Friday, May 1, 2009

BANTAH FESTIVEL FILEM MALAYSIA KE-22




Beberapa hari lepas, saya telah dikhabarkan oleh beberapa rakan bahawa Festivel Filem Malaysia ke-22 FFM22 akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu pada 5, 6, 7 dan 8 Ogos 2009. Saya secara peribadi membantah sekeras2nya penganjuran FFM ini berikutan ia mengundang pelbagai gejala negetif kepada masyarakat setempat.

Antara faktor bantahan saya ialah, FFM tidak sepatutnya dibuat di dalam Universiti yang merupakan gedung Ilmu. Tempat mendidik remaja2 menjadi pemimpin di masa akan datang. Sebagai gedung ilmu tempat remaja2 menuntut ilmu. Para pelajar2 tidak sepatutnya didedahkan dengan hiburan sebegitu rupa. Tidak ada lagikah kawasan yang lebih sesuai untuk melaksanakan acara sebegitu. Kenapa universiti yang menjadi sasaran. Oleh kerana hiburan melampaulah yang menyebabkan ramai remaja2 tidak mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Penganjuran FFM ini adalah bersamaan pada bulan sya’ban. Bulan Sya’ban Allah jadikan sebagai persiapan begi mendepani kedatangan Ramadhan. Bulan sya’ban adalah masa untuk masyarakat Islam mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi menyahut seruan rukun Islam yang ke 3. Sekiranya dalam bulan sya’ban kita dapat harungi penuh dengan ketaatan, insyaallah begitulah kita pada bulan Ramadhan. Namun sekiranya kita terus menerus lalai dengan keduniaan. Bila tiba Ramadhan, kita akan terus dengan kelalaian sehingga melakukan ibadah hanya sekadar penat dan tidak memperolehi apa2 pahala pun.

Artis bukanlah contoh idola yang boleh diikuti oleh masyarakat Islam. Mungkin ada segelintir artis yang baik2. Namun secara mejoritinya benda negetif lebih banyak berbanding positif. Kita akan didedahkan dengan aurat tubuh dan suara mereka. Kita akan didedahkan dengan karpet merah. Kita akan dilalaikan dengan aksi tari menari mereka. Ini semua, membawa kita kepada maksiat yang tidak memberikan manfaat walaupun sedikit.

Anda boleh berikan kepada saya, apa contoh tauladan yang baik2 daripada kalangan artis yang boleh kita contohi dan apa yang kita tidak boleh contohi. Kita harus memandang benda ini pada perspektif Islam. Kalau anda Islam tapi tidak mahu memandang pada perspektif Islam, ada berpeganglah dengan perspektif lain dan beragamalah dengan selain Islam. Saya boleh jamin contoh tauladan yang negetif lebih banyak boleh diikuti berbanding contoh tauladan yang baik.

Saya mengharapkan sangat kepada kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Sabah, Pihak pentadbiran UMS dan juga pentadbiran One Borneo. Tolong pertimbangkan kembali kesan daripada penganjuran FFM ini. Ia cukup tidak sesuai untuk membangunan minda masyarakat kita untuk menjadi masyarakat yang berkualiti. Saya juga mengharapkan janganlah hendaknya segala lontaran pandangan dan luahan hati masyarakat dipandang sepi, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan apa yang kita buat hari ini. Fikir2kanlah.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template