Thursday, February 26, 2009

TEMURAMAH DENGAN RTM SABAH

Alhamdulillah pada 24/02/2009 (selasa) saya telah didatangi beberapa lelaki dari RTM Sabah dan hendak menemuramah saya. Temuramah itu dibuat diperkarangan rumah keluarga saya di Tanjung Aru. Secara realitinya saya memang agak terkejut dengan temuramah itu. Tapi sebagai seorang Islam yang harus mendepani cabaran mendatang. Saya harus menghadapi apa jua yang mendatang dalam keadaan sedia atau tidak. Mereka cuma mengajukan dua soalan kepada saya.

Saya difahamkan temuramah tersebut untuk program tv sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan kekaca tv penonton pada minggu hadapan. Temuramah tersebut mohon saya mengulas tentang perkembangan Islam di Sabah. Secara dasarnya perkembangan Islam di Sabah dalam keadaan baik. Perkembangan Islan di Sabah juga tidak boleh dipisahkan dengan sejarah. Sejak kewujudan USIA pad tahun 1969, USIA telah berjaya meletakkan nama Islam itu di tempat yang tinggi sehingga Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah. Disamping itu juga seramai 50,000 orang telah memeluk Islam sejak tahun 1969 hingga 1975. Jumlah itu pasti telah bertambah jika dihitung hingga ke tahun 2009.

Soalan kedua mereka lebih kepada apa yang perlu ada pada seorang Islam. Pendapat saya begini, perkembangan Islam di Sabah adalah baik. Namun masyarakat Islam harus menjadi masyarakat yang berilmu. Ini berikutan sesetengah daripada masyarakat Islam hanya sekadar Islam keturunan. Kenapa kamu Islam?. saya Islam sebab mak bapa saya Islam. Kita tidak mahu Islam yang hanya sekadar Islam keturunan. Kita mahu masyarakat Islam yang ada pada ketika ini adalah masyarakat Islam yang beramal dengan ilmu pengetahuan, fakta dan hujjah. Dalam ertikata lain Islam itu perlu pada kesarjanaan, bukan kesarjanaan segulung Ijazah semata2, tetapi kesarjanaan dari segi buah2 fikiran dan ilmu. Ia selaras dengan hadit Rasulullah S.A.W yang bermaksud " menuntut ilmu itu wajib ke atas lelaki Islam dan wanita Islam".

Contah dalam isu Palestin. Kita terus menerus berdemonstrasi dan membuat boikot yang bersifat sementara. Ini sebenarnya tidak membawa apa2 kesan kepada isu Palestin. Untuk tindakan yang bersifat berpanjangan. masyarakat Islam haruslah merubah mentaliti pemikiran dan berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah menguasai salah satu dari bidang penting dunia iaitu samada bidang ekonomi, ketenteraan, kepimpinan ataupun kekuatan politik. Dengan kita dapat menguasai beberapa perkara penting tadi, sudah pasti kita akan dapat kuburkan rejim zionis buat selama2nya. Atas maksud itu, marilah kita bersama berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan kita di luar dari lingkungan kebiasaan kita. Islam perlu pada perubahan, dan insyaAllah Islam boleh mengatasi zionis sekiranya kita boleh menguasai perkara2 di atas, fikir2kanlah.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template