Friday, May 22, 2009

PARTI POLITIK GILA BERPOLITIK

Semenjak PRU12 tahun lepas negara kita tidak sudah2 bercerita isu politik. seolah2 tidak ada lain lagi yang boleh dibicarakan. Isu ini terus dihangat2kan samada tidak sengaja atau sengaja dirancang. Sebenarnya masih banyak isu lain yang boleh dibicarakan dalam memartabatkan Islam serta menjadi cara hidup masyarakat Islam kita. Rasanya cukuplah berpolitik sehingga seolah2 tidak ada kerja lagi yang bermanfaat yang boleh dibuat.

Subuh tadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh. Beliau yang memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986, sehingga sekarang beliau telah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Ini bermakna pilihanraya kecil Dun Manik Urai perlu dibuat berdasarkan Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

Bagi memenuhi kehendak Undang2 Tubuh Negeri Kelantan rasanya tidak ada masalah bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pilihanraya akan datang untuk mengulas dan menguruskan hal2 barkaitan seperti speaker DUN Kelantan dan SPR.

Namun saya agak tidak bersetuju bagi mana2 ahli politik mengulas tentang pilihanraya akan datang bagi menggantikan ADUN yang meninggal dunia. Dalam isu hari ini, ada beberapa blog yang saya lawati, telah ada beberapa ahli2 politik yang memberi kenyataan tentang pilihanraya kecil akan datang. Ada yang suruh BN tanding, ada yang suruh jangan tanding. Ada yang kata parti ini takut parti itu berani dan berbagai2 lagi.

Baru sahaja Allahyarham meninggal, mungkin jenazahnya belum pun dimandikan, belum pun dikebumikan. Telah ada bunyi2 cerita pilihanraya akan datang, ada saya terbaca dalam blog artikel seawal jam 8 pagi, ada tu 10 pagi. baru 3 4 jam Allahyarham meninggal. Sabar la sikit, anda tidak mempunyai perasaan ke?. Tak fikir ka perasaan keluarga Allahyarham.

Kalau betul pun media tanya, tak boleh ke jawab no komen. bagi la masa 3 hari hingga seminggu barulah bicarakan soal pilihanraya kecil. Lagi pun masa yang diperuntukkan undang2 60hari, masih banyak masa yang ada. Ini tidak, orang baru meninggal, dah nak bagi2 harta pusaka, dah nak bincang hal pilihanraya. Seolah2 pesta berpolitik pula bila ada yang meninggal. Kita selesaikan dahulu tanggujawab fardhu kifayah kita. Kita tunaikan dulu hak Allahyarham untuk sampai ke tempat yang di tuju. Selesai itu, barulah kita jalankan tanggungjawab mengikut Undang2 Tubuh Negeri masing2, bukannya berpesta politik, Wassalam.

p/s : JANGAN GILA BERPOLITIK, MASIH BANYAK BENDA BERMANFAAT YANG BOLEH DIBUAT DARI TERUS MENERUS BERPOLITIK.

Thursday, May 21, 2009

ESOK KEPUTUSAN SIAPA MB SAH PERAK

Memetik artikel Malaysiakini.com perebutan kerusi menteri besar Perak antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan diketahui di Mahkamah Rayuan jam 3.30 petang esok. Pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, dan peguam Mohammad Nizar berbuat demikian pada sebelah petang. Mahkamah itu mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Esok keputusan akan ditentukan dan sebagai rakyat malaysia yang saya berharap siapa pun haruslah bersetuju dengan keputusan yang akan dibuat. Apa pun perkara disebalik keputusan tersebut, kita serah pada Allah swt dan kita tunggu saja PRU13 nanti. Saya berharap tidak akan berlaku lagi bila keputusan menyebelah kita, kita kata hakim itu adil dan sebagainya. Tapi bila tidak menyebelahi kita, macam2 kita cerca dia. Segala baik dan buruk itukan datang daripada Allah, kita harus terima dengan hati terbuka....Wassalam.

Wednesday, May 20, 2009

PAS : JANGAN PRASANGKA

Saya tertarik untuk mengulas artikel dari harakahdaily 19/05/2009 yang bertajuk "Rayuan Nizar Khamis Ini - Pas Bimbang BN Beli Hakim".

Saya agak tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Saya tidaklah faham sangat selok belok agama. Namun Saya beranggapan kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dilontarkan sesuka hati dengan tanpa disokong sebarang hujjah dan bukti. Saya tidak fikir Hakim2 tersebut boleh dibeli semudah seperti yang dinyatakan. Lebih2 lagi yang saya faham 5 orang hakim akan terlibat dengan kes tersebut, seperti yang di pohon oleh YB Nizar (mungkin saya silap). Tidakkanlah dengan semudah itu kelima2 hakim tersebut boleh menerima belian oleh BN. Takkan mereka tidak mempunyai maruah dan malu pada diri mereka sendiri.

Al-quran dengan jelas melarang bersangka buruk kepada orang, apatah lagi menuduh secara terang2an bengini. Bukankah Islam menggalakkan masyarakat Islam agar bersangka baik sesama manusia. Sekiranya kita menyatakan sedemikian kerana memang tahu latarbelakang hakim2 yang terlibat sehinggakan kita menuduh hakim2 boleh dibeli dengan menyebelahi BN. Kenapa PR tidak beli saja hakim2 tersebut demi kebaikan rakyat. Sekiranya benar mereka boleh dibeli, sekiranya jumlah tawaran munasabah, takkkanlah hakim taik duit akan tolak tawaran tersebut.

Saya secara ingin berpesan sesama kita masyarakat Islam agar janganlah terlalu banyak berprasangka dan bersangka buruk, apatah lagi menuduh2. Sekiranya ada bukti, berani kerana benar. Dedahkan segala tuduhan beserta dengan bukti sekiranya takut kerajaan tidak pandang aduan kita dengan saluran betul. Kita harus ingat, tidak semua orang boleh terima propaganda kosong begini. Bukankah Al-Quran meminta agar setiap orang beriman agar menyelidik sesuatu maklumat yang diterima?. Saya sebagai orang yang mengambil sesuatu maklumat berdasarkan fakta, tidak akan semudah ini untuk menerima bulat2 pandangan yang tidak di sokong oleh fakta.

Sekarang teknologi internet di hujung jari anda. Anda boleh upload apa sahaja artikel, gambar dan bukti. Bagitau pada masyarakat kenyataan anda berbkti, tuduhan itu ada berbukti, bukan sekadar cakap kosong dengan tidak disokong oleh bukti, itu fitnah namanya. Mohon kita perbaiki segala kekurangan yang ada.....TAKBIR.....

Monday, May 18, 2009

NGO ISLAM SABAH LAWAN KERAJAAN

Mungkin nampak lain macam tajuk artikel kali ni. Jikakalau ikut fahaman biasa, NGO ISLAM SABAH LAWAN KERAJAAN seolah2 bermaksud ngo Islam Sabah menentang kerajaan, tapi hakikatnya tidaklah sebegitu rupa. NGO Islam Sabah semuanya baik2, semuanya menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan, cuma sekali sekala kritik tu biasalah. Memperbetulkan yang tidak betul dan memperbaiki nbenda yang kurang baik, biasalah.
Yang di maksudkan NGO LAWAN KERAJAAN adalah acara LIGA SUKAN JAKIM yang telah diadakan pada 16 dan 17 Mei 2009. CONCERN yang di dukung oleh 20 NGO Islam Sabah turut serta dalam LIGA SUKAN JAKIM. Pelbagai aktiviti yang sempat CONCERN sertai. Daripada Bola Sepak, ping pong, bowling, dart, congkak dan berbagai2 lagi.
Namun saya sendiri hanya sempat melihat perlawanan bola sepak yang di wakili Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) sebagai wakil kepada CONCERN. Acara tu memang nampak meriah dan penuh warna warni. Saya difahamkan 12 kumpulan menyertai acara bola sepak. Selain CONCERN, turut serta ialah USIA, JAKIM, MUIS, TABUNG HAJI, JABATAN KEHAKIMAN dan banyak lagi. Walaupun panas silih berganti dengan hujan, namun pertarungan tetap diteruskan hingga titisan peluh yang terakhir.
Saya secara peribadi merasa seronok dengan acara2 sedemikian. Ia cukup baik untuk membolehkan ahli2 badan agama saling mengeratkan silaturrahim sesama ahli mereka. Dengan perlawanan sedemikian membolehkan kita menilai sejauh mana tahap kecergasan orang2 Islam kita, bagaimana ketangkasan mereka dan bagaimana orang Islam mengatur strategi pengurusan satu jemaah Bole. Kalau sebut pasal bola, memang orang kita cukup kuat, cukup bertenaga. Selama 2 hari berturut2 berjuang untuk mendapatkan gelaran juara, tidak ada masalah bagi pemain2.
Namun saya secara peribadi rasa tidak senang hati dengan cara pemakaian sesetengah pasukan. Acara dipanggil LIGA SUKAN JAKIM, anjuran JAKIM, badan agama persekutuan. Bagaimana sesetengah badan Islam boleh menghantar pasukan bola mereka dengan seluar pendek. Bukan ada lapik2 atau alas2 lagi, memang sah2 turun dengan seluar pendek, pelik betullah. Nak salahkan JAKIM, takkanlah sampai JAKIM kena tegur cara berpakaian badan agama. Kan namanya badan agama, tak perlu nak di bagitau2 la, sendri mau ngat la
Saya mendapat makluman pada hari perlawanan akhir berlaku pula pergaduhan antara 2 badan agama berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan menguatkuasakan pakaian menutup aurat. Inilah satu2nya kes paling ajaib di dunia. Pasukan bola sepak Islam bertumbuk sebab marah diarahkan tutup aurat. Kalau tidak tutup aurat main macam Backhem tidak apa juga. Ini macam main kampung, ntah apala nak dipertahankan seluar pendek tu. Dah la bulu kaki keriting macam kena sambar api, ada hati pula nak tunjuk2, harap sedar diri la. Bagi pasukan yang marah pakai seluar panjang tu, sepatutnya JAKIM tembak ja keluar dari alam nyata ni. Buat malu orang Islam sahaja. Sepatutnya pasukan tu tersingkir kerana menentang arahan penganjur.
Namun secara keseluruhan segalanya berjalan lancar. Saya bangga dengan JAKIM kerana boleh keluar dari kotak pemikiran biasa sehingga boleh berdakwah dengan cara begini. Sekali lagi syabas buat JAKIM Cawangan Sabah. Memang masyarakat sekarang inginkan pendekatan dakwah yang berlainan dari yang dulu2. Saya harapkan JAKIM akan terus membawa masyarakat Sabah memahami Islam tu sedikit demi sedikit hinggalah pengetahuan masyarakat Islam sabah menjadi bukit, SYABAS JAKIM.
Keputusan akhir 1) MUIS 2)USIA 3)CONCERN 4)JAKIM

Sunday, May 17, 2009

DI MANA KEKAYAAN KITA SEBENARNYA?

Artikel ini dipetik dari http://www.sabahkini.net/
Oleh: MUSLI OLI (PENULIS TAMU)
Beberapa hari yang lalu, banyak berita dari dalam dan luar negara membayangkan ekonomi dunia sudah mulai pulih. Ini ditunjukkan dengan kenaikan consumer spending atau perbelanjaan pengguna di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Bank-bank di Amerika juga mulai memberi pinjaman perumahan, pinjaman perdagangan dan sebagainya. Sistem kewangan dan perbankan Amerika dan Eropah nampak sudah pulih dari kegawatan yang sedikit sebanyak berpunca daripada kekayaan atas kertas.Apa yang saya maksudkan kekayaan atas kertas inilah ialah kekayaan yang diperolehi daripada transaksi perdagangan yang tidak melibatkan barang atau produk. Wang yang terlibat juga tidak menggambarkan nilai sebenar.

Kekayaan yang diperolehi hasil daripada komisen. Yang menjalankan perniagaan terdiri dari Pengurus Dana Kewangan atau Fund Managers, Pedagang Mata Wang Asing, Remisers, dan yang lain-lain seumpamanya.Tak lama dulu, dah lama sebenarnya sudah 24 tahun lalu, saya mengikuti kursus Diploma In Investment Analysis daripada Western Australia Institute of Technology yang dianjurkan National Productivity Center sebagai pra syarat untuk menjadi remiser di KLSE.

Ketika itu ekonomi kita boom. Jual kertas jadi duit. Jual duit jadi duit yang lebih banyak. Tapi saya tak teruskan karier menjadi seorang remiser sebaliknya menyertai politik.Perbincangan ini merujuk kepada sumber kekayaan sebenarnya bukan sumber kekayaan ilusi yang dimanipulasikan oleh Fund Managers seperti Maddoff di Amerika Syarikat dan Robert Maxwell di England yang pernah menipu Tabung Pekerja Negara itu pada awal 90an. Maxwell akhirnya mati lemas lemas di tepi bot mewahnya di Sepanyol dipercayai bunuh diri setelah kesnya terbongkar oleh News Of The World.
Malaysia adalah antara negara-negara Asia yang termasuk dalam rangkaian pengeluar atau supply chain untuk negara-negara maju. Kos buruh di Asia lebih murah dan berbagai insentif yang disediakan kerajaan seperti mengujudkan kawasan special economic zones untuk membuka kilang-kilang pengeluar. Produk yang dihasilkan daripada kilang itu akan dijual di Eropah dan Amerika Syarikat.
Negara Asia memperolehi kekayaan hasil daripada perniagaan export ini. Asia bukan sahaja mengekspot hasil-hasil kilang tetapi juga sumber alamnya. Pokok-pokok ditebang. Rotan dijadikan perabut. Bambu dijadikan kertas. Bakau dijadikan cerucuk. Sebagai bayaran kita mendapat USD. Wang Amerika. Kita cipta pekerjaan. Ekonomi maju dan ramai individu yang menjadi jutawan.
Bila ekonomi negara Amerika dan Eropah gawat. USD hilang nilainya. Dan harga saham diseluruh dunia merudum. Maka kekayaan itu hilang sekelip mata. Tetapi hutan kita tidak boleh kembali sekelip mata. Bakau kita tidak boleh tumbuh setahun dua. Sungai-sungai kita tidak boleh jernih seperti sedia kala.
Dengan kerosakan alam sekitar yang melampau, tahap kesihatan merosot. Kekayaan negara yang diperolehi dari cukai pendapatan, cukai ekspot terpaksa digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Akhirnya kekayaan itu hilang dihembus bayu kerana kesihatan rakyat telah terjejas.
Kilang-kilang banyak yang tutup. Pekerja kilang terpaksa menjadi pelacur, perompak, penculik, peragut untuk membayar bil rumah, letrik, perbelanjaan anak sekolah. Kadar jenayah pasti meningkat. Pekerja-pekerja kilang yang hilang pekerjaan sukar mencari pekerjaan di sector lain yang tidak diambil perhatian sebelum ini kerana sector tidak berkembang.Apakah yang seharusnya dilakukan untuk rakyat menikmati kekayaan sebenar ekonomi negara?

Saturday, May 16, 2009

AKADEMI FANTASIA : IBUBAPA, SUAMI MERANA

Ketika artikel ini ditulis, Konsert Akhir Akadsemi Fantasia sedang berlangsung. Dalam masa sejam dua dari sekarang rakyat Malaysia akan dapat mengetahui keputusan siapakah Juara Akademi Fantasia musim ke-7. Setelah beberapa minggu menghempas pulas untuk jadi juara. Malam ini segalanya akan terjawab dan demam AF akan berhenti setakat ini.

Artikel saya malam ini bukanlah hendak menyokong atau menyetujui acara ini. Cuma saya agak kesian dengan peserta2 beserta dengan ahli keluarga mereka. Juara AF akan menangis kegembiraan dengan kemenangan. Ibubapa mereka juga akan turut serta menangis kegembiraan. Tapi ramai kita tidak sedar, kesemua pelajar2 AF tanpa sedar menghantar kedua ibubapa mereka atau suami mereka ke neraka. Dengan tingkahlaku mereka, aurat, dan akhlak yang tidak bersesuaian dengan syariat Islamlah yang menyebabkan ibubapa mereka atau suami mereka akan duduk dalam api neraka. Kesiannyalah ibubapa dan suami mereka tidak pasal2 masuk neraka. Mereka yang tongeng2 di atas pentas, tak pasal2 orang lain turut serta bersama mereka berada dalam neraka.

Saya menyarankan AF tahun ni adalah AF yang terakhir. Untuk tahun2 akan datang tak payah la adakan AF lagi. Memadailah dengan hiburan2 sedemikian rupa. Walaupun Islam tidak melarang kita berhibur, tapi hiburan sedemikian rupa tidak membawa sedikit pun manfaat kepada masyarakat dan bukan hiburan sebegini yang dibenarkan oleh Islam. Malah AF membawakan lebih banyak keburukan serta kerosakan. Saya menyarankan agar pihak berwajib terutamanya Menteri Penerangan mengkaji semua jenis hiburan yang terdapat di negara ini. Zaman hiburan2 melampau telah berlalu, masyarakat sekarang telah matang dan sedar hiburan sederhana dan ajaran Islam sebenar lebih sesuai berbanding ajaran yang dibawakan oleh Barat. Saya mohon para Mufti2 juga memainkan peranan sebaiknya, tidaklah sekadar duduk di kerusi empuk diam seribu bahasa.

Wednesday, May 13, 2009

MAHKAMAH, PENGUATKUASA & JERANGKAP SAMAR

Kita biasa mendengar isu2 yang disebut di mahkamah melalui dada2 khabar. Pelbagai kes yang kita dapati, ada kes rumahtangga, nikah cerai dan tidak kurang juga yang di tuduh atas kesalahan berkhalwat, meminum arak, berjudi dan sebagainya. Sehingga sekarang, banyak kes mahkamah syariah yang sedang menunggu untuk dibicarakan. Setiap hari banyak kes yang terus menerus didaftarkan.

Kita perlu membuat analisis yang mendalam kenapa begitu banyak kes2 yang di daftarkan di mahkamah setiap hari. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan lontaran saya, cuma yang boleh saya simpulkan di sini adalah, ia berpunca dari penguatkuasaan tidak melaksanakan seperti yang sepatutnya. Menurut fahaman umum, tanggungjawab kita sebagai orang Islam adalah mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjauhkan masyarakat daripada kemungkaran, Ta'muruna Bil Ma'ruf Watanhauna A'nil Mungkar. Dan inilah juga yang sepatutnya dilaksanakan oleh mana2 penguatkuasa samada dalam Jabatan Agama, polis, imegresen dan lain2.

Pada pendapat saya, kaedah perlaksanaan penguatkuasa agama ketika ini sebenarnya tidaklah berbentuk penguatkuasaan, tapi ia berbentuk jerangkap samar. Ini berikutan beberapa kaedah penguatkuasaan yang ada tidak seperti yang sepatutnya. Rasanya tidak salah sekiranya penguatkuasa di lantik lebih ramai lagi bagi memudahkan perlaksanaan penguatkuasaan dan tidak salah juga penguatkuasa agama di letakkan di kawasan2 yang sepatutnya seperti di pintu2 kelab malam, pintu kedai judi dan juga di kawasan2 panas atau di ronda2kan di kawasan2 panas dan rumah2 tumpangan. Kita sedia maklum mencegah lebih baik dari merawat.

Bukankah lebih baik masyarakat nampak penguatkuasa berada di mana2 tempat dan berlalu pulang sekaligus menyebabkan tidak jadi untuk melaksanakan perkara2 dosa?. Sekiranya ada tangkapan di buat, maklumkan kepada masyarakat melalui media cetak dan elektronik hatta maklumkan pada masyarakat secara jelas operasi yang akan dijalankan contohnya 1hb hingga 15 hb penguatkuasa agama akan membuat serbuan di seluruh kawasan. Biar masyarakat tahu dan tidak jadi nak buat perkara dosa.

Namun yang berlaku ketika ini. Dalam soal risikan penguatkuasa agama, ada ketikanya seolah2 membiarkan masyarakat terjerumus dahulu ke lembah dosa barulah tangkapan dibuat, kononnya supaya ada bukti. Ini bukankah membiarkan kemungkaran berlaku atau Ta'muruna Bil Mungkar?. Sepatutnya penguatkuasa bertindak sebelum suspek membuat benda2 terkutuk, digertak, di ambil maklumat diri, di beri amaran, di beri nasihat dan sebagainya pada ketika hasil risikan menjelaskan yang memang suspek menuju ke lembah dosa. Ini barulah di panggil Ta'muruna Bil Ma'ruf, bukannya dibiarkan dahulu apa dibuat dan kemudian tangkap.

Dan antara faktor pertambahan kes mahkamah syariah adalah penguatkuasaan tangkapan baru lebih banyak di fokuskan berbanding penguatkuasaan kes yang telah di putuskan oleh mahkamah syariah. Banyak kes baru didaftarkan di mahkamah syariah berbanding menyelesaikan masalah suami yang lari dari tanggungjawab nafkah, kes2 yang ada waran tangkap kerana tidak hadir ke mahkamah dan berbagai2 kes lagi yang memerlukan fokus penguatkuasa agama dalam menyelesaikan kes tersebut, lebih2 lagi dalam isu NCR atau lebih jelas lagi penguatkuasaan terhadap suami2 yang lari dari membayar nafkah anak2. Ini jelas menunjukkan kes mahkamah syariah akan terus meningkat dari hari ke hari kerana kes masuk lebih banyak dari kes keluar.

Kesimpulannya, rasanya tidak perlulah fokus ditumpukankan pada serbuan dan tangkapan. Tetapi harus di fokuskan kepada meletakkan anggota di tempat2 yang sepatutnya dan membuat rondaan. Biar masyarakat tahu, biar masyarakat takut. Jangan segalanya dibuat dalam senyap sehingga masyarakat beranggapan penguatkuasa agama tidak buat apa2. Maklumkan, sebarkan, beritahu kepada masyarakat yang penguatkuasa akan buat serbuan2 di seluruh kawasan jajahan pada bila2 masa dan waktu. Tidak lupa juga penguatkuasaan terhadap suami2 yang melanggar perintah mahkamah untuk membayar nafkah keluarga. Insyaallah, percayalah, kadar kesalahan akan berkurangan berbanding sebelumnya.

Monday, May 4, 2009

KEPUTUSAN KABINET TINDAS 'SAUDARA BARU' - Dr Asri

Artikel ini dipetik dari http://www.harakahdaily.net/

Azamin Amin Mon May 04, 09 9:39:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Keputusan kabinet baru berhubung status agama anak dilihat lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua.

Menurut bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin keputusan itu dianggap sebagai penindasan terhadap 'saudara baru' dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.

"Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.

"Sekali lagi saya tegaskan, golongan saudara baru dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang berrtanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar," kata beliau dalam tulisannya kepada sebuah akhbar online.

Beliau meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada saudara baru.

Dr Asri juga berkata jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang dakwat pilihan raya mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tersebut tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini.

"Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan," katanya

Sebelum itu, beliau menyatakan bahawa isu agama anak tidak sepatutnya ditimbulkan melainkan ketika wujud perselisihan antara pasangan sahaja dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya.

"Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai.

"Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan," katanya yang kini masih berada di Lampeter, United Kingdom. - azm _

Friday, May 1, 2009

SEKITAR REHLAH JIM CAWANGAN SABAH 2











SEKITAR REHLAH JIM CAWANGAN SABAH 1
















REHLAH JIM CAWANGAN SABAH

Alhamdulillah, kebetulan ada cuti sempena cuti hari pekerja. Saya sempat menghadiri program Rehlah Jemaah Islah Malaysia Cawangan Sabah bertempat di 1st Beach, Tanjung Aru. Kehadiran saya adalah atas jemputan YDP sendiri En. Marsus Jabbar berikutan saya telah biasa beberapa kali duduk dalam program Usrah sejak setahun lalu.

Alhamdulillah, program dapat berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun dengan begitu lebat sekali. Saya beranggapan program akan dibatalkan berikutan hujan. Namun saya mendapat SMS dari YDP yang menyatakan program diteruskan. Dalam hujan lebat kami sekeluarga terus berjalan menuju destinasi. Namun Allahlah yang Maha Mengetahui. Sampai di Tangjung Aru, hujan hanya sekadar renyai2 dan kadang2 berhenti.

Bila sampai, kami pun bersarapan beramai2 dengan beberapa sahabat yang ada sementara menunggu ketibaan sahabat2 lain. Apabila semuanya telah tiba, sarapan pun dah selesai. Sedikit kuliah ringkas disampaikan oleh ustaz Ithnin. Beratapkan langit berlantaikan kanves basah majlis tetap diteruskan. Anak2 pula sibuk dengan bermain pasir dan air laut sambil dipantau2 dari jauh oleh beberapa sahabat. Kanak2 juga disediakan beberapa permainan sukaneka setelah kuliah selesai.

Selasai kuliah ringkas, kami beriadah seketika bagi meluruskan kembali alliment yang dah tak tentu arah kedudukannya. Manakala pengunjung2 yang lain nampaknya seronok berhibur, berkaraoke mungkin menenangkan fikiran setelah hari2 menghadap kerja yang bertimbun2.Selesai riadah, gotong2 royong pula untuk memasak berikutan majlis harus selesai jam 11 pagi kerana hendak solat Jumaat. Selesai segala2nya tibalah acara kemuncak iaitu makan t/hari berjemaah. Berbagai2 juadah dihidangkan. Ada yang dibawa sedia dari rumah dan tidak kurang juga yang disediakan di tapak Rehlah tadi.

Dari pagi hingga t/hari berbagai2 cerita dan topik yang dibincangkan secara tidak formal. Tidak kurang juga kadang2 diselang seli dengan gelak ketawa sahabat2. Majlis ini nampaknya berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Disamping hadir untuk memeriahkan program, suasana saling kenal mengenali dengan lebih rapat lagi antara satu dengan yang lain jelas terpancar dimata sahabat2 yang hadir. Semoga program2 sebegini akan terus subur bagi mengingati sesama kita yang selalunya terlupa akan tanggungjawab kita yang sebenar. Saya difahamkan, program seterusnya adalah mukhaiyam bersama Hj Nicholas yang tarikhnya akan ditentukan kemudian. Harap2 ada ruang sekali lagi untuk saya turut serta belajar bersama2 sahabat2 yang lain….. InsyaAllah……

BANTAH FESTIVEL FILEM MALAYSIA KE-22




Beberapa hari lepas, saya telah dikhabarkan oleh beberapa rakan bahawa Festivel Filem Malaysia ke-22 FFM22 akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu pada 5, 6, 7 dan 8 Ogos 2009. Saya secara peribadi membantah sekeras2nya penganjuran FFM ini berikutan ia mengundang pelbagai gejala negetif kepada masyarakat setempat.

Antara faktor bantahan saya ialah, FFM tidak sepatutnya dibuat di dalam Universiti yang merupakan gedung Ilmu. Tempat mendidik remaja2 menjadi pemimpin di masa akan datang. Sebagai gedung ilmu tempat remaja2 menuntut ilmu. Para pelajar2 tidak sepatutnya didedahkan dengan hiburan sebegitu rupa. Tidak ada lagikah kawasan yang lebih sesuai untuk melaksanakan acara sebegitu. Kenapa universiti yang menjadi sasaran. Oleh kerana hiburan melampaulah yang menyebabkan ramai remaja2 tidak mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Penganjuran FFM ini adalah bersamaan pada bulan sya’ban. Bulan Sya’ban Allah jadikan sebagai persiapan begi mendepani kedatangan Ramadhan. Bulan sya’ban adalah masa untuk masyarakat Islam mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi menyahut seruan rukun Islam yang ke 3. Sekiranya dalam bulan sya’ban kita dapat harungi penuh dengan ketaatan, insyaallah begitulah kita pada bulan Ramadhan. Namun sekiranya kita terus menerus lalai dengan keduniaan. Bila tiba Ramadhan, kita akan terus dengan kelalaian sehingga melakukan ibadah hanya sekadar penat dan tidak memperolehi apa2 pahala pun.

Artis bukanlah contoh idola yang boleh diikuti oleh masyarakat Islam. Mungkin ada segelintir artis yang baik2. Namun secara mejoritinya benda negetif lebih banyak berbanding positif. Kita akan didedahkan dengan aurat tubuh dan suara mereka. Kita akan didedahkan dengan karpet merah. Kita akan dilalaikan dengan aksi tari menari mereka. Ini semua, membawa kita kepada maksiat yang tidak memberikan manfaat walaupun sedikit.

Anda boleh berikan kepada saya, apa contoh tauladan yang baik2 daripada kalangan artis yang boleh kita contohi dan apa yang kita tidak boleh contohi. Kita harus memandang benda ini pada perspektif Islam. Kalau anda Islam tapi tidak mahu memandang pada perspektif Islam, ada berpeganglah dengan perspektif lain dan beragamalah dengan selain Islam. Saya boleh jamin contoh tauladan yang negetif lebih banyak boleh diikuti berbanding contoh tauladan yang baik.

Saya mengharapkan sangat kepada kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Sabah, Pihak pentadbiran UMS dan juga pentadbiran One Borneo. Tolong pertimbangkan kembali kesan daripada penganjuran FFM ini. Ia cukup tidak sesuai untuk membangunan minda masyarakat kita untuk menjadi masyarakat yang berkualiti. Saya juga mengharapkan janganlah hendaknya segala lontaran pandangan dan luahan hati masyarakat dipandang sepi, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan apa yang kita buat hari ini. Fikir2kanlah.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template