Wednesday, August 5, 2009

GARA-GARA H1N1

Pada 01/08/09, gara-gara H1N1 kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT sekali lagi tidak dapat diadakan berikutan kelas yang biasa kami gunakan, Madrasah Islamiah Kota Kinabalu ditutup berikutan penularan Virus H1N1. Menurut Sumber orang biasa, dikhabarkan kelas tersebut ditutup kerana telah disembur ubat. Oleh kerana itu kelas tersebut berkunci dan ada notis pemberitahuan bergantung di pagar utama.
Oleh karana ramai dari kalangan pelajar yang tidak tahu isu H1N1 tu. Mereka datang menghadiri kelas seperti biasa. Ada yang memandu sendiri, ada yang di hantar suami dan tidak kurang juga ada yang menaiki bas sehingga 4 kali bas dari rumah mereka ke kelas teratak fitrah SAHABAT. Memandangkan begitu sungguh2 dan payah pelajar2 datang ke kelas , pandangan saya macamana sekalipun keadaan yang mendatang, kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT harus tetap diadakan.
Namun baru2 ni saya agak terkilan dengan beberapa pihak yang memaklumkan kepada pelajar2 bahawa kelas dibatalkan sedangkan tidak mendapat pengesahan dari orang yang selayaknya. Saya berjumpa dengan presiden dan berbincang dengan beliau situasi keadaan tersebut. Kami sepakat untuk meneruskan kelas di bawah beberapa pokok yang rendang.
Berikutan keputusan tersebut, kami teruskan kelas seperti biasa dimulai dengan perhimpunan pagi, motivasikan pelajar2 untuk teruskan perjuangan mencari ilmu, bacaan doa selamat dari bala penyakit dan pengajian Iqra' diteruskan seperti biasa. Maka berdudukanlah pelajar2 berserta dengan guru2nya di bawah pokok2 rendang berdekatan Madrasah Islamiah tersebut.
Alhamdulillah, dengan kesusahan dan kepayahan tersebut, kelas pengajian tetap diteruskan. Namun memandangkan cuaca yang agak panas, kelas tidak dapat diteruskan hingga tengahari, ia hanya dapat di laksanakan sekadar jam 10 pagi. Setelah rehat dan makan seperti minggu2 biasa, pelajar2 dibenarkan balik. Walaupun tidak sampai tgahari, sekurang2nya mereka dapat membawa balik sedikit ilmu daripada diarahkan balik begitu sahaja.
Daripada cerita di atas, kita boleh ambil beberapa kesimpulan. Pertama, kita haruslah membuat satu2 keputusan atau menerima satu2 arahan mesti daripada orang2 yang berkelayakan. Macam di SAHABAT orang yang paling layak buat keputusan dalam situasi di atas adalah Presiden, En. Abu Bakar Ongkosing. Haruslah pasti arahan tersebut keluar daripada Presiden sebelum mengarahkan pelajar2 balik begitu sahaja. Bukannya anda yang bayar tambang2 pelajar2 tersebut hingga semudah2 itu mengarahkan mereka balik dengan tangan kosong.
Yang kedua, kepada masyarakat sekeliling, lihatlah saudara2 kita yang baru menegnal Islam. Yang baru hendak nampak keindahan Islam, terpaksa duduk di bawah pokok untuk menimba sedikit ilmu hanya untuk sejam dua. Mungkin masa mereka di gereja, tempat belajar mereka aircond dengan karpet tebal. Sama2lah kita fikirkan bagaimana cara agar SAHABAT mendapat sebuah bangunan sendiri dengan pentadbiran yang cukup baik. Insyaallah, dengan keperihatinan para pembaca sekelian. Diharapkan satu hari nanti SAHABAT akan mendapat sebuah bangunannya sendiri bagi membela nasib2 saudara2 kita yang baru kenal erti Islam.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template