Wednesday, May 13, 2009

MAHKAMAH, PENGUATKUASA & JERANGKAP SAMAR

Kita biasa mendengar isu2 yang disebut di mahkamah melalui dada2 khabar. Pelbagai kes yang kita dapati, ada kes rumahtangga, nikah cerai dan tidak kurang juga yang di tuduh atas kesalahan berkhalwat, meminum arak, berjudi dan sebagainya. Sehingga sekarang, banyak kes mahkamah syariah yang sedang menunggu untuk dibicarakan. Setiap hari banyak kes yang terus menerus didaftarkan.

Kita perlu membuat analisis yang mendalam kenapa begitu banyak kes2 yang di daftarkan di mahkamah setiap hari. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan lontaran saya, cuma yang boleh saya simpulkan di sini adalah, ia berpunca dari penguatkuasaan tidak melaksanakan seperti yang sepatutnya. Menurut fahaman umum, tanggungjawab kita sebagai orang Islam adalah mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjauhkan masyarakat daripada kemungkaran, Ta'muruna Bil Ma'ruf Watanhauna A'nil Mungkar. Dan inilah juga yang sepatutnya dilaksanakan oleh mana2 penguatkuasa samada dalam Jabatan Agama, polis, imegresen dan lain2.

Pada pendapat saya, kaedah perlaksanaan penguatkuasa agama ketika ini sebenarnya tidaklah berbentuk penguatkuasaan, tapi ia berbentuk jerangkap samar. Ini berikutan beberapa kaedah penguatkuasaan yang ada tidak seperti yang sepatutnya. Rasanya tidak salah sekiranya penguatkuasa di lantik lebih ramai lagi bagi memudahkan perlaksanaan penguatkuasaan dan tidak salah juga penguatkuasa agama di letakkan di kawasan2 yang sepatutnya seperti di pintu2 kelab malam, pintu kedai judi dan juga di kawasan2 panas atau di ronda2kan di kawasan2 panas dan rumah2 tumpangan. Kita sedia maklum mencegah lebih baik dari merawat.

Bukankah lebih baik masyarakat nampak penguatkuasa berada di mana2 tempat dan berlalu pulang sekaligus menyebabkan tidak jadi untuk melaksanakan perkara2 dosa?. Sekiranya ada tangkapan di buat, maklumkan kepada masyarakat melalui media cetak dan elektronik hatta maklumkan pada masyarakat secara jelas operasi yang akan dijalankan contohnya 1hb hingga 15 hb penguatkuasa agama akan membuat serbuan di seluruh kawasan. Biar masyarakat tahu dan tidak jadi nak buat perkara dosa.

Namun yang berlaku ketika ini. Dalam soal risikan penguatkuasa agama, ada ketikanya seolah2 membiarkan masyarakat terjerumus dahulu ke lembah dosa barulah tangkapan dibuat, kononnya supaya ada bukti. Ini bukankah membiarkan kemungkaran berlaku atau Ta'muruna Bil Mungkar?. Sepatutnya penguatkuasa bertindak sebelum suspek membuat benda2 terkutuk, digertak, di ambil maklumat diri, di beri amaran, di beri nasihat dan sebagainya pada ketika hasil risikan menjelaskan yang memang suspek menuju ke lembah dosa. Ini barulah di panggil Ta'muruna Bil Ma'ruf, bukannya dibiarkan dahulu apa dibuat dan kemudian tangkap.

Dan antara faktor pertambahan kes mahkamah syariah adalah penguatkuasaan tangkapan baru lebih banyak di fokuskan berbanding penguatkuasaan kes yang telah di putuskan oleh mahkamah syariah. Banyak kes baru didaftarkan di mahkamah syariah berbanding menyelesaikan masalah suami yang lari dari tanggungjawab nafkah, kes2 yang ada waran tangkap kerana tidak hadir ke mahkamah dan berbagai2 kes lagi yang memerlukan fokus penguatkuasa agama dalam menyelesaikan kes tersebut, lebih2 lagi dalam isu NCR atau lebih jelas lagi penguatkuasaan terhadap suami2 yang lari dari membayar nafkah anak2. Ini jelas menunjukkan kes mahkamah syariah akan terus meningkat dari hari ke hari kerana kes masuk lebih banyak dari kes keluar.

Kesimpulannya, rasanya tidak perlulah fokus ditumpukankan pada serbuan dan tangkapan. Tetapi harus di fokuskan kepada meletakkan anggota di tempat2 yang sepatutnya dan membuat rondaan. Biar masyarakat tahu, biar masyarakat takut. Jangan segalanya dibuat dalam senyap sehingga masyarakat beranggapan penguatkuasa agama tidak buat apa2. Maklumkan, sebarkan, beritahu kepada masyarakat yang penguatkuasa akan buat serbuan2 di seluruh kawasan jajahan pada bila2 masa dan waktu. Tidak lupa juga penguatkuasaan terhadap suami2 yang melanggar perintah mahkamah untuk membayar nafkah keluarga. Insyaallah, percayalah, kadar kesalahan akan berkurangan berbanding sebelumnya.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template