Saturday, April 3, 2010

PENDAKWAH BUTA IT

Sejak kebelakangan ini, agak terlalu berat tangan hendak menulis artikel untuk dikongsikan bersama pembaca sekelian. Mungkin tidak ada internet di rumah menjadi punca saya tidak berapa rancak menulis. Namun hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan terkilan saya terhadap perjuangan masa kini.

Hari ini saya ada menghadiri sebuah majlis keraian anjuran salah satu NGO di Sabah. Dalam majlis tersebut ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh seorang penceramah muka baru. Ramai yang hadir dalam majlis tersebut dan antara hadirin itu adalah dari kalangan ustaz dan ustazah yang berjumlah lingkungan 15 orang. Atas kejadian inilah saya terpanggil untuk menulis artikel ini.

Ketika tazkirah disampaikan, penceramah ada mengajukan persoalan berbunyi “ Siapa dikalangan anda yang mempunyai facebook atau blog?”. Dari kalangan 150 orang yang hadir, hanya 7 orang yang mengangkat tangan termasuk saya. Dari kalangan ustaz dan ustazah pula, tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan. Lalu penceramah berkata dengan nada agak bergurau “Eh…ustaz-ustaz jangan buat malu kita, tidak ada yang angkat tangan? takkan takut tekan komputer?, takut komputer meletup ka?”

Pipi saya mula terasa tebal, perasaan saya pipi dah jadi merah, terasa seolah tertampar. Adakah tidak ada seorang pun dari kalangan ustaz-ustaz mempunyai facebook atau blog?.Adakah sengaja tidak ada, tidak berminat atau langsung buta IT?. Tidak habis di situ, ketika selesai acara. Saya duduk bersama mereka dan mendengar pula perbualan sesama mereka mengkritik kepimpinan yang ada sekarang.

Pelbagai perkara mereka lontarkan, ada yang reliven dan ada yang tidak masuk akal. Yang tidak mempunyai fakta dan hujjah pun ada. Sehingga ada yang menyatakan kerajaan perlu ditukar kepada kerajaaan yang baru. Saya bukan ingin menulis pada sudut politik walaupun saya berhak untuk menulis apa pun. Hatta mengkritik Kerajaan atau Pembangkang. Tapi saya menulis pada skop apa yang sepatutnya di lakukan oleh seorang Pendakwah.

Sedarkah para ustaz di atas bahawa mereka mengkritik kerajaan hanya sekadar kritik kedai kopi?. Kritik yang tidak membawa apa-apa erti kepada kebenaran. Mengkritik sama seperti orang yang tidak berilmu di luar sana. Adakalanya hingga hendak bertegang leher bila berjumpa dengan rakan yang bersetuju dengan kerajaan. Sehingga tidak nampak lagi keharusan kebebasan berpendapat selagi mempunyai hujjah dan fakta. Akhirnya dengan penuh semangat hendak mengganti kerajaan.

Soalnya, adakah mereka telah berbuat sehabis baik untuk memperbetulkan kerajaan?. Adakah mereka telah menggunakan segala kemudahan untuk mengkritik kerajaan?. Adakah mereka telah menggunakan teknologi IT sebaik mungkin untuk menyebarkan idealogi mereka?, Kalau kita tengok pada cerita di atas, sudah pasti tidak.

Sebenarnya, apabila semua pejuang agama menggunakan teknologi IT dengan sebaik mungkin, saya pasti kita boleh membuka mata pemimpin kerajaan. Kita lihat contoh beberapa penulis blog yang ada di Negara kita. Berapa ramai penulis yang telah menggemparkan Negara?berapa ramai yang telah di tangkap?. Berapa banyak tulisan yang telah membuka mata banyak pihak?. Semuanya berpunca dari penguasaan mereka terhadap IT. Ini bererti, sekiranya menggunakan IT pun tidak tahu, belum lengkaplah ciri kita sebagai seorang pendakwah. Sekaligus, jangan mimpi la nak tukar kerajaan. Tukar dulu kejahilan kita kepada keilmuan.

Sebaiknya, sekiranya kita ada 10,000 orang pendakwah. Sepatutnya kita ada 10,000 web untuk menyebarluaskan idea kita. Dengan penguasaan IT sepenuhnya, tak payah kita ganti kerajaan, dia akan terganti dengan sediri….Fikir-fikirkanlah….

6 comments:

Anonymous said...

A'salam anamasyhur...
jgnlah berduka atau hampa apabila ana menyedari akan kelemahan yang sedia ada pada hamba yg masih berada dlm kejahilan IT itu.
B'syukurlah pada yang Esa kerna masih memberi hidayah pada ana utk ingin mengubah nasib saudara2 yg lain.Teruskan niat ana yg ikhlas, jgn sesekali berputus asa.Mrk yg sentiasa berdiam diri itu mungkin rasa rendah diri utk memaklumkan tentang FB mrk,bknnya buta IT.Atau mungkin mrk sudah kebiasaan dgn 'kalau disuruh baru buat kalau tidak lebih baik org lain ja yg buat sebab bkn ada OT pun....'
Itulah hakikatnya sikap sambil lewa mrk yg perlu lg dikikis...
Selamat berjuang anamasyhur...kita membuat kebajikan kerna Allah bkn kerna mrk2....
Wasalam...

anamasyhur said...

Terima kasih atas komen saudara....

Anonymous said...

A'salam anamasyhur...
mngapa kebelakangan ini kelihatan berdiam diri saja...?
Apakah t'ada lg isu2 yg menarik yg ingin dkongsikan b'sama dlm blog kali ini???
m'mang tdak dpt dinafikan lg bahawa sokongan dari pihak lain amat mengecewakan apa lg dlm menguruskan saudara2 baru.seperti anjing menyalak di bwh pokok...hasilnya belum tentu ada...
Berdakwah cni sana tp responnya SEPIII....di mana yg salah agaknya...JAHIL....EGOIS....atau...MALU????
Wasalam....

anamasyhur said...

maaaflah, bukannya tidak ada isu.Terlalu banyak isu yang hendak disampaikan. Namun apabila seorang pendakwah yang terpaksa berhempas pulas juga dalam mengisi perut, beginilah kejadiannya. Dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan 100%. Namun, jauh di sudut hati saya, ingin terus berjuanG dalam memartabatkan syariat Islam....insyaallah.

MyQa said...

Assalamualaikum Anamasyhur,

I was drawn to your Blog with regards to this matter.

It's true that the IT age/era has boomed for more than 15 years now actually (as far as I can remember) ~ Google, Youtube, Yahoo, MSN, FB, Flickr, MySpace, Twitter, Friendster, Blogs etc, are like hotspots in the IT world.

Question is...HOW MANY would even know what is a "COMPUTER" what else "NETWORKING"? What about the internet jargons such as "WYSIWYG" (What You See Is What You Get), "WWW" (World Wide Web), "HTTP" (HyperText Transfer Protocol) ~ and other stuff? Or would one even want to bother about it?

Maybe they've heard about it but may not know how to get to "IT"...savvy?

Some people just may not realize that the Internet gateway is actually one of the largest information facility one can access and should have...if used accordingly and with good purpose (of course!)

Unfortunately, some exploits it by posting and sharing unnecessary information/pictures/video,etc.

In short the implications of both the good and the bad are there but then again it all narrows down to individual...

We can't expect everyone to be able to handle a Forklift truck even if one knows how to drive...we can't expect everyone to think like us...We can't expect everyone to be IT literate like us even if it is disappointing to know that this percentage is still low amongst those who are considered to be literate or educated BUT not necessarily IT literate again...

I believe it comes from one's interest or eagerness to learn and one's calibre to master it ~ some are more practical than theoretical and vice versa.

We also can't expect to change one's mindset like snapping one's fingers... It takes time, persistence and lots of patience too...

I also don't think it's fair to blame anyone but ourselves if one is IT illiterate... if there's a will, Insyaalah there's always a way...

However, never give up Anamasyhur ~ even response is less now with proper exposure, people will probably pick up their pace when they are ready and confident about themselves.

It's just like we can serve them the food & drink on the table but the rest is up to them. They can't expect every food/drink served needs to be spoon~fed?!?

Wassalam...

"It is one of the most beautiful compensations of this life that no man can sincerely try to help another without helping himself."
—Ralph Waldo Emerson

anamasyhur said...

Wah....Satu komen yang agak panjang dan bernas....Terima kasih saya ucapkan kepada MyQa atas komen anda...Sesungguhnya hakikat kehidupan kita saling perlu dan memerlukan...ada baik kiranya kita dapat bertukar2 pendapat agar dapat di imbangi antara emosi dan juga ilmiah.....
Jazakallahu Khoiron Kathiro

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template