Saturday, April 18, 2009

JUARA NGO SABAH

Non Goverment Organitation(NGO) atau Pertubuhan bukan kerajaan adalah kelompok kumpulan yang berfungsi sebagai suara penasihat dan juga suara pendesak (Presure Group) kepada kerajaan. Dengan gerakan NGO yang mewakili pelbagai pihak, banyak perkara yang boleh NGO sampaikan kepada pihak berwajib berkenaan isu2 yang membelenggu masyarakat tertentu. NGO ditubuhkan bagi mewakili masyarakat dalam sesuatu kaum, bangsa, pekerjaan maupun isu. Ada NGO yang memperjuangkan nasib banga, ada yang memperjuangkan nasib agama, ada juga berjuang atas nama keamanan, kebersihan, alam semulajadi. Tidak kurang juga yang memperjuangkan nasib mereka2 yang kurang bernasib baik, seperti pertubuhan pekek, buta, bisu, sindrom down dan berbagai lagi.

Bagi sabah khasnya, Sabah tidak kurang juga jumlah NGOnya dalam pelbagai bidang. Namun yang saya hendak lontarkan disini adalah NGO Islam yang ada di Sabah. Tujuan saya menyentuh isu ini adalah sekadar ingatan, berikutan ada bunyi2 sumbang membanding2kan taraf dan darjat NGO dengan NGO lain. Semoga dengan tersiarnya artikel ini kita boleh bersatu dalam mendepani hari2 mendatang dengan lebih bijaksana. Bila kita selidik sungguh2, sebenarnya banyak NGO Islam dan beraspirasikan Islam di Sabah bagi mewakili masyarakat Islam dalam memperjuangkan hak2 masyarakat Islam. Di Sabah kita ada USIA yang telah tertubuh hasil daripada gabungan tiga persatuan Islam pada tahun 1969 bagi mewakili masyarakat Islam ketika itu, kewujudannya masih kekal hingga hari ini. Di Sabah juga ada ABIM, Wadah, Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Yayasan Amal, Pertiwisa, Pertubuhan Kebajika Saudara Kita(SAHABAT), NISA', Jemaah Islah Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Sabah, Persatuan Perubatan Islam Sabah,SALWA, KECAPI, PAGISA, SAMA, Perkumpulan Mualaf Sabah, dan banyak lagi. Kebanyakan NGO di atas adalah ahli dalam Majlis Gabungan NGO Islam Sabah, CONCERN.

Semua NGO Islam di atas adalah sebagai suara rakyat kepada kerajaan dalam isu2 tertentu. Sehingga saat ini berbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh NGO di atas dan telah banyak pencapaian yang telah di capai. Semua NGO yang saya sebutkan di atas, tidak kira yang lama mahupun yang baru adalah berbeza dari segi fungsi dan objektif. Namun kita tidak boleh menafikan yang semuanya adalah sama dari segi status. Ia tidak menjadi soal siapa yang mewakili NGO tersebut, samada orang2 kaya, Dato2, Tan Sri, pengarah2 hatta penggali lubang kubur pun tidak membezakan status NGO2 di atas. Apa pun rupa paras dan juga kehebatan ahli-ahlinya, namun ia tetap berdaftar dengan ROS dan ROY, hatta pertubuhan mualaf pun, yang baru kenal Islam, sama statusnya dengan USIA, ABIM, PUM dan lain2.

Sekadar untuk ingatan bersama, kita harus pelajari dan mendepani hari yang mendatang melalui isu masakini. Masa lalu telah berlalu dan masa depan siapa pun tidak pasti. Namun yang penting baru atau lama bukanlah penentu pada sesuatu perjuangan. Yang sudah berpengalaman tidak semestinya ia benar dan yang masih mentah tidak semestinya ia berhingus. Orang yang telah berusia tidak semestinya keputusannya benar dan anak2 remaja tidak semestinya belum kenal erti kehidupan. Ini adalah adat kehidupan di dunia yang tidak boleh dinafikan. Setiap insan dan benda yang berada di muka bumi ini saling perlu memerlukan. Tegur menegur, perselisihan pendapat, serta saling nasihat menasihati adalah satu kebaikan yang besar dalam pembangunan Islam.

Dari sudut masa kini, kita boleh ambil contoh dari isu politik negara. UMNO, MCA dan MIC boleh dikatakan parti tertua di Malaysia. Keanggotaannya bukan calang2 orang, semua orang kelas atasan yang bergelar Dato' , Datuk, Dato' Sri , Tan Sri hinggalah kepada Tun. Semua orang mengakui ia adalah kumpulan yang berpengalaman dan berusia, ia juga dipimpin oleh mereka2 yang hebat. Namun PRU12 menunjukkan usia serta pengalaman belum menjamin berjayanya sesuatu kumpulan, hatta pada masa kini kuasa pun tidak boleh menentukan kejayaan secara mutlak. Namun kumpulan seperti PKR yang belum pun sampai usia PMR, telah membuktikan yang ia mempunyai pengaruh yang kuat dan fanatik bagi menuju kejayaan. Pengalaman baru tidak menjadi masalah, masih muda bukan soal. Lantik orang2 berpengalaman sebagai penasihat, yang tidak berpengalaman yang bergerak, insyaallah pasti berjaya.

Isi paling penting yang saya hendak lontarkan di sini ialah, walaupun kita berlainan NGO, fungsi dan sasaran. Tapi kita tetap sama dari segi status iaitu Islam dan juga status NGO yang berdaftar dengan ROS dan ROY. Zaman sekarang dia bukan soal siapa lama atau tidak. kalau kira lama, sedah pasti UMNO, MCA dan MIC akan menang 100% PRU12. Tapi zaman sekarang adalah zaman kerja dan perubahan, siapa yang banyak kerja dan boleh buat perubahan, dengan sendiri masyarakat akan akui kitalah yang JUARA walaupun sama status dengan NGO lain. Pokoknya kita serupa, paras dan juga rupa.

Masalah perbandingan ini akan berbeza jika kita dibandingkan dengan YADIM dan Yapeim. Kalau tidak salah saya, 2 orgaisasi ini bukan berstatus NGO. Tetapi berstatus yayasan yang ditubuhkan khas oleh kerajaan bagi memperjuangkan nasib masyarakat Islam. Kalau tidak salah saya, organisasi ini ditubuhkan terus dibawah Jabatan Perdana Menteri. Namun begitu kita tetap serupa sebagai Islam dan satu perjuangan kepada Islam. Atas maksud itu, bersamalah kita berlapang dada dan bersatu hati serta mengelakkan diri dari mengungkapkan persoalan perihal pangkat dan darjat sesuatu NGO. Jangan lupa, kita adalah sama sebagai NGO yang berdaftar di ROS dan ROY, fikir2kanlah.

p/s : Kalau ada fakta yang tersalah saya memohon maaf, saya hingusan yang baru belajar.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template