Saturday, October 3, 2009

SURAU DIBELA

DI Petik Dari Www.Sabahkini.Net

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran meminta kerjasama premis perniagaan menyediakan ruang kemudahan beribadah yang lengkap dan selesa.

Katanya, meskipun setakat ini belum ada peruntukan undang-undang khas yang mewajibkan mana-mana premis perniagaan dan penggiat industri pelancongan di negeri ini menyediakan ruang ibadah seperti surau dan masjid di kawasan mereka sebaliknya ia hanya wujud sebagai tanggungjawab sosial semata-mata.

Sehubungan itu Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menyarankan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menguatkuasakan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis, pusat beli belah dan pusat-pusat peranginan di negeri ini menyediakan kemudahan beribadah yang mampu memberikan keselesaan kepada pelanggan mereka.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang itu penting bagi memastikan setiap penggiat industri ekonomi dan pelancongan di negeri ini memberi keselesaan kepada pelanggan beragama Islam.

Baliau menambah,keperluan penyediaan ruang ibadah itu kini amat mendesak memandangkan kebanyakan pelancong ke negeri ini bukan hanya tertumpu dari negara barat sahaja malah melibatkan pelancong dari negara Timur Tengah dan Negara Brunei Darussalam.

Datuk Nasir berkata demikian sempena mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya.
Hadir sama sempena majlis itu Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai; Pengerusi MUIS, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali; Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Sabah, Datuk Haji Harman Mohammad; Adun Kawasan Bugaya, Datuk Haji Ramlee Marahaban dan isteri, Datin Sarimah Besuran; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Ujang Sulani; Pengarah JHEAINS, Haji Amri Suratman; Pencetak Kerajaan Negeri Sabah, Haji Salsidu Haji Ibrahim dan isteri; Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin; sanak-saudara dan sahabat-handai.

Katanya, ruang-ruang ibadah yang disediakan dikebanyakan premis dan pusat membeli-belah di negeri ini adalah terhad dan maksimum hanya mampu menampung jemaah sehingga 10 orang sahaja selain kemudahan beribadah seperti ruang wudhu yang kurang selesa dan biasanya surau ini diletakkan dikawasan letak kereta dan kawasan yang tidak sepatutnya.

Last Updated SABAHKINI.NET on Friday, 02 October 2009 07:59

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template