Saturday, November 28, 2009

PRESIDEN YANG TELAMPAU, MAKAN SEORANG

Hari ini badan agak letih setelah seharian bertungkus lumus membantu Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) membuat Qorban. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada, beberapa ahli dan penggerak SAHABAT telah membuat qorban sebanyak 4 ekor lembu semuanya. Lembu yang diqorban agak sihat dan boleh diketegorikan adalah baik.

Kali ini agak berbeza kerana SAHABAT tidak memulakan acara qorban seawal pagi seperti biasa orang buat. Namun SAHABAT memulakan acara sebelah petang berikutan sebelah pagi SAHABAT ada acara Sambutan Hari Raya Qorban anjuran bersama JAKIM SABAH, PERTIWISA dan juga DBKK. Namun JHEAISN juga turut serta memeriahkan majlis sebagai tetamu jemputan khas.

Setelah acara pagi selesai dan solat zohor. Acara qorban pula mengambil tempat. Alhamdulillah keempat-empat lembu telah pun tersedia untuk di qorbankan. Ada beberapa jajaka-jejaka gagah telah merebahkan lembu-lembu tersebut lebih awal sebelum acara bermula. Bila tiba masanya, 3 ekor lembu diselesaikan oleh Ust Salahuddin manakala seekor lagi diselesaikan oleh En. Jutom Ongkosing @Abu Bakar Abdullah, Presiden SAHABAT.

Sebenarnya saya sudah awal2 lagi merunding presiden mahu menyudahkan seekor lembu untuk pengalaman pertama. Namun beliau menyatakan beliau tidak akan menyembelih dengan maksud tidak bersedia lagi. Atas maksud itu saya juga menyimpan rasa di hati dengan harapan ada juga masanya nanti saya merasa pengalaman tersebut.

Setelah 3 ekor lembu selesai disembelih oleh Ust Salahuddin. Tidak semena-mena presiden interfram mahu menyudahkan lembu yang keempat. Agak membara jiwa melihat presiden turun menyudahkan lembu seorang diri. Saya ingin turut serta, tetapi lembu yang diselesaikan presiden adalah lembu terakhir. Nampaknya saya tidak berpeluang la kali ini, presiden makan sorang2. Tidak mengapa, Bangsaku pandang undur kecuali cheking, Esok ada lagi 9 ekor di kepayan. Harap-harap Pak awal dan Pak Jasimin bagi ruang untuk saya mendapat pengalaman baru untuk menyembelih lembu qorban.

Dari acara pagi hingga petang. Ada juga muka-muka orang yang rasanya memang tidak pandai memegang parang mahupun pisau, jauh sekali kapak, orang Sabah bilabf KAMPAK. Sekadar menunjuk muka dan beralih ketempat lain dengan tujuan sekadar dapat makan dan juga daging. Agak hairan juga tingkahlaku sedemikian. Tidakkah dia merasa bersalah berbuat demikian?. Tapi tidak mengapa, walaupun orang-orang begini tidak ada hati untuk membantu, namun kerja-kerja qorban tetap akan kami jalankan.

Prinsip SAHABAT mudah, ada orang membantu kami alu-alukan. Jikalau tidak mahu membantu, kami tetap akan buat kerja. Harap-harap esok orang yang saya maksudkan tidaklah menjadi hanya sebagai penonton sahaja, untuk ukhwah yang lebih baik, bersamalah kita berkorban masa dan tenaga kita untuk membantu orang berqorban. Esok Kelas Saudara baru JHEAINS akan buat korban sebanyak 9ekor lembu di Maahad Tahfiz Kepayan. Diharapkan banyak pengalaman yang boleh saya dapat esok, insyaallah.

p/s : Pak Jutom, Jangan marah Haaaa........

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template