Wednesday, April 28, 2010

HIDAYAH TRAINING CENTRE SABAH

Jawatankuasa JIM Sabah Bersama Pengarah Hidayah Centre Kedah dan Pengurus Hidayah Centre Pusat

Hidayah Centre adalah sebuah pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru hasil inisiatif yang di ambil oleh Jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada November 2005. Ia merupakan sebuah pusat sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan JIM. Kumpulan sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial dan memerlukan tempat perlindungan.

Ketika ini Hidayah Centre sedang dalam proses untuk mewujudkan Hidayah Training Centre (HTC) di Negeri Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Hidayah Training Centre adalah sebuah badan yang akan menganjurkan Program Latihan Lanjutan untuk dijadikan sebagai pelapis dakwah khususnya di kalangan Saudara Baru.

Program Latihan Lanjutan ini dicadangkan bermula pada bulan Jun 2010 dan terbuka kepada mereka yang Saudara Baru, Berumur 18 tahun keatas, memiliki SPM, boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menjadi seorang pendakwah. Program ini akan dijalankan dalam tempoh 3 Bulan Sepenuh masa.

Program Latihan ini akan membekalkan peserta dengan segala keperluan yang diperlukan oleh seorang pendahwah. Akan di dedahkan dari segi teori agama dan praktikal. Antara yang akan di ajar dalam program ini seperti, Asas Agama, Fiqh Dakwah, Maqasid Fiqhiah, Ulumul Hadith, Ulumul Quran, Kristianiti dan Animisme, Perbandingan agama, Kepimpinan, Pengurusan Masa, Multimedia dan beberapa sabjek lagi. Peserta juga akan di bawa turun kelapangan untuk berdakwah secara praktikal di Pusat Membeli Belah dan di Tempat2 Awam.

Diharapkan setelah 3 bulan peserta didedahkan dengan segala keperluan berdakwah. Peserta ini boleh bergerak dalam dakwah sepenuh masa. Buat masa ini Hidayah Training Centre dengan dalam proses mencari peserta dan penyediaan prasarana. Untuk meklumat lanjut, sila hubungi :-

Hidayah Centre,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia,
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100 K.Lumpur.
Tel: 03- 41089669
Fax : 03-41071754
Emel : hidayah.centre @ gmail.com

Saturday, April 3, 2010

PENDAKWAH BUTA IT

Sejak kebelakangan ini, agak terlalu berat tangan hendak menulis artikel untuk dikongsikan bersama pembaca sekelian. Mungkin tidak ada internet di rumah menjadi punca saya tidak berapa rancak menulis. Namun hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan terkilan saya terhadap perjuangan masa kini.

Hari ini saya ada menghadiri sebuah majlis keraian anjuran salah satu NGO di Sabah. Dalam majlis tersebut ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh seorang penceramah muka baru. Ramai yang hadir dalam majlis tersebut dan antara hadirin itu adalah dari kalangan ustaz dan ustazah yang berjumlah lingkungan 15 orang. Atas kejadian inilah saya terpanggil untuk menulis artikel ini.

Ketika tazkirah disampaikan, penceramah ada mengajukan persoalan berbunyi “ Siapa dikalangan anda yang mempunyai facebook atau blog?”. Dari kalangan 150 orang yang hadir, hanya 7 orang yang mengangkat tangan termasuk saya. Dari kalangan ustaz dan ustazah pula, tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan. Lalu penceramah berkata dengan nada agak bergurau “Eh…ustaz-ustaz jangan buat malu kita, tidak ada yang angkat tangan? takkan takut tekan komputer?, takut komputer meletup ka?”

Pipi saya mula terasa tebal, perasaan saya pipi dah jadi merah, terasa seolah tertampar. Adakah tidak ada seorang pun dari kalangan ustaz-ustaz mempunyai facebook atau blog?.Adakah sengaja tidak ada, tidak berminat atau langsung buta IT?. Tidak habis di situ, ketika selesai acara. Saya duduk bersama mereka dan mendengar pula perbualan sesama mereka mengkritik kepimpinan yang ada sekarang.

Pelbagai perkara mereka lontarkan, ada yang reliven dan ada yang tidak masuk akal. Yang tidak mempunyai fakta dan hujjah pun ada. Sehingga ada yang menyatakan kerajaan perlu ditukar kepada kerajaaan yang baru. Saya bukan ingin menulis pada sudut politik walaupun saya berhak untuk menulis apa pun. Hatta mengkritik Kerajaan atau Pembangkang. Tapi saya menulis pada skop apa yang sepatutnya di lakukan oleh seorang Pendakwah.

Sedarkah para ustaz di atas bahawa mereka mengkritik kerajaan hanya sekadar kritik kedai kopi?. Kritik yang tidak membawa apa-apa erti kepada kebenaran. Mengkritik sama seperti orang yang tidak berilmu di luar sana. Adakalanya hingga hendak bertegang leher bila berjumpa dengan rakan yang bersetuju dengan kerajaan. Sehingga tidak nampak lagi keharusan kebebasan berpendapat selagi mempunyai hujjah dan fakta. Akhirnya dengan penuh semangat hendak mengganti kerajaan.

Soalnya, adakah mereka telah berbuat sehabis baik untuk memperbetulkan kerajaan?. Adakah mereka telah menggunakan segala kemudahan untuk mengkritik kerajaan?. Adakah mereka telah menggunakan teknologi IT sebaik mungkin untuk menyebarkan idealogi mereka?, Kalau kita tengok pada cerita di atas, sudah pasti tidak.

Sebenarnya, apabila semua pejuang agama menggunakan teknologi IT dengan sebaik mungkin, saya pasti kita boleh membuka mata pemimpin kerajaan. Kita lihat contoh beberapa penulis blog yang ada di Negara kita. Berapa ramai penulis yang telah menggemparkan Negara?berapa ramai yang telah di tangkap?. Berapa banyak tulisan yang telah membuka mata banyak pihak?. Semuanya berpunca dari penguasaan mereka terhadap IT. Ini bererti, sekiranya menggunakan IT pun tidak tahu, belum lengkaplah ciri kita sebagai seorang pendakwah. Sekaligus, jangan mimpi la nak tukar kerajaan. Tukar dulu kejahilan kita kepada keilmuan.

Sebaiknya, sekiranya kita ada 10,000 orang pendakwah. Sepatutnya kita ada 10,000 web untuk menyebarluaskan idea kita. Dengan penguasaan IT sepenuhnya, tak payah kita ganti kerajaan, dia akan terganti dengan sediri….Fikir-fikirkanlah….

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template