Thursday, November 26, 2009

MUZAKARAH PENDAKWAH

Saya telah ulas beberapa perkara berkaitan Konvensyen Pendakwah Peringkat Negeri Sabah kali ke4 sebelum ini. Namun saya merasakan agak perlu untuk saya mengulas lebih dalam tentang Muzakarah Pendakwah atau Persidangan Pendakwah yang terkandung dalam resolusi Konvensyen Pendakwah kali ke4 baru-baru ini.

Konvensyen Pendakwah telah sampai kali yang ke4 dan 2010 konvensyen Pendakwah akan menjadi kali ke5. Namun acuan dan cara penyampaiannya agak sama dan tidak mempunyai apa2 perubahan. Lebih 80% slot berbentuk ceramah satu hala daripada penceramah kepada pendakwah. Namun ruang untuk pendakwah berdailog dengan penceramah tidak mempunyai ruangan yang cukup. Pengerusi majlis pula selalu mohon suara pendakwah dipendek dan diringkaskan.

Namanya konvensyen pendakwah, sudah pastilah yang datang adalah pendakwah yang siang malam turun padang tanpa kira penat dan lelah. Biasa mendengar berbagai bentuk ceramah dan biasa berceramah kepada pelbagai lapisan masyarakat. Atas maksud itu, adalah tidak bersesuaian sekiranya pendakwah-pendakwah disajikan dengan slot ceramah berterusan seperti sebelum-sebelum ini. Contohnya Ustaz Awaluddin Nasotion JHEAINS Kota Kinabalu. Beliau boleh dikira cukup berpengalaman dalam bidak dakwah di Sabah. Adakah slot begini bersesuaian dengan pengalaman beliau.

Atas maksud itulah Konvensyen Pendakwah Kali ke4 telah membuat ketetapan resolusi yang memohon agar di adakan Muzakarah Pendakwah Peringkat Negeri Sabah sekurang2nya dua kali setahun bagi menambahbaik gerakan dakwah di Sabah. Lebih penting juga, yang membuat ketetapan ini adalah pendakwah-pendakwah yang bertungkus lumus berbengkel dan membentangkannya, maka penafsiran muzakarah dan cara perlaksanaannya haruslah mengikut penafsiran pendakwah bukan mengikut penafsiran lain.

Muzakarah Pendakwah harus diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun yang berbentuk meja bulat ataupun berbentuk mesyuarat dengan slot-slot tajuk yang ditetapkan. Seorang akan menjadi moderator dan semua peserta membentangkan tajuk yang akan dibahaskan dalam tempuh masa 2 jam secara bergilir-gilir. Contohnya isu “Bagaimanakah medium dakwah di negeri Sabah?”. Semua pendakwah yang hadir dibenarkan untuk bangun menyuarakan pandangan masing-masing berkaitan medium dakwah di Sabah mengikut daerah-daerah dan kawasan yang mereka wakili. Muzakarah ini boleh dibuat sekaligus 150 orang dan ada juga slot yang berbentuk kumpulan serta di bentangkan. Dalam beberapa slot bolehlah dihidangkan dengan ceramah2 yang lebih berbentuk testimoni pengalaman pendakwah berpengalaman

Antara tajuk yang boleh dimuzakarahkan seperti:-
Apakah yang diperlukan pendakwah dalam mengembangkan syiar Islam di Sabah.
Apakah halangan dan tentangan yang dihadapi oleh pendakwah ketika berdakwah di bumi Sabah.
Apakah sasaran dan pendekatan yang digunakan oleh pendakwah2 di Sabah
Apakah strategi yang digunakan pendakwah kita di Sabah

Tujuan muzakarah ini adalah sebagai menghantar laporan dan maklumat daripada pendakwah akar umbi kepada pihak-pihak bertanggjawab bagi mengatur strategi dakwah yang lebih terancang dan teratur. Pihak penganjur tidak perlu risau dihentam dan kritik oleh pendakwah. Kita gubal garis panduan perbahasan satu2 tajuk. Yang penting pihak berwajib mendapat input dari pendakwah dan pendakwah mendapat kebaikan dari stategi dan aturan dakwah yang di simpulkan oleh pihak bertanggungjawab.

Sekiranya Muzakarah ini Berjaya dilaksanakan, insyaallah saya percaya kerja2 dakwah di Sabah akan dapat di rancang teliti dengan strategi yang baik dari sudut keperluan pendakwah, medium dakwah, halangan dakwah dan berbagai-bagai lagi, fakir-fikirkanlah.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template