Tuesday, August 25, 2009

ISLAM TIDAK DIHORMATI

Baru2 ni saya di datangi beberapa rakan2 perempuan yang bertanyakan soal hukum tidak memakai tudung di tempat kerja kerana tidak dibenarkan. Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak dibenarkan bertudung ketika berkerja.

Saya agak hairan dengan keadaan negara kita sekarang. Negara kita menjelaskan dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan. Sabah juga mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah. Islam nama Islam sahaja. Pemimpin Islam, Yb pun ada yang Islam, orang2 berpengaruh juga Islam, tapi Islam yang tidak bertaring.

Negara n negeri kita mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, tetapi masyarakatnya tidak boleh mengamalkan Islam seperti yang ditetapkan Islam. Majikan2 bukan Islam menggunakan penguasaan ekonomi untuk memijak masyarakat Islam dengan tidak menghormati kebebasan beragama masyarakat Islam yang jelas2 termaktub dalam perlembagaan.

Kerajaan bersangatan membela wanita, membela sukan, membela rakyat dan sebagainya. Namun kenapakah soal agama sebegini tidak nampak dengan jelas usaha2 untuk membelanya?. Adakah pemimpin2 kita takut dengan penguasa2 ekonomi negara?. Ataupun terlepas pandang?. Bagi pembangkang pula lebih banyak membawa isu kesamarataan dan keadilan, kenapa tidak ada demonstrasi untuk mengatasi masalah2 sebegini?. Adakah pembangkang juga takut dengan penguasa2 politik dan juga ekonomi?.

Marilah kita bangkit bersama2, bela la nasib masyarakat Islam kita yang dieksploitasi sesetengah golongan untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Mungkin ada benarnya sesetengah orang dari masyarakat kita kurang didikan agama. Namun, eksploitasi sedemikian membolehkan anak2 muda kita lalai dan leka dihanyut keperluan dunia hingga terabai agama, BANGKITLAH....

SELAMAT BERBUASA

anamasyhur mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung anamasyhur.blogspot. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita cahaya kesdaran, semangat serta azam baru dalam menghadapi tahun2 mendatang.

Wednesday, August 5, 2009

PENDERMAAN ORGAN

Pendermaan organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan Transplan selepas ianya meninggal dunia. transplantasi atau pemindahan organ adalah satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang yang telah meninggal dunia. Melalui cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Sejak beberapa hari ni, saya secara tiba2 terfikir tentang pendermaan organ. Apakah keperluannya?. Apakah rasanya?. Sakitkah? Apa manfaatnya? dan berbagai2 perkara lagi yang menjadi fikiran di benak otak saya.
Namun saya membuat kesimpulan bahawa derma organ adalah perlu dijadikan sebagai salah satu amalan ibadat kita yang terakhir sebelum jasad kita dikebumikan. Dengan mendermakan organ, banyak nyawa dapat diselamatkan. Dengan mendermakan organ, walaupun kita telah tiada, namun organ2 kita hidup pada jasad2 orang lain. Dengan mendermakan organ, dapatlah kita menambahkan pahala terakhir kali dan dibawa menghadap Allah S.W.T. Pada umumnya, organ2 yang boleh didermakan adalah seperti, buah pinggang, jantung, hati, paru2 dan juga pankreas. Manakala tisu2 yang boleh didermakan pula seperti, mata, tulang, kulit dan injap jantung.
Saya agak terfikir, apakah rasanya jasad ketika organ2 diambil?. Saya beranggapan, setelah seseorang itu mati, tidak ada kaitan lagi antara jasad dengan roh. Rasanya, di potong macamana pun jasad tersebut, tidak memberikan apa2 rasa pada roh kerana roh dan jasad telah terpisah. Adakah kita masih merasa setiap potongan pisau pada jasad kita?.sekiranya ia, itu bererti kita belum lagi mati. Orang yang mati tidak mempunyai apa2 rasa kerana ia adalah kosong sama seperti benda2 mati yang ada dimuka bumi.
Saya merasakan agak perlu bagi kita untuk mendermakan organ kerana organ2 ini telah tidak bermakna lagi buat kita. Alangkah ruginya jasad kita beserta organ2 ditanam begitu sahaja. Buruk dan habis di mamah bumi sedangkan tidak meninggalkan sebarang makna. Daripada ianya hancur dimamah bumi, bukankah lebih baik ia digunakan bagi membantu orang2 yang memerlukan.
Saya berdoa dan mengharapkan Agar Allah memberikan kekuatan pada saya untuk mendermakan segala organ dan tisu yang boleh didermakan. Biarkan ia boleh dimanfaatkan berbanding hancur di perut bumi. Untuk menambahkan lagi maklumat kita berkaitan derma organ ini. Sila layari SaifulIslam.Com, Wassalam.

GARA-GARA H1N1

Pada 01/08/09, gara-gara H1N1 kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT sekali lagi tidak dapat diadakan berikutan kelas yang biasa kami gunakan, Madrasah Islamiah Kota Kinabalu ditutup berikutan penularan Virus H1N1. Menurut Sumber orang biasa, dikhabarkan kelas tersebut ditutup kerana telah disembur ubat. Oleh kerana itu kelas tersebut berkunci dan ada notis pemberitahuan bergantung di pagar utama.
Oleh karana ramai dari kalangan pelajar yang tidak tahu isu H1N1 tu. Mereka datang menghadiri kelas seperti biasa. Ada yang memandu sendiri, ada yang di hantar suami dan tidak kurang juga ada yang menaiki bas sehingga 4 kali bas dari rumah mereka ke kelas teratak fitrah SAHABAT. Memandangkan begitu sungguh2 dan payah pelajar2 datang ke kelas , pandangan saya macamana sekalipun keadaan yang mendatang, kelas pengajian teratak fitrah SAHABAT harus tetap diadakan.
Namun baru2 ni saya agak terkilan dengan beberapa pihak yang memaklumkan kepada pelajar2 bahawa kelas dibatalkan sedangkan tidak mendapat pengesahan dari orang yang selayaknya. Saya berjumpa dengan presiden dan berbincang dengan beliau situasi keadaan tersebut. Kami sepakat untuk meneruskan kelas di bawah beberapa pokok yang rendang.
Berikutan keputusan tersebut, kami teruskan kelas seperti biasa dimulai dengan perhimpunan pagi, motivasikan pelajar2 untuk teruskan perjuangan mencari ilmu, bacaan doa selamat dari bala penyakit dan pengajian Iqra' diteruskan seperti biasa. Maka berdudukanlah pelajar2 berserta dengan guru2nya di bawah pokok2 rendang berdekatan Madrasah Islamiah tersebut.
Alhamdulillah, dengan kesusahan dan kepayahan tersebut, kelas pengajian tetap diteruskan. Namun memandangkan cuaca yang agak panas, kelas tidak dapat diteruskan hingga tengahari, ia hanya dapat di laksanakan sekadar jam 10 pagi. Setelah rehat dan makan seperti minggu2 biasa, pelajar2 dibenarkan balik. Walaupun tidak sampai tgahari, sekurang2nya mereka dapat membawa balik sedikit ilmu daripada diarahkan balik begitu sahaja.
Daripada cerita di atas, kita boleh ambil beberapa kesimpulan. Pertama, kita haruslah membuat satu2 keputusan atau menerima satu2 arahan mesti daripada orang2 yang berkelayakan. Macam di SAHABAT orang yang paling layak buat keputusan dalam situasi di atas adalah Presiden, En. Abu Bakar Ongkosing. Haruslah pasti arahan tersebut keluar daripada Presiden sebelum mengarahkan pelajar2 balik begitu sahaja. Bukannya anda yang bayar tambang2 pelajar2 tersebut hingga semudah2 itu mengarahkan mereka balik dengan tangan kosong.
Yang kedua, kepada masyarakat sekeliling, lihatlah saudara2 kita yang baru menegnal Islam. Yang baru hendak nampak keindahan Islam, terpaksa duduk di bawah pokok untuk menimba sedikit ilmu hanya untuk sejam dua. Mungkin masa mereka di gereja, tempat belajar mereka aircond dengan karpet tebal. Sama2lah kita fikirkan bagaimana cara agar SAHABAT mendapat sebuah bangunan sendiri dengan pentadbiran yang cukup baik. Insyaallah, dengan keperihatinan para pembaca sekelian. Diharapkan satu hari nanti SAHABAT akan mendapat sebuah bangunannya sendiri bagi membela nasib2 saudara2 kita yang baru kenal erti Islam.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template