Tuesday, December 8, 2009

MASJID : HAD WANITA UZUR

SEPANG : Tiba-tiba saya teringat dengan isu tahun 2007 apabila Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) yang pada ketika itu berpusat di Masjid Bandaraya telah diarahkan berpindah ke Madrasah Islamiah Kota Kinabalu. Isu ni telah menjadi isu hangat di kalangan beberapa aktivis-aktivis Islam pada ketika berikuta arahan tersebut.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) pada keti
ka itu membuat kelas pengajian di dua sayap kiri dan kanan tingkat satu Masjid Bandaraya, Likas. Pelajar-pelajarnya pula terdiri dari wanita-wanita Mualaf yang dahagakan ilmu.

Masjid Bandaraya yang dibina dengan kos RM40 Juta itu mempunyai ruang
di kiri dan kanan tingkat satu masjid yang tidak digunakan sepanjang tahun. Rasanya Solat Idul Fitri & idul adha pun ruang tersebut tidak digunakan. Berkeadaan agak suram dan lantai berdemu. Bagi sesiapa yang berjalan di ruang te
rsebut, sudah pasti kaki akan menjadi hitam kerana kotoran. Secara jelasnya, ruang atas tersebut memang berada dalam keadaan tidak digunakan.
Bersabit dengan keadaan ruang tersebut. SAHABAT mengambil inisiatif m
enggunakan ruang itu sebagai ruang kelas. Ruang tersebut dibersihkan sebaiknya dan digunakan setiap minggu sebagai kelas pengajian teratak fitrah. Setelah seronok & selesa menggunakan ruang tersebut. Terdengar suara-suara sumbang menyatakan ruang tersebut tidak boleh digunakan kerana khuatir ada pelajar SAHABAT yang uzur memasuki ruang itu untuk menghadiri kelas pengajian teratak fitrah.

Kesudahan daripada suara-suara sumbang tersebut, akhirnya masalah ini dibawa kepada Pejabat Mufti dan keputusan dibuat untuk berpindah kerana ruangan tersebut dikira sebagai masjid yang diharamkan kepada wanita uzur. Saya sengaja mengulas isu ini kerana yang saya faham, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangkal apa yang telah diputuskan dalam Al-Quran dan Hadith. Namun perselisihan sesama kita adalahlah dibenarkan. Jadi, tidak salah kiranya untuk saya mengulas semula isu ini.

Isu ini menimbulkan persoalan dibenak saya. Kebetulan saya bersolat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Saya ternampak papan tanda dengan tulisan HAD WANITA UZUR di tengah-tengah masjid itu. Kenapa masjid itu boleh membenarkan wanita masuk ke dalam masjid sehingga kawasan yang di hadkan kepada wanita uzur? Adakah pihak berwajib di Selangor yang salah atau Sabah? Yang satu melarang dan yang satu membenarkan.

Sebenarnya tidak ada satu pun masjid di Sabah yang berbuat seperti Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang. Sepatutnya semua masjid harus mempunyai zon kawasan ruang Ibadah dan bukan Ibadah. Apabila begini, masyarakat Islam boleh menggunakan ruang masjid dengan sebaiknya untuk beribadah, beriadah, belajar, berkhidmat, berehat dan sebagainya mengikut zon kawasan yang telah di tetapkan.

Keadaan ini samalah halnya dengan ruang tandas dan ruang parking. Tandas dan parking telah di zonkan sebagai kawasan tandas dan parking, sebab itulah kita boleh membuang air di tempat yang sebumbung dengan masjid. Dengan meletakkan zon-zon sesuatu kawasan, maka tidak timbul persoalan wanita uzur memasuki masjid. Kerana dengan jelas kita sebut had kawasan yang dibenarkan dan dilarang. Sekiranya tidak dizonkan, maka wanita uzur yang duduk dalam kereta pun sepatutnya tidak boleh berdiam di dalam kereta, kerana kereta itu parking di atas kawasan yang dikira sebagai masjid.

Saya beranggapan pihak pengurusan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang telah membuat satu mekanisma perlaksanaan pengurusan masjid yang betul dalam tuntutan menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membuat kelas di ruang yang disediakan untuk wanita uzur untuk menghadiri kelas-kelas agama tanpa dipersoalkan status ruang yang digunakan.

Saya menyeru kepada semua pihak pengurusan masjid di Sabah agar membuat satu ketetapan zon kawasan bagi wanita uzur. Zon kan kawasan antara zon ibadah dengan zon bukan ibadah bagi memudahkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah. Masyarakat Islam boleh membeli belah di kawasan masjid, berklinik sekiranya ada, beriadah, dan pelbagai lagi kegiatan sosial yang boleh dilaksanakan. Perkara ini sangat diperlukan untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah….fikir-fikirkanlah

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template