Wednesday, March 31, 2010

PAHANG DARUL MAKMUR

KUALA LIPIS: Rasanya saya dah pusing satu Malaysia. Negara Brunei Darus Salam pun saya dah sampai, Kecuali Perlis sahaja yang belum pernah saya sampai. Bertutur menggunakan dailek negeri2 yang ada di Sabah ni rasanya kebanyakannya saya boleh bertutur dengan baik. Cumanya ada dailek yang saya fasih dan tidak kurang juga yang nampak seolah2 saya menyusun kata2 dalam bertutur dailek tersebut. Contohnya dailek kuale, Ganu, dan juga Sarawak dan Brunei. Manakala, dailek Lembah Klang, Negori, Utara, Kelate, rasanya saya boleh bertutur dengan baik.

Tetapi, banyak2 dailek yang ada di Malaysia. Saya tidak tahu bertutur dan rasanya tidak pernah dengar dailek orang Pahang. Saya mencari persoalan kenapa saya boleh menguasai dailek2 lain tetapi kenapa tidak dailek Pahang. Nak kata tidak berjalan, habis dah satu Malaysia saya pusing. Apa sebenarnya punca saya tidak boleh bertutur menggunakan dailek Pahang?. Samada Dailek biasa2 maupun dailek Hulu Pahang.

Dalam saya mencari jawapan pada persoalan saya tadi, ada orang yang melontarkan teori kepada saya dan saya merasakan teori ini mungkin ada benarnya. Teori itu berbunyi orang Pahang tidak berminat Merantau ataupun keluar dari Pahang.Walaupun Perdana Menteri Malaysia berasal dari Negeri Pahang, tapi ada benarnya susah untuk kita bertemu dengan orang Pahang di luar Negeri Pahang.

Mungkin kita boleh bincang pada sudut Negeri Sabah. Saya tidak berani untuk bercerita di negeri2 lain, takut tersalah fakta dalam melontarkan pendapat. Untuk Negeri Sabah, rasanya memang susah untuk jumpa orang Pahang. Kalau nak jumpa orang Kelantan memang banyak, mana2 daerah pun kita boleh jumpa. Negeri2 lainnya tidak kurang juga ramainya di Sabah. Di Jakim Sabah sahaja, berapa ramai orang Kelantan?. Berapa ramai orang2 selain Pahang?. Tetapi setahu saya, hanya ada 3 orang sahaja orang Pahang yang ada d Jakim Sabah.

Bagi Negeri Pahang, maklumat yang saya terima. Contohnya Felda Sungai Koyan dua, boleh di kira berapa ramai sahaja orang Sungai Koyan yang memang orang koyan?. Kebanyakannya adalah orang luar yang menetap di situ sejak tahun 1970. Mungkin orang Pahang, memang tidak berminat untuk keluar dari kampung dan daerah masing2 ataupun mungkin sebab Pahang negerinya yang agak besar serta mempunyai semua kemudahan untuk rakyat Pahang sehingga rakyat Pahang tidak perlu memcari kehidupan di luar negeri Pahang.

Dalam rancangan2 TV pun, rasanya tidak ada drama yang guna loghat pahang. Kalau ada pun hanyalah loghat Kelantan, utara, dan negori. Tidak kurang juga loghat Perak yang selalu di tuturkan oleh Wahid senario..... Fikir-fikirkan….

P/s : Penulisan ini hanyalah sekadar lontaran ilmiah penulis, tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati.

No comments:

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template