Thursday, April 2, 2009

EARTH HOUR 2

Alhamdulillah, pada 28 Mac 2009 kita telah menyertai kempen Earth Hour pada jam 8.30 malam. Ia bertujuan bagi mengurangkan pelepasan haba dan penjimatan tenaga bagi beberapa negara dunia. Ia telah berjalan seperti yang di rancang. Tepat jam 8.30 malam, TV3 telah membuat kiraan 10 untuk secara langsung sebagai acara bermulanya acara menutup lampu selama sejam. TV3 juga ada menunjukkan bagaimana Australia, telah menutup keseluruhan lampu bandar mereka sehingga gelap seluruh bandar. Ia berlaku lebih kurang jam 2 patang waktu Malaysia.

Setelah lampu dipadamkan, sempat saya keluar bersiar2 melihat suasana keadaan rumah2 dan bangunan2 di sekitar bandar Kota Kinabalu. Alhamdulillah, memamg ada juga orang2 yang sayangkan bumi. Banyak rumah2 memadamkan lampu, kecuali lampu luar sebagai langkah keselamatan. Rumah2 di persisiran pantai yang biasanya nampak begemerlapan, juga menjadi jelap gelita dek kerana kempen Earth Hour, sehingga keseluruhan Sutera Harbour Resort di Sembulan juga bergelap. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan tidak menghidupkan lampu hanya sejam, tidak merubah kehidupan kita seharian. Malah ia memberikan banyak manfaat kepada kita dari segi kurangnya pelepaan haba, kurangnya penggunaan tenaga, dan dapat berjimat.

Namun, pada malam itu, ada juga beberapa pihak yang tidak endah pada kempen tersebut yang memperkukuhkan lagi bukti menyatakan masyarakat Malaysia tidak berubah hanya sekadar kempen, masyarakat Malaysia perlu di wajibkan, diarahkan, dipaksa membuat sesuatu, barulah berubah. Banyak juga rumah2 yang tidak endah pada kempen Earth Hour. Rumah flat, walaupun seluruh rumah padamkan lampu, ada juga rumah yang tak mempedulikan suasana sekeliling, mungkin mereka tidak sedar kut. Bandar Kota Kinabalu seperti Api-api, Sinsuran, Kg Air, Karamunsing dan lain2 juga terus diterangi lampu berkuasa tinggi yang mempunyai kadar haba yang tinggi. Sekiranya bandar Australia yang begitu gah boleh menggelapkan seluruh bandarnya, apalah sangat dengan Kota Kinabalu tidak mahu bergelap. Kalau betul pun tidak boleh tutup semua lampu atas seba keselamatan, tutuplah mana2 lampu yang agaknya tidak perlu sahaja sebagai langkah keselamatan. kalau pun tidak boleh tutup semua, tutup la sedikit, sekadar menunjukkan sokongan pada kempen Earth Hour.

Ada juga saya mendengar cerita2 bahawa kempen Earth Hour tak payah kita ikut serta. Ini semua adalah muslihat Yahudi dan Barat yang kita tidak tahu. Inilah masalah umat kita tidak pandai maju kehadapan berikutan terlalu prasangka kepada bangsa lain menyebabkan bangsa kita terus menjadi bangsa yang lemah. Sekiranya Yahudi dan Barat yang mencadangkan Earth Hour kemudia kita tidak mahu turut serta, adakah negara Islam akan buat?. Bila Yahudi & Barat buat kita katakan jangan sebab Yahudi & Barat yang buat. Kalau kerajaan yang buat, kita kata jangan sebab kerajaan itu kerajaan UMNO, kalau pembangkang yang buat, kita kata jangan sebab itu pembangkang. Segala2nyalah tidak boleh, tidak boleh ini, tidak boleh itu. Tapi cuba kalau DUIT, kenapalah jelas DUIT tu datang dari Yahudi, tanpa segan silu kita bedal. Contohnya seperti isu pelaburan internet satu masa dulu, berapa bilion masyarakat kita kerugian kerana2 pelaburan tersebut. Ini semua adalah disebabkan kelemahan masyarakat kita dalam menilai sesuatu perkara secara ilmiah. Kita hanya main ikut2, menjadi pak turut sehingga asal namanya benda baik, kita boikot. Asal namanya benda buruk, ramai2 kita terjun lubang biawak bersama2, kerana kita bersetuju dengan pendapat itu.

Saya secara peribadi pada saat ini, dengan pemahaman yang saya ada. saya menyokong dengan kempen Earth Hour ini. Kerana dengan turut serta membuatkan saya lebih sedar akan tanggungjawab menjaga alam sekitar daripada terus rosak dek tangan2 manusia. Saya berasa terima kasih kepada mereka2 yang menyertai kempen Earth Hour kerana sudi bersama2 membantu untuk memelihara bumi kita daripada terus rosak walaupun hanya sekadar sejam. Saya harap kita akan terus mengurangkan pembebasan haba dan penggunaan tenaga sekali gus dapat menjimatkan tenaga dan wang ringgit. Bagi yang tidak turut serta, sayangilah generasi akan datang. Dengan sikap bodoh sombong kita, akan memberi kesan pada generasi ke tiga kita dan kebawah. Kita masih belum terlambat, kita masih boleh memulakan kempen ini di peringkat rumah kita berterusan hingga menjadi tabiat baik dalam diri kita, fikir2kanlah.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template