Sunday, December 27, 2009

BLOGGER ADALAH ILMUAN PADA KEDUDUKANNYA

Para Blogger sebenarnya adalah ibarat ilmuan internet yang lengkap dengan pekej pengetahuan pengendalian blog dan isu semasa sekitar mereka yang dianggap terkini dan penting. Para Blogger juga adalah duta kepada kepercayaannya sendiri yang mana mempamerkan gaya pemikiran dengan penceritaan aktiviti yang dilakukan olehnya serta banyaknya pengalaman berharga dan berguna buat tatapan juga amalan si pembaca setia mereka

Para Blogger kini sudah ada yang bergelar ustaz, jurutera, politikus, negarawan, usahawan, budiman, mahasiswa, pelajar sekolah, golongan pendidik yang mana bila disebut secara umumnya adalah juga rakyat yang menghuni bumi yang sama, namun bekerja dan melontar idea di tempat berbeza, hidup pula dengan cara dan adat yang pelbagai.

Maka mengertilah para Blogger, kita adalah satu golongan yang cepat menyampaikan serta cepat juga dalam mengajar serta mendidik masyarakat pembaca dan perindu kita di alam maya ini.

Maka berlaku jujurlah, iaitu jujur dalam keredhaan dan kehendak dan perintah Tuhan. Maka bersiap bijaklah. Sebab apa yang kita tulis ini akan dipertanggungjawabkan akhirnya. Jika tidak pada waktu kehidupan di dunia ini, maka jangan lupa ia tetap akan diakreditasi oleh Tuhan di alam kehidupan akhirat nanti

Jangan pula manjadi ilmuan yang menjahanamkan kebenaran. Ilmuan ilmu hitam dan khurafat lagi hodoh ilmunya. Marilah menjadi ilmuan yang berguna dan menenangkan kebenaran, ilmuan yang ingin selalu ditatapi wajahnya lagi diamalkan tulisan dan sasarannya, Wassalam…….

Artikel ini dipetik dari buku Risalah Pemimpin 10, ISLAM DIMARTABATKAN ALAM DILIMPAHI RAHMAT, diterbitkan oleh JIMedia, Jemaah Islah Malaysia (JIM). Tulisan Mohammad Fauzan Md Ibrahim.

Friday, December 25, 2009

PALASTIN AKAN KEKAL MILIK ISRAEL

Terlebih dahulu perlu saya jelaskan yang artikel ini hanyalah sekadar satu teori. Saya mohon maaf pada para pembaca dan mohon ampun pada Allah sekiranya teori ini agak keterlaluan. Namun misi saya adalah untuk membuka minda kita berkaitan isu di bawah.

Allah s.w.t telah menyuruh kita untuk menggunakan akal fikiran kita untuk berfikir. Banyak ayat2 dalam al-Quran yang menyuruh kita agar berfikir kepada benda2 yang lebih berfaedah. Dengan berfikir, kita akan lebih matang dan akan merasakan banyak perkara bermanfaat yang boleh kita fikirkan.

Tangah saya berfikir2 tentang perjuangan Islam, tiba2 saya terfikir isu Palastin yang telah berlarutan selama 40 Tahun. Berbagai2 teori kita dengar bagaimana asal usul krisis Palastin. Namun terserah pada kita teori yang manakah yang kita hendak terima pakai. Apapun yang lepas biarkan lepas, yang penting sekarang bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah Palastin?.

Adakah masyarakat Islam tidak berbuat apa2 dalam isu ini?. Tidak adakah masyarakat Islam yang membantu Palastin?.Tidak adakah masyarakat Islam mendoakan untuk kesejahteraan mereka?.Tidak dimaqbulkah doa masyarakat Islam?.Adakah doa ulama’ agar isu ini selesai tidak dimaqbul?.Tidak dimaqbulkah doa mufti2 Malaysia mahupun dunia?Tidak dimaqbulkah doa Sheikh kita yang mengabdikan diri pada Ilmu?Tidak dimaqbul kah doa2 sheikh2 Azhar?,Tidak dimaqbulkah doa Sheikh Al-Qordhowi?

Adakah Allah tidak boleh menyelesaikan masalah ini?adakah Allah tidak boleh menggunakan Kun Fayakun?.Tidak mampukah Allah mengatasi orang2 Israel?. Kenapa sejak 40 Tahun isu Palastin masih belum selesai?. Kenapa Allah membiarkan isu Palastin berlarutam sebegini lama? Sampai bilakah Allah akan membiarkan isu Palastin? Ada kesudahankah isu ini?.Adakah Israel akan memiliki Palastin atau akhirnya Palastin akan mendapat hak mereka?

Sebagai seorang Islam yang berpegang pada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita secara mutlak akan berpandangan Allah boleh menyelesaikan isu Palastin sekelip mata kita sahaja. Allah mampu buat jauh lebih hebat dari menyelesaikan isu Palastin. Allah Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Pengasih dan Penyayang. Maha pada segala yang Maha. Allah boleh mengajar orang2 Israel sama macam bangsa Israel yang dulu2, Tapi soalnya kenapa Allah tidak berbuat demikian?.

Bersabda Rasulullah S.A.W :-


Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah, Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

Sebenarnya Allah boleh selesaikan isu Palastin hari ini juga, tapi sekiranya Allah selesaikan begitu sahaja, hanya Palastin sahaja yang akan selesai, namun masalah umat islam dunia tidak akan selesai. Saya membuat teori, Allah akan selesaikan isu Palastin saat ini juga, tapi dengan syarat masyarakat Islam perlu bersatu padu, perlu mempunyai satu kekuatan yg boleh menguasai dunia. Sekurang2nya dari segi ekonomi, ketenteraan, kepmpinan dan juga pengaruh.

Setelah syarat ini tertunai, maka Allah akan selesaikan isu Palastin bila2 sahaja. Secara tidak langsung, selesai isu Palastin, selesai juga masalah Umat Islam dunia. Dengan kelebihan serta kekuatan masyarakat palastin seperti yang dinyatakan dalam hadith di atas, maka Allah pilih mereka untuk diuji sebagai pedoman dan kesedaran pada masyarakat Islam dunia.

Adakah kita akan terus bebalah sesama Islam? Adakah kita akan terus berpacah dalam pejuangan islam?.adakah kita tidak mempunyai toleransi dalam manyambungkan ukhuwwah? Adakah permuafakatan mustahil untuk di laksanakan. Kita harus berubah, bersatu padu untuk mendirikan Syiar Islam dimuka Bumi. Sehinggakan akan membuatkan masyarakat bukan Islam berasa hormat dan tidak berani angkat muka di bumi milik Allah ini terhadap masyarakat Islam……. Fikir-fikirkan……


Saturday, December 19, 2009

CONCERN IS A CARRIER WAR SHIP

15 NGO Islam di atas CONCERN Bersiap Sedia Membuat Gerak Kerja

Ketika ini Gabungan NGO Islam, CONCERN sedang bersidang di Beringis Resort bagi menyelaraskan program CONCERN 2010. CONCERN sedang menuju kearah satu kesatuan yang lebih padu dan jitu dalam memartabatkan Islam di Sabah. Namun dalam gabungan, memang wujud masalah-masalah ahli yang tidak memberi komitmen yang terbaik sehinggakan ada yang menyatakan CONCERN agak lambat dalam bertindak. Asyik mesyuarat dan mesyuarat dan tidak ada apa-apa tindakan.

Saya tidak menafikan CONCERN memang ada kelemahannya. Namun kita boleh menggambarkan yang CONCERN ini diibaratkan Cerrier War Ship atau Kapal Pengangkut Perang. Secara fizikalnya ia agak besar dan perlahan pergerakannya. Kebiasaannya Carrier War Ship adalah medan untuk bermesyuarat, mengaturkan srategi perang, dan membuat segala persiapan perang. Namun yang membuat serangan adalah jet-jet pejuang bagi menghancurkan sesuatu sasaran.

Jet Pejuang sentiasa begerak samada membuat latihan, risikan ataupun serangan. Carrier War Ship memang Nampak agak perlahan dan tidak berbuat apa-apa. Tapi sekali ia begerak, sudah pasti akan menggemparkan dan menakutkan sesiapa sahaja.

Begitu jugalah dengan CONCERN, CONCERN hanya ibarat Carrier War Ship, tempat bermenyuarat, mengatur strategi dan pelbagai persiapan. Namun NGO yang bernaung dibawah CONCERN sentiasa membuat latihan, risikan dan juga gerak kerja. CONCERN memang nampak perlahan dan tidak membuat apa-apa. Tapi sekali ada isu besar, CONCERN pasti akan bergerak dan menggerunkan musuh-musuh Islam.

Ini adalah perumpamaan yang boleh saya berikan. Nampak seolah-olah CONCERN tidak berbuat apa-apa, tapi sebenarnya CONCERN tidaklah seperti yang digambarkan. Saya mengharapkan masyarakat setempat untuk bersama-sama CONCERN dalam mengembangkan syiar Islam di Negeri Sabah. Semoga dengan kesatuan ini akan membuatkan Islam akan disegani di negeri Sabah, fikir-fikirkanlah…….

Wednesday, December 9, 2009

ANAMASYHUR ULAS KENYATAAN MUFTI SELANGOR.

Gambar Hiasan

Jam telah menunjukkan jam 2.10 minit pagi. Puas pusing ke kiri dan ke kanan. Namun tidak terlelap juga. Saya layari internet, saya jumpai artikel berita bertajuk “Mufti Selangor tidak sokong hasrat Asri”. Saya tidak sehebat Mufti Selangor. Namun suka rasanya saya mengulas sedikit kenyataan Mufti Selangor , Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (klik sini).

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan pendapat yang di buat oleh Datuk Seri Mufti. Saya beranggapan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam mesti di buat dengan apa cara sekali pun. Banyak pendakwah-pendakwah berdakwah di masjid-masjid sedangkan jemaah masjid itu orangnya memang dah baik. Namun tidak ada orang yang hendak turun ke lapangan berdakwah secara terus dengan orang yang tengah seronok dengan maksiat.

Berdakwah di pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak semestinya di lakukan dengan cara berceramah, berpakaian jubah dan serban serta berjumpa seorang demi seorang menegur setiap kesalahan yang mereka lakukan. Cara dakwahnya juga tidak boleh disamakan seperti dakwah di masjid, dan di surau. Kita harus mencari satu makanisma perlaksanaan yang sesuai untuk berdakwah di pusat-pusat hiburan.

Saya juga tidak bersetuju najis boleh di basuh tanpa kita masuk ke dalamnya. Macamana sekali pun najis tu, sekurang-kurangnya tangan kita harus masuk untuk membersihkannya. Adakalanya, dengan badan kita harus masuk sekali untuk membersihkan najis seperti masuk ke dalam pembentung najis.

Saya tidak nafikan memang kita akan terkena najis. Tapi sebelum kita turun, bukankah kita dah maklumkan pada masyarakat sekeliling yang kita ni adalah petugas pembersih pembentung najis. Dengan ini, siapa pun yang melihat kita dengan najis, tidak akan berkata apa-apa kerana masyarakat memang tahu, kita adalah pembersih pembentung najis.

Sebenarnya, macamana sekali pun, dakwah di pusat hiburan mesti di buat. Cara yang terbaik, letakkan penguatkuasa sekadar menjadi mandur di muka pintu, mundar mandir dengan tujuan memaklumkan kepada masyarakat “awas!!!!.....ada penguatkuasa di sini”. Ini juga salah satu daripada kegiatan dakwah. Dengan ada penguatkuasa sebegitu, kaki-kaki pusat hiburan akan takut dan balik begitu sahaja.

Begitu juga di kawasan-kawasan hitam, pusat pelacuran dan juga pondan. Kerahkan penguatkuasa meronda kawasan sekadar untuk memaklumkan bahawa ada penguatkuasa meronda, buat salah akan di tangkap. Kerjanya hanya sebagai meronda-ronda sahaja untuk menakutkan masyarakat. Semua ini di buat dengan syarat di hebahkan kepada masyarakat ada penguatkuasa akan menjalankan tugas di kawasan-kawasan tertentu. Pasti orang tidak akan berani buat maksiat.

Sebenarnya cadangan saya ini telah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Mahkamah, Penguatkuasa & Jerangkap Samar" (klik sini). Dakwah tidaklah hanya di kawasan tertentu sahaja, namun harus di buat berterusan tidak kira tempat dan waktu….
Fikir-fikirkanlah…….

Tuesday, December 8, 2009

MASJID : HAD WANITA UZUR

SEPANG : Tiba-tiba saya teringat dengan isu tahun 2007 apabila Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) yang pada ketika itu berpusat di Masjid Bandaraya telah diarahkan berpindah ke Madrasah Islamiah Kota Kinabalu. Isu ni telah menjadi isu hangat di kalangan beberapa aktivis-aktivis Islam pada ketika berikuta arahan tersebut.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) pada keti
ka itu membuat kelas pengajian di dua sayap kiri dan kanan tingkat satu Masjid Bandaraya, Likas. Pelajar-pelajarnya pula terdiri dari wanita-wanita Mualaf yang dahagakan ilmu.

Masjid Bandaraya yang dibina dengan kos RM40 Juta itu mempunyai ruang
di kiri dan kanan tingkat satu masjid yang tidak digunakan sepanjang tahun. Rasanya Solat Idul Fitri & idul adha pun ruang tersebut tidak digunakan. Berkeadaan agak suram dan lantai berdemu. Bagi sesiapa yang berjalan di ruang te
rsebut, sudah pasti kaki akan menjadi hitam kerana kotoran. Secara jelasnya, ruang atas tersebut memang berada dalam keadaan tidak digunakan.
Bersabit dengan keadaan ruang tersebut. SAHABAT mengambil inisiatif m
enggunakan ruang itu sebagai ruang kelas. Ruang tersebut dibersihkan sebaiknya dan digunakan setiap minggu sebagai kelas pengajian teratak fitrah. Setelah seronok & selesa menggunakan ruang tersebut. Terdengar suara-suara sumbang menyatakan ruang tersebut tidak boleh digunakan kerana khuatir ada pelajar SAHABAT yang uzur memasuki ruang itu untuk menghadiri kelas pengajian teratak fitrah.

Kesudahan daripada suara-suara sumbang tersebut, akhirnya masalah ini dibawa kepada Pejabat Mufti dan keputusan dibuat untuk berpindah kerana ruangan tersebut dikira sebagai masjid yang diharamkan kepada wanita uzur. Saya sengaja mengulas isu ini kerana yang saya faham, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangkal apa yang telah diputuskan dalam Al-Quran dan Hadith. Namun perselisihan sesama kita adalahlah dibenarkan. Jadi, tidak salah kiranya untuk saya mengulas semula isu ini.

Isu ini menimbulkan persoalan dibenak saya. Kebetulan saya bersolat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Saya ternampak papan tanda dengan tulisan HAD WANITA UZUR di tengah-tengah masjid itu. Kenapa masjid itu boleh membenarkan wanita masuk ke dalam masjid sehingga kawasan yang di hadkan kepada wanita uzur? Adakah pihak berwajib di Selangor yang salah atau Sabah? Yang satu melarang dan yang satu membenarkan.

Sebenarnya tidak ada satu pun masjid di Sabah yang berbuat seperti Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Sepatutnya semua masjid harus mempunyai zon kawasan ruang Ibadah dan bukan Ibadah. Apabila begini, masyarakat Islam boleh menggunakan ruang masjid dengan sebaiknya untuk beribadah, beriadah, belajar, berkhidmat, berehat dan sebagainya mengikut zon kawasan yang telah di tetapkan.

Keadaan ini samalah halnya dengan ruang tandas dan ruang parking. Tandas dan parking telah di zonkan sebagai kawasan tandas dan parking, sebab itulah kita boleh membuang air di tempat yang sebumbung dengan masjid. Dengan meletakkan zon-zon sesuatu kawasan, maka tidak timbul persoalan wanita uzur memasuki masjid. Kerana dengan jelas kita sebut had kawasan yang dibenarkan dan dilarang. Sekiranya tidak dizonkan, maka wanita uzur yang duduk dalam kereta pun sepatutnya tidak boleh berdiam di dalam kereta, kerana kereta itu parking di atas kawasan yang dikira sebagai masjid.

Saya beranggapan pihak pengurusan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang telah membuat satu mekanisma perlaksanaan pengurusan masjid yang betul dalam tuntutan menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membuat kelas di ruang yang disediakan untuk wanita uzur untuk menghadiri kelas-kelas agama tanpa dipersoalkan status ruang yang digunakan.

Saya menyeru kepada semua pihak pengurusan masjid di Sabah agar membuat satu ketetapan zon kawasan bagi wanita uzur. Zon kan kawasan antara zon ibadah dengan zon bukan ibadah bagi memudahkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membeli belah di kawasan masjid, berklinik sekiranya ada, beriadah, dan pelbagai lagi kegiatan sosial yang boleh dilaksanakan. Perkara ini sangat diperlukan untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah….fikir-fikirkanlah

Monday, December 7, 2009

LAGI ISLAM TERHINA

Di Petik dari : http://www.malaysiakini.com/news/119198

Sebuah tandas awam untuk kemudahan lelaki, wanita dan golongan kurang upaya (OKU) di Sabindo dekat bandar Tawau, menimbulkan tanda tanya orang awam kerana ia turut menempatkan sebuah bilik solat di dalamnya.

Di pintu masuk bangunan itu terdapat papan tanda surau dengan lambang wanita, lelaki dan OKU.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk menutup ruang solat berkenaan jika ia didapati mencemar nama baik Islam.

Namun, katanya, sebelum kemudahan tempat sembahayang itu disediakan, MPT telah meminta pandangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang tidak membantah, malah ia membantu menetapkan arah kiblatnya.

"Kita akan berjumpa sekali lagi dengan JHEAINS kerana mereka lebih arif," katanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali, ketika dihubungi berkata, adalah kurang sesuai bagi bilik sembahyang dibina dalam bangunan tandas.

"Kita akan siasat perkara ini demi kemuliaan Islam," katanya.

Tandas awam berkenaan terletak hanya 500 meter dari Masjid Al-Kauthar, masjid terbesar di Sabah. BERNAMA

TERIMA KASIH JIM NEGERI SEMBILAN

Antara Perwakilan Negeri Sembilan yang Hadir

KUALA KANGSAR: Hari ini saya berada di Perhimpunan Perwakilan Nasional ke-19 (PPN19), Jamaah Islah Malaysia JIM di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar. Kehadiran saya adalah bagi menggantikan tempat YDP JIM Sabah En Marsus Jabbar.

Alhamdulillah, ini adalah kehadiran julung-julung kali saya ke majlis besar dan formal. Saya tidak pernah menghadiri majlis sebesar ini bagi satu-satu pertubuhan. Majlis ini adalah majlis yang cukup bermakna buat saya kerana banyak cerita-cerita yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Sampainya saya di dewan perhimpunan, telah ramai ahli-ahli JIM yang telah awal tiba dengan pelbagai wajah, bentukrupa, pesen dan ragam. Terasa amat kerdil diri ini duduk bersama orang-orang yang cukup tarbiahnya. Melihatkan wajah mereka sahaja sudah membuatkan timbulnya pelbagai persoalan di benak saya.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang sedia maklum bahawa saya adalah seorang penganalisis setiap objek yang saya lihat. Jadi pengalaman saya di PPN19 telah banyak menghasilkan keputusan analisis dari pelbagai aspek dan sudut. Ada yang boleh saya dedahkan dan ada yang sebaiknya tidak didedahkan untuk kebaikan bersama.

Sepanjang saya di sini, saya cukup berterima kasih kepada perwakilan Negeri Sembilan kerana meraikan kehadiran saya sebagai perwakilan yang datang dari jauh. Mereka cuba untuk memenuhi keperluan saya selama ada di sini. Mereka cuba untuk memenuhi keperluan makan minum saya, pengangkutan dan juga penginapan. Tidak lupa juga kepada Ust Nicolas Sylvester @ Muhammad Bin Abdullah yang prihatin dengan keperluan saya.

Terima kasih saya ucapkan khas buat perwakilan Seremban dan Kuala Pilah, En. Misri, Zaki, Ridhuan, Hasri, Annuar dan juga En. Malik. Anda semua memang sporting habis…”Sonang Hati Den ni Hah bokawan dongan korang” Pasal Durian…..Nasib baik potang tu den fikir orang kiri dan kanan den dalam dewan PPN. Kalau tidak, monangih tuan rumoh nengok durian dio den kojokan".

Apa pun...ketawa-ketawa juga. Jangan lupa..JIM Sabah menantikan kedatangan anda. Banyak lagi tugas-tugas yang perlu kata laksanakan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T….WASSALAM…..

Sunday, December 6, 2009

SAYA AHLI JIM

TAIPING : Rasanya ramai yang tidak tahu saya adalah ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM). Sebenarnya telah hampir 2 tahun saya terlibat dengan kegiatan JIM,menyertai program usrah, Qiam dan lain2 program.

Lama saya beraksi dengan tanpa keahlian. YDP JIM Sabah, En Marsus Jabbar pula dah lama minta saya mengisi boring keahlian, namun tidak pernah saya respond. Tapi setiap program saya tetap memberikan komitmen yang tinggi. Sehinggalah kelahiran anak kedua saya, En. Marsus menziarah saya di rumah.

Setelah kami bercerita-cerita, sebelum En. Marsus balik, beliau serahkan kepada saya borang JIM untuk diisi serta merta. Atas permintaan En. Marsus saya pun mengisi dan terus menyerahkan boring tersebut kepadanya. Setelah sebulan rasanya, saya mendapat panggilan telefon dari JIM pusat atas tujuan temuduga atau kepastian maklumat saya. Selepas beberapa lama kemudian, saya mendapat satu surat yang menyatakan permohonan saya untuk menjadi ahli JIM telah pun di luluskan.

Setelah keahlian saya diterima, maka sahlah saya sebagai ahli Jemaah Islah Malaysia JIM bagi daerah Kota Kinabalu. Bergeraklah saya di Sabah dengan menggunakan topi SAHABAT dan juga JIM. Sekarang saya berada di Taiping bagi menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional ke 19, Jemaah Islah Malaysia (JIM), bertempat di Kolej Islam Darul Ridzuan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Tuesday, December 1, 2009

PESAN BUAT AHLI CONCERN



Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) adalah gabungan 15NGO Islam dan beraspirasikan Islam yang bernaung di bawahnya. Kewujudan CONCERN adalah sebagai satu suara yang besar bagi mewakili masyarakat Islam di bumi Sabah. Bersuaranya CONCERN, bererti bersuaralah seluruh ahli-ahli 15NGO yang bernaung di bawah CONCERN.

Namun suara itu tidak akan kuat sekiranya hanya segelintir daripada 15NGO yang yang komited untuk bersama CONCERN. CONCERN perlukan komitmen yang tinggi daripada 15NGO untuk mewakili masyarakat Islam Sabah. Dengan hanya beberapa ahli saja yang komited dan yang lain-lain buat sambil lewa saja, ini akan memincangkan pergerakan CONCERN.

Perlu kita ingat, CONCERN diibarat sebagai tubuh badan. Manakala 15NGO yang bernaug dibawahnya sebagai anggota badan. Tidak berfungsi salah satu anggota badan, maka pincanglah si tubuh badan tadi. Atas maksud itu, diharapkan sangat agar 15NGO memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada CONCERN yang concern kepada nasib masyarakat Islam di Sabah.

Adalah tidak adil sekiranya untuk menghadiri mesyuarat mingguan dan bulanan atau apa-apa acara hanya di hadiri beberapa kerat dari 15NGO. Tapi bila ada majlis yang besar-besar, samada pertemuan dengan Menteri, TYT, Dato’, YB atau majlis-majlis yang menginap di hotel besar, barulah keluar semua muka-muka yang tidak pernah timbul di acara-acara kecil. Adakah kita bekerja hanya untuk nama?, untuk publisiti murahan saja?. Saya tidak menujukan kenyataan ini kepada sesiapa, tapi siapa yang makan cili, sepatutnya dia merasa pedas.

Saya mohon kepada semua 15NGO yang bernaug di bawah CONCERN agar memberikan komitmen sepenuhnya untuk melancarkan pergerakan CONCERN. Sekiranya Presiden tidak dapat hadir, pastikan ada wakil untuk mewakili NGO anda dalam apa pun program CONCERN. Mungkin anda merasakan banyak kekurangan yang ada pada CONCERN, sebab itulah CONCERN memerlukan anda untuk mengukuhkan pergerakan CONCERN sebagai badan yang akan memartabatkan Islam di bumi Sabah. Fikir-fikirkanlah……
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template