Wednesday, November 25, 2009

KONVENSYEN PENDAKWAH KALI KE-4

Konvensyen Pendakwah telah seminggu berlalu. Namun aksi-aksi dan telatah para peserta konvensyen masih segar dalam ingatan. Konvensyen kali ini tidak seperti konvensyen lepas-lepas. Konvensyen kali ni ramai disertai dari kalangan generasi muda berdasarkan tema “Membangun Generasi Pewaris Dakwah”. Tidak ada kelibat pendakwah2 Senior, kecuali beberapa orang sahaja.

Konvensyen Pendakwah kali ini berlangsung di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam. Oleh kerana ini Konvensyen Pendakwah Peringkat Sabah, maka kehadiran juga meliputi pendakwah muda dari seluruh Sabah. Kehadiran dianggarkan mencapai 150 peserta berkampung di Kompleks Tabung Haji.

Alhamdulillah, program- program sebegini memang baik dan banyak manfaatnya sebagai input bagi pendakwah¬-pendakwah. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki. Sekiranya kelemahan ini boleh diperbaiki, insyallah kerja-kerja dakwah akan berjalan dengan terancang dan teratur.

Mungkin saya yang silap, rasanya kita hanya ada Konvensyen Pendakwah Peringkat negeri tetapi tidak pula pada peringkat daerah. Saya berpandangan Konvensyen Pendakwah Peringkat Daerah perlu diadakan bagi meluaskan lagi dan memberikan input yang baik pada pendakwah kita di bumi Sabah. Soal dana rasanya pihak berwajib boleh usahakan. Kenapa program Islam Hadhari boleh di gerakkan dengan dana mencecah ratusan ribu ringgit. Kenapa konvensyen pendakwah tidak boleh dilabur dengan dana yang begitu besar.

Ada baiknya Konvensyen Pendakwah Peringkat Negeri dibuat secara terbuka. Peserta yang hadir dengan jemputan bolehlah diberikan bilik penginapan. Tetapi peserta yang tidak ada penginapan janganlah pula di anggap bukan peserta seperti yang berlaku pada konvensyen minggu lepas. Peserta tersebut telah pun di lantik menjadi penghulu, tapi lantikan tersebut dibatalkan kerana peserta tersebut dikira sebagai bukan peserta kerana tidak menginap.

Soal tidak dilantik menjadi penghulu tu bukanlah soal besar kerana secara logiknya orang yang menginap bersama peserta lain yang lebih layak menjadi penghulu. Tetapi penolakan berlaku kerana dia bukan peserta adalah perkara yang memalukan. Ini bermaksud Konvensyen Peringkat Negeri tertutup ataupun tidak welcome pada peserta yang ingin turut serta. Bukankah elok ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta. Bagi makan ala kadar 1 lauk 1 sayur dan air, cukup la, memadai dah untuk alas perut. Yang penting bukan makan, tapi input yang diperolehi masa konvensyen lebih penting.

Konvensyen Pendakwah dah masuk kali yang ke4. Untuk 2010 sudah masuk Konvensyen Pendakwah yang ke5. Namun pengisian tahunan tetap sama. 80% lebih kepada interaksi satu hala. Pendakwah terus menerus diberikan ceramah demi ceramah yang rasanya mereka telah selalu mendengar ceramah. Mungkin cuma gaya bahasanya sahaja yang berbeza. Rasanya pihak penganjur perlu memikirkan beberapa pendekatan lain untuk memberikan kesan pemahaman kepada pendakwah2 dalam konvensyen tersebut. Perlu juga ada ruang untuk berinteraksi 2 hala antara pendakwah2 dengan penceramah juga pihak penganjur. Fikir2kanlah…….

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template