Friday, May 1, 2009

REHLAH JIM CAWANGAN SABAH

Alhamdulillah, kebetulan ada cuti sempena cuti hari pekerja. Saya sempat menghadiri program Rehlah Jemaah Islah Malaysia Cawangan Sabah bertempat di 1st Beach, Tanjung Aru. Kehadiran saya adalah atas jemputan YDP sendiri En. Marsus Jabbar berikutan saya telah biasa beberapa kali duduk dalam program Usrah sejak setahun lalu.

Alhamdulillah, program dapat berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun dengan begitu lebat sekali. Saya beranggapan program akan dibatalkan berikutan hujan. Namun saya mendapat SMS dari YDP yang menyatakan program diteruskan. Dalam hujan lebat kami sekeluarga terus berjalan menuju destinasi. Namun Allahlah yang Maha Mengetahui. Sampai di Tangjung Aru, hujan hanya sekadar renyai2 dan kadang2 berhenti.

Bila sampai, kami pun bersarapan beramai2 dengan beberapa sahabat yang ada sementara menunggu ketibaan sahabat2 lain. Apabila semuanya telah tiba, sarapan pun dah selesai. Sedikit kuliah ringkas disampaikan oleh ustaz Ithnin. Beratapkan langit berlantaikan kanves basah majlis tetap diteruskan. Anak2 pula sibuk dengan bermain pasir dan air laut sambil dipantau2 dari jauh oleh beberapa sahabat. Kanak2 juga disediakan beberapa permainan sukaneka setelah kuliah selesai.

Selasai kuliah ringkas, kami beriadah seketika bagi meluruskan kembali alliment yang dah tak tentu arah kedudukannya. Manakala pengunjung2 yang lain nampaknya seronok berhibur, berkaraoke mungkin menenangkan fikiran setelah hari2 menghadap kerja yang bertimbun2.Selesai riadah, gotong2 royong pula untuk memasak berikutan majlis harus selesai jam 11 pagi kerana hendak solat Jumaat. Selesai segala2nya tibalah acara kemuncak iaitu makan t/hari berjemaah. Berbagai2 juadah dihidangkan. Ada yang dibawa sedia dari rumah dan tidak kurang juga yang disediakan di tapak Rehlah tadi.

Dari pagi hingga t/hari berbagai2 cerita dan topik yang dibincangkan secara tidak formal. Tidak kurang juga kadang2 diselang seli dengan gelak ketawa sahabat2. Majlis ini nampaknya berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Disamping hadir untuk memeriahkan program, suasana saling kenal mengenali dengan lebih rapat lagi antara satu dengan yang lain jelas terpancar dimata sahabat2 yang hadir. Semoga program2 sebegini akan terus subur bagi mengingati sesama kita yang selalunya terlupa akan tanggungjawab kita yang sebenar. Saya difahamkan, program seterusnya adalah mukhaiyam bersama Hj Nicholas yang tarikhnya akan ditentukan kemudian. Harap2 ada ruang sekali lagi untuk saya turut serta belajar bersama2 sahabat2 yang lain….. InsyaAllah……

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template