Thursday, November 5, 2009

DR ASRI : PERLU DITANGKAP?

Isu penangkapan Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah satu perkara yang amat memalukan. Penghantaran memorendum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Dr Asri juga satu perbuatan yang melampau. Seterusnya, kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariahnya juga melampaui batas.


Hampir 4 hari saya mengamati kes ini dengan penuh persoalan dukacita. Ketiga2 perkara di atas sepatutnya tidak sepatutnya berlaku. Ini Soal maruah, bukan maruah Dr Asri sahaja. Tetapi ini soal maruah saya, maruah saya sebagai seorang Islam. Maruah orang2 Islam di Malaysia, maruah umat Islam di seluruh Dunia.


Kita selalu berkata kepada kerajaan Malaysia, kepada Yahudi dan Barat kerana membuat dasar membunuh kerjaya pendakwah dan membunuh pendakwah2 itu sendiri dengan tujuan agar Islam tidak tersebar. Namun kali ini tanpa kita sedari, pemimpin masyarakat kita sendiri, NGO2 Islam kita sendiri yang membunuh kerier pendakwah kita. Adakah ini patut?.


PENANGKAPAN DR ASRI


Isu penangkapan Dr Asri kerana membuat kuliah agama tanpa tauliah, tidak dapat dinafikan memang mengikut undang2 dan peruntukan yang ada. Namun bagi seluruh negeri2 di Malaysia, undang2 itu manusia yang buat, terserahlah kepada akal bijak pandai kita untuk menggunakan peruntukan itu untuk melaksanakan atau tidak. Sama juga seperti akta polis. Pada fahaman saya, akta polis boleh digunakan bila2 masa yang perlu sekiranya polis merasakan perlu untuk kuatkuasakan akta tersebut. Dan pada satu2 ketika demonstrasi, ada ketikanya akta itu sepatutnya telah boleh digunakan tetapi tidak digunakan berdasarkan kepada keadaan dan suasana.


Adakah soal tauliah ini tidak mempunyai sebarang budi bicara samada hendak dilaksanakan ataupun tidak. Sekiranya benar secara mandatorinya tidak boleh membuat kuliah tanpa tauliah, ini bererti majlis agama negeri harus berkerja lebih keras untuk menangkap semua penceramah2 yang tidak mempunyai tauliah. Termasuklah penggerak2 NGO yang membuat program2 kesedaran, motivasi, seminar dan sebagainya. Perlu diingat juga, penceramah2 di TV juga tidak sepatutnya terlepas dari ditangkap sekiranya tidak bertauliah. Ini kerana ia lebih dasyat dari penceramah2 lain, penceramah lain berceramah di satu2 tempat sahaja. Tetapi penceramah2 TV sekali berceramah terus keseluruh Malaysia.


Saya beranggapan, soal penangkapan penceramah tanpa tauliah ni perlu dilaksanakan atas budi bicara serta kewarasan penguatkuasa. Sekiranya ada kebenaran ajaran yang disampaikan itu benar2 salah dan sesat, saya setuju untuk penceramah itu ditahan. Maksudnya haruslah mempunyai satu siasatan menyeluruh, maklumat yang cukup. Contohnya setelah di ekori beberapa kuliah, nampaknya memang pasti ajarannya salah, tahan la. Tetapi sekiranya tidak, tidak perlulah.


Sebenarnya soal penangkapan menurut Enekmen negeri masing ini. Banyak lagi yang boleh dibuat tetapi tidak dibuat. Kenapa penguatkuasa tidak menahan bapa2 yang meninggalkan ibu2 tunggal begitu sahaja sehingga kerajaan perlu membelanjakan berjuta ringgit kerana mereka ini?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan mereka2 yang ingkar, setelah mahkamah memutuskan mereka perlu membayar sekian2 jumlah nafqah untuk anak2?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan anak2 yang membiarkan ibubapa mereka merempat tepi jalan meminta sedeqah?. Kenapa penguatkuasa tidak menahan ibubapa yang membiarkan anak mereka berkeliaran meminta sedeqah dan tidak diberikan sebarang pendidikan?.Siapa yang hendak jawab semua ni?. Siapa yang hendak buat semua ini.


Saya tidak fikir Sultan2 kita memerintah perkara semberono. Ada benarnya Sultan2 bertegas dengan perlunya tauliah bagi penceramah2 agama. Tapi saya tidak fikir Sultan2 kita bersetuju sekiranya ada penguatkuasa yang semberonoh dalam menjalankan tugas mereka. Kesimpulannya, ingin saya nyatakan yang undang2 ENEKMEN perlu dilaksanakan dalam perkembangan Islam. Namun ada banyak lagi undang2 ENEKMEN yang lebih mendesak untuk dilaksanakan.....Bersama kita Fikirkan....Wassalam....

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template