Thursday, February 26, 2009

TEMURAMAH DENGAN RTM SABAH

Alhamdulillah pada 24/02/2009 (selasa) saya telah didatangi beberapa lelaki dari RTM Sabah dan hendak menemuramah saya. Temuramah itu dibuat diperkarangan rumah keluarga saya di Tanjung Aru. Secara realitinya saya memang agak terkejut dengan temuramah itu. Tapi sebagai seorang Islam yang harus mendepani cabaran mendatang. Saya harus menghadapi apa jua yang mendatang dalam keadaan sedia atau tidak. Mereka cuma mengajukan dua soalan kepada saya.

Saya difahamkan temuramah tersebut untuk program tv sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan kekaca tv penonton pada minggu hadapan. Temuramah tersebut mohon saya mengulas tentang perkembangan Islam di Sabah. Secara dasarnya perkembangan Islam di Sabah dalam keadaan baik. Perkembangan Islan di Sabah juga tidak boleh dipisahkan dengan sejarah. Sejak kewujudan USIA pad tahun 1969, USIA telah berjaya meletakkan nama Islam itu di tempat yang tinggi sehingga Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah. Disamping itu juga seramai 50,000 orang telah memeluk Islam sejak tahun 1969 hingga 1975. Jumlah itu pasti telah bertambah jika dihitung hingga ke tahun 2009.

Soalan kedua mereka lebih kepada apa yang perlu ada pada seorang Islam. Pendapat saya begini, perkembangan Islam di Sabah adalah baik. Namun masyarakat Islam harus menjadi masyarakat yang berilmu. Ini berikutan sesetengah daripada masyarakat Islam hanya sekadar Islam keturunan. Kenapa kamu Islam?. saya Islam sebab mak bapa saya Islam. Kita tidak mahu Islam yang hanya sekadar Islam keturunan. Kita mahu masyarakat Islam yang ada pada ketika ini adalah masyarakat Islam yang beramal dengan ilmu pengetahuan, fakta dan hujjah. Dalam ertikata lain Islam itu perlu pada kesarjanaan, bukan kesarjanaan segulung Ijazah semata2, tetapi kesarjanaan dari segi buah2 fikiran dan ilmu. Ia selaras dengan hadit Rasulullah S.A.W yang bermaksud " menuntut ilmu itu wajib ke atas lelaki Islam dan wanita Islam".

Contah dalam isu Palestin. Kita terus menerus berdemonstrasi dan membuat boikot yang bersifat sementara. Ini sebenarnya tidak membawa apa2 kesan kepada isu Palestin. Untuk tindakan yang bersifat berpanjangan. masyarakat Islam haruslah merubah mentaliti pemikiran dan berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah menguasai salah satu dari bidang penting dunia iaitu samada bidang ekonomi, ketenteraan, kepimpinan ataupun kekuatan politik. Dengan kita dapat menguasai beberapa perkara penting tadi, sudah pasti kita akan dapat kuburkan rejim zionis buat selama2nya. Atas maksud itu, marilah kita bersama berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan kita di luar dari lingkungan kebiasaan kita. Islam perlu pada perubahan, dan insyaAllah Islam boleh mengatasi zionis sekiranya kita boleh menguasai perkara2 di atas, fikir2kanlah.

Sunday, February 22, 2009

JAKIM semak semula elaun guru KAFA

TAWAU 22 Feb. — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyemak semula elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.Katanya, ini kerana guru-guru KAFA berada dalam kelompok miskin dengan pembayaran elaun RM500 sebulan sejak 2006.
Saya telah mengarahkan JAKIM membuat semakan bayaran elaun mereka dan membuat rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam serta Perbendaharaan Malaysia mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Multaqa Penyelia dan Guru-Guru KAFA Negeri di sini.

Menurutnya, pada tahun 1990, guru-guru KAFA diberi elaun sebanyak RM7 sejam atau R168 sebulan.
Pada tahun 1993, beliau berkata elaun itu dinaikkan kepada RM12 di Semenanjung (RM288 sebulan) dan RM14 sejam atau RM336 sebulan di Sabah.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid meminta JAKIM menyediakan laporan lengkap mengenai pencapaian pelajar-pelajar dalam Ujian Penilaian KAFA di seluruh negara bagi meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang di peringkat kebangsaan.

Di peringkat negeri Sabah, 99.9 peratus daripada 3,583 pelajar lulus dalam ujian itu tahun lepas.
— BERNAMA

Friday, February 20, 2009

JELAJAH SAHABAT

JELAJAH SAHABAT akan diadakan pada 28 Feb - 1 Mac 2009 (Sabtu Dan Ahad). Sasaran JELAJAH SAHABAT ialah mualaf di Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli dan Kota Belud. Akan bersama2 menyertai JELAJAH SAHABAT selain ahli2 SAHABAT, Tn. Haji Sylvester Nicholas akan berjelajah bersama sebagai penceramah utama. Semua dijemput hadir dan bawa rakan2 bersama. Kita bersama2 gegarkan kawasan yang dijelajahi SAHABAT. keterangan lanjut sila hubungi 013-8564900

SURAU VS TANDAS

Bulan lepas saya terkejut bila membaca akhbar berita harian 20 Januari 2009 (Selasa) pada solt surat dan email bertajuk TANDAS OKU JADI SURAU. Daripada tajuk saja kita boleh tahu apa sebenarnya isi ceritanya. Maksudnya tempat tu asalnya tandas dijadikan surau. Berbagai2 pendapat yang saya dengar daripada kawan2. Ada yang beranggapan itu bukan masalah dan tidak kurang juga yang marah. Namun Secara umumnya saya agak hairan dengan situasi keadaan negara kita. Negara kita negara Islam. Perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi macam tidak ada tempat lain atau ruang saja untuk di jadikan surau. Kenapa hina betul surau kita?.

Dalam soal begini, mungkinkah hanya ini saja cerita yang kita dengar?. Di sekeliling kita tidak berlakukah penghinaan yang tak disengajakan pada surau2 kita?. Saya cukup puas berdepan dengan penghinaan tanpa sengaja pada surau kita. Contohnya surau Centre Point Kota Kinabalu, suraunya di letak paling hujung bangunan, di tempat yang tidak ada aircond, itupun di kawasan parking lot. Gelap, panas, habuk dan debu dan berbau kaki. Itu pun hanya orang yang tahu tempat tu saja yang boleh pergi solat di sana. Bagi yang tidak tahu, tidak ada satu petanda pun yang menunjukkan lokasi surau tersebut.

Begitu juga dengan surau di Beringis Resort, surau yang digunakan untuk peserta2 kursus di sana. Suraunya terletak di bawah kulung. Tempat itupun tidak sesuai untuk dijadikan surau. Kotor, behabuk, berdebu dan kalau tidak salah saya macam tempat letak barang2 yang tak diguna (stor). Tempat wudhu pula di singki, bagi orang yang tidak cukup tinggi, terpaksalah mengadap mangkuk tandas untuk mengambil wudhu. Keadaan dalam surau pun agak tidak teratur dan tidak senang mata memandang.

Kalau hendak diceritakan, banyak lagi surau yang tempatnya agak tidak sesuai dan boleh dianggap menghina surau tanpa sedar. Namun, mungkin juga ada dikalangan kita yang ambil mudah saja dengan tempat letaknya surau. Mungkin ada yang berkata, sini pun oklah asalkan dorang2 (pengunjung) boleh solat. Sepatutnya surau hendaklah ditempatkan di tempat yang baik, bersih dan selesa. Tempat yang lebih baik dari tempat maksiat. Ini tidak, tempat maksiat hebat, indah dan bersih. Manakala surau macam tempat kucing beranak.

Bagi sesiapa yang terlibat dengan pengurusan dan proses untuk mewujudkan surau. Haruslah ambil kira perkara2 sebegini. Saya mohon juga agar pihak bertanggungjawab untuk mengambil penting isu ini, perlu ada tindakan segera. Agama Islam agama mulia, jadi haruslah tempat solatnya juga berada pada tempat yang mulia. Sesiapa yang ada kemampuan dan kuasa untuk menambahbaikkan tempat letaknya surau yang ada sekarang di mana2 sahaja. Berusahalah untuk perbaikinya. Janganlah kita sendiri Islam tetapi menghina tanpa sedar tempat solat kita, fikir2kan la.

p/s : Keadaan sesetengah surau kita, cantik lagi kubur cina.........

Monday, February 16, 2009

VALENTINE's DAY

Kesibukan melanda diri, tidak mengizinkan untuk saya publiskan artikel ini. Sebenarnya artikel ni telah lama siap ditaip, cuma menunggu masa dekat2 14 Februari baru nak publish. Tapi seperti yang kita maklum, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Dah seminggu saya dengan beberapa orang rakan2 sibuk menguruskan Majlis Kenduri Perkahwinan E. Ibrahim Young Abdullah dengan Puan Rabiah Bte Kennedy pada 15 Februari baru2 ni. Now barulah ada ruang sedikit untuk publish artikel ini. Walaupun sudah terlewat, tetapi untuk pengetahuan bersama, rasanya adalah baik kiranya saya publis juga artikel ini.

FAHAMI SEJARAH HARI VELENTINE

Ucapan Happy Valentine Day, I Wish You Will Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati ynag tertera i Love You, adalah antara cinta popular sertaacap kali dilakukan apabila tibanya Hari kekasih atau Valentine's Day, setiap 14 Februari. Saban tahun para ulama mengaingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine. Namun seperti menuang air ke daun keladi. Sudah jelas terbukti Hari Valentine tidak ada kena-mengena langsung dengan umat Islam, malah hukum menyambutnya juga adalah haram. Bagi merungkaikan isu ini, adalah wajar jika kita mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine's Day serta asal usul ia menjadi perayaan, dengan harapan dapat menyedarkan muda mudi kita yang hanyut di lautan cinta.

SEJARAH HARI VALENTINE

Dari sudut bahasa, 'Valentine' sebutan dalam bahasa inggeris, dan 'Valentino' dalam bahasa itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus. Valentinus berasal daripada bahasa Latin, iaitu Valens yang bermaksud kuat, aktif sihat dan seumpamanya. Terdapat tiga pendapat mengenai sejarah Hari Valentine.

PENDAPAT PERTAMA
Ia dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada malam pesta Lupercalia, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian setiap pemuda akan mencabut nama tersebut dari dalam satu bekas secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari pula, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini, mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah, lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka, dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu, akan diadakan perarakan besar2an yang diketuai dua pemuda tersebut, dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang. Para wanita pula akan berebut2 untuk menerima pukulan tersebut kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan.

PENDAPAT KEDUA
Pendapata kedua ini mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dia versi cerita berkaitan dengan St. Valentine.

Versi Pertama : Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama kristian, dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjara, tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut dikalangan banduan2 penjara, disamping membantu tawanan2 penjara meloloskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II. Beliau memerintahkan St. Valentine diseksa, dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan olah St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah, St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara, dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang berdatangan 'From your Valentine'.

Versi Kedua : Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding mereka yang telah berkahwin. Justeru, Claudius II menghalang para pemuda daripada berkahwin. Namun demikian, St. Valentine menentang dengan keras dan beliau telah melakukan upacara perkahwinan para pemuda secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Claudius II, lalu beliau mengarahkan St.Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

PENDAPAT KETIGA
Bagi pendapat ini pula menyatakan, sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14 Februari. Ini pula merupakan pendapat tradisi Inggeris. Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine mempunyai kaitan dengan budaya Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain. Lebih-lebih lagi yang melibatkan akidah Islam. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri. Kerana itu, penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi2 umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan agama lain. Dalam ertikata lain,umat Islam tidak boleh mencampuradukkan aqidah dan peribadatan agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Kafirun:

" Katakanlah (wahai Muhammad) Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah(Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat, dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku"

Malah Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabantan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam." Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur2 Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day amatlah tidak digalakkan dalam Islam. Jangan Hanyut Di Lautan Cinta.

p/s : kalau betul cinta, hari2 pun hari kekasih ba, bukan setahun sekali (Khusus Untuk suami isteri).

Sunday, February 8, 2009

TERJEMAHAN Al-QURAN : BERBALOIKAH?

Terlebih dahulu saya mohon maaf sebab hampir seminggu saya tidak update blog ni. Ini berikutan kesibukan dengan pameran SAHABAT sempena FESTIVEL KESENIAN ISLAM di UMS, Kota Kinabalu. Dari pagi sampai petang, malam dengan aktiviti keluarga tidak mengizinkan untuk saya update blog ni. Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada engunjung2 yang support blog ini dan setia menanti sajian persoalan yang akan saya lontarkan. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menulis artikel ini, di harap dapatlah kita membuka mata dan minda kita untuk memikirkan jalan penyelesaian yang perlu kita ambil bagi mengatasi masalah ini.
Tahun lepas kita telah digemparkan dengan isu murtad di kalangan pelajar IPT & terdapatnya gerakan2 dakyah dari beberapa pihak sehingga tertubuhnya secara rasmi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN). Dengan isu tersebut CONCERN sempat membuat beberapa tindakan bagi mengatasi masalah di atas. Alhamdulillah, dengan beberapa tindakan telah dapat mengawal keadaan daripada terus lebih parah.

Tidak kurang juga gemparnya isu beberapa pihak memberikan risalah2 dan bible2 di tempat2 awam seperti yang berlaku di sebuah sekolah di Tanjung Aru. Di dapati ada beberapa pendakyah yang telah mengagih2kan risalah2 dan bible kepada pelajar2 sekolah secara percuma. Dengan terjadinya perkara sedemikian, laporan polis telah di buat oleh beberapa aktivis Islam.

Persoalannya, bagaimana mereka boleh memberi bible kepada umum dengan percuma?. Kita tidak pernah dengar terjemahan Quran diberkan kepada umum dengan percuma?. Di mana kelemahan sebenar?. Kita sibuk dengan pendakyah2 mengedarkan risalah2 dan bible, kita kecoh sekampung, melalak sedaerah dan teriak senegeri tentang kejadian tersebut. Namun perkara sebegini mesti ada kelemahan di pihak kita. Sekiranya benar, kita perlu memperbaiki kelemahan ini, kalau tidak sampai bila pun kita takkan dapat memberikan terjemahan Quran secara percuma kepada umum atau kepada yang memerlukan. Ramai para mualaf2 yang memerlukan terjemahan Quran sebagai rujukan, namun tidak dapat berbuat demikian.

Ini berikutan beberapa hari lepas saya telah melihat terjemahan Quran di sebuah kedai buku. Terjemahan itu sebesar tapak tangan saja. Harganya RM39.90. Pernah saya lihat yang besar sikit berharga RM45.00, ada RM55.00, RM60.00, RM80.00 dan ada juga yang lebih mahal. Patutkah harganya setinggi itu?, semahal itu?. Agaknya ada tak harga terjemahan yang lebih murah dari harga di atas?, mungkin semurah RM5.00?

Pernah saya terdengar kuliah Hj Ayob Abd Rahman Perumal, Sebaik2nya untuk dakwah kepada kawan2 atau orang yang bukan Islam. Kita hadiahkan mereka dengan terjemahan Quran, walaupun yang kita hadiahkan itu bukan Islam, mungkin semasa dia menunggu bas, sebelum tidur, ada masa lapang dia akan baca isinya. Dengan dia baca isi terjemahan tersebut, mudah2an akan menjadi sumber hidayah pada dirinya. Ramai di kalangan Saudara Kita yang dapat hidayah kerana terjemahan Quran. Tapi soalnya siapa yang berkemampuan untuk membeli terjemahan Quran semahal itu. Adakah terjemahan Quran betul2 sebagai sumber ilmu dan rujukan utama orang Islam atau semata2 untuk mencari keuntungan atas penderitaan orang jahil yang ingin menuntut ilmu?.

Kitab orang lain boleh di dapati dengan murah, silap2 boleh dapat percuma dari laci2 hotel. Tapi kitab kita, kalau tidak ada RM40.00 tak payah mimpi la. Kita ambil contoh pelajar2 Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita SAHABAT. Sekiranya pelajar SAHABAT memerlukan terjemahan setiap orang satu terjemahan, ertinya semua 120 pelajar SAHABAT perlu membayar terjemahan Quran dengan harga RM4,800. Dari apa yang saya boleh kita kongsikan, ada di kalangan pelajar SAHABAT menghadiri kelas setiap hari sabtu hanya sekadar cukup2 duit tambang dan membawa bekal dari rumah kerana ketiadaan wang lebih. Dengan harga terjemahan Quran yang sebegitu mahal, adakah mereka akan mampu untuk mendapatkan terjemahan tersebut. Jika begitu jadilah pelajar2 SAHABAT orang yang baca Quran tetapi tidak tahu apa erti apa yang dibaca.

Saya dengan rasa rendah diri menyeru kepada pihak berwajib yang mempunyai bidangkuasa atas masalah di atas agar memikirkan persoalan ini. Kita perlu mencari satu mekanisma perlaksanaan agar dapat memudahkan terjemahan Quran di dapati serta mampu dimiliki. NGO-NGO juga diharapkan dapat memainkan peranan masing untuk memperbaiki kelemahan ini. Semoga dengan usaha kita ini akan mengujudkan generasi akan datang yang celik dan faham Al-Quran, fikir-fikirkanlah.

Sunday, February 1, 2009

JANGAN CABAR ISLAM

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam.

Peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

‘‘Ada pemimpin bukan Islam yang minta kebenaran supaya perkataan Allah digunakan dalam akhbar itu dengan alasan mengambil contoh Indonesia yang lebih bebas dalam isu agama.

‘‘Ini Malaysia, jangan samakan dengan negara lain, kita adalah sebuah negara Islam seperti termaktub dalam perlembagaan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” tegasnya pada majlis pelancaran Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Kata Dompok, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.

Menurut Ahmad Zahid, cubaan untuk menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah dalam penerbitan akhbar agama mereka bukan sahaja menyalahi Perlembagaan Persekutuan, malah tindakan itu seperti mempunyai agenda tertentu.

Apa tujuan mereka? Sejak dulu lagi, sudah termaktub dalam undang-undang mereka tak boleh berbuat demikian,” tegasnya.

Menurut Ahmad Zahid, perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam yang sengaja membangkitkan isu itu seolah-olah cuba mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan, penganut agama lain di negara ini juga dilarang menyampaikan dakyah agama mereka kepada umat Islam di negara ini.

‘‘Masyarakat bukan Islam perlulah hormati keputusan ini kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya kesucian Islam terus dicabar, masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik akan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

‘‘Jangan cuba bermain api, jangan cabar umat Islam, kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan agama suci ini,” kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam supaya bersatu bagi menangkis pandangan pihak luar yang menganggap masyarakat Islam lemah.

Sementara itu, Wan Mohamad ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu Herald Catholic berkata, semua pihak perlu menghormati prosedur undang-undang yang sedang berlangsung tanpa menimbulkan sebarang kenyataan.

‘‘Kes ini sedang berjalan, mereka ini juga bukanlah orang istimewa sehingga boleh mengatasi undang- undang.

‘‘Malah mereka juga terdedah kepada kemungkinan menghina mahkamah jika mengeluarkan sebarang kenyataan” katanya.

Petikan Akhbar Utusan Online 01/02/2009 (AHAD)

p/s : Tan Sri Bernard Dompok, Tan Sri boleh guna perkataan Allah tu. Dengan syarat Tan Sri harus jadi Islam dulu, baru la bertepatan dengan perlembagaan. Kami sedia membantu.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template