Friday, February 12, 2010

CHINESE NEW YEAR

Tahun ini sekali lagi saya mengulas sedikit isu berkaitan Tahun Baru Cina. Tahun lepas saya telah mengulas berkaitan penguasaan bangsa cina dalam sektor ekonomi kita. Kali ini saya cuba kupas sedikit lagi isu berkaitan konsep perlaksanaan mereka dalam mencaai kekayaan.

Ketika ini masyarakat Cina sedang bertungkus lumus membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina. bermacam2 persiapan yang hendak di siapkan bagi menyambutnya. Yang paling penting sekali adalah persiapan untuk makan besar yang mempunyai banyak pengertian2 mengikut kepercayaan cina.

Saya tertarik kepada bangsa cina ini yang mana mereka menjadikan kekayaan adalah matlamat mereka. Maksud saya, mereka mempunyai fokus untuk mendapatkan kekayaan. Kita boleh lihat dari segi amalan dan kepercayaan mereka kepada situasi keadaan sekeliling yang mereka akan kaitkan kepada isu kekayaan.

Seperti hendak membuat persiapan rumah, bila tiba hari pertama tahun baru, mereka berpantang untuk menyapu rumah kerana beranggapan menyapu rumah boleh membawa kepada keluarnya kekayaan dari rumah. Hendak makan pun begitu, mereka akan makan, makanan yang mempunyai pengertian2 atau simbol kekayaan pada mereka seperti abalone, timun laut, sirip yu dan sebagainya.

Ini tidak bermaksud saya percaya dengan kepercayaan mereka. Cuma saya tertarik mereka meletakkan kekayaan betul2 sebagai misi mereka sehinggakan setiap perkara di sekeliling dikaitkan dengan kekayaan. Mereka cukup berhati2 samada sesuatu perlakuan itu akan membawa kepada kekayaan atau kemiskinan.

Ini berbeza dengan masyarakat kita yang tidak mempunyai fokus. Samada fokus akhirat mahupun fokus duniawi. Kita tidak ada apa2 sasaran untuk mencapai kejayaan melainkan hangat2 tahi ayam yang bercerita dengan semangat berkobar tetapi tidak pula dilaksanakan. Tidak ada sebarang perlakuan yang menunjukkan kita berusaha kearah kehidupan yang lebih baik. Kita hanya berharap kepada subsidi dan segala perkara yang percuma.

Saya beranggapan, apabila sesuatu perkara itu dijadikan betul2 isu yang terletak diminda kita setiap masa. Insyaallah ia akan menjadi kekuatan bagi kita untuk mencapai kejayaan. Sepertimana masyarakat cina, mereka mempunyai kejayaan menguasai ekonomi kerana itulah yang ada difikiran mereka setiap masa dan keadaan. Sehingga mereka nampak benda pun dikaitkan dengan kekayaan dan kemiskinan. Nampak no 8 pun boleh dikira sebagai simbol kaya.

Saya rasa tidak salah kita ambil apa yang baik dari mereka dan kita buang yang tidak baik. Saya percaya, iltizam dan keazaman serta kepercayaan mereka yang membuatkan mereka boleh menguasai ekonomi kita seperti yang pernah saya tulis pada tahun lepas. Bersamalah kita berubah kehidupan kita kearah yang lebih baik bagi persaingan sihat di kalangan masyarakat kita di Malaysia.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template