Wednesday, December 29, 2010

KENAPAI RAMAI MASUK KRISTIAN?

Saya pernah mendengar bahawa statistik menunjukkan ramai orang telah berjaya di Kristiankan oleh pendakyah-pendakyah Kristian, terutamanya di pendalaman Negeri Sabah. Namun jumlah orang Islam yang murtad tidaklah seramai jumlah orang yang memeluk agama Kristian. Sebenarnya orang tidak ada agama la (pagan) yang menaikkan statistik jumlah peningkatan penganut Kristian di Negeri Sabah.

Persoalannya, kenapa orang (pagan) memilih untuk memeluk agama Kristian, kenapa tidak Islam. Apa kelebihan agama Kristian berbanding Islam?. Bukankah agama Islam agama yang benar. Agama yang serba lengkap dan syumul. Tetapi kenapa agama Kristian yang mereka pilih.
Masa saya buat lawatan sambil belajar ke Secrat Heart Cathedral hari tu, saya rasa saya dah jumpa jawapannya kenapa orang (pagan) pilih agama Kristian sebagai agama kepercayaan mereka. Klu difikirkan dari segi logik, orang pagan masih boleh mempersoalkan beberpa perkara berkaitan ketuhanan. Tetapi semua itu bukanlah persoalan kerana tuhan telah datang dalam hidup mereka dengan memberi ketenangan dan kejiwaan beragama dalam bentuk kesempurnaan kehidupan pada skop Kristian.

Gerakan Kristianisasi sebenarnya menggunakan pendekatan dakyah yang betul-betul diterima oleh siapa pun yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah kenal apa itu Islam. Ini kerana gerakan Kristianisasi menggunakan pendekatan emosi untuk menarik sasarannya ke agama Kristian.

Mereka akan mewar-warkan hal berkaitan kasih sayang dan kelembutan dalam kehidupun dan pendakyah itu sendiri mempraktikkan pendekatan emosi ini. Mereka menyampaikan agama pada sasaran mereka dengan penuh kasih sayang dan kelembutan kerana kasih sayang adalah naluri manusia. Ia tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Tolong menolong, bantu membantu adalah kunci utama dalam gerakan kristianisasi.

Untuk menambahkan kekuatan gerakan mereka, mereka menambahkannya dengan perisa warna warni. Mereka akan mendekati sasaran walau dengan sekotak crayon. Bagi sesetengahnya akan di dekati dengan hamper atau seumpamanya. Ini kerana warna warni adalah kesukaan manusia, ia akan mempengaruhi emosi sasarannya. Kunci ketiga pada gerakan mereka adalah lagu-lagu dan hiburan. Mereka akan bersembahyang, bermain, bergurau, berhibur dengan lagu-lagu yang juga disukai oleh setiap Insan. Ini juga dapat menyentuh emosi sasaran mereka.

Orang kampung yang tidak bersekolah, tau kasih sayang secara semulajadi, jarang sekali nampak warna warni dalam kehidupan seharian dan juga berhibur hanya dengan muzik kampung. Apabila pendekatan Bandar yang telah dikaji pendekatannya di bawa ke kampung dalam aspek kasih sayang, warna warni dan juga hiburan, sudah pasti orang kampung akan merasakan itu adalah tuhan yang datang kedalam kehidupan seharian mereka. Membuatkan mereka yakin dengan perkara-perkara sedemikian dan sekaligus mereka percaya kepada agama Kristian.

Dalam gereja banyak simbol-simbol yang menggambarkan jiwa agama mereka. Hanya orang yang berfikir sahaja akan memahami simbol-simbol tersebut. Sebab itu la Islamphobia agak sukar untuk dikikis dari pemikiran sesetengah penganut Kristian. Kerana setiap perkara yang mereka lihat, ia akan menghasilkan satu keputusan maksud daripada simbol-simbol tersebut. Islam selalu menggunakan simbol pedang, kemarahan, demonstrasi, perang dan sebagainya dalam pendekatan seharian. Tidak kurang juga mengguknakan simbol ala Taliban seperti berpakaian.

Di dalam gereja banyak gambar-gambar bentuk seorang ibu menggendong bayi, gambar lelaki mendukung budak, gambar seorang lelaki yang telah di salib diletakkan di sebelah kiri dadanya (hati) oleh seorang wanita dan juga gambar-gambar kesedihan seorang wanita (lihat gambar pada artikel sebelum ini). Ini semua adalah gambar yang menzahirkan simbol kasih sayang yang mereka perjuangkan.

Begitu juga dengan warna warni, di dalam gereja cukup berwarna warni . di depan, kiri dan kanan gereja penuh dengan warna warni….ini juga menunjukkan simbol warna warni yang mereka perjuangkan. Manakala bagi lagu-lagu pula, dalam gereja terdapat banyak rak-rak buku yang mengandungi lagu-lagu sembahyang. Bukan sedikit, banyak buku lagu, ini juga adalah simbol hiburan yang dekat di hati sasaran mereka.

Tidak hairanlah kenapa banyak penduduk kampung berkepercayaan Pagan berminat untuk memeluk agama Kristian.

Sebenarnya banyak kelemahan kita dari aspek pendekatan dalam berdakwah. Ini baru kita bincangkan soal pendekatan, belum lagi dibincangkan soal kesungguhan masuk ke pendalaman, menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran….patutlah kita ketinggalan….banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum turun ke medan dakwah yang sebenar…..fikir-fikirkanlah…..

Tuesday, December 28, 2010

LAWATAN KE SECRAT HEART CATHEDRAL 1


Gambar kenangan bersama pihak gereja dengan Hidayah Training Centre


Arahan apakah ini?.

Apakah maksud tersirat disebalik patung ini?.

Apakah maksud tersirat di sebalik warna-warni ini?.

Apakah maksud tersirat di sebalik buku-buku ini?.

Apakah maksud tersirat di sebalik gambar ini?.


Apakah maksud tersirat di sebalik gambar ini?

LAWATAN KE SECRAT HEART CATHEDRAL 2

Teringat saya masa sesi lawatan sambil belajar ke Secrat Heart Cathedral Kota Kinabalu pada 19 November 2010, pergi bersama Peserta Program Intensif Pendakwah Profesional, Hidayah Training Centre, Jamaah Islah Malayia (JIM) SERAMAI 20 orang.

Tujuan lawatan tersebut adalah adalah untuk memahami latar belakang agama kristian secara lebih dekat khususnya yang berkaitan dengan gereja atau chapel. Alhamdulillah kami disambut baik oleh pihak gereja seperti kami berkawan dengan mereka.

Apabila saya masuk ke dalam gereja, saya cuba untuk megamati apa yg terdapat di dalamnya. Sebenarnya tidak banyak perkara yang boleh menarik hati saya, kerana keadaan di dalam seperti biasa sahaja. Hanya ada benda yang asas untuk kegunaan orang ramai.

Tetapi yang menarik di hati saya adalah gereja Secrat Heart Cathedral Kota Kinabalu tidak menggunakan aircond, ia cukup sekadar membuka tingkap dan membiarkan angin masuk menyejukkan gereja. Dan ini berbeza dari apa yang saya dengar dari kalangan saudara Islam kita, mungkin yang saya dengar itu hanyalah persepsi masyarakat Islam yang suka bercerita perkara yang mereka tidak pasti kebenarannya.

Yang paling menarik perhatian saya adalah beberapa gambar dan perhiasan yang saya rasakan mempunyai simbol tersendiri bagi menzahirkan pendirian agama kristian (saya akan ulas di artikel akan datang). Ini dapat kita lihat pada kehidupan seharian masyarakat Kristian.

Saya sempat bertanya pada yang mengiring kami berkaitan dana dan juga struktur organisasi mereka. Ternyata mereka lebih kehadapan dari aspek perancangan dan juga pengurusan (saya akan ulas di artikel akan datang). Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan penganut mereka mengikut cara yang telah mereka rancangkan.

Saya tidak berniat untuk mencontohi pendekatan Kristian dalam pengembangan agama kerana Islam sendiri mempunyai pendakatan dakwah yang terbaik dan sesuai. Tetapi rasanya tidak salah sekiranya kita mengambil apa yang baik dijadikan tauladan yang tidak baik sebagai sempadan. Ini soal kaedah dan bukannya aqidah. Saya secara jujur sangat tertarik dengan pendekatan mereka. Dan pendekatan itulah yang di kehendaki oleh Islam, tetapi kita tidak mengamalkannya sepertimana dikehendaki Islam.

Patutlah ramai yang tertarik dengan Kristian walaupun kita teriak melalak menyatakan agama Islam agama yang benar, syumul dan sebagainya….nantikan ulasan saya pada artikel seterusnya sedikit masa lagi.
p/s : Gambar-gambar lawatan boleh lihat di facebook saya...

Tuesday, December 21, 2010

ANTARA KERJAYA PERJUANGAN DAN KEPERLUAN

InsyaAllah bulan April 2011 ini genam 6 tahun saya dalam dunia perjuangan dakwah. Hampir 6 tahun saya terlibat dalam gerakan dakwah yang bermula sebagai guru takmir, guru kafa dan juga penggerak di Teratak Fitrah yang kini Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT).
Alhamdulillah pada saat ini saya merasakan yang saya telah banyak pelajari selok belok sepak terajang dunia dakwah di Negeri Sabah khususnya di Pantai Barat Sabah. Ramai yang saya kenal samada bersama-sama dalam perjuangan dakwah mahu pun yang tidak tahu pun apa itu perjuangan Islam.

Sebut sahaja soal berkaya perjuangan, saya agak berpuas hati dengan pencapaian karya saya buat masa ini. Kejayaan menerajui Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre yang lepas dengan kutipan jualan meja hampir RM50,000.00 dan perlantikan saya selaku Pegawai Eksekutif Pentadbiran di Hidayah Training Centre adalah satu pencapaian yang saya tidak pernah terfikir. DitTambah lagi rakan dari Kuala Lumpur ada meminta saya menerajui Konsert Maher Zain di Kota Kinabalu Februari ini. Ini semua tidak pernah pun terlintas di fikiran sebelum ini.

Berdasarkan latar belakang akademik saya yang tidak berapa baik, ditambah usia yang masih muda, pengalaman yang sedikit, tidak mempunyai kerja yang tetap, saya tidak pernah terfikir akan mencapai kejayaan seperti ini. Pencapaian ini tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain, namun pada saya kejayaan pada ini sangat saya hargai dan berpuas hati. Ini belum lagi bercerita kenalan yang ramai di sekitar Pantai Barat Sabah. Ini semua adalah pencapaian hasil turunnya kelapangan selama ini.

Namun saya ada bertanyakan kepada keluarga saya, apakah ertinya semua kejayaan ini sekiranya kehidupan kita masih seperti 6 tahun lepas?. Apakah erti kita menerajui pelbagai bentuk perjuangan kalau sewa rumah asyik tertunggak setiap bulan. Apakah ertinya orang pantai barat kenal kita, di sebut di sana sini tetapi bil air dan letrik juga tertunggak?. Apakah erti berceramah di hadapan orang yang berpendapatan tinggi sedangkan anak kita tidak ada perlindungan takaful?.

Inilah yang menjadi fikiran saya akhir-akhir ini sementara menantikan kehadiran zuriat yang ketiga pada bila-bila masa sahaja akan lahir. Selalu saya terfikir sekiranya saya meninggal dunia dalam masa terdekat, tidak ada apa yang akan saya tinggalkan pada mereka kecuali hutang dan beban tanggungan.

Memandangkan negara kita tidak menjadikan Pendidikan Islam sebagai matlamat utama atau pun asas dalam pembangunan modal insan, maka tidak ada ruang mencari keperluan bagi orang seperti saya. Atas maksud itu saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keperluan hidup yang tidak pernah saya fokuskan sejak 6 tahun lepas. Azam saya 2011 adalah keperluan keluarga saya harus diberi tumpuan sebiak mungkin . Walau bagaimana pun, perjuangan dakwah harus di teruskan kerana ia telah mengalir dalam darah sejak saya kecil lagi.

Sebenarnya saya telah membuat beberapa keputusan bersabit kepada isu di atas. Cuma belum sampai masanya untuk saya coretkan di sini. InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan maklumkan pada pembaca sekelian status keadaan saya yang terkini. Satu keputusan yang tidak juga berat di laksanakan tetapi tidak juga mudah untuk di terima. Pepatah menyatakan “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. InsyaAllah, kita berniat apa pun yg kita buat tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah S.W.T. InsayAllah kita akan mendapat redanya…InsyaAllah….

Friday, December 17, 2010

STATUS SAUDARA BARU : BUKAN ALASAN BERMALAS-MALASAN

Sejak saya terjun kelapangan dakwah, pertubuhan saudara baru adalah medan saya. Dengan Saudara Baru la saya menimba pengalaman, kemahiran dan kebolehan. Hingga ke hari ini saya tetap dengan Saudara Baru, buat program, mengajar juga berkawan dengan mereka.

Suatu hari saya sempat bercerita dengan seorang rakan melalui laman facebook. Saya bertanya, "kamu tidak pergi kelas ka minggu ini?". Kawan tu menjawab “malas la ust”. Saya bertanya lagi “menuntut ilmu mana boleh malas”. Kawan tu jawab “ biasa la ust, kami nikan mualaf?malas ba. Minggu- minggu depan la saya pergi”.

Dari peristiwa itu, saya tambah keliru dari kekeliruan yang telah lama saya bingungkan. Dari mana sebenarnya perkataan mualaf ini. Kenapa seorang yang memeluk Islam d panggil mualaf, seolah-olah ada satu pecahan lagi di dalam Islam. Saya bagitau kawan tu “tidak boleh malas belajar, kita hanya ada dua sahaja, ISLAM atau KAFIR. Kalau kafir tu memang tidak masuk buku la. Tapi kita ISLAM bererti kita harus jadi seperti orang Islam yang lain”.

Rupanya kawan tu beranggapan yang status mualaf tu memang khusus untuk orang telah convert. Saya bagitau kawan tu “ mualaf tu dalam bahasa arab, bermaksud orang yang baru berjinak-jinak mendekati Islam, kamu tu bukan lagi baru berjinak-jinak, kamu dah masuk pun ke dalam Islam, jadi kamu tu Islam bukan mualaf”. Kawan tu siap pertahankan lagi yang mualaf tu adalah mualaf. “Tanya la sama semua kawan-kawan dan saudara baru, mesti dorang cakap dorang mualaf”.

Inilah yang terjadi pada rakan-rakan kita yang distatuskan sebagai mualaf. Dia menimbulkan krisis identiti kepada mereka, mereka merasakan mereka adalah sebahagia dari Islam yang telah di statuskan sebagai mualaf. Mereka selalu beranggapan yang mereka ini tidak seperti orang Islam lain yang perlu menjalani kehidupan Islam.

Kita harus jelas, dalam kehidupan kita hanya ada ISLAM dan KAFIR, tidak ada status selain dua ni. Kita sebagai seorang Islam harus menjalani kehidupan seperti orang Islam yang lain. Harus terus terus belajar dan mendalami ilmu agama agar lebih memahami apa dia Islam sebenar.

Bagi masalah di atas yang paling bersalah adalah mereka yang mengahwini saudara baru, terutamanya suami. Ini kerana mereka hanya sekadar mengahwini tetapi tidak membimbing. Yang kedua bersalah kita la,ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah, pejuang-pejuang yang sibuk menguruskan perpecahan sehingga saudara baru terabai. Dan yang ketiga adalah pihak kepimpinan kerajaan. isu dan dana untuk agama haruslah diberikan keutamaan dan bukan sekadar isu terpencil. Kalau kerajaan mahukan rakyat yang berkualiti, harus dimantapkan iman dan ilmu mereka, agar rakyat tidak seperti cerita di atas....fikir-fikirkanlah.

Tuesday, December 14, 2010

PERPECAHAN PUNCA DAKWAH DI SABAH TERBANTUT

Mungkin ramai tidak bersetuju dengan artikel ini, tetapi inilah hakikat yang harus kita terima dan akui untuk berubah kepada perjuangan yang lebih baik di hari akan dating. Tahun 2010 adalah tahun paling lemah bagi pergerakan Islam di Sabah. Rasanya tidak banyak program-program besar yang di anjurkan. Samada dari pihak NGO, gabungan NGO mahu pun kerajaan. Kalau ada yang besar pun hanyalah program yang datang dari semenanjung yang Negeri Sabah sebagai tuan rumah seperti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Namun dari segi program-program yang biasanya ada di tahun-tahun lepas, tidak ada pada tahun ini. Rasanya Konvensyen Pendakwah tidak ada pada tahun ni, Discuss Of The Truth pun ntah kemana, Bengkel Penyelarasan Program NGO Islam juga tenggelam dan banyak lagi program-program yang sebenarnya boleh dilaksanakan tapi tidak dapat dilaksanakan. Dari pengamatan saya, ini semua adalah berpunca dari perpecahan yang berlaku di kalangan kita tanpa kita sedari.


Ada yang merasa terlalu bagus, ada yang merasa terlalu hebat, ada yang rasa terlalu kerdil, ada yang merasa bosan dengan perjuangan, ada yang putus asa dan tidak kurang juga ada yang dah terkecil hati untuk meneruskan kesatuan Islam di bumi Sabah atas beberapa perkara yang pernah barlaku.


Saya tidak menafikan kita memang buat kerja pada bidangkuasa kita masing. Kita buat kerja dalam skop jabatan kita dan skop NGO kita. Tapi yang merisaukan di sini adalah kerja dalam kesatuan Islam itu yang agak sukar untuk dilaksanakan.


Sebenarnya perkara ini saya dapat hidu sejak saya mengetuai Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) bulan Ogos lepas. Mohon bantuan daripada rakan-rakan pejuang untuk membantu Hidayah Centre mempromosikan MIPHC, hanya seorang dua rakan yang sanggup membantu. Kita panggil melalui surat, email, sms. Jangankan hadir membantu, reply sms pun tidak. Kita bukannya sekadar 5 orang dalam perjuangan, sebenarnya kita ramai, tapi kemana perginya yang ramai itu?.


Jangan kita menafikan soal perpecahan ini, inilah yang berlaku. Buktinya kita tidak boleh berkerjasama dalam melaksanakan satu-satu program. Sekiranya kita bersatu, apa pun kita boleh buat. Bila kita tidak boleh berkerjasama itu menandakan kita berpecah.


Perpecahan paling ketara adalah apabila taksub pada kumpulan masing-masing. Ada yang menyatakan kamu tidak faham Fikrah kami, ada yang kata taribiah kami berbeza dengan yang lain, ada juga yang mengatakan level kita tidak sama dengan level org lain. Ada berita yang sampai ke telinga saya, kewujudan segelintir dari kumpulan usrah yang memulaukan rakan seusrah kerana bernikah dengan org kebanyakan, walaupun orang kebanyakan tadi melaksanakan perintah Allah pada skop yang umum.


Saya teringat di awal kedatangan Islam Hadhari, ramai dari kalangan kita juga yang mempersoalkan kewujudannya,kenapa perlu ada Islam baru?. adakah Islam tidak sempurna sehingga perlu satu pendekatan baru?. Adakah Islam hadhari dapat melaksanakan apa yang patut?. Tetapi tanpa kita sedar, sebenarnya kita pun 2x5=10 dengan Islam Hadhari yang dipersoalkan. Suka untuk saya kembalikan persoalan Islam hadhari kepada rakan-rakan pejuang. adakah pendekatan Islam tidak sempurna sehingga perlu satu pendekatan baru?pendekatan yang digunakan oleh kumpulan kita sekarang ini?. Adakah idealogi kita sekarang ini dapat melaksanakan apa yang sepatutnya?.


terlalu menekankan perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan banyak keperluan masyarakat di luar tidak dapat ditunaikan. Sibuk dengan soal idealogi, fikrah, tarbiah dalaman dan sebagainya, banyak benda yang lebih besar sepatutnya kita laksanakan tetapi tidak dapat di tunaikan. Akhirnya, kita terus dengan idealogi kita, mereka di luar terus dengan keadaan mereka yang akhirnya kita sendiri akan dipertanggungjawabkan.....Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, November 23, 2010

BETAPA SUKARNYA MENCARI DAMAI D COTABATO CITY

Artikel ini dipetik dari Laman Facebook En. Naddin Shaiddin,
Perkataan kedamaian, keamanan, keharmonian, toleransi, persefahaman, kerjasama, gotong royong hanya dapat difahami dengan baik jika anda berkunjung ke Cotabato City.
Kalau sebelum ini kita kurang mengerti betapa bermaknanya kata-kata itu, dan betapa bertuahnya lahir di sebuah negara yang aman lagi sentosa seperti negara kita,ada baiknya kita berkunjung ke Cotabato dan merasakan pengalaman berdepan dengan kesangsian, kebimbangan, ketakutan malah kedengkian.

Kerana itu,kata-kata damai,sejahtera, aman bahagia hampir tidak ditemukan di kota mahupun belantara wilayah Mindanao.

Tidak perlu mencarinya di dalam mana-mana kamus kerana kata-kata telah dihanyutkan arus sungai Rio Grande.Oleh sebab itu, kita mungkin merasakan betapa kata-kata itu begitu indah sekali didengar ketika sedang berada dalam wilayah yang penuh pertikaian, perang, dendam dan pembunuhan.

Tetapi kata-kata itu kehilangan maknanya di Mindanao.Kita seolah-olah hidup di antara tanduk kerbau dan setiap ketika merasakan betapa kita ingin cepat pulang agar terhindar dari bahaya.
Barangkali ada diantara kita yang sempat mencari selempang yang bertulis `cotabato' sebagai kenang-kenangan bahawa kita pernah berada di suatu tempat dimana nyawa boleh dijualbeli dengan murah, misalnya dengan sebuah handphone.

Hanya sekadar inginkan handphone berharga RM100 ringgit, seseorang sanggup membunuh dengan M16. Gara-gara mencuri kerbau seseorang sanggup membakar bukan saja rumah hingga pokok kelapa, malah sanggup membakar satu kampung hanya kerana melepaskan geram, juga dendam berpanjangan.

Saya tidak dapat menggambarkan dengan pasti, perasaan saya sebaik-baik menaiki pesawat Cebu Pasific untuk berlepas pulang dari Cotabato.Mindanao sebuah wilayah yang memiliki sumber alam yang kaya. Setiap tahun, Mindanao menerima peruntukan paling banyak lebih dari tempat lain tetapi kehidupan mereka miskin dan melarat. Mungkin betul belum ada yang mati kebuluran kerana kekurangan makanan tetapi ramai yang menderita kerana kedaifan dan kemelaratan terutamanya di kawasan Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM).

Hampir tidak kelihatan bangunan bertingkat dan berkilat di Cotabato.Ekonominya hampir tidak bergerak dan ketinggalan agak jauh dibelakang.Padahal wilayah-wilayah Islam di Mindanao boleh dibangunkan dengan baik sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang boleh menjadi pemersatu dan dapat diterima semua orang.

Tahun ini, ARMM merayakan sambutan ulangtahun yang ke21.Di tengah sambutan ulang tahun itu, bekalan elektrik terputus tiga kali. Malam bergelap, samar dan tak jelas.

Namun lebih samar lagi masa depan Mindanao sekiranya kata-kata damai, aman, harmoni, toleransi dan sebagainya kembali mereka temui dalam kehidupan mereka.

Selagi mereka tidak menemukan kedamaian dan keamanan, tidak mungkin ada kemajuan dan pembangunan di wilayah Islam Mindanao.Tetapi jika kita ingin mencari kedamaian, ia mestilah bermula dari diri kita sendiri.

Itulah kata-kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat ketika berucap sebagai tetamu kehormat Ulang Tahun ke-21 Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) di Cotabato City kelmarin.

Menurutnya,sebelum perdamaian dicapai antara GRP dan MILF, terlebih dahulu mestilah ada perdamaian di kalangan komuniti Islam di Selatan Filipina.

Hanya dengan perdamaian di Mindanao, pembangunan akan membawa pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kemiskinan, meningkatkan akses terhadap pendidikan dan meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

Kedamaian harus bermula dalam diri, sebelum kita dapat memberikan kedamaian kepada orang lain.Kata-kata itu terngiang-ngiang sepanjang perjalanan pulang dari Mindanao.

Thursday, November 11, 2010

ISU SOSEJ BABI : BAPA AKUI BUKAN ISLAM LAGI

Artikel ini di petik dari www.malaysiakini.com/bm

Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.

“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.

Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.

“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.

Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.

Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.

Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.

Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.

Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.

Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.

Tuesday, November 9, 2010

SHAIKH OTHMAN ‘DINAR’

Artikel ini di Petik dari : www.abunuha.wordpress.com
aya baru mengetahui ketika waktu santai rehat makan malam baru-baru ini bersama Shaikhul Maqari Ustaz Haji Othman Hamzah – mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor kini aktif mempromosi dinar emas sebagai sumber kekuatan ekonomi umat Islam yang diabaikan. Khabarnya beliau mula bergiat sejak dua tiga bulan lalu.

Kisah itu dipecahkan oleh pengerusi kami Dato’ Sheikh Haji Mohammad Nor Mansor yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang duduk bertiga bersama-sama kami makan malam 1 November lalu di Hotel Holiday Villa. Apabila Dato’ Sheikh mula buka topik berkenaan, maka rancaklah sembang kami malam itu berkenaan kepentingan dinar emas, sehingga Dato’ Sheikh menggelar Shaikh Othman Hamzah sebagai ‘Othman Dinar’.

Sebagai orang agamawan yang mendalami al-Quran dan mempunyai kelayakan dalam syariah Islam, Shaikh Othman membuat satu persoalan, apa agaknya hikmah Allah SWT menyebutkan kalimah az-zahab (emas) di dalam al-Quran beberapa kali, kalau bukan ada maksud tersurat dan tersiratnya?

Firman Allah SWT bermaksud :

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia; dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”. (Ali Imran :14)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam); dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (at-Taubah : 34)

Saya petik sebahagian catatan dalam blog beliau sebagai pembuka minda kita :

SIMPAN EMAS JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT

Saya mendoakan kita semua menjadi umat yang kuat rohani dan jasmaninya, serta menjadi umat yang kuat. Untuk 30 tahun akan datang apa jadi kalau umat Islam tidak beringat dari sekarang. Bangsa lain merancang kekayaan mereka, sedangkan umat Islam akan ketinggalan jauh dari sudut ekonominya.

Atas nama maslahah terpaksa badan fatwa mengharuskan pelaburan dalam saham amanah tertentu sesuatu yang syubhat. Sedangkan ada banyak cara lagi yang mudah untuk menjanakan kekayaan umat Islam. Salah satunya ialah menyimpan dan pelaburan emas.

Mereka yang kurang berkemampuan saya menyarankan menabung dengan cara membeli dinar emas sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Satu dinar sebulan contohnya. Satu dinar bererti anda telah memiliki 4.25 gram emas yang harganya sekitar RM 645 (ketika artikal ini ditulis) iaitu RM 151.7 satu gram. Simpan sahaja untuk setahun berdasarkan kenaikan harga emas yang telah lalu antara 27-30% setahun.

Dengan kenaikan 27 % bererti nilai emas anda telah meningkat kepada (645+174.15) iaitu 819.15. Kalau disimpan sahaja selama lima tahun kenaikan harga emas berdasarkan yang telah lalu mencapai 250% – bererti dinar anda sudah meningkat nilainya kepada RM 2257.50. Bayangkan kalau anda menyimpan sedinar setiap bulan.

Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang.

Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau anda ada RM 20000 itu anda belikan emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato’ Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau 20000, lima tahunberikutnya akan ada kenaikan 50000. Ertinya duit anda menjadi 70 000 pada tahun 2015.

Kalau anda bijak dan celik, anda menjadi agen. Sambil menyimpan anda berniaga. Dealer biasa akan mendapat potongan 1.5% setiap pembelian emas.Untuk menjadi dealer biasa mestilah membeli emas public gold tidak kira bar emas atau dinar emas dengan harga RM 20000.

Beli dengan nilai tersebut automotik anda jadi dealer, dapat untung RM 300 dimasukkan kedalam buku bank anda. Sekali gus anda sudah boleh berniaga emas. Kalau ada orang nak beli emas juallah apa yang ada pada anda. Kalau tak cukup oder kepada syarikat.

Saturday, October 30, 2010

DAKWAH VS POLITIK MODERN

Saat ini rakyat Sabah tertumpu pada PRK Batu Sapi yang mana akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Datin Linda Tsen Thau Lin (dari Parti PBS mewakili BN, Ansari Abdullah (dari PKR mewakili PR) dan Datuk Yong Teck Lee (Dari SAPP). Semua jentera parti berkerja habis-habisan untuk memenangi PRK ini. Samada yang Muslim mahupun bukan. Semua orang akan menggunakan kekuatan diri, jentera, kewangan dan perti semaksimum mungkin. Namun bagaimana pula dengan gerakan dakwah di Negeri Sabah.

Kebanyakan penggerak dakwah tahu Sabah adalah medan dakwah sebenar. Di sinilah terujinya kemampuan dan kebolehan seorang pendakwah dalam menjalankan kegiatan dakwah mereka. Ramai yang tahu Sabah terlalu luas untuk di terokai dan di jelajahi. Walaupun Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah. Namun pelbagai bangsa dan etnik membuatkan perlunya suatu gerakan yang agresif dan terancang

Seperti kebiasaannya, gerakan dakwah masih pada tahap yang sama. Ia sentiasa dalam keadaan selesa dan gerakannya bermusim walaupun gerakan Dakyah Kristianisasi terus menerus bergerak dengan perancangan yang rapi. Inilah hakikat gerakan dakwah di Negeri Sabah. Penggeraknya akan agresif berdasarkan isu. Datang isu besar membadai, bangkitlah pejung suam2 kuku memprotes dan membantah. Setelah sejuk isu membadai, banyak pejuang kembali kepada keadaan selesa.

Kenapa gerakan dakwah kita tidak sehebat politik?. Kenapa gerakan dakwah kita tidak digerakkan semaksimum mungkin?. Kenapa gerakan dakwah kita tidak mempunyai perancangan rapi seperti parti politik. Kita maklum setiap parti politik masakini mempunyai perancangan strategik untuk mencapai misi tedekat mereka. Kenapa dalam gerakan dakwah kita, kita tidak nampak perancangan strategik untuk tempoh masa setahun hingga lima tahun. Mungkin ada jabatan dan NGO atau mana2 gerakan mengaku mempunyai perancangan strategiknya, tetapi semaksima manakah gerakan mereka?.

Mungkin ada benarnya sesetengah pemikir mengatakan yang politik dan demokrasi boleh dikatakan sebagai agama paling baru masakini. Orang akan sanggup menggadai diri dan masa hatta apa sekalipun asalkan perjuangan politik boleh mencapai matlamatnya. Namun ia tidak berlaku dalam gerakan dakwah, gerakan dakwah kita agak lesu dan hanya dalam keadaan mendatar. Dari zaman batu hingga sekarang, banyak dana yang dihabiskan dengan seminar demi seminar dan jarang sekali ada program yang di luar dari kebiasaan.

Rasanya semua penggerak sabah harus duduk semeja untuk membincangkan hala tuju dan matlamat bersama untuk kita gempur Negeri Sabah ini. Janganlah kita menjadi orang yang lebih banyak bercakap tetapi perbuatannya tidak seberapa. Jadilah seperti SAHABAT yang kelas pengajiannya berterusan walau di landa ombak, JIM yang terus dengan aktivivi Dakwah Dalam Masyarakat, MIPHC dan akan datang ini Karnival Harmoni dan jadilah seperti Hidayah Center yang membuat Program Pendakwah Profesional. Program mereka kebanyakannya adalah program yang baru bagi masyarakat kita....Bangkitlah kita bersama2 menjayakan misi dakwah semaksimum mungkin sepertimana yang kita telah sumbangkan kepada politik moden...fikir-fikirkanlah....

Saturday, October 9, 2010

SAMBIL-SAMBIL MENUNGGU

Alhamdulillah, hari ini saya berada di Beringis Beach Resort untuk memberi ceramah Induksi Umum Jabatan Perdana Menteri. Saya dan rakan diberikan tajuk Komunikasi Berkesan. Sementara rakan saya menampaikan slotnya, saya ambil peluang la mengisi sedikit entry blog ini.
Sesunggunhnya segala yang baik dan buruk datangnya daripada Allah S.W.T. Alhamdulillah, sejak bergiat dalam gerakan dakwah selama 4 tahun. Saya berterima kasih sangat2 kepada Hidayah Centre Negeri Sabah kerana telah melihat kemampuan saya dan meletakkan saya ke tempat yang saya tidak pernah terfikir. Bermula dari september 2010 Hidayah Centre Pusat telah melantik saya sebagai Pegawai Eksekutif bagi menguruskan Hidayah Training Centre yang berpusat di Kota Kinabalu.
Tidak cukup dengan itu, Sebuah Consultant Company iaitu Smart Trends yang berpusat di Subang Jaya, melantik saya untuk menyertai mereka selaku Trainer dan juga Coach. Saya sendiri telah berumpa dengan owner Smart Trends masa dia datang ke KK untuk memberi ceramah beberapa program di Kota Kinabalu. Sebab itulah mungkin rakan-rakan tidak berapa nampak saya seperti sebelum ini. Atas sebab itulah blog ini agak lama tidak di update. Memang saya agak sibuk sekarang ini, terutamanya dalam menguruskan Hidayah Training Centre.
Dalam kesibukan ini, saya sangat gembira dengan kerja saya sekarang. Kerana saya dapat menyibukkan diri selama 24 Jam kecuali tidur untuk meletakkan diri dalam gerakan dakwah, dalam membina insan dan berdakwah di setiap masa dan keadaan. Saya boleh terlibat secara langsung dalam penyampaian Fikrah Islam dengan Hidayah Centre dan NGO lain dan membina semangat jati diri (team Building), Soft Skill dan lain2 yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
Buat masa ini, Peserta Program Intensif Pendakwah Profesional telah masuk minggu yang ketiga dalam proses pembelajaran mereka. Saya rasa seronok sangat dapat mengurus, bergaul, mendidik mereka. Mereka adalah orang2 yang mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menjadi pelapis dalam gerakan dakwah sebagai pendakwah profesional. Insyaallah, kita harap mereka boleh menjadi pelapis yang hebat di masa depan.
Sebelum saya mengakhiri tulisan saya, suka saya untuk menjemput semua pendakwah2 berpengalaman untuk datang ziarah para peserta2 ini. Moga2 kedatangan tuan2 boleh memberikan semnagat baru buat mereka untuk menjadi seorang pendakwah profesional. Di harap sangat kita bersama2 membantu dalam menjayakan program sedemikian berbanding terus menerus mengkritik dengan tanpa apa2 usaha membantu untuk membangunkannya, fikir-fikirkanlah...

Sunday, October 3, 2010

PROGRAM INTENSIF PENDAKWAH PROFESIONAL

Alhamdulillah, pada 27 September seramai 20 orang peserta Program Intensif Pendakwah Profesional telah pelapor diri di Likas Square Condotel untuk menyertai program ini. Mereka terdiri daripada 14 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta wanita. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri sabah.
Mereka akan duduk dlm program ini selama 3 bulan hingga 30 Disember 2010. Mereka akan lelaui beberapa fasa pembelajaran teori dan juga praktikal. Isnin hingga jumaat mereka akan lelaui kuliah setiap hari, manakala sebelah malam akan ada sesi tarbiah setiap hari. Pada hari sabtu mereka akan di bawa untuk melaksanakan tugasan di lapangan untuk memberikan gambaran sebenar dakwah lapangan.
Mereka akan mempelajari beberapa bidang ilmu daripada ilmu hukum, termasuk juga fiqh dakwah, pengurusan masa, pidato teori dan praktikal, 5 perbandingan agama, interaksi dengan non muslim, ulum hadith, ulum tafsir, ulum quran, pengurusan strategik, dakwah lapangan dan beberapa tajuk lagi.
Mereka ini adalah peserta yang telah dipilih dari beberapa siri temuduga di negeri Sabah. Insyaallah, kita mengharapkan apabila mereka keluar nanti, mereka boleh menjadi pendakwah yang menjadikan dakwah sebagai fokus utama dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Sabah. Saya selaku Pegawai Eksekutifa merangkap Pengetua dalam program ini menjemput rakan2 seperjuangan untuk datang pada bila2 masa sahaja untuk melihat sendiri suasana pembelajaran mereka dan untuk memberikan sedikit nasihat dan kata2 perangsang pada peserta agar mereka bersemangat dalam meneruskan sesi pembelajaran ini.
Buat masa ini, saya memang amat sibuk dengan tugasan, insyaallah saya akan usahakan untuk menyajikan pada pembaca sekelian berita terkini tentang peserta2 ini dari masa ke semasa, insyaallah....

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL FITRI

anamasyhur mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri, Maafkan saya sekiranya ada melukakan hati para pembaca sekelian. Semoga Syawal kali ini memeberikan lembaran baru buat kita semua agar menjadi seorang yang tambah cintanya pada ilmu....Sekali lagi Maaf Zahir dan Batin....Wassalam..

Saturday, August 28, 2010

BANTUAN PENDIDIKAN MUALLAF PERLU KAJIAN

Sebelum saya meneruskan penulisan, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Pusat Zakat Sabah selaku badan yang menguruskan bantuan pendidikan muallaf. Terlebih dahulu ingin saya maklumkan bahawa, artikel ini adalah sebuah pandangan peribadi saya setelah hampir 5 tahun telibat secara langsung dalam Kelas Bimbingan Saudara Kita.

Alhamdulillah, buat masa ini Kelas Bimbingan Saudara Kita boleh diibaratkan seperti gula yang dikerumuni semut yang memerlukan manisan. Berbagai lapisan masyarakat mencuba nasib untuk menyertai kelas bimbingan ini. Daripada yang muda sweet seventeen sampailah yang agak berumur. Daripada yang baru sahaja mengucap dua kalimah syahadah, hinggalah yang telah 25 tahun mengucap dua kalimah syahadah. Tidak ketinggalan juga mereka yang Islam sejak lahir turut serta dalam kelas bimbingan ini.

Kebiasaannya mereka akan datang dengan sepenuh hati, sebulat jiwa. Dengan harapan yang menggunung ingin menimba Ilmu. Biar la apa pun yang datang menghalang, nama undur pantang memanG. Inilah situasi keadaan yang boleh kita gambarkan betapa inginnya mereka menuntut Ilmu.

Namun setelah beberapa lama menjalani pengajian, mereka dapat tahu yang Pusat Zakat Sabah ada menyediakan dana bagi Muallaf yang menuntut Ilmu. Setiap yang belajar di mana-mana pusat bimbingan atau mana-mana guru, layak untuk mendapatkan dana ini dengan melalui beberapa prosedur yang telah di tetapkan Pusat Zakat Sabah. Jumlahnya RM200 sebulan untuk setahun sahaja. Setelah pelajar tadi mendapat dana ini selama setahun, maka tahun kedua mereka tidak akan dapat lagi dana ini.

Dari pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang telah menghantar borang permohonan Bantuan Pendidikan ini, sikap mereka dalam menuntut Ilmu akan berubah. Kedatangan mereka yang sebelum ini sesuci embun pagi, ikhlas dengan sebulat hati telah berubah menjadi sebaliknya. Kedatangan mereka dengan satu tujuan hanyalah untuk mendapatkan tandatangan guru untuk melayakkan mereka membuat tuntutan bulan tersebut.

Ada yang sanggup menipu, tidak hadir kelas dikatakan hadir. Tandatangan guru menjadi agenda utama semasa sesi pengajian. Apa pun jadi semasa sesi pengajian itu bukan soal, yang penting mereka mendapat tandatangan guru untuk tututan bantuan pendidikan bulan tersebut. Kemuncaknya adalah apabila selesai tempoh setahun pembayaran bantuan pendidikan tadi, kebanyakan daripada pelajar tidak akan menyambung pengajian kerana bantuan pendidikan telah pun dihentikan. Pada masa ini tinggallah beberapa pelajar sahaja yang betul-betul berkeinginan untuk belajar bagi meneruskan pengajian untuk tahun kedua.

Mungkin tidak keterlaluan kiranya saya menyatakan Bantuan Pendidikan Muallaf ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai Candu kepada Muallaf yang berkemampuan. Atas maksud itu, saya mengesyorkan kapada Pusat Zakat Sabah untuk mengkaji semula mekanisma pelaksanaan Bantuan Pendidikan ini. Bagi Muallaf yang tidak mampu, memanglah bantuan pendidikan sangat mereka perlukan. Tetapi, bagi mereka yang mampu, banyak perkara yang perlu difikirkan. Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada Muallaf tetapi bila di teliti sebenarnya ia membawa keburukan kepada mereka seperti penyalahgunaan dana, menyebabkan fokus mereka tersasar dan ketidak bertanggujawaban mereka terhadap Ilmu.

Perlu diambil kira juga, berapa ramai dari kalangan Muallaf yang belajar ini menggunakan bantuan pendidikan untuk pendidikan? Dan berapa ramai yang menggunakan dana bantuan pendidikan untuk berseronok, shopping, membeli telefon bimbit dan sebagainya?. Rasanya Pusat Zakat Sabah perlu membuat satu mekanisma perlaksanaan yang mana dana tersebut tidak disalurkan kepada individu Muallaf tersebut, tetapi disalurkan terus kepada pusat bimbingan pengajian tempat mereka mengaji dan mereka hanya dapat manfaat seperti pengajian dengan pengecualian yuran, buku agama percuma, kitab-kitab pengajian percuma.
Biarkan pusat pengajian yang mendapat dana tersebut dan pusat pengajian yang menyediakan semua keperluan pendidikan mereka dan hanya sedikit daripada dana tersebut diberikan kepada mereka sebagai wang tambang atau wang minyak atau perlu difikirkan mekanisma perlaksanaan yang lebih baik.

Turunlah bertanya kepada kami penggerak-penggerak pusat bimbingan Saudara Kita dan bertanyalah apa sebenarnya berlaku di sebalik bantuan pendidikan ini. Banyak sebenarnya pelajar2 muallaf ini yang tersasar dari fokus mereka yang sebenar. Mudah-mudahan dengan penambahbaikan nanti, banyak memberikan manfaat kepada bakal Saudara Baru....Amin...

CABARAN SEORANG PENULIS


Dalam saya cuba untuk mencari pengalaman dalam bidang penulisan, sebenarnya pelbagai cabaran dan dugaan dalam bidang ini menanti saya. Sebagai seorang penulis yang baru meningkat naik, saya harus menulis perkara yang baik juga tidak baik. Harus menulis perkara yang ,membuatkan orang sukakan saya dan sesekali harus menulis perkara-perkara yang akan membuatkan orang benci saya.

Dalam bidang penulisan, adakalanya kita terikat dengan suasana adakah perlu di tulis atau tidak. Dalam erti kata lain, telan mati emak, luah mati bapak. Nak di tulis sesuatu isu, pasti ada yang akan melenting dan marah. Jika tidak ditulis pula, apalah ertinya saya sebagai seorang penulis sekiranya hanya menulis perkara yang baik2 sahaja. Dan sampai bilalah saya akan menjadi seorang penulis yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Menulis bukanlah suatu kerja yang mudah, ia perlu di pupuk dari minat, kesungguhan dan juga kemahuan. Sesuatu isu perlu dicari untuk d coretkan, perlu di teliti isinya, perlu di buat sedikit penyelidikan dan kajian, barulah ia boleh terhasil dalam bentuk penulisan.

Namun antara cabarannya adalah, apabila sesuatu isu di utarakan. Ada pihak yang tidak bersetuju dan mengkritik kita sehabis mungkin. Ditambah pula kritikan tersebut tidak di sokong dengan fakta dan ilmu yang cukup. Ia hanya di lontarkan sekadar mengikut logik dan suasana setempat. Ini akan membuatkan setiap penulis menjadi serba salah dan lemah. Untuk diteruskan penulisan akan membuatkan orang benci kepada kita, tetapi jika tidak di tulis pula, perasaan tanggunjawab akan bermain di minda sehingga menggangu kehidupan seharian.

Beginilah kehidupan seorang penulis, setelah bersusah payah untuk mengutarakan sesuatu isu. Masyarakat tidak bersetuju dan membelash kita dengan pelbagai ayat2 kesat dan tidak elok. Tetapi semua ini hanyalah sekadar penelitian daripada beberapa rakan penulis yang lain. Secara peribadi saya belum lagi mendapat cabaran sedemikian rupa. Diharapkan perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku dlam kehidupan seharian saya.

Cuma rasanya perlu saya maklumkan disini, untuk menjadi seorang penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan. Mulai sekarang saya harus menulis setiap isu samada masyarakat suka atau tidak. Samada dalam bentuk dakwah biasa, pujian ataupun kritikan. Dan saya mengharap penulisan saya akan di pandang positif demi kebaikan Islam di bumi Sabah, InsyaAllah.

Setiap penulisan saya,tidak akan memberikan sebarang keuntungan wang ringgit pada diri saya. Saya hanya sekadar menulis untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dan demi pembangunan Islam di bumi Sabah. InsyaAllah sekiranya kita boleh mengaplikasikan apa yang di sabdakan oleh Rasulullah iaitu perbezaan pendapat itu adalah rahmat, insyaAllah kita akan dapat mengembangkan Syiar Islam di bumi Sabah ini...Fikir-fikirkanlah..

Tuesday, August 24, 2010

MAKLUMAN

Artikel bertajuk "Pengurusan Masjid Negeri Pincang" telah dikeluarkan daripada blog ini. Ini kerana artikel tersebut sekadar teguran seorang pendawah yang kerdil semata-mata sebagai seorang penulis. Untuk kebakaikan semua pihak, setelah sekian lama ia terpampang di alamaya, saya memutuskan untuk mengeluarkannya dari bacaan pelawat, Harap Maklum.

MIPHCKK2010 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA



Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre telah selamat berlangsung dengan jayanya di Megellen Ballroom Sutera Harbour pada 22 Ogos 2010 (AHAD) lepas. Alhamdulillah hampir 450 orang telah memenuhi Ballroom tersebut. Berbagai acara telah disajikan seperti bacaan doa dalam Bahasa Cina, Bacaan Surah Ali Imran ayat 18-19 dan diterjemahkan dalam bahasa Dusun, Cina, Inggeris dan Melayu.

Majlis tersebut telah di rasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Ucapan Datuk Masidi cukup memberikan semangat baru dalam perjuangan bagi mengangkat martabat Saudara Baru yang adakalaya masyarakat menganggap sebagai Umat Islam Kelas Kedua.

Teks Ucapan Saya pada malam tersebut selaku Pengarah Program adalah seperti Berikut:-

Asslamualaikum Wr. Wb…

YB Datuk, Datin, Tuan-Tuan & Puan-puan yang dihormati Allah sekelian,

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, atas limpah rahimnya pada malam ini kita adalah antara orang yang terpilih untuk menghadiri majlis yang penuh erti ini. Datangnya kita ke sini bukannya kerana kita sihat serta kuat dan bukan juga kerana kita mempunyai masa kelapangan dan kekosongan. Tetapi datangnya kita ke sini adalah atas kehendak dan pilihan Allah s.w.t.

Berapa ramai rakan-rakan kita yang kita jemput dan sepatutnya hadir, berapa ramai di luar sana yang mendapat surat rasmi, Broucher atau SMS dari Hidayah Center?. tetapi kita juga yang Allah pilih untuk hadir pada malam ini bagi meraikan Saudara Baru. Sesungguhnya majlis ini mempunyai suatu makna yang cukup besar pada setiap kita yang hadir. Ini kerana, saya percaya semua kita yang berada di dalam dewan ini, mempunyai suatu semangat dan keinginan untuk meraikan para Saudara Baru kita.

YB Datuk, Datin, Tuan & Puan, yang dirahmati Allah sekelian

Sesungguhnya Majlis Iftar Perdana Hidayah Center atau MIPHC adalah acara tahunan Hidayah Center sejak 6 tahun di Hidayah Center Pusat. Namun tahun ini, buat pertama kalinya Hidayah Center telah menganjurkan MIPHC di luar dari Ibu Kota Kuala Lumpur. Untuk tahun ini Hidayah Center Pusat menganjurkan MIPHC di Kompleks Perbadanan Putrajaya di Putrajaya, pada 28 Ogos 2010, Hidayah Center Pulau Pinang di Dewan Melenium Kepala Batas pada semalam dan Hidayah Center Negeri Sabah di sini pada malam ini.

Tujuan utama penganjuran MIPHC ini adalah bagi meraikan Saudara-saudara baru. Yang mana ada di kalangan mereka yang memeluk Islam, tinggal dengan keluarga mereka yang bukan Islam. Mereka ini akan bersahur dan berbuka puasa beseorangan, atas maksud itu kita jemput mereka pada malam ini untuk diraikan. Tujuan kedua adalah bagi memasyhurkan Hidayah Center dan yang ketiga bagi mengumpulkan dana untuk menampung kos pengoperasian Hidayah Center Negeri Sabah.

Namun MIPHC Negeri Sabah kali ini membawa satu pendekatan yang agak unik. Ada yang mengistilahkan sebagai Funny lucu dan lawak, kerana para saudara baru diminta mengenakan pakaian batik dengan di vestkan atau di kodkan dengan baju tradisi suku etnik masing2. Namun pendekatan ini bukanlah sekadar pendekatan biasa, tetapi ia memberikan mesej kepada masyarakat bahawa Saudara Baru ini hanya agamanya sahaja yang bertukar kepada Islam, manakala bangsa, budaya, suku etnik dan keluarga harus terus sama seperti sebelum memeluk Islam selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Namun malam ini kita nampak, banyak dari kalangan saudara baru tidak memakai pakaian tradisi disebabkan mereka beranggapan setelah memeluk Islam, mereka harus meninggalkan segala apa yang ada sebelum mereka Islam, hatta baju kebudayaan mereka pun mereka tinggalkan.

Untuk menjayakan majlis sebegini bukanlah suatu kerja yang mudah, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Di tambah pula usaha-usaha ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan wang ringgit pada mana-mana individu. Akan tetapi, majlis ini dapat juga berjalan seperti yang kita lihat pada malam ini.

Kunci pada kejayaan majlis ini adalah tergantung sepenuhnya kepada kesatuan dari pelbagai pihak. Terutama sekali kesatuan dari kalangan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Iftar Perdana Hidayah Center Negeri Sabah. Mereka inilah orang di sebalik tabir yang membantu saya dalam menjayakan majlis ini. Berkorban dalam segala hal bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancer.

Atas maksud itu saya mengucapka jutaan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana MIPHC Negeri Sabah atas kesabaran dan ketabahan mereka dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih tidak terhingga buat Saudara Marsus Jabar YDP JIM Sabah, Veddin Ismail Bendahari JIM sabah, Hj Saberun Abd Kadir, Saudara Shahrul Suhod, Rudy Petrus, Azmieza Andaman, Mariam Dawalih Dan juga kasmah Buba.

Tidak lupa juga buat isteri saya Hayati Eree, anak-anak saya Muhammad Faqih dan Muhammad Fahim dan tidak lupa juga kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya sehingga saya dapat meletakkan diri saya dalam perjuangan ini dan begitu memahami perjuangan yang suci ini. Terima kasih juga kepada Saudara Jutom Ongkosing @ Abu Abu Bakar Ongkosing Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) Jawatankuasa MIPHC Pusat dan semua yang telibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga usaha kita ini akan menjadi pendorong dan semangat lagi dalam berperjuang bagi memertabatkan Islam dan memberi sokongan kepada Saudara Baru di bumi Sabah.

Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam majlis ini. Segala kekurangan, kelemahan, dan kesulitan amatlah kami kesali dan kami memohon sejuta kemaafan. Semoga kita di panjangkan umur dan usia untuk kita berjumpa lagi di MIPHC tahun hadapan, insyaallah.

Allah Berfirman…

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar

Surah Al-Hujurat : Ayat 15.

Selamat Menjamu Selera dan Berseronoklah..
Wassalam

Friday, August 20, 2010

RM300,000 UNTUK IMARAH SAUDARA BARU

Rabu, 18 Ogos 2010 15:55 TM Lim .

KUALA LUMPUR - Hidayah Centre, sebuah institusi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan pada 2005 sekali lagi akan menganjurkan majlis berbuka puasa bertujuan mengumpul dana pengoperasian bagi menghidupkan aktiviti saudara baru kendalian institusi tersebut di seluruh negara.

Program yang dinamakan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) ini merupakan yang keenam seumpamanya dan kali ini akan turut diadakan di Pulau Pinang dan Sabah selain Putrajaya sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya. Program di Pulau Pinang akan diadakan pada 21 Ogos 2010 di Dewan Milenium, Kepala Batas manakala di Sabah pada 22 Ogos di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu. MIPHC peringkat pusat pula adalah pada 28 Ogos dan akan diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Program MIPHC, Nashiruddin Mohd Tahir. Teks kenyataan media beliau dibacakan oleh Naib Pengerusi Hidayah Centre, Rosmawati Zainal dalam satu Sidang Media di ibu pejabat JIM di Pusat Bandar Melawati pagi tadi.


Pada tahun lepas, MIPHC Ke-5 telah berjaya mengumpulkan kutipan kasar berjumlah RM175,000. Bagaimanapun, dengan keperluan menyantuni saudara baru yang semakin mendesak, MIPHC tahun ini menyasarkan jumlah kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000 dari ketiga-tiga tempat. Dana ini nanti akan digunakan untuk menampung kos pentadbiran dan sebagai bantuan kepada saudara baru yang memerlukan melalui semua cawangan Hidayah Centre di seluruh negara. Ia termasuklah inisiatif menubuhkan Hidayah Training Centre bertempat di Kota Kinabalu yang bakal melahirkan para pendakwah dalam kalangan saudara baru.

Sejak ditubuhkan, Hidayah Centre telah berperanan sebagai pusat sokongan saudara baru dengan menyediakan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada para mualaf tersebut. Hidayah Centre juga turut memberikan penjelasan dan berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Untuk menyertai majlis berbuka puasa dan menyumbang kepada saudara baru, beberapa pakej telah disediakan. Pakej 1 (al-Firdaus) berharga RM5,000 semeja manakala Pekej 2 (ar-Rayyan) dan 3 (al-Adn) masing-masing berharga RM3,000 dan RM1,000 semeja. Setiap meja mengandungi 10 kerusi. Penyertaan juga boleh dilakukan secara individu dengan 'membeli' kerusi dengan harga RM100 setiap satu.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Joannes Lukas atau Rosmawati sendiri di talian 03-41053159 atau 03-41089669 atau e-mel kepada hidayah.centre@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk MIPHC Pusat, Ustaz Firdaus 010-9443779 (Sabah) dan Mohd Yusni 019-5266677 (Pulau Pinang).

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan mengunjungi blog http://hidayahcentre.wordpress.com dan laman sosial facebook 'Hidayah Centre'.

PUSAT HIDAYAH JIM BERKEMBANG KE SABAH






Petikan Dari Laman http://www.kosmo.com.my/ bertarikh 18/08/2010, 5:27pm

KUALA LUMPUR- Pusat Hidayah, sebuah institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang giat menjalankan aktiviti membantu golongan mualaf menjalani kehidupan baru, bercadang mengembangkan sayapnya ke Sabah tidak lama lagi.

Sehubungan itu, program Majlis Berbuka Puasa Perdana Hidayah kali keenam akan diadakan Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Putrajaya masing-masing pada Sabtu, Ahad dan Isnin ini bagi mengumpul dana untuk membiayai penubuhan cawangan baru itu, di samping menampung kos pentadbiran di kesemua 14 pusat sedia ada.

Naib Pengerusi program, Rosmawati Zainal berkata, pusat itu menyasarkan

kutipan dan sumbangan sebanyak RM300,000 tahun ini berbanding kutipan RM175,000 pada program tahun lepas.

Setakat ini, Pusat Hidayah beroperasi di Perak, Selangor, Kedah, Pahang,

Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Rosmawati berkata, orang ramai yang ingin menyertai majlis berbuka puasa itu boleh menghubungi Joannes di talian 013-3040834 untuk di Putrajaya atau Firdaus di talian 010-9443779 untuk di Sabah dan Yusni di talian 019-5266677 untuk di Pulau Pinang.

Maklumat lanjut turut disiarkan di blog http://hidayahcentre.wordpress.com

dan laman sosial facebook Hidayah Centre dan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre. - Bernama

Saturday, August 14, 2010

JANGAN HUKUM BUNUH PESALAH BUANG BAYI

Sekali lagi saya tertarik untuk menulis berkaitan isu pembuangan bayi. Dalam kesibukan menguruskan Majlis iftar Perdana Hidayah Center yang akan berlangsung 22 Ogos ini bertempat di Megellan Sutera Harbour rasa gatal tangan untuk membuat sedikit coretan berkaitan gejala ini.

Sekarang nampaknya kita tertumpu kepada isu “cadangan pesalah membuang bayi dihukum bunuh”. Pelbagai bentuk reaksi dari berbagai latar belakang dan skop. Semuanya bertujuan untuk mengapuskan gejala pembuangan bayi yang tidak bermoral ini.

Sebenarnya, untuk mencari jalan penyelesaiannya, kerajaan harus duduk berbincang dengan NGO-NGO berkaitan isu ini dan tidak lupa juga NGO Islam. Dan apabila mendapat maklumbalas, terimalah cadangan NGO dan laksanakanlah seperti yang di cadangkan.

Pada saya, saya akui memang remaja-remaja ini telah terpesong dan terlanjur jauh. Mereka memang bersalah kerana perbuatan terkutuk mereka. Tetapi saya tidak bersetuju sekiranya kesalahan itu tertanggung 100% pada mereka. Sepatutnya, dengan gejala tidak bermoral ini, kesalahan sepatutnya 10 kali ganda daripada 100% tadi tertanggung di bahu Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat dan juga Kerajaan Malaysia. Ini kita perlu akui untuk menyelesaikan masalah ini.

Suka untuk saya mengulang semula persoalan dalam artikel saya sebelum ini bahawa adakah layak kita menghukum orang bersalah, yang mana kita adalah punca mereka melakukan kesalahan?. Sebelum kesalahan ditujukan kepada mereka, kesalahan itu sepatutnya tertuju kebatang hidung kita 10 kali lebih dahulu.

Kita hanya tahu menghukum sahaja, sekadar melepaskan batuk ditangga. Sekadar beritahu kepada masyarakat, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pihak berwajib. Namun adakah kita berusaha sepertimana firman Allah S.W.T jauhilah zina. Jangan katakan nak berzina, kita diperintahkan jauhi zina.

Persoalannya sekarang, adakah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berkerja keras, habis-habisan memohon dan meminta kerajaan menjalankan satu mekanisma pencegahan pergaulan bebas?. Sedangkan menteri sendiri bersalaman dengan bukan muhrim. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, ini akan memberi contoh yang buruk kepada generasi akan datang.

Saya setuju hukuman mati kepada pembuang bayi sekiranya kerajaan telah menambil langkah pencegahan terlebih dahulu sepertimana hukuman keatas kes 39B akta dadah merbahaya. Adakah dengan hukuman mati kepada pesalah buang bayi akan mengurangkan kes gejala sosial ini?. Sedangkan kes dadah yang hukuman mati pun hari-hari juga orang dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan Dadah.

Sebelum kita hendak menghukum orang sehingga hukum bunuh. Tutup dulu lubang-lubang kepincangan ini agar ia nampak terkawal. Kerahkan penguatkuasa undang-undang syariah seperti cadangan saya dalam artikel yang lepas bertajuk “Penguatkuasaan atau jerangkap samar’. Kerajaan harus menutup ruang-ruang pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Majlis-majlis besar harus dipisahkan antara lelaki dan perempuan.

Semua ruang-ruang untuk terjadinya gejala pergaulan bebas haruslah di perjuangkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil berbanding memperjuangkan isu sekarang.

Isu pergaulan bebas adalah isu pokok, kita harus mencari mekanisma pelaksanaannya. Sekiranya selesai ini, insyaallah selesai semua masalah sosial. Tetapi kalau sekadar menghukum pesalah, ia akan jadi seperti kes 39B akta dadah merbahaya yang membawa hukuman mati. Walaupun 39B, hari-hari juga orang dijatuhkan hukuman mati, esok ada lagi orang dijatuhkan hukuman, esok ada lagi, ada lagi.

Selesaikan isunpokok dahulu, insyaallah selesailah segalanya…fikir-fikirkan….

Thursday, August 12, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik Ramadhan dah kembali. Kedatanngan Ramadhan memberikan berbagai-bagai reaksi dari kalangan Masyarakat. Ada yang gembira, ada yang sedih n ada yang buat-buat gembiran padahal sedih. Ini semua berlaku kerana iman yang lemah dan tidak dipupuk dan dibajai dengan nur Iman.
Saya sendiri sejak sebelum Ramadhan lagi dah sibuk dengan persiapan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre. Agak letih teramat sangat dari jasad dan juga rohani. Penat tidak terkira mendepani kerenah masyarakat Islam kita yang pelbagai kerenah. Sekarang saya dan rakan-rakan sedang sibuk membuat jualan meja untuk MIPHC KK 2010.
Saya fikir buat masa ini saya agak tidak ada ruang yang banyak untuk saya menulis. Insyaallah selesai MIPHC 22hb ni saya akan berentap semula dalam bidang penulisan. Mohon pembaca dapat mendoakan kejayaan MIPHC agar berjalan dengan lancar. Lagi baik kalau dapat join selaki untuk membuat jualan atau membeli kerusi, meja atau sebarang sumbangan lain, insyaallah.

Thursday, August 5, 2010

BENARKAN REMAJA BERKAHWIN


Tengah santai-santai membaca akhbar, rasa terpanggil untuk menulis artikel berkaitan “Cadangan Benarkan Pelajar Berkahwin”. Dalam akhbar pelbagai reaksi yang kita terima. Ada yang pro dan ada yang kontra. Namun segalanya haruslah diselesaikan dengan fakta dan kewajaran yang sebenar.

Saya secara peribadi bersetuju dengan kebenaran pihak berkuasa negeri memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Saya percaya, pihak berkuasa bukan semudah2 membenarkan, tetapi bergantung pada sesuatu kes dan atas kebenaran ibu bapa dan penjaga rejama tersebut.

Dengan gejala Sosial masakini, bersabit pula isu pembuangan bayi seperti membuang sampah, kita bukannya kembali ke zaman silam, tetapi kita berbalik kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah bila sesuatu masalah tidak menemui jalan penyelesaian. Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Kenapakah Menteri berkata sedemikian, adakah dengan tidak membenarkan remaja bawah umur berkahwin hingga kehamilan di luar nikah dan pembuangan bayi yang tidak ada jalan penyelesaiannya itu boleh dikira sebagai diterima secara moral dan sosial?. Berapa ramai lagi bayi-bayi harus menjadi korban?. Apa jalan penyelesaiannya.

Adakah kita terus menerus hendak menghukum remaja yang terlanjur dek kelemahan kita menyediakan pendidikan rohani secara teras dan kelemahan kita dalam memandu arah anak-anak remaja agar pergaulan bebas dapat dibendung?.

Janganlah kita asyik menghukum sedangkan kita tidak menyediakan mereka ruang alternatif bagi menyelesaikan konflik dalaman mereka. Siapakah kita untuk mengatakan tidak untuk remaja bawah umur berkahwin sekiranya ibu bapa mereka membenarkan?. Janganlah kita halang kehendak naluri insan, kerana ia akan memberontak dan akan memberikan kesan negetif kepada masyarakat.

Haruslah memahami mereka dengan dipandu arah dengan laluan yang betul. Agar mereka selamat dari dosa, bayi tidak menjadi korban dan tidak memberikan kesan negetif pada masyarakat umumnya….Fikir-fikirkanlah….

Monday, July 26, 2010

MIPHCKK2010

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Kota Kinabalu 2010 adalah sebuah program amal Hidayah Centre d bawah Jemaah Islah Malaysia JIM. Ia sebuah Majlis Berbuka Puasa bagi mengumpul dana Hidayah Centre. Sebelum ini hanya Hidayah Centre pusat sahaja yang membuat jualan meja. Bermula dengan 35 meja pada tahun pertama dan telah mencapai 100 meja bagi tahun ke 6.
Insyaallah tahun ini Hidayah Centre akan menganjurkan MIPHC di Putrajaya, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Khabarnya tahun ini Hidayah Centre Pusat akan membuat jualan meja sebanyak 100 meja pada 28 Ogos 2010, manakala Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 50 meja pada 21 dan 22 Ogos 2010.
Antara Objektif perlaksanaa MIPHC ini adalah bagi meraikan Saudara Baru di bulan Ramadhan. Kebiasaannya pada bulan Ramadhan saudara baru akan berpuasa dan berbuka puasa seorang diri kerana keluarga yang lain tidak beragama Islam. Pada tarikh di atas, insyaallah kita akan meraikan Saudara Baru ini sebagai tanda sokongan moral kita pada perjuangan mereka melaksanakan rukun Islam tersebut.
Antara tujuan lain adalah bagi memasyhurkan Hidayah Centre di bumi ia bertapak dan seterusnya menjana pendapatan bagi menampung operasi tahunan Hidayah Centre.
Insyaallah pada 22 Ogos ini, Kota Kinabalu akan menganjurkan MIPHCKK2010 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu dengan kadar pekej jualan meja RM5,000/meja, RM3,000/Meja dan RM1,000/Meja dan RM100/kerusi. Kita juga menerima sumbangan bagi menambahkan pendapatan Hidayah Centre.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya di email anamasyhur@yahoo.com

Thursday, July 15, 2010

CULAS DIPERTENGAHAN

Baru semalam saya mendapat maklumat rupanya sebuah rumah kebajikan Islam di kk ni sudah dalam keadaan kritikal. 4 bulan sewa tertunggak, tunggu masa untuk diambil semula oleh tuan rumah. Persoalannya, kenapa perkara sebegini boleh berlaku & Salah siapakah ini?.

Memang telah menjadi lumrah aktiviti dakwah di Sabah, pendakwah tidak berapa ambil berat dalam isu-isu begini. Pendakwah lebih beratkan soal-soal furu’ melebihi yang pokok. Tapi saya teringat kisah apabila seorang ahli persatuan itu menetap di rumah kebajikan mereka beberapa lama. Melebihi 5 bulan rasanya sedangkan had limitnya selama 60hari.

Apabila ahli tadi mempunyai masalah yang tidak dapat ditanggung persatuan, terutamanya soal kebajikan dan juga kewangan. Atas dasar kemanusiaan, persatuan tersebut menghantarkan ahli tadi ke sebuah rumah kebajikan yang bukan berorentasikan Islam. Kerana di Sabah memang tidak ada rumah kebajikan berorentasikan Islam yang betul-betul kukuh pentadbiran dan kewangannya.

Masa begini ramai yang mula telefon dan mahu ambil berat. Ada yang marah-marah mempersoalkan kenapa di hantar ke rumah kebajikan sedemikian. Tidak kurang juga yang mempersoalkan soal aqidah dan sebagainya. Sehingga akhirnya seolah-oleh persatuan tersebut yang di persalahkan.

Persoalannya, sebelum kejadian itu. Berapa ramai yang datang ke rumah kebajikan persatuan tersebut untuk menanyakan khabar mereka?. Berapa ramai yang datang membawa beras dan gula?. Berapa ramai yang menghulurkan bantuan dari segi keperluan?. Adakah semua ini HANYA tanggungjawab persatuan?. Tanggungjawab ZAKAT?. Atau tanggungjawab orang tertentu?. Tidak, tidak ada dari kalangan pendakwah dan masyarakat Islam kita yang begitu prihatin dengan masalah kebajikan sesama Islam.

Tetapi ramai yang memandai-mandai marah dan mempersalahkan sekiranya berlakunya hal-hal seperti di atas?. Ramai yang marah-marah sekiranya ada masyarakat Mualaf yang Murtad?. Ramai yang mempersoalkan soal aqidah. Tapi siapa sebenarnya punca aqidah Mualaf jadi goyang?, kita la. Kita la si bongkak yang temberang, si bodah lagi sombong. Yang hanya tahu berkata-kata dengan menunding jari tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab.

Sekarang rumah kebajikan itu tergantung tidak bertali, dana yang sepatutnya di terima di awal tahun belum diterima hingga hari ini. Bila-bila masa akan diambil semla oleh tuan rumahnya. Semalam ada seorang mualaf call saya dari Sarawak, minta carikan rumah tumpangan sementara dapat kerja. Keluar dari kampung bagi mengelak pergeseran dengan keluarga yang bukan Islam. Di mana nak tempatkan saudara kita ni?. Kita hantar ke rumah kebajikan yang tidak berorentasikan Islam, ada pula yang bising dan marah-marah.

Jadi apa jalan penyelesaiannya disini?. Persatuan hendak menampung tidak mampu, diserahkan pada persatuan lain atas dasar kemanusiaan di kritik hebat sedangkan tidak ada pula usaha untk membantu dari segi material. Baru yang bercakap bukan calang-calang orang, orang yang faham selok belok agama. Kadang-kadang saya tidak faham ajaran Islam bagaimana yang kita bawa selama ini. Ka memang ada ajaran Islam yang sebegini?.

Bersamalah kita membantu apa yang patut, tidak bantu dari segi kewangan, bantulah menggunakan kudrat tenaga. Berbincanglah dengan pendakwah kita. Berbincanglah dengan ketua-ketua persatuan. Berbincanglah dengan pengurus-pengurus rumah kebajikan. Janganlah kita hanya mengkritik memanjang tetapi tidak setitis pun peluh kita keluar untuk membantu perjuangan Islam. Fikir-fikirkanlah….

Wednesday, July 14, 2010

BAIK KALAU UMNO DAN PAS BERSATU

Alangkah Baik kalau dalam Satu Kepimpinan

Suka untuk saya respond kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa “hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu”. Malaysiakini.com/14 Julai 2010

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan kenyataan di atas. Inilah satu-satunya jalan agar Malaysia mengamalkan dasar Islam dalam pemerintahannya dan penyelesaian kepada perpecahan masyarakat Islam di Malaysia. UMNO dan PAS harus memulakan langkas untuk bersatu demi perjuangan Islam dan juga demi kebaikan rakyat. Kalau benda ini berlaku, saya pasti paling lama pun PRU pertama selepas penggabungan. Islam sudah boleh tertegak sebagai dasar Kerajaan Malaysia.

Saya tidak berniat untuk membela atau menyebelah mana-mana pihak. Dengan seikhlas hati saya sangat mengharapkan ada transformasi kedudukan politik di Malaysia. UMNO dan PAS harus mengenepikan rasa ego dan sangsi pada pihak lawan masing-masing.

Kalau UMNO boleh positif dengan apa jua bentuk masalah dalaman UMNO dengan MCA dan MIC seperti beberapa isu sebelum ini yang menggegarkan BN. Kenapa tidak boleh berpositif dan bertoleransi kepada PAS?.

Begitu juga PAS, kalau boleh positif kepada DAP dan PKR walaupun karpal singh kadang kala menyerang Islam itu secara terang-terangan seperti baru-baru ini beliau tidak akan berkompromi terhadap penubuhan kerajaan Islam. Kenapa tidak boleh berpositif dan bertoleransi kepada UMNO?.

Rasanya kita harus keluar dari kepompong cara politik yang kita pegang selama ini. Dah 50 tahun kita berpolitik, masih mengunakan kaedah yang sama. Yang berubah hanyalah rakyat, rakyat yang semangkin pandai menilai. Tetapi cara berpolitik di kalangan ahli politik masih sama seperti dulu-dulu.

Kita selalu berkata org mukmin itu bersaudara, tetapi adakah bersaudara pada penafsiran kita pada puak kita sahaja?, kumpulan kita sahaja?. Mesti kita akan menyatakan bahawa penafsiran itu adalah bersaudara pada seluruh umat Islam tidak kira latar belakang politik, sukubangsa ataupun kaum.

Atas maksud itulah saya berharap kita boleh ketepikan segala yang remeh temeh, kita fokus pada penggabungan ini. PAS dan UMNO harus terima hakikat sekiranya nama itu harus di tukar pada nama yang baru demi penyatuan ini. Kita inginkan Islam yang bersatu bukan parti yang satu tetapi masyarakat Islamnnya tidak bersatu.

Ada baiknya penggabungan ini untuk menggabungkan golongan Ulama dan juga Umara. Ia akan saling betul memperbetulkan. Bergabung dua parti ini, bererti bergabunglah masyatakat Malaysia yang selama ini terhijab dengan pahaman politik. Semua ini bukanlah mustahil, tetapi kita yang mustahilkan ia. Tiada yang mustahil jika diusahakan bersama-sama.

Kita sedia maklum, berjemaah itu sangat perlu. Kesatuan Islam lagi perlu kerana akan membuatkan jemaah itu lebih besar. Dengan kesatuan ini sudah pasti Islamlah yang mula-mula akan mendapat tahtanya di Malaysia, itu sudah pasti. Adakah kita ingin menaikkan nama Islam atau nama parti kita?.fikir-fikirkan ….

Tuesday, July 13, 2010

ALLAHYARHAM SELAMAT DIKEBUMIKAN


Oleh: AZIM FITRI

BEKAS Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi kelmarin di Hospital Queen Elizabeth 2 (atau lebih dkenali sebagai SMC).

Alllahyarham yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihanraya Pas di Kundasang mengadu sakit gastrik dan telah ditahan di Hospital Likas. Beliau keluar Hospital pagi ini kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibunya.

Namun kira-kira jam 9.45 pagi, beliau rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian Allahyarham amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Semasa beliau menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.

Semasa hayatnya, Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Allahyarham yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS); Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan; Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah; Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah; AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Di Pertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Unit Pengurusan Masjid.

Di antara tokoh yang hadir di kediaman beliau ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Ismail Awang Besar; bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Matusin Awang Damit; bekas Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mokhtar Rapok; ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail; Pengerusi Persatuan Ulamak Uruseria Sabah Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Allahyarham Nahar akan disembahyangkan pada pagi ini di Masjid Kampong Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Likas.

Al-Fatihah!

Last Updated on Tuesday, 13 July 2010 13:28

Artikel ini dipetik dari http://www.sabahkini.net/

Sunday, July 11, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA UST NAHAR

Allahyarham Ust Hj Nahar Tinggal Dalam Kenangan


Ust Hj Nahar Hj Matamin telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 10.30am tadi akibat serangan jantung dirumahnya dan disahkan meninggal di Sabah Madical Centre Kota Kinabalu.
Saya sempat menziarahi jenazah allahyarham sebelum keluar seketika untuk menguruskan beberapa perkara. Insyaallah, saya akan kembali semula kerumah Allahyarham untuk bersama-sama rakan lain menemamni keluarga Allahyarham.
Anamasyhur mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian itu. Semoga Allah kuatkan hati dan semangat ahli keluarga Allahyarham demi meneruskan kehidupan dengan ketiadaan Allahyarham , AL-FATIHAH.

Tuesday, July 6, 2010

TERIMA KASIH PEMBACA

Saya berterima kasih dengan salah seorang daripada pembaca blog ini yang telah membuat komen kepada saya melalui email. Saya tertarik apabila pembaca ini membuat komen melalui email untuk mengelakkan salah seorang dari kami tarasa malu atau kurang selesa. Inilah antara cara yang harus dipuji bagi setiap masyarakat Islam yang lain, terima kasih pembaca.

Sunday, July 4, 2010

PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH (PENULIS)

Hari ahad 04/07/2010 telah berlangsung satu mesyuarat penubuhan PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH dengan nama singkatnya PENULIS. Mesyuarat penubuhan PENULIS telah dihadiri seramai 10 orang ahli yang di pengerusikan oleh En. Firdaus Said.

Objektif PENULIS ditubuhkan adalah sebagai sebuah badan penyelaras kepada kegiatan dakwah di alamaya. Sebagai sebuah badan yang menyeimbangkan pengguna ICT dengan lebih bermanfaat. Sebagai sebuah badan yang akan mengatur gerak gempur ketika Islam di badai isu. Sebagai sebuah badan yang akan mengambil kisah setiap hal berkaitan Islam. Sebagai sebuah platform untuk berkarya bagi yang menginginkannya. Sebagai Sebuah medan melatih ahli untuk berfikir, membaca, mengkaji, menulis dan berdakwah secara lapangan dan medan Menghimpunkan pemikir-pemikir Islam di Sabah.

Setiap ahli diminta mempunyai blog atau web sendiri dan menulis artikel berkaitan hal ehwal yang di anggotainya dalam PENULIS sebanyak 1 artikel seminggu. Ini bererti setiap ahli mempunyai 4 artikel sebulan. Sekiranya PENULIS mempunyai 100 orang ahli, bererti PENULIS mempunyai 400 artikel sebulan dan sebanyak 4800 artikel setahun. Dengan ini, kita ada 4800 artikel yang terancang setahun berlegar di ruang maya. Sekurang-kurangnya peratusan jumlah artikel bercirikan Islam di alamaya bertambah walaupun sekadar 0.0001%.

Mesyuarat telah memutuskan jawatankuasa kerja PENULIS seperti berikut, Presiden En. Firdaus Said merangkap Pengerusi Hal Ehwal Islam. Tim Presiden I En. Mizpal Ali merangkap Pengerusi Hal Ehwal Penyelidikan. Tim Presiden II En. Najal Punjung merangkap Pengerusi Hal Ehwal Mualaf. Setiausaha Cik Kasmayanah Aco merangkap Pengerusi Hal Ehwal Kesihatan. Tim Setiausaha Cik Khairun Nisaa’ Mohd Nor merangkap Pengerusi Hal Ehwal Sejarah Islam dan Bendahari Cik Noraini Mohd Taib merangkap Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manakala selaku AJK pula En Jutom Ongkosing merangkap Pengerusi Hal Ehwal Alam Sekitar dan En Ammar merangkap Pengerusi Hal Ehwal Kemanusiaan. Masih ada beberapa Hal Ehwal (HE) lagi yang kosong dan belum mempunyai pengerusinya. Setiap pengerusi di kehendaki mencari ahli untuk meramaikan lagi ahli PENULIS.

Ahli-ahli PENULIS diminta untuk berfikir apa yang hendak di tulis, membaca dan membuat kajian isu yang di tulis, seterusnya menulis diblog. Dengan kelapangan yang ada, ahli diminta untuk menyampaikan hasil penulisan kepada pihak bertanggungjawab sebagai makluman dan bertanyakan statusa dan rancangan penyelesaian daripada pihak berwajib. Ini secara tidak langsung, PENULIS memupuk satu budaya Ilmiah dan keprihatinan kepada masyarakat dalam gerakan ini.

PENULIS dalam proses menambahkan keahlian, bagi sesiapa yang berminat bolehlah menyampaikan hasrat kepada PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH di alamat email BloggerIslam@yahoo.com. Pemohon haruslah 18tahun dan keatas. Perlu mengisi borang dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, 1 keping salinan kad pengenalan, yuran keahlian RM2.00 dan perlu menulis sebuah artikel Islam tidak kurang daripada 500 patah perkataan. Borang akan diemailkan kepada pemohon setelah pemohon berhasrat untuk menyertai PENULIS. Semoga gerakan ini boleh memberi sebuah ruang kepada pengguna alamaya untuk menggunakan ICT kepada yang lebih bermanfaat. Fikir-fikirkan!!!.

Tuesday, June 29, 2010

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE- 53 1431h/2010M
WISMA MUIS, KOTA KINABALU
29 JUN-03JULAI 2010



Presiden SAHABAT En. Abu Bakar Ongkosing Sedang Menerangkan Sesuatu Kepada Datuk Nasir dan Rombongan Kehormat
Datuk Nasir Menulis Buku Pelawat Sebagai Tanda Kenangan

BOOTH MAJLIS GABUNGAN NGO ISLAM SABAH (CONCERN)


BOOTH PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA (SAHABAT)

IMAM YANG TELAMPAU

Sekarang Astro Oasis sedang memancarkan Pprogram Imam Mudanya ke setiap rumah. Ada yang menyedari kewujudannya dan tidak kurang juga yang langsung tidak ambil tahu kewujudannya. Mungkin kerana media elektronik telah terlalu menghidangkan hiburan kepada masyarakat sehingga program sebaik Imam Muda tidak dapat tempat di hati masyarakat secara total sepertimana Akademi Fantasia.

Namun artikel saya bukanlah membincangkan program Imam Muda. Tetapi Ingin membincangkan persoalan Imam yang telampau. Saya sengaja menggunakan perkataan ini bagi menunjukkan betapa telampaunya imam2 ini. Imam yang saya maksudkan adalah seperti Imam solat, Pemimpin dan juga Penceramah. Ini antara orang2 yang selalu terjerumus kepada ketelampauan.

Ada sesetengah dari mereka ini syok sendiri dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab. Mereka membuat sesuatu kerja mengikut kehendak mereka sahaja tetapi tidak mengikut kehendak orang yang mengikut mereka.

Bagi imam solat, adakalanya mereka tidak menghiraukan makmum yang mereka imamkan. Ada yang memimamkan solat, bacaan solatnya terlalu laju dan cepat. Sehingga makmum terkejar2 dengan pergerakan imam. Ada pula yang terlalu panjang bacaannya sehingga makmum terasa terlalu letih menunggu selesai bacaan imam. Kadangkala pula imam membaca berlagu2, tapi masalahnya lagu itu hanya imam sahaja yang merasa keindahannya. Tetapi makmum merasakan seolah2 imam mengada2. Makmum boleh perasan yang imam dah syok sendiri dengan alunan bacaannya. Ini yang dipanggil Imam Telampau.

Bagi Pemimpin pula, ada juga yang memimpin sesuatu organisasi seolah2 organisasi tersebut milik sendiri. Segala idea, keputusan, dan arahan bukan lagi berdasarkan keputusan suara organisasi. Tetapi telah menjadi keputusan pemimpun itu sendirian. Ini juga di panggil Imam Telampau.

Tidak kurangnya juga bagi pendakwah atau penceramah2. Adakalanya berceramah sesuatu tajuk hingga naik syeikh. Ibarat dah seronok hingga tidak terkawal. Semua yang keluar dari mulut penceramah semata2 dari hati penceramah tetapi tidak menepati kehendak pendengar. Penceramah merasakan yang ini dan itu perlu disampaikan. Ini dan itu perlu pendengar tahu. Sedangkan pada pendengar si penceramah tadi telah terkeluar tajuk.

Lain tajuk yang diminta untuk disampaikan, lain tajuk pula yang di sampaikan. Syok sendiri ikut kepala sendiri, hinggakan merasakan dirinya sahaja yang betul. Akhirnya pendengar2 tidak mendapat input yang sepatutnya. Ini juga di panggil Imam Telampau.

Sebenarnya banyak lagi ketegoti Imam Terlampau ni. Belum lagi kita bahaskan Imam Telampau pada sudut politik, Keluarga, Jawatan dan sebagainya. Apabila kuasa imam tadi di susuli dengan perasaan syok sendiri, alamatnya jadilah dia Imam Telampau…Fikir-fikirkanlah……
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template