Wednesday, December 9, 2009

ANAMASYHUR ULAS KENYATAAN MUFTI SELANGOR.

Gambar Hiasan

Jam telah menunjukkan jam 2.10 minit pagi. Puas pusing ke kiri dan ke kanan. Namun tidak terlelap juga. Saya layari internet, saya jumpai artikel berita bertajuk “Mufti Selangor tidak sokong hasrat Asri”. Saya tidak sehebat Mufti Selangor. Namun suka rasanya saya mengulas sedikit kenyataan Mufti Selangor , Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (klik sini).

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan pendapat yang di buat oleh Datuk Seri Mufti. Saya beranggapan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam mesti di buat dengan apa cara sekali pun. Banyak pendakwah-pendakwah berdakwah di masjid-masjid sedangkan jemaah masjid itu orangnya memang dah baik. Namun tidak ada orang yang hendak turun ke lapangan berdakwah secara terus dengan orang yang tengah seronok dengan maksiat.

Berdakwah di pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak semestinya di lakukan dengan cara berceramah, berpakaian jubah dan serban serta berjumpa seorang demi seorang menegur setiap kesalahan yang mereka lakukan. Cara dakwahnya juga tidak boleh disamakan seperti dakwah di masjid, dan di surau. Kita harus mencari satu makanisma perlaksanaan yang sesuai untuk berdakwah di pusat-pusat hiburan.

Saya juga tidak bersetuju najis boleh di basuh tanpa kita masuk ke dalamnya. Macamana sekali pun najis tu, sekurang-kurangnya tangan kita harus masuk untuk membersihkannya. Adakalanya, dengan badan kita harus masuk sekali untuk membersihkan najis seperti masuk ke dalam pembentung najis.

Saya tidak nafikan memang kita akan terkena najis. Tapi sebelum kita turun, bukankah kita dah maklumkan pada masyarakat sekeliling yang kita ni adalah petugas pembersih pembentung najis. Dengan ini, siapa pun yang melihat kita dengan najis, tidak akan berkata apa-apa kerana masyarakat memang tahu, kita adalah pembersih pembentung najis.

Sebenarnya, macamana sekali pun, dakwah di pusat hiburan mesti di buat. Cara yang terbaik, letakkan penguatkuasa sekadar menjadi mandur di muka pintu, mundar mandir dengan tujuan memaklumkan kepada masyarakat “awas!!!!.....ada penguatkuasa di sini”. Ini juga salah satu daripada kegiatan dakwah. Dengan ada penguatkuasa sebegitu, kaki-kaki pusat hiburan akan takut dan balik begitu sahaja.

Begitu juga di kawasan-kawasan hitam, pusat pelacuran dan juga pondan. Kerahkan penguatkuasa meronda kawasan sekadar untuk memaklumkan bahawa ada penguatkuasa meronda, buat salah akan di tangkap. Kerjanya hanya sebagai meronda-ronda sahaja untuk menakutkan masyarakat. Semua ini di buat dengan syarat di hebahkan kepada masyarakat ada penguatkuasa akan menjalankan tugas di kawasan-kawasan tertentu. Pasti orang tidak akan berani buat maksiat.

Sebenarnya cadangan saya ini telah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini bertajuk "Mahkamah, Penguatkuasa & Jerangkap Samar" (klik sini). Dakwah tidaklah hanya di kawasan tertentu sahaja, namun harus di buat berterusan tidak kira tempat dan waktu….
Fikir-fikirkanlah…….

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template