Monday, April 6, 2009

UMAT ISLAM SEKARANG JUMUD 1

Sedang saya membaca buku Empayar Minda Muslim, karangan Dr Danial Zainal Abidin. Saya tertarik dengan isi kandungan tulisan beliau dan saya agak bersetuju dengan apa yang beliau lontarkan. Ini jelas menunjukkan perbezaan yang ketara antara umat Islam terdahulu dengan masa kini. Beliau melontarkan begini:-

Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang perlu ketika menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah yang disebutkan dalam firman Allah pada Surah Al-Anfal ayat 60.

"Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa sahaja kekuatann yang kamu sanggup dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu menghantarkan musuh".

dalam proses mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan menimba ilmu dan kemahiran daripada golongan yang bukan Islam, tidak kira sama ada dari timur atau barat selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar2 Islam.

Dalam usul 20, Imam hassan Al-Banna berkata : " Islam membebaskan akal, mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli2 ilmu serta mengalu2kan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah (atau pengetahuan) adalah suatu yang hilang daripada tangan seorang mukmin. Dimana sahaja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya".

Contoh yang terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W ketika berlakunya perang khandak. Baginda S.A.W memanfaatkan strategi perang orang2 parsi dengan mengorek parit besar. Strategi ini mendatangkan kesan yang positif keatas umat Islam dalam peperangan itu. begitu juga dengan Umar Al-Khattab, di zaman pemerintahannya beliau serapkan beberapa cara pentadbiran parsi ke dalam pentadbirannya.

Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif dalam perancangan dan perjuangan mereka. Sebenarnya, disamping ketaqwaan kepada Allah, inilah antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi hingga ke hari ini.

Sebagai contoh, pada zaman Nabi S.A.W dan dua khalifah yang pertama. kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat. namun di zaman khalifah Uthman, pada tahun 28H bersamaan dengan 648M, arahan dikeluarkan oleh khalifah kepada muawiyah supaya memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom.

Bermula dari tahun itu, pakar2 dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang pertama antara armada Islam dengan Rom berlaku pada tahun yang sama di perairan Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada armada Islam. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31H (652M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya.

p/s : Tunggu Artikel Seterusnya ..........

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template