Sunday, February 22, 2009

JAKIM semak semula elaun guru KAFA

TAWAU 22 Feb. — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyemak semula elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.Katanya, ini kerana guru-guru KAFA berada dalam kelompok miskin dengan pembayaran elaun RM500 sebulan sejak 2006.
Saya telah mengarahkan JAKIM membuat semakan bayaran elaun mereka dan membuat rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam serta Perbendaharaan Malaysia mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Multaqa Penyelia dan Guru-Guru KAFA Negeri di sini.

Menurutnya, pada tahun 1990, guru-guru KAFA diberi elaun sebanyak RM7 sejam atau R168 sebulan.
Pada tahun 1993, beliau berkata elaun itu dinaikkan kepada RM12 di Semenanjung (RM288 sebulan) dan RM14 sejam atau RM336 sebulan di Sabah.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid meminta JAKIM menyediakan laporan lengkap mengenai pencapaian pelajar-pelajar dalam Ujian Penilaian KAFA di seluruh negara bagi meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang di peringkat kebangsaan.

Di peringkat negeri Sabah, 99.9 peratus daripada 3,583 pelajar lulus dalam ujian itu tahun lepas.
— BERNAMA

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template