Wednesday, October 14, 2009

WISMA MUIS MALAP

Wisma Muis atau Wisma Majlis Ugama Islam Sabah terletak di tengah ibukota Kota Kinabalu berdekatan dengan Masjid Negeri Sabah adalah salah sebuah bangunan yang menempatkan beberapa pejabat kerajaan samada Kerajaan persekutuan mahu pun Kerajaan Negeri. Bangunan ini mempunyai 10 tingkat dengan 2 blok bangunan. Bangunan ini juga menjadi tumpuan masyarakat Sabah untuk menjalankan urusan2 berkaitan kehidupan seharian seperti nikah cerai, soal agama, soal air, pendidikan dan lain2 lagi.
Mungkin ada benarnya sesetengah orang barkata apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan agama, mesti banyak cacat dan celanya. Dan hakikat ini agak sukar untuk di sangkal berikiutan sikap masyarakat kita yang mengambil sikap sambil lewa dalam tiap2 pekerjaan. Wisma Muis ditadbir oleh Wisma Harta Sdn Bhd bagi mengendalikan segala aspek berkaitan bangunan ini. Termasuk juga dalam menguruskan ruang2 premis perniagaan dan juga promosi.
Saya selalu ke Wisma Muis dan mendapati Wisma Muis agak malap, suram dan sepi. Ruang niaga tidak digunakan sepenuhnya samada tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua. Ruang legernya hanya di duduki oleh beberapa peniaga kecil yang bertungkus lumus untuk mendapatkan wang belanja dan juga untuk membayar sewa RM300 sebulan hanya bergantung pada meja seluas 2x4 kaki dan tidak boleh ditambah dengan sebarang meja dan peralatan gantungan barang jualan.
Banyak rungutan dari peniaga2 ruang legar yang manyatakan jumlah pendapatan tidak memberangsangkan. Peniaga ruang legar hanya berharap kepada orang2 yang berkerja di Wisma Muis dan segelintir orang luar yang berurusan di Wisma Muis. Bagi orang2 yang datang ke Wisma Muis hanya mempunyai pilihan membeli kepada peniaga2 ruang legar dan beberapa premis perniagaan yang terdapat di Wisma Muis yang jumlahnya tidak sampai pun 30 peniaga.
Kenapakah pihak Wisma Harta tidak memaksimumkan ruang legar untuk disewakan kepada peniaga2 kecil?ruang legar tingkat bawah, tingkat 1 dan tingkat 2 arah Masjid Negeri, arah Wisma Kewangan, Arah Wisma Khidmat dan arah Mahkamah Syariah?. Lain lagi ruang tengah bagi tingkat bawah?. Alangkah baik sekiranya semua ruang ini disewakan dan pihak Wisma Harta membuat promosi besar besaran ke seluruh Kota Kinabalu bahawa Wisma Muis juga setanding dengan Kompleks Karamunsing, Centre Point dan juga Wisma Merdeka.Ketiga2 pusat membeli belah ini juga mempunyai pejabat sama seperti Wisma Muis?. Apa Bezanya?.
Dikhabarkan dulu Kompleks karamunsing telah pun malap, namun dengan pengurusan yang baik dan bijak, sekarang Kompleks Karamunsing telah bangun semula dengan nafas baru dan menjadi tumpuan bagi masyarakat Sabah. Kita dapati Wisma Harta hanya mengutip duit sepuluh sen sepuluh sen dari kutipan ruang parking. Kenapa tidak kutip duit puluhan ribu dari ruang2 legar yang ada di jadikan ruang perniagaan?. Saya tidak pasti adakah masalah besar di sebalik isu ini sehingga Wisma Muis tidak boleh dijadikan pusat membeli belah terkemuka? atau pihak pengurusan Wisma Harta tidak terfikir untuk membangunkan nama Wisma Muis?. Lihatlah Wisma Merdeka, bukankah banyak peniaga2 ruang legar, wawasan plaza juga begitu. Soal harga sewa, berapa pun orang sanggup bayar kalau ramai yang datang. Buat masa ni, RM150 sebulan pun boleh buat peniaga2 tekencing2 untuk membayarnya.
Sebenarnya Wisma Muis boleh berdiri sama tinggi dengan pusat2 membeli belah yang ada di KK ni, cuma ia tidak dilaksanakan kearah itu. ia lebih sekadar apa yang ada hari ini adalah baik sama macam semalam. Tidak ada sebarang peningkatan. Berapakah usia bangunan ini?.adakah selamanya dia akan begitu dengan membawa nama Majlis Ugama Islam Sabah?.Agak memalukan Bagi Muis sekiranya mempunyai bangunan semalap ini untuk selamanya. Fikir2kan......

1 comment:

Anonymous said...

Parking fee..

Apakah perlu untuk memasuki kawasan Wisma Muis yang menjalankan urusan keagamaan mengadakan bayaran parking kepada orang awam..

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template