Monday, March 22, 2010

PENDIDIKAN SEKS

Baru tadi saya terbaca kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai berkata, Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Ini berikutan negara kita digemparkan dengan beberapa kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini yang perbuatan itu, langsung tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Akhbar tempatan sebelum ini juga ada mendedahkan seramai hampir 17,303 anak luar nikah di daftar sepanjang tahun 2009. Sepanjang 5 tahun lalu, seramai 214,003 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa, anak hasil hubungan luar nikah bagi orang melayu/islam dan bayi yang lahir kurang 6 bulan dari tarikh pernikahan ibubapanya. Daripada jumlah itu seramai 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kabajikan masyarakat.

Perkara di atas adalah berpunca dari gejala sosial yang tidak terkawal di negara kita. Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan saranan agar pendidikan seks dimasukkan dalam kukurikulum pembelajaran di sekolah. Untuk lebih jelas lagi, kita harus bersama-sama fikirkan apa sebenarnya tujuan kita mewujudkan pendidikan seks?.

Adakah agar tidak ada lagi pembuangan bayi?. adakah untuk mendidik pelajar hubungan seks selamat? atau untuk menghapuskan langsung kegiatan seks terlarang ini?.

Adakah berbaloi sekiranya perlakuan segelintir masyarakat kota yang terpengaruh dengan budaya kota. Pelajar-pelajar di desa juga pelu belajar pendidikan seks?. Berapa juga nisbah kes berbanding nisbah pelajar di Malaysia?. Bukankah ini akan membuatkan perkara yang pelajar tidak tahu akan menjadi tahu. Oleh kerana kanak-kanak dan remaja mempunyai sifat hubbut taklik iaitu suka mengikut atau meniru atau ingin mencuba sesuatu yang baru, ini akan membuatkan pelajar akan mencuba seks terlarang dengan yakin kerana mempunyai ilmu di dada.

Dengan pendidikan seks di sekolah, saya khuatiri implikasi negetif lebih banyak berbanding implikasi positif. Dengan pendidikan seks ini, mungkin kes pembuangan bayi tidak akan berlaku lagi di negara kita, tetapi hubungan seks terlarang akan berleluasa dengan ilmu berkaitan seks, tahu selok belok berkaitan seks untuk mengelakkan dari lahirnya anak luar nikah. Ini akan membuatkan mereka lebih berani melakukan seks terlarang.

Adakah kita akan berbangga dengan masyarakat yang bersih dari pembuangan bayi, tetapi di sebalik tembok rumah, rumah tumpangan, hotel dan lain-lainnya, hubungan seks terlarang berleluasa. Apakah cara bagi menyelesaikan gejala sosial ini?.

Sebagai sebuah Negara Islam yang mempunyai agama yang syumul. Mempunyai sistem pendidikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hanya pendidikan Islam dan moral sahaja yang dapat membendung gejala tidak sihat ini. Bukan sekadar isu pembuangan bayi, isu seks, rempit, gengster, kerosakan akhlak, keganasan rumahtangga dan lain-lain gejala lagi dapat di atasi dengan Pendidikan Islam. Pendidikan Islam dan Moral akan memberi ilmu yang betul, kaedah dan kesedaran dosa dan pahala kepada penuntutnya.

Atas maksud itu, saya menyarankan agar Pendidikan Islam dan Moral dijadikan sebagai Mata Pelajaran Teras bagi setiap pelajar dan sekolah samada dari pendidikan rendah hinggalah pengajian tinggi. Ini sahajalah cara terbaik bagi membendung segala negetif yang terdapat di negara kita. Berikanlah apa pun pendidikan, ilmu dan kaedah, jikalau tidak ada Pendidikan Islam dan Moral, kita tidak akan dapat mengubah masyarakat daripada gejala negetif, fikir-fikirkanlah......

2 comments:

MyQa said...

Assalamualaikum Anamasyhur,

As you mentioned, I would also agree that people tend to do things they are forbidden to do...because they would want to know whether the other side of the grass is much greener than where they are now...

I also personally think that "Charity begins at home"... Parent/guardian should educate their children properly at home about this rather than schools.

This is a very intimate and personal issue one must deal in life.

We live in a culture so different compared to the western country where we are more humble and conservative.

Children are afraid to discuss matters such as this with their parents and hence falls to the influence by peers and peer pressure.

Moral and Islamic education can only guide a child in school. Thereafter? So, it is the Parent/Guardian that should be playing the role as the First Educator and set to lead and mould the child's life thereon.

Wassalam...

anamasyhur said...

Thanks very much...i agree u....

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template