Wednesday, April 15, 2009

PENGKEBUMIAN CARA KRISTIAN


Hari sabtu baru ni saya sempat menghadiri majlis pengkebumian mendiang Bernard Gimpa di Penampang.Abang Ipar kepada Presiden SAHABAT. Ia satu majlis yang agak asing bagi saya. Majlis pengkebumian ini adalah yang pertama dalam hidup saya. Kerana mendiang diuruskan mengikut istiadat agama Kristian. Agak janggal juga bagi saya menghadiri majlis tersebut. Tapi untuk proses pembelajaran saya, saya buat macam biasa sahaja.

Saya sampai di penampang lebih kurang jam 11 pagi. Duduk2 di bawah kulung rumah sementara menunggu kedatangan sanak saudara, rakan2 serta jiran2 mendiang. Duduk dibawah kulung rumah sementara jasad mendiang berada di ruang tamu rumah dalam keranda dan di tutupi dengan kelambu. Jasad yang telah 2 hari berada dirumah itu dibalitu kemas satu sut pakaian lengkap dengan kot hitam. Bagi yang menanti di sekitar rumah masing2 dengan berbagai aktiviti. Ada yang bercerita2 kosong, ada yang cerita pengalaman bersama mendiang, yang termenung, bagi ahli keluarga sibuk membuat persiapan untuk majlis pengkebumian mendiang.

Jam 12.30 t/hari kereta mayat sampai bersama sebuah lori. Setelah lebih kurang 15 minit, tanpa sedar saya mendengar ada bunyi orang menyanyi beramai2 di atas rumah. Saya terus berlalu pergi naik kerumah bagi mendapatkan mereka. Sampai di atas, saya dapati telah ramai orang2 lelaki dan perempuan mengelilingi jasad mendiang sambil menyanyi2 yang saya rasa itu adalah upacara sembahyang bagi pihak mendiang atau lebih jelas lagi majlis doa untuk mendiang. Saya tidak faham apa yang mereka nyanyikan sebab menggunakan bahasa kadazan. Nanyian2 tadi diselangi dengan kata2 pengharapan dari jerumajlis yang saya rasakan dia adalah father.

Jasad mendiang berada di dalam keranda yang cantik, di kelilingi ramai orang sambil menyanyi. Di sebelah kepalanya ada 2 mangkuk pelita beberapa bunga dan gambar mendiang. Di dinding sebelah kaki pula ada terletaknya gambar2, patung dan bunga2 yang saya rasa adalah gambar jesus dan bunda mariam serta patung jesus seperti kepercayaan mereka itu adalah tuhan dan juruselamat.

Setelah selesai acara, isteri, anak dan kakak mendiang diberikan peluang untuk menatap wajah serta menyentuh mendiang juga diberikan peluang untuk mengatakan apa sahaja yang dikehendaki. Mahu meratap, menangis, sedih, marah, mengadu, sentuh dan pelbagai lagi perbuatan diberikan peluang kepada keluarga mendiang sebagai peluang terakhir. Setelah lebih kurang 15minit. Keranda mendiang di tutup dengan penutup keranda dan di paku. Tapi pada sebelah kepala keranda tersebut ada sekeping papan yang boleh dibuka dan ada cermin dalamnya bagi membolehkan kita melihat wajah mendiang.

Setelah segalanya selesai, keranda diusung keluar dengan kaki di dahulukan. Berbeza dengan kita orang Islam jenazah diusung dengan kepada di dahulukan (kalau saya tidak salah la). Keranda mending dimasukkan kedalam van, manakala bunga2 dan peralatan lain seperti salib diletakkan di dalam lori. Van mula bergerak ketanah perkuburan dan diikuti dengan kenderaan2 lain yang mengiringi mendiang. Saya sendiri turut serta ke tanah perkuburan bagi merasakan sediri suasana dan ingin tahu bagaimana upacara pengkebumian bagi agama Kristian.

Sampai di tanah perkuburan, seperti orang Islam juga lubang kubur telah siap sedia. Cuma bezanya lubang kubur Kristian tidak mempunyai liang lahad. Ini berikutan mereka tidak perlu kepada liang kerana mereka menggunakan keranda. Tapi saya pernah juga melihat jenazah orang Islam di kebumikan tanpa liang dan dikebumikan dengan kerana sekaligus. Cuma bezanya keranda Islam diletakkan tanah di dalam keranda tersebut sebelum diturunkan bersama2 keranda. Bagi Kristian pula hanya jasad yang segak sahaja berada dalam keranda.

Setelah sampai ditanah perkuburan, keranda diletakkan pada kayu yang disilangkan di atas lubang kubur. Kemudian sekali lagi father akan membuat bacaan doa untuk mendiang. Setelah selesai upacara bacaan doa, barulah keranda diturunkan dan di tutup dengan tanah. Salib yang siap bertulis nama mendiang diletakkan pada sebelah kepala mendiang sebagai tanda itu kubur mendiang. Selesai semua, orang ramai pun bersurai.

2 comments:

Anonymous said...

Satu pengalaman yang menarik. Alangkah baiknya kalau ada gambar untuk memudahkan kefahaman..

anamasyhur said...

Terima kasih atas pandangan tuan. Keperihatinan tuan amat saya hargai.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template