Monday, April 6, 2009

UMAT ISLAM SEKARANG JUMUD 2

Artikel sebelum ini jelas sekali menunjukkan perbezaan umat sebelum ini dengan umat Islam masa kini. Menampakkan dengan jelas yang umat Islam ketika ini cukup ketinggalan daripada pelbagai aspek terutamanya teknologi. Hanya sekadar anti kepada Barat dan Yahudi menyebabkan kita tidak mahu menimba ilmu daripada mereka. Kononnya dekat kepada Barat dan Yahudi akan membawa maksud bersekongkol dengan mereka. Sebagai pembelot agama. Sebagai acuan barat dan Yahudi.

Namun kita lihatlah hasilnya, umat Islam masa kini cukup kerdil untuk berdepan dengan masyarakat dunia. Islam hanya mampu membaling batu dan bom api kepada tentera Yahudi. Islam ketika ini hanya mampu melalak menengking Barat dan Yahudi. Islam ketika ini tidak mempunyai kekuatan ketenteraan, ekonomi mahupun politik.

Isu palestin sudah 60 tahun tidak dapat diselesaikan. Zionis tidak dapat dimusnahkan. Barat tidak dapat ditundukkan. Isu kekejaman di Bosnia, Chech, Palestin, Afghan, Iraq, mindanao dan beberapa negara Islam lain. Umat Islam tidak mampu untuk membuat serangan balas atau mempertahankan diri. Segalanya dikatakan bala Allah. Sedangkan kita tidak pasti pun samada bala atau ujian.

Jika dinilai dari segi pencapaian, tidak ada satu teknologi pun di reka oleh umat Islam masa kini. Penjelajahan ruang angkasa, setelite, neukler, atom, senjata perang, komputer, perisian komputer, telefon bimbit,kapal terbang, kapal laut, kenderaan hatta basikal kanak2 pun semuanya dibuat oleh orang bukan Islam. Bagaimanakah kita hendak bersaing dengan masyarakat dunia?.

Kita lebih sibuk dengan persaingan siapa alim, siapa warak, siapa yang pakai serban, siapa yang mengamalkan sunnah, siapa wahabi, siapa syiah dan lain2 lagi. Kita sibuk dengan politik sehingga melanggar etika perlembagaan dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun kita tidak ada kesungguhan dalam persaingan kesarjanaan, penguasaan ilmu dari pelbagai bidang, penemuan terbaru hasil penyelidikan dan berbagai2 persaingan yang akan membangkitkan masyarakat Islam dalam bersaing dengan masyarakat dunia. Sesungguhnya Islam perlukan pada penggunaan akal yang omptima. Bangkitlah bersama2 bagi melonjakkan nama Islam di mata dunia, Fikir-fikirkan.....

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template