Friday, April 3, 2009

MASJID PUN PANDAI TIDUR

Baru2 ni secara kebetulan saya pergi ke sebuah masjid dalam jajahan daerah Kota Kinabalu pada jam 11pm dengan tujuan mengambil kawan. Saya agak terkejut bila mendapati masjid tersebut telah berkunci tidak seperti sebelumnya. Bila saya tanya kawan, dia kata memang sejak baru2 ni AJK masjid memutuskan untuk mengunci masjid tersebut pada jam 11pm. Saya agak pelik, sebelum ni saya pernah masuk masjid tersebut jam 12pm, pagar memang bertutup seperti baru2 ni, tapi tidak pula berkunci. Namun malam baru2 ni berkunci pulak, kesian betul. Kesian masjid tu dibuat begitu. Perlu sangatkah masjid di kunci?.

Masjidkan pusat kecemerlangan orang Islam, masjid adalah tempat tertumpunya masyarakat Islam. Masjid adalah tempat masyarakat Islam bertumpu bagi menghadapi pelbagai perkara. Masjid menjadi tempat persinggahan para musafir dan tempat pelbagai perkara. Namun sekiranya masjid dikunci, apalah ertinya masjid yang dibina jutaan ringgit?. Apalah fungsi masjid tersebut apabila malam?. Masjid pun pandai tidur ke?. Masjid pun hendak rehat?. Nanti subuh baru bangun?.

Sekiranya risaukan keselamatan peralatan jutaan ringgit. Kuncilah pintu utama sahaja, pagar tak payah kunci. Sekiranya orang musafir dari luar daerah datang, tidak ada tempat menginap, boleh la menginap di kawasan masjid. Di parking lot, walaupun dalam kereta. Ataupun di beranda masjid, di anak-anak tangga tempat letak kasut. Walaupun pintu utama dikunci, sekurang2nya ada juga ruang bagi orang yang musafir walau sekadar tempat kasut dan ada juga manfaatnya masjid tersebut di waktu malam.

Tapi buat apa sebenarnya kunci masjid tu?. apa tujuannya?. Bukankah masjid2 besar sekarang ni sudah ada pengawal keselamatan?. Apalah kerja pengawal keselamatan tu sekiranya semua kawasan telah berkunci. Baik tak payah ada pengawal keselamatan. Kesian la saya lihat masjid2 sekarang. harga juta2, tapi guna untuk solat 5 waktu sahaja dan kuliah agama sekadar sejam sehari. Bukankah baik masjid dibuka 24jam kepada masyarakat Islam?. Pengawal keselamatan tambah la, kalau takut barang hilang. Gaji…apa guna duit puluh2 ribu dalam bank klu tak boleh bayar gaji pengawal keselamatan. Takkan semuanya free kut. Buat promosi besar2an yang masjid beroperasi 24jam. Mesti ada orang yang datang untuk membuat ibadah2 serta memakmurkan masjid.

Boleh buka 24jam, ada solat 5 waktu, ada kuliah berterusan, ada ruang peningkatan ekonomi, ada qiamullail, ada pengawal sukarela, ada pelbagai aktiviti siang dan malam. Buat contoh Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Kalau tak pun amik contoh Masjid Tabligh di Sri Petaling. Cuba tengok, bila masa Masjid Sri Petaling putus dari kegiatan ibadah.....24jam ada. Sebenarnya kita pun boleh buat begitu, yang penting ada perancangan dan pendekatan yang sesuai. Kalau masjid kita terus tutup, mungkin bagus lagi church, jangankan pagar, silap2 masuk tidur dalam church pun boleh, Buat malu la orang Islam la kita ni.....fikir2kan.
p/s : AJK Masjid kalau tidak ada jiwa masjid, tak payah jadi AJK Masjid la. Baik jadi AJK penjaga kubur

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template