Tuesday, December 1, 2009

PESAN BUAT AHLI CONCERN



Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) adalah gabungan 15NGO Islam dan beraspirasikan Islam yang bernaung di bawahnya. Kewujudan CONCERN adalah sebagai satu suara yang besar bagi mewakili masyarakat Islam di bumi Sabah. Bersuaranya CONCERN, bererti bersuaralah seluruh ahli-ahli 15NGO yang bernaung di bawah CONCERN.

Namun suara itu tidak akan kuat sekiranya hanya segelintir daripada 15NGO yang yang komited untuk bersama CONCERN. CONCERN perlukan komitmen yang tinggi daripada 15NGO untuk mewakili masyarakat Islam Sabah. Dengan hanya beberapa ahli saja yang komited dan yang lain-lain buat sambil lewa saja, ini akan memincangkan pergerakan CONCERN.

Perlu kita ingat, CONCERN diibarat sebagai tubuh badan. Manakala 15NGO yang bernaug dibawahnya sebagai anggota badan. Tidak berfungsi salah satu anggota badan, maka pincanglah si tubuh badan tadi. Atas maksud itu, diharapkan sangat agar 15NGO memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada CONCERN yang concern kepada nasib masyarakat Islam di Sabah.

Adalah tidak adil sekiranya untuk menghadiri mesyuarat mingguan dan bulanan atau apa-apa acara hanya di hadiri beberapa kerat dari 15NGO. Tapi bila ada majlis yang besar-besar, samada pertemuan dengan Menteri, TYT, Dato’, YB atau majlis-majlis yang menginap di hotel besar, barulah keluar semua muka-muka yang tidak pernah timbul di acara-acara kecil. Adakah kita bekerja hanya untuk nama?, untuk publisiti murahan saja?. Saya tidak menujukan kenyataan ini kepada sesiapa, tapi siapa yang makan cili, sepatutnya dia merasa pedas.

Saya mohon kepada semua 15NGO yang bernaug di bawah CONCERN agar memberikan komitmen sepenuhnya untuk melancarkan pergerakan CONCERN. Sekiranya Presiden tidak dapat hadir, pastikan ada wakil untuk mewakili NGO anda dalam apa pun program CONCERN. Mungkin anda merasakan banyak kekurangan yang ada pada CONCERN, sebab itulah CONCERN memerlukan anda untuk mengukuhkan pergerakan CONCERN sebagai badan yang akan memartabatkan Islam di bumi Sabah. Fikir-fikirkanlah……

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template