Saturday, March 28, 2009

EARTH HOUR

Hari ini 28 Mac 2009 jam 8.30 mlm beberapa negara seluruh dunia dengan serentak akan memadamkan lampu selama sejam. Program ini di panggil Earth Hour. Saya mencucapkan syabas kepada penganjur dan kerajaan Malaysia yang turut serta dalam program ini. Sebenarnya pada saya program ini adalah sangat baik bagi menyedarkan kepada masyarakat bahawa penjimatan tenaga itu adalah perlu. Dengan menjimatkan pengunaan elektrik selama sejam, tidak akan merubah kehidupan kita daripada kebiasaannya. Sekiranya seluruh rakyat Malaysia dapat menjimatkan penggunaan tenaga selama sejam bagi setiap rumah, kita bayangkanlah berapa banyak tenaga yang boleh dijimatkan. Apabila tenaga dijimatkan ini membawa kepada penjimatan wang ringgit. Wang ringgit yang dijimatkan boleh digunakan untuk perkara2 yang lebih mustahak. Tidaklah kita sibuk demonstrasi jalanan menuntut ini dan itu kerana kesempitan hidup.

Namun saya nampak disini kurangnya promosi kepada pengertian kenapa perlunya Earth Hour. Apa sebenarnya faedah daripada Earth Hour ini?. Saya fikir ramai dari kalangan masyarakat kita yang tidak memahami tujuan sebenar program ini. Di media masa dan media cetak promosi banyak hanya kepada menggalakkan masyarakat untuk memadamkan lampu selama sejam pada 28 Mac 2009 pada jam 8.25mlm. Tapi tidak ada promosi atau sesi penerangan secara berulang2 misi dan tujuan Earth Hour. Seperti kita sedia maklum, masyarakat kita bukanlah masyarakat yang cerdik pandai. Yang melakukan sesuatu perkara berdasarkan fakta dan hujjah. Masyarakat kita adalah masyarakat pengikut atau ikut-ikutan. Amalan beragama ikut2, berpolitik ikut2, cara menjalani kehidupan juga main ikut2 dan bermacam2 perkara lagi yang dibuat berdasarkan kepada ikut2an semata. Tak boleh dengar sesuatu cerita, rasa elok dek akal fikiran, kita pun ikut walaupun tak tahu baik buruknya. Dari segi politik, parti kanan cakap begini, beginilah kita, parti kiri cakap begitu begitulah kita, macam lalang da......

Cubalah buat analisis kepada masyarakat kita tentang kenapa perlunya Earth Hour. Saya percaya ramai yang tidak mengetahui sebab dan tujuan Earth Hour. Saya pasti mereka akan jawab, "kami tgk tv suruh tutup, kami tutuplah", " jiran2 kata tutup, kami pun tutuplah". Ini antara jawapan2 yang kita akan dengar. Sebenarnya bermacam2 jawapan lagi kita boleh dengar daripada masyarakat kita yang memang sedia tidak tahu, di tambah pula tidak mahu ambil tahu. Masyarakat kita perlu tahu apa tujuan sebenar Earth Hour. Agar mereka boleh membuat Earth Hour terus menerus pada bila2 masa mereka selesa. Sekiranya masyarakat kita tidak tahu menahu sebab dan tujuan Earth Hour, saya yakin untuk tempoh setahun daripada esok pun belum tahu mereka akan buat Earth Hour. Mereka akan kembali kepada kehidupan seperti biasa yang penuh dengan pembaziran daripada sumber tenaga mahupun air.

Saya menyerankan kepada pihak yang bertanggungjawab, sekiranya Earth Hour atau program2 seumpamanya akan dilaksanakan di Malaysia. Pastikan promosi pelaksanaan dan promosi pengertian di jalankan serentak. Agar kempen tersebut akan lebih berkesan dan menusuk di dalam hati segenap masyarakat serta membuatkan program itu akan berjalan berpanjangan. Satu lagi janganlah buat hanya sejam dalam setahun. Buatlah satu jadual pelaksanaan mungkin pada setiap bulan hari selasa minggu kedua jam 8.30mlm atau seumpamanya. Mungkin ia akan membawa kesan yang besar kepada masyarakat. Boleh juga dikempenkan berkaitan berhenti menggunakan air jika tidak perlu pada masa2 tertentu, Jangan buat sampah pada waktu sekian2, Jangan ada kenderaan bergerak melainkan perlu pada waktu sekian2 dan berbagai2 lagi, Fikir2kanlah.

Tuesday, March 24, 2009

MUALAF DIPINGGIRKAN

Setelah hampir dua minggu tidak ada artikel. Rasa janggal juga bila melihat posting blog ini pendek2 dan tidak seperti selalu yang berjela2 panjang. Ditambah pula dua posting sebelum ini sekadar diari harian saja. Namun pada kali ini, saya rasakan telah tiba masanya untuk saya melontarkan isu ini berikutan telah lama isu ini berlaku dan telah diwar2kan kepada pejuang2 agama. Namun tidak nampak kesannya hingga hari ini.

Kita semua sedia maklum di katakan seramai 50,000 orang telah memeluk Islam pada 1969 hingga 1975. Dan purata seramai 1,000 orang pula telah memeluk Islam setiap tahun selepas tahun 1975. Ini bererti dari 1976 hingga 2008 seramai 33,000 orang telah memeluk Islam dan jumlah keseluruhan tahun 1969 hingga 2008 seramai 83, 000 orang telah memeluk Islam. Namun siapakah yang dapat memastikan status mualaf2 ini. Adakah mereka masih kekal dalam Islam atau telah kembali ke agama asal.

Kita juga sedia maklum, bagi mendepani masalah di atas. Bagi Kota Kinabalu telah wujud Pertubuhan Kebajikan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) yang mana saya sebagai tenaga pengajar di sana. Wujudnya SAHABAT adalah untuk menguruskan kebajikan mualaf, soal aqidah, ruang belajar dan ekonomi mualaf. Antara aktiviti rutin SAHABAT ialah Program Teratak Fitrah pada setiap Sabtu jam 8.00pagi - 1.00 petang. Selain itu SAHABAT juga mengadakan Program Bulanan dan Program Tahunan bagi ahli2 dan pelajar2 SAHABAT. SAHABAT pula dipimpin dari kalangan mereka2 yang mualaf juga bagi meahami situasi dikalangan mereka. Tetapi sedarkah kita, tidak ramai ustaz2 tempatan yang terlibat secara langsung dalam perjuangan mualaf.

Program Teratak Fitrah mempunyai seramai 150 orang pelajar. Mempunyai sehingga 6 tahap kelas. Memerlukan seramai 30 orang ustaz untuk subjek Al-Quran iaitu nisbah 1 Guru 5 pelajar. Memerlukan 6 orang guru bagi setiap sesi pengajian. Buat masa ini, 99% daripada tenaga pengajar SAHABAT adalah dari kalangan ustaz2 indonesia (passport) dan ustaz2 tempatan yang berasal dari Indonesia (I/C). Rasanya buat masa ini tidak ada lagi ustaz2 yang berbangsa dusun, kadazan ,murut, bajau mahupun suku2 lain yang ada di Sabah.

Persoalannya, berapa ramaikah anak jati tempatan Sabah yang mempunya pendidikan khusus agama yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan nasib mualaf. Berapa ramai para ustaz2 tempatan yang turun ke SAHABAT setiap sabtu bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada mualaf. Berapa ramai yang mempunyai ijazah, syariah, usuluddin, lughah dan bidang lain dalam agama?. Berapa ramai pegawai2yang mempunyai bidang khusus dalam agama?. Berapa ramai ahli akedemik agama di sabah?. Berapa ramai pejuang2 agama yang berteriak melalak memperjuangkan Islam?. Kemana mereka?. Di mana mereka?. Kenapa mereka tidak turut serta setiap sabtu sabtu membantu SAHABAT?. Kalau tidak mengajar pun, tunjuklah muka sekadar tana sokongan dan dorongan pada pejuang mualaf.

Adakah bila dilantik menjadi penaihat SAHABAT barulah datang berjuang?. Adakah tunggu menjadi orang penting SAHABAT barulah nampak muka?. Adakah kerana idea kita tidak diterima, kita tidak mahu menymbang tenaga?. Atau SAHABAT bukan pertubuhan sehebat USIA dan YADIM menyebabkan tdak ada ustaz2 yang sudi menyumbang tenaga?. Saya ulangi sekali lagi bahawa SAHABAT sangat memerlukan khidmat ustaz2.

Sekarang ini telah menjadi ternd. Jika aktiviti luar bandar atau luar daerah, ramai yang akan pergi menyertai, ramai yang bantu. Kerana apa?, seronok. Ramai yangsanggup mengeluarkan bekanja sendiri untuk aktiviti kembara sambil beramal, untuk program dakwah mualaf di luar bandar. Program orang2 kenamaan dan program seumpamanya. Namun Program Teratak Fitrah yang setiap minggu menerima kemasukan pelajar baru dan memerlukan guru, kekal begitu sejak 2 tahun kebelakangan ini. Saya tidak menujukan perkara ini kepada sesiapa. Samada orang persorangan atau berkumpulan. Tapi tepuklah dada, tanyalah selera ttg kebenarannya.

Jika pebaca tidak percaya, datanglah ke Madrasah Islamiah Masjid Negeri, bersebelahan mahkamah syariah. Tanyalah pelajar2 dan AJK SAHABAT tentang kebenaran kenyataan ini. Tanya meraka siapakah nama ustaz yang berbangsa dusun, kadazan dan murut?. Begitu juga ustaz2 berbangsa bajau, suluk, bugi, brunai dan lain2 suku di Sabah ini yang mana mereka menjadi KOMANDO kepada SAHABAT?. Saya sanggup bayar RM1,000.00 jika ada, saya mohon 3 nama dengan berlainan suku bangsa. Saya boleh pastikan tidak ada, potong jari saya.

Saya sebagai sorang Islam dan kebetulan sebagai tenaga pengajar di SAHABAT berasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada JHEAINS, JAKIM, NGO2, USTAZ2, CIKGU2, orang perseorangan serta berkumpulan dan lain2 yang telah berusaha membantu memperjuangkan nasib mualaf pada platfom SAHABAT. Tanpa anda semua, saya fikir SAHABAT&MUALAF tidak akan kemana2. Bagi mereka2 yang belum duduk bersama2 sepenuh masa memperjuangkan nasib mualaf. Saya dengan penuh keinsafan mengajak saudara2 pembaca untuk trut serta memperjuangkan nasib mualaf . Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini akan menjadi sumber hidayah bagi masyarakat SABAH khasnya dan seluruh dunia amnya.

Monday, March 23, 2009

SUASANA RUMAH BARU

Alhamdulillah, kebetulan kena pada hari lahir saya, 20 Mac 2009 saya telah masuk kerumah baru saya. Walaupun mungkin hanya satu kebetulan, namun saya beranggapan rumah baru adalah hadiah hari lahir saya. 19 Mac 2009 saya mula mengangkat barang2 keperluan yang penting sementara menunggu gaji di akhir bulan. Dengan harapan akhir bulan barulah mengangkat barang yang lain2. Namun dengan tidak dirancang 19 Mac malam tu juga kami menginap di rumah baru membawa kepada 20 Mac. Rumah flat 4 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik mandai dan 1 tandas agak selesa untuk di duduki.
Alhamdulillah, suasana rumah agak selesa. Memulakan sebuah kehidupan di dalam rumah sendiri adalah impian setiap insan. Alhamdulillah, sekarang saya telah merasakan kehidupan itu dan buat masa sekarang belum ada cabaran yang menjengah ke pintu rumah. Saya berdoa kehidupan baru ini tidak akan di coba dengan cobaan yang berat2, takut tidak terangkat rasanya. Namun sekiranya ia mendatang juga, haruslah ditempuh dengan apa cara sekalipun.
Rumah itu terletak di tingkat empat. Agak keras juga betis dan paha bila naik tangga. lebih memeritkan sekiranya ada barang tertinggal di rumah ketika di kereta, dan barang tertinggal di kereta bila berada di rumah. Suasana agak sunyi berbanding flat2 lain. Jiran2 masing2 menjaga kehidupan masing2. Hinggakan ada yang tak kenal pun. Namun begitu ada juga jiran2 yang telah saya kenal. Maklumlah hidup berjiran.
Dengan pindahnya ke rumah baru ni, tidak sempat langsung saya menulis artikel2 terbaru. terpaksa jugalah blog ini saya jadikan dairi walau pun saya tidak suka menjadikan blog sebagai dairi. Tapi untuk pengetahuan bagi yang mengenali saya, saya ceritakanlah sedikit sebanyak kisah kehidupan saya di rumah baru. Insyaallah, bila semuanya telah selesai, saya akan mulakan dengan artikel2 baru yang lebih hangat, lebih panas, dan menusuk jantung. Saya mohon agar pembaca sekelian doakan agar segala perihal surat menyurat rumah baru saya dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak ada masalah.
p/s : Rumah baru ni ada aircond.....tuan rumah sebelum ni belum buka lagi. nanti bila dia dah buka baru padan dengan muka saya.

Tuesday, March 17, 2009

PINDAH RUMAH BARU

Alhamdulillah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. esok 18 Mac 2009 bersamaan hari rabu. Kalau tidak ada halangan, insyaallah esok saya akan berpindah ke rumah baru di puri warisan, inanam. Setelah 4 tahun tinggal menumpang di rumah kedua orang tua, sehingga anak saya berumur 2 tahun 8 bulan. Diharapkan tidak ada halangan dan cabaran di saat2 akhir ni. saya cukup khuatir kalau2 ada masalah pada saat akhir.
Barang2 dirumah sudah berantakan tu. Dah kemas2 dengan harapan esok terus diangkat kerumah baru. Org rumah pun semangat semacam ja. anak sy pun dah semangat nak pindah rumah baru, mcm faham2 ja. Cuma duduk rumah baru harus tahan la naik tangga tiap2 hari ke tingkat 4. tp mungkin ada hikmahnya kenapa tingkat 4. Apa pun mudah2an tiadak ada masalah mendatang. Harap2 segalanya berjalan lancar.
p/s : Tolong doakan segalanya berjalan lancar ya.....

Thursday, March 12, 2009

USTAZ ZAKARIA MENINGGAL DUNIA

Ustaz Zakaria Abdul Rahman 1953 - 2009


Pada 10/03/2009 seluruh warga sandakan terkejut dengan perginya seorang pejuang agama bagi daerah Sandakan. Ust Zakaria Abd Rahman nama yang tidak asing lagi bagi warga Sandakan telah kembali ke rahmatullah di hospital besar Sandakan. Menurut maklumat yang diterima, beliau meninggal akibat penkries rosak dan beberapa komplikasi lain di perut dan buah pinggang. Beliau yang berasal dari kedah telah bertugas sejak tahun 70an lagi di Sabah, bertugas di Jabatan Pendidikan singgalah akhir tahun lepas dan telah pencen sejak januari lalu. Beliau merupakan guru kepada keluarga kami semenjak saya kecil lagi.

Beliau masih nampak sihat lagi pada siang jumaat 06/03/2009. Namun bila malam setelah makan dan bercerita-cerita dengan kelurga beliau yang datang dari kedah untuk menziarahinya, beliau merasa tidak selesa, beliau bagitau rakannya yang beliau ada gestrik dan itu biasa terjadi. Bila dirasakan terus menerus tidak sedap badan. Beliau pergi ke klinik Dr Syed untuk buat pemeriksaan. Setelah itu Dr Syed menemui ada yang tidak kena. Dr Syed membuat surat dan minta beliau pergi ke hospital Besar Sandakan.

Sampai di hospital Besar Sandakan malam itu, beiau di tahan untuk pemerhatian di wad biasa. Pagi 07/03/2009 beliau telah dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian rapi. Keadaan beliau masih dalam keadaan baik hingga ke hari ahad 08/03/2009. Sempat beramah mesra dengan yang melawat dengan mengangkat dan melambaikan tangan sebagai tanda terima kasih.
Namun bermula pada petang 09/03/2009 keadaan beliau agak kritikal. Maghribnya beliau menjalani homodialisis selama satu jam setengah, sebelum itu beliau telah ditidurkan supaya boleh berehat dengan secukupnya. Setelah Homodialisis dijalankan, keadaannya tambah membimbangkan. Lebih kurang jam 10.30 mlm, beliau disahkan meninggal secara klinikal kerana otaknya tidak berfungsi. Namun nadi dan jantung masih berdenyut. Dan selepas subuh 10/03/2009 beliau telah disahkan meninggal dunia apabila nadi dan jantungnya tidak bedenyut lagi.

Jenazah beliau di bawa balik ke rumahnya di Taman Rimba. Dimandikan dirumah serta di solatkan di Masjid Pangiran Batu 7 yang diimamkan oleh anak lelaki beliau, Farhan. Setelah itu di kebumikan di tanah perkuburan Islam sungai batang sebelum solat zohor. Beliau meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Dikhabarkan, ramai orang berkumpul dirumah beliau sehingga ada yang berkata "tidak pernah saya lihat orang seramai ini". Pemergian beliau tiada galang gantinya dan amat menyedihkan keluarga kami. Semoga beliau mendapat hasil daripada ilmu yang telah beliau curahkan kepada masyarakat dan Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau, AL-FATIHAH.


Monday, March 9, 2009

GEMBALA KAMBING

Biasanya saya selalu melontarkan isu2 yang agak panas. namun kali ini saya menyediakan artikel yang agak simple, lucu dan bermesej. Mungkin ada yang mempersoalkan artikel ini. Namun perlu saya nyatakan disini,artikel ini memang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Namun yang diharapkan isinya dapat memberikan kita mesej yang jelas.

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!
Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dipersoalkan, Islam akan tetap terbela.

Tuesday, March 3, 2009

MOHON KOMEN ANDA

Apa pandangan anda? :

ISU
Seperti semua maklum, Palestin sedang dijajah oleh Israel.
Israel sedang menguasai Palestin sejak tahun 1948 sehingga ke hari ini. Berbagai kekejaman telah dilakukan oleh rejim Israel. Dan yang terbaru serangan habis-habisan oleh rejim Israel ke atas Gaza. Bagi pihak antarabangsa, berbagai2 cara dan usaha untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan. Namun tidak ada satupun menunjukkan jalan penyelesaian.

PERSOALAN


Semenjak 60 tahun Israel bermaharajalela, umat Islam seluruh dunia telah banyak membuat solat hajat dan juga doa, qunut nazilah pun ada. Namun keadaan tetap sama, tidak ada perubahan. Adakah doa kita tidak maqbul?. Takkanlah tidak ada seorang pun yang doanya maqbul?. Takkanlah tidak ada orang alim yang mendoakan kesejahteraan Palestin?. Takkan doa orang alim pun tak maqbul?. Takkan Syeikh Qordhowi, syeikh2 Mesir, Syeikh2 Madinah & Makkah tidak mendoakan pembebasan Palestin?. Takkanlah doa syeikh2 ini juga tidak Maqbul?. Takkanlah tidak ada solat hajat, qunut nazilah & doa seluruh umat Islam yang di makqbulkan Allah?.

Isu ini telah makan masa selama 60 tahun lebih. Nampaknya hanya dengan solat hajat,qunut nazilah dan doa tidak dapat mengubah situasi Palestin, adakah benar?. 60 tahun bukan jangkamasa yang singkat..... apa sebenarnya penyebab 3 benda di atas tidak dapat merubah Palestin, 60 Tahun dah......

Sunday, March 1, 2009

GONG XI FA CAI

Sebulan lepas negara kita telah pun meraikan GONG XI FA CAI atau Tahun Baru Cina. Ia semestinya disambut oleh masyarakat Malaysia yang berbangsa cina. Khabarnya tahun ini tahun lembu yang membawa erti kekuatan. Saya cukup merasa kagum dengan sikap dan budaya masyarakat cina yang mempunyai cita2 dan perancangan dalam hidup. Di awal tahun sahaja mereka telah berbincang2 dan melihat pengertian tahun itu serta membuat perancangan bagaimana mahu mendepani tahun itu berdasarkan pada pengertiannya. Mereka membuat perancangan untuk sepanjang tahun, bersesuaian dengan pengertian satu2 tahun.

Namun yang hendak saya lontarkan di sini ialah kesungguhan mereka dalam persiapan dan memperkukuhkan ekonomi mereka dalam satu2 tahun. Sehingga ada yang mengatakan ekonomi kita dikuasai oleh bangsa cina. Selama setahun mereka berkerja keras untuk mengumpul harta serta keperluan. Tetapi bila hari raya mereka, mereka cuti hingga seminggu. Tidak kisah apa keadaan pun, kedai tutup tetap tutup. Makan malam bersama keluarga tetap akan diraikan bersama.

Masyarakat kita tidak mempunyai sikap sedemikian. masayarakat kita meraikan Tahun Baru Cina bersama2 masyarakat cina, namun untuk perancangan Tahun Baru Cina ka, Tahun Baru Masihi ka atau Tahun Baru Hijrah, apa azam, apa rancangan pun tidak dibuat. Mungkin ada yang membuat perancangan, namun ia tidak menjadi budaya kita sehingga menampakkan kita memang tidak merancang untuk mendepani hari mendatang.

Kekuatan masyarakat cina terdapat pada kepercayaan budaya dan kesatuan. Bila mereka faham pada budaya mereka, mereka patuh walau apa keadaan pun. mereka sambut Tahun Baru dengan meriah sekali. Dengan penuh kemeriahan dan kemerahan, beserta dengan singa2, naga2, mercun, angpaw dan sebagainya. Seronoknya mereka berhari raya hingga lumpuh seluruh bandar.

26 januari lalu, boleh dikatakan bandar Kota Kinabalu lumpuh 70%. Semua kedai tutup, daripada minimarket, kedai runcit, kedai kuih, kedai minum, kedai gambar dan lain2. Di Tangjung Aru kalau hendak photocopy sekeping kertas, terpaksa lari hingga ke Kepayan. Sesudah solat maghrib saya cuba ke Wisma Merdeka, pintu utamanya telah di tutup, tidak beroperasi seperti biasa. Di sebalik semua ini, apa sebenarnya maksud yang tersirat?. Sampai bilakah masyarakat kita terus bergantung kepada bangsa ini?. Adakah kita makan nasi dan bangsa cina makan besi?, tidakkan?. Saya percaya, ramai masyarakat bangsa kita langsung tidak terfikir maksud di sebalik kejadian ini.

Sebenarnya, apa bangsa cina buat, sudah pasti kita pun boleh buat. Tetapi di mana sebenarnya kesilapan kita?. Patutkah bila kita sambut Hari Raya Puasa bangsa cina untung juta2, tetapi bila bangsa cina sambut raya, bangsa kita merana, lumpuh kehidupan seharian?. Kenapa benda ini berlaku?. Kerana ekonomi negara bukan kita yang kuasai walaupun bangsa kita yang memimpin negara.

Selain daripada itu, sikap busuk hati dan tamak bangsa kita yang membuatkan bangsa kita tidak boleh maju. Kalau kita lihat di Kampung Air, Kota Kinabalu. Banyak kedai2 kopi bangsa cina bersaing sesama mereka. Kalau di KL contohnya kita boleh lihat di Pertama Kompleks, sebelah SOGO. Ramai bangsa cina bersaing menjual telefon bimbit. Namun mereka tidak rasa itu sebagai mengganggu perniagaan mereka. Tapi bagi bangsa kita, buka kedai bersebelahan dengan produk yang sama dijual adalah menjadi satu kesalahan besar, kononnya itu mengganggu perniagaan sedia ada. Itu akan membuatkan syer pasaran akan terganggu peratusan daripada sebelumnya.

Lain lagi hal tamaknya. Ada sekali saya dengar daripada rakan2 yang menjual produk MLM, seperti kopi. Sistem MLM biasanya harga ahli lain dan harga bukan ahli lain. Rakan2 kata, kopi ni kalau restoran tak payah la, tak boleh jual. Sebabnya pengusaha restoran mahu harga ahli, pengusaha tidak mahu beli harga bukan ahli. Sekiranya pengusaha hendakkan harga ahli juga, apalah keuntungan ejen tersebut bawa produk kepada pengusaha?. Takkanlah ejen ambil produk harga RM5, kemudian pengusaha restoran pun mahu beli harga RM5. Takkanlah nak untung atas kepayahan orang lain. Kita tidak mahu tahu masalah untung orang,yang kita tahu untung kita saja. Kalau pun pengusaha restoran adalah ahli kepada MLM tersebut, ada kaki ada tangan ambil sendiri la. Takkan nak tekan ejen lain. Bukannya banyak beza RM2-4 je sekotak ahli dengan tidak.

Kalaulah benar ada pengusaha restoran bersikap demikian, tidak adalah bezanya pengusaha tersebut dengan binatang. kalau lihat rancangan discovery, harimau merebut rusa dari dubuk. harimau tak mahu tahu dubuk dapat makan tidak, yang penting rusa tadi harimau dapat, takkah sama tu dengan pengusaha restoran. Apalah salahnya jika kita berikan sedikit untung kepada ejen hanya sekadar RM2 untuk sekotak kopi. Walaupun pengusaha adalah ahli, tapi pengusaha boleh ambil untung dari jualan air. Kesian la pada ejen. Kalau tak boleh untung banyak tak apalah, bagilah untung seorang sedikit. Kalau kita tidak mahu bantu peniaga kita, siapa lagi?. Bangunlah kita bersama2 membuat kesatuan dan memperkukuhkan ekonomi. Islam tidak akan kemana hanya sekadar beribadah sepanjang masa. Islam tidak akan kemana hanya dengan kekayaan segelintir masyarakat kita. Islam akan maju dengan pengukuhan ekonomi bagi kebanyakan masyarakat Islam, biar ramai orang Islam jadi kaya raya. Islam perlu pada kesatuan ekonomi bagi menguasai ekonomi dunia. Kita perlu bangkit berjemaah menguasai ekonomi dunia dan secara langsung akan menghapuskan zionis dari muka bumi.

Isu palestin telah 40 tahun lebih kita doa dan solat hajat, nampaknya seolah tidak memberi kesan, adakah Allah tidak menerima doa masyarakat Islam dunia?. Takkanlah tidak ada seorang pun yang warak yang boleh Allah terima doanya?kejamkah Allah?,cuba fikir. Masyarakat cina telah menuju kepada penguasaan ekonomi dunia, masyarakat Islam bila lagi?. Fikir-fikirkanlah.......
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template