haruslah memahami apa yang dituntut oleh Islam. Ingat juga, semua oran Islam yang makan di premis tuan, adalah orang2 yang beribadah menghadap Alllah S.W.T.

Bagi pembaca sekelian, berhati2lah ketika makan roti canai, perhatikanlah tingkahlaku penebarnya. Klu nampak yang tidak sepatutnya, agak2 ada kemampuan untuk menegur, tegurlah. Sekiranya tiada kemampuan berbuat demikian, balik sajalah dan hebohkan pada kawan2 apa yang kita nampak di premis makanan tu dan kita boikot dia, sekarangkan zaman boikot2. Mudah2an pemilik premis makanan itu akan sedar dan jerak (serik) dengan tindakan itu.

Tuesday, January 20, 2009

ISLAM SEDIA : ISLAM SEBENAR @ ISLAM KETURUNAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Buat permulaannya saya rasmikan penulisan saya dlm blog ini dengan tajuk di atas sebagai tajuk pembukaan. Tajuk ini cukup cantik untuk di lontarkan, di fikirkan, di bahaskan dan dianalisis isinya untuk kesedaran dan penambahbaikan dari segala sudut dan aspek. Terlebih dahulu saya perlu jelaskan di sini bahawa tajuk ini tidaklah ditujukan kepada keseluruhan masyarakat Islam sedia. Tetapi saya lontarkan sekadar menjadi buah fikiran kepada sebahagian besar masyarakat Islam sedia yang tidak jelas statusnya samada ISLAM SEBENAR @ ISLAM KETURUNAN. Islam sedia adalah istilah yang biasa digunakan sebagai panggilan bagi penganut Islam di Sabah daripada suku yang menjadi penganut agama itu secara turun temurun. Sumber, buku ISLAM DI SABAH, karangan MUHIDDIN YUSIN, cetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1990.

Sejak saya bergiat dalam mendidik saudara kita (mualaf) di Kota Kinabalu. Saya dapati saudara kita ini memeluk Islam dengan sepenuh hati samada disebabkan telah nampak kebenaran Islam, sebab perkahwinan atau sebab lain-lain. Mereka juga nampak bersungguh-sungguh dalam mempelajari dan memahami Islam dengan sebaik mungkin. Mereka juga berusaha untuk menjadi Islam yang sebenar dengan lebih tepat lagi ingin menjadi seorang insan yang boleh mentaati syariat Islam dengan sebaiknya. Namun apa yang menyedihkan, ada di antara kalangan saudara kita ini yang keliru apa yang dipelajari di kelas agama dengan apa yang mereka dengar dari masyarakat Islam sedia di luar.

Persoalannya, kenapakah perkara sebegini boleh berlaku kepada orang yang baru memeluk Islam. Ibarat kanak-kanak baru belajar merangkak, diletakkan permainan penuh di hadapannya. Adakah disebabkan para ustaz-ustaz mengajar ajaran salah?, ajaran sesat?. Adakah masyarakat Islam sedia di luar sana memang betul dalam menjelaskan sesuatu hal berkaitan Islam?. Mungkin juga pengetahuan masyarakat Islam sedia di luar sana mengatasi pengetahuan guru-guru agama yang telah diperakui kebolehan mereka dengan pentauliahan mengajar dari Pejabat Mufti?. Bagaimana persoalan sebegini boleh timbul?.

Persoalan sebegini boleh timbul disebabkan wujudnya beberapa kerat dari masyarakat Islam sedia kita yang tidak mempunyai asas pengetahuan Islam yang cukup. Ini bukan salah ibu mengandung, iIbu melahirkan dan bukan salah ibu yang tidak memberi ajaran agama. Tetapi yang dapat kita lihat adalah kelemahan masyarakat Islam sedia kita sendiri yang tidak mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut Ilmu. Buktinya, berapa ramai masyarakat Islam sedia yang menghadiri kuliah-kuliah samada di masjid-masjid, di dewan-dewan hinggalah di hotel-hotel. Berapa ramai masyarakat Islam sedia kita menghadiri program agama berbanding program hiburan?. Untuk lebih jelas lagi keluarlah kepada masyarakat secara terus dan bertanyakan kepada mereka berapa rukun mandi wajib, rukun, wudhu, rukun solat dan lain-lain yang asas.

Sebenarnya masyarakat Islam sedia kita tidak boleh menafikan persoalan ini, perkara ini betul-betul terjadi pada masyarakat kita. Tanyalah diri kita masing-masing apakah benar persoalan ini. Sekiranya tidak benar, kenapa ramai masyarakat Islam sedia yang kita temui mengakui tidak mengetahui apa-apa tentang asas Islam. Begitu juga dengan pelajar-pelajar saya yang Islam sedia. Kenapa masih ada saudara kita yang memeluk Islam diminta mandi dan minum air tanah sebagai SAMAK badan?. Kerana mereka masih dalam keadaan najis, maksudnya sebelum Islam mereka pegang dan makan benda-benda haram. Jadi seharusnya mereka mandi dan minum air tanah untuk samak diri mereka. Kenapa ramai pelajar saya saudara kita yang telah berkahwin 5 hingga 20 tahun tetapi tidak tahu mengerjakan solat?.Bukankah itu menunjukkan suami-suami mereka tidak tahu solat. Berapa ramai saudara Islam sedia kita yang berada di permis nombor ekor?. Pernah sekali berlaku majlis berbuka puasa di sebuah dewan yang dihadiri 300 tetamu, tetapi bila solat isyak dan tarawih cuma ada 8 orang. adakah 292 orang lagi tu tetamu bukan Islam?mustahil. Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang pelik-pelik kita dengar berkaitan dengan masyarakat Islam sedia ini. Persoalannya sanggupkah kita mengopek jerawat batu yang betul-betul berada pada batang hidung kita?. Apakah punca kepada kelemahan ini?

Punca pada kelemahan ini adalah masyarakat Islam sedia kita tidak sedar yang kita ini adalah Islam yang sepatutnya mesti menjadi seorang Islam yang sebenar. Kita terlalu selesa dengan Islam yang ada pada diri kita sehingga lupa apa yang perlu kita buat sebagai seorang Islam. Kita merasakan yang diri kita sudah Islam, sedangkan kita ialah Islam hanya pada nama. Tanyalah siapa pun “kenapa kamu Islam”, kebanyakan akan menjawab “aku Islam sebab ibubapa aku Islam, aku dilahirkan sebagai seorang Islam, sebab itulah aku Islam”,? jawapan ini menunjukkan kita adalah ISLAM KETURUNAN. Sekiranya ISLAM KETURUNAN ini tidak diisi dengan ajaran ISLAM SEBENAR. Terjadilah seorang Islam yang tidak ada asas Islam bercakap hal yang berkaitan Islam sehingga membuat orang lain keliru. Lebih parah lagi sehingga meminta saudara kita mandi dan minum air tanah sebagai SAMAK badan.

Pada kesempatan ini, saya berpesan kepada diri saya dan saudara-saudara Islam saya samada yang Islam sedia mahupun saudara kita. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan pengetahuan kita, samada dari ilmu yang asas sampailah kepada yang ilmu yang tinggi-tinggi. Marilah kita sama-sama menjadi orang yang berkata-kata dengan ilmu dari berkata-kata dengan tanpa ilmu. Sesungguhnya ilmu itu cukup bernilai dan tidak akan membuatkan pemiliknya sesat di alam dunia dan juga akhirat. Sekian Wassalam-anamasyhur-

Monday, January 19, 2009

PENDAHULUAN

Syukur Alhamdulillah, Dengan izin Allah s.w.t hari ini dapat juga saya mula menulis blog ini. Sebenarnya lama sudah saya mahu mulakan menulis blog. tapi kesibukan di tambah pula rasa belum bersediua terjun ke bidang ni membuatkan hajat tu terbantut. Namun sekali lagi syukur kehadhrat Allah s.w.t kerana memberikan kekuatan untuk terus terjun ke dalam bidang penulisan blog ini.

Saya tidaklah sehebat Ustaz Akmal yang sinonim dengan wordpress Abunuha. Tidak juga sehebat pemilik renung2fikir2.blogspot, penulis teratakfitrah.blogspot dan lain2. Namun sebagai hamba yang kerdil, yang diberikan kemampuan berfikir, kemampuan untuk menaip rasanya tidaklah salah untuk saya join abang2 di atas mencurahkan buah fikiran melalui blog. Diharapkan agar rakan2 diluar dapat memberikan pandangan dan tolong tunjuk ajar saya, lebih2 lagi yang arif dalam bidang ni, agar dapat menulias dengan lebih baik lagi. Untuk Presiden SAHABAT, Encik Abu Bakar Ongkosing bila lagi?, Sekarang ni segalanya di hujung jari anda. Mulakanlah, selagi hayat di kandung badan.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template