Monday, November 30, 2009

BUMIPUTERA SABAH TERUSIR JAUH

Tahukah anda, sebenarnya tanpa kita sedari masyarakat Bumiputera di Sabah terutamanya masyarakat Islam terusir jauh ke luar bandar. Tanpa kita sedar juga masyarakat bukan Bumiputera akan mengambil alih kawasan orang-orang Bumiputera di dalam segi tiga emas bandar-bandar di Sabah. Ini adalah hakikat yang tidak ramai orang fikirkan. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, percayalah satu hari nanti tidak akan ada lagi masyarakat Bumiputera berada di dalam bandar.

Kita lihat sahaja daerah Kota Kinabalu. Kg Sembulan, Kg Sri Tanjung, Kg Likas, Kg Lembaga Padi, Kg Delima dan beberapa kampung lagi yang telah terusir dan akan terusir. Persoalannya semua kampung-kampung ni adalah perkampungan Bumiputera yang tanpa sedar telah terusir dan akan terusir ke kawasan yang jauh dari Bandar seperti di Kinarut, Telipok Ria, Rhugading, kionsom dan lain-lain. Tahukah kita, dari kawasan-kawasan penempatam baru ni, tambang ke Bandar mencecah RM4.00 sehala.

Bagi anak-anak remaja yang berkerja di Bandar, gaji setakat RM700 tidak memberi apa-apa makna. Tambang pulang balik saja RM8.00. Makan minum harian, sarapan dan makan tengahari saja kurang-kurang RM8.00. Ini sahaja dah cecah rm480.00 sebulan. Baki yang tinggal Cuma RM220.00, apalah yang boleh di buat dengan RM220 ni?. Cukup-cukup bayar sewa rumah dengan bil letrik sahaja. Untuk makan minum?, bil air dan keperluan lain bagaimana?.

Tanpa kita sedari, sebenarnya masyarakat Bumiputera terusir tanpa sedar jauh dari Bandar dan secara tidak langsung akan membuka ruang kepada masyarakat bukan Bumiputara menduduki kawasan bandar. Dalam kawasan Bandar pula, sekiranya ada projek perumahan pun, harganya terlalu tinggi di luar kemampuan kebanyakan masyarakat Bumiputera. Ada sesetengah rumah berharga RM200K keatas. Ada yang mencapai RM500K, RM600K dan ada juga yang mencecah nilai jutaan ringgit. Ini juga antara punca masyarakat Bumiputera terusir.

Untuk sedikit masa lagi saya merasakan kampung-kampung di sekitar lembaga padi ke King Fisher membawa kepada kampung-kampung sebelum lampu isyarat Tebobon dan lampu Isyarat Indah Permai juga akan terusir. Masyarakat bumiputera yang tinggal di kawasan segi empat dua sama ni satu masa nanti tetap akan terusir ke kawasan jauh dari Bandar.

Kita lihat pula di daerah Sandakan. Masyarakat-masyarakat Bumiputera di kawasan Bandar juga terusir ke kawasan jauh dari Bandar. Kita ambil contoh kampung-kampung sekitar tanah merah, Kampung Forest, Kg Pelarian, BDC, Batu 2, naik ke batu 21/2, batu 3 dan batu 4. Khabar terbaru berkemungkinan perkampungan Buli Sim-Sim juga akan terusir. Perkampungan ini ada yang telah di tempatkan dan akan ditempatkan di Kg Tinosa dan Batu 10 Sungai Batang.

Ini juga adalah tempat-tempat yang cukup jauh dari Bandar. Tambang untuk ke bandar mencecah RM4.00 untuk sehala. Satu masa lagi, dari kawasan batu 8 hingga ke Bandar akan dimiliki oleh masyarakat bukan Bumiputera. Masyarakat Bumiputera akan terpinggir jauh di luar Bandar. Saya tidak ada fakta untuk daerah-daerah lain. Namun dua daerah ini menunjukkan kita bukti yang masyarakat Bumiputera kita, terutamanya Islam sudah semangkin jauh daripada Bandar. Saya bersetuju dengan misi sifar setinggan di Sabah, tapi penempatan baru tersebut tidaklah sepatutnya sejauh yang ada sekarang. Sebaik-baiknya penempatan itu berada dalam segi tiga emas bandar agar masyarakat Bumiputera tidak jauh terusir ke luar bandar.

Saya selaku generasi muda yang prihatin dengan bangsa dan agama saya menyeru kepada pihak berwajib. Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, DBKK, LPPB, Jabatan Perancangan Bandar, JHEAINS, JAKIM, Syarikat Pembangunan Perumahan milik Bumiputera dan pihak-pihak yang berkaitan untuk memikirkan masalah ini. Gunakanlah kuasa yang ada, saluran yang ada untuk mengatasi masalah ini. Janganlah hendaknya masyarakat Bumiputera akhirnya berada di Tuaran dan Papar kerana penempatan sekarang sudah hampir ke kawasan tersebut.

Perlu kita fikirkan bersama bagaimana nasib anak-cucu kita dalam tempuh 50 tahun akan datang. Kalau masyarakat Bumiputera boleh terusir sejauh ini hanya dalam tempoh 48 tahun. Bagaimana pula untuk tempoh 50 tahun akan datang?.Saya sekali lagi memohon kepada pihak yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Ini adalah perjuangan bersama untuk anak bangsa dan juga agama kita yang suci.
Fikir-fikirkan………

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template