Thursday, March 12, 2009

USTAZ ZAKARIA MENINGGAL DUNIA

Ustaz Zakaria Abdul Rahman 1953 - 2009


Pada 10/03/2009 seluruh warga sandakan terkejut dengan perginya seorang pejuang agama bagi daerah Sandakan. Ust Zakaria Abd Rahman nama yang tidak asing lagi bagi warga Sandakan telah kembali ke rahmatullah di hospital besar Sandakan. Menurut maklumat yang diterima, beliau meninggal akibat penkries rosak dan beberapa komplikasi lain di perut dan buah pinggang. Beliau yang berasal dari kedah telah bertugas sejak tahun 70an lagi di Sabah, bertugas di Jabatan Pendidikan singgalah akhir tahun lepas dan telah pencen sejak januari lalu. Beliau merupakan guru kepada keluarga kami semenjak saya kecil lagi.

Beliau masih nampak sihat lagi pada siang jumaat 06/03/2009. Namun bila malam setelah makan dan bercerita-cerita dengan kelurga beliau yang datang dari kedah untuk menziarahinya, beliau merasa tidak selesa, beliau bagitau rakannya yang beliau ada gestrik dan itu biasa terjadi. Bila dirasakan terus menerus tidak sedap badan. Beliau pergi ke klinik Dr Syed untuk buat pemeriksaan. Setelah itu Dr Syed menemui ada yang tidak kena. Dr Syed membuat surat dan minta beliau pergi ke hospital Besar Sandakan.

Sampai di hospital Besar Sandakan malam itu, beiau di tahan untuk pemerhatian di wad biasa. Pagi 07/03/2009 beliau telah dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian rapi. Keadaan beliau masih dalam keadaan baik hingga ke hari ahad 08/03/2009. Sempat beramah mesra dengan yang melawat dengan mengangkat dan melambaikan tangan sebagai tanda terima kasih.
Namun bermula pada petang 09/03/2009 keadaan beliau agak kritikal. Maghribnya beliau menjalani homodialisis selama satu jam setengah, sebelum itu beliau telah ditidurkan supaya boleh berehat dengan secukupnya. Setelah Homodialisis dijalankan, keadaannya tambah membimbangkan. Lebih kurang jam 10.30 mlm, beliau disahkan meninggal secara klinikal kerana otaknya tidak berfungsi. Namun nadi dan jantung masih berdenyut. Dan selepas subuh 10/03/2009 beliau telah disahkan meninggal dunia apabila nadi dan jantungnya tidak bedenyut lagi.

Jenazah beliau di bawa balik ke rumahnya di Taman Rimba. Dimandikan dirumah serta di solatkan di Masjid Pangiran Batu 7 yang diimamkan oleh anak lelaki beliau, Farhan. Setelah itu di kebumikan di tanah perkuburan Islam sungai batang sebelum solat zohor. Beliau meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Dikhabarkan, ramai orang berkumpul dirumah beliau sehingga ada yang berkata "tidak pernah saya lihat orang seramai ini". Pemergian beliau tiada galang gantinya dan amat menyedihkan keluarga kami. Semoga beliau mendapat hasil daripada ilmu yang telah beliau curahkan kepada masyarakat dan Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau, AL-FATIHAH.


No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template