Wednesday, August 5, 2009

PENDERMAAN ORGAN

Pendermaan organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan Transplan selepas ianya meninggal dunia. transplantasi atau pemindahan organ adalah satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang yang telah meninggal dunia. Melalui cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Sejak beberapa hari ni, saya secara tiba2 terfikir tentang pendermaan organ. Apakah keperluannya?. Apakah rasanya?. Sakitkah? Apa manfaatnya? dan berbagai2 perkara lagi yang menjadi fikiran di benak otak saya.
Namun saya membuat kesimpulan bahawa derma organ adalah perlu dijadikan sebagai salah satu amalan ibadat kita yang terakhir sebelum jasad kita dikebumikan. Dengan mendermakan organ, banyak nyawa dapat diselamatkan. Dengan mendermakan organ, walaupun kita telah tiada, namun organ2 kita hidup pada jasad2 orang lain. Dengan mendermakan organ, dapatlah kita menambahkan pahala terakhir kali dan dibawa menghadap Allah S.W.T. Pada umumnya, organ2 yang boleh didermakan adalah seperti, buah pinggang, jantung, hati, paru2 dan juga pankreas. Manakala tisu2 yang boleh didermakan pula seperti, mata, tulang, kulit dan injap jantung.
Saya agak terfikir, apakah rasanya jasad ketika organ2 diambil?. Saya beranggapan, setelah seseorang itu mati, tidak ada kaitan lagi antara jasad dengan roh. Rasanya, di potong macamana pun jasad tersebut, tidak memberikan apa2 rasa pada roh kerana roh dan jasad telah terpisah. Adakah kita masih merasa setiap potongan pisau pada jasad kita?.sekiranya ia, itu bererti kita belum lagi mati. Orang yang mati tidak mempunyai apa2 rasa kerana ia adalah kosong sama seperti benda2 mati yang ada dimuka bumi.
Saya merasakan agak perlu bagi kita untuk mendermakan organ kerana organ2 ini telah tidak bermakna lagi buat kita. Alangkah ruginya jasad kita beserta organ2 ditanam begitu sahaja. Buruk dan habis di mamah bumi sedangkan tidak meninggalkan sebarang makna. Daripada ianya hancur dimamah bumi, bukankah lebih baik ia digunakan bagi membantu orang2 yang memerlukan.
Saya berdoa dan mengharapkan Agar Allah memberikan kekuatan pada saya untuk mendermakan segala organ dan tisu yang boleh didermakan. Biarkan ia boleh dimanfaatkan berbanding hancur di perut bumi. Untuk menambahkan lagi maklumat kita berkaitan derma organ ini. Sila layari SaifulIslam.Com, Wassalam.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template