Sunday, May 2, 2010

KERENAH PELAJAR DEWASA

Saya selalu mendengar kata-kata daripada masyarakat awam yang inginkan kelas agama diwujudkan di tempat mereka. Ada yang menyatakan “alangkah baiknya kalau ada kelas agama, boleh juga kami tumpang belajar. Selalu sangat saya mendengar perkataan sebegini. Namun sebenarnya kata-kata ini bukanlah keinginan sebenar orang yang berkata. Apabila kelas diwujudkan ditempat yang diminta. Orang yang berkata tadi belum tentu akan mengikuti kelas agama tersebut.

Inilah hakikat masyarakat dewasa masakini. Pelbagai kerenah yang boleh kita lihat dalam mengendalikan pelajar dewasa. Sebenarnya pelajar dewasa ini ada beberapa ketegori. Ada yang Islam asal, Mualaf, bujang, dan juga yang berniat memeluk islam. Saya dah banyak kali berdepan dengan kerenah pelajar dewasa ini. Ada yang betul-betul ikhlas ingin menuntut ilmu dan ada juga yang tidak tahu arah tujuan sebenar menuntut ilmu.

Sebenarnya, ada dari kalangan pelajar dewasa ini menghadiri kelas adalah kerana insaf dengan masalah yang ditanggung sekarang. Rasa terbeban dengan masalah yang dihadapi. Masalah rumahtangga atau masalah kesunyian duduk di rumah.

Saya pernah ada beberpa pelajar yang ada masalah rumah tangga. Mereka berhasrat ingin bercerai dengan suami kerana tidak tahan dengan sikap suami. Saya tahu cerita pun setelah beberapa ketika mereka menyertai kelas. Mereka beritahu yang masalah tersebut berlaku sebelum mereka menyertai kelas agama lagi.

Namun persoalannya, setelah proses perceraian mereka selesai, masalah rumatangga tadi selesai dan tidak lagi kesunyian di rumah. Mereka sudah tidak berminat untuk ke kelas agama lagi. Malah, mereka senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.

Bagi yang mualaf pula, ada di kalangan mereka yang menghadiri kelas semata untuk melayakkan mendapat wang pendidikan RM200 sebulan. Datang mendaftar dengan penuh keinsafan ingin menuntut ilmu dan sebagainya. Sanggup berkorban pahit getir dalam menghadiri kelas agama. Tetapi setelah setahun menuntut ilmu, wang pendidikan pun dah tidak dapat, pelajar ini pun hilang ntah kemana, ghaib begitu sahaja.

Tidak kurang juga bagi yang bujang. Datang ke kelas dengan penuh diplomasi dan adab sopan. Bunyinya “saya datang sebab betul-betul ingin belajar agama ustaz”. Setelah beberapa ketika mereka belajar, mereka meluahkan isi hati pada kita memohon bantuan untuk menguruskan perkahwinan. Setelah selesai majlis perkahwinan, si bujang yang telah berkahwin ini pun turut serta dengan dua bangsa di atas. Ghaib dengan tanpa berita.

Pernah juga berlaku kepada beberapa orang yang berminat untuk memeluk Islam. Datang ke kelas mengakui berminat dengan ajaran agama. Mohon ditunjuk ajar prosedur memeluk Islam. Setelah dapat apa yang dihajati, dapat memeluk Islam. Tiga keadaan akan berlaku. Pertama mereka terus hilang dengan kad Islam mereka, Kedua sempat berkahwin kemudian hilang dan ketiga akan kekal dalam pengajian. Samada kekal benar-benar kekal atau akan menjadi seperti 3 kelompok pelajar di atas.

Hakikatnya, segelintir kecil sahaja yang menuntut ilmu dengan sepenuh hati sehingga betul-betul memahami ajaran Islam sebenar. Mohon kepada pembaca sekelian, bersama-samalah kita membentuk masyarakat dewasa masakini agar menjadi orang yang cintakan ilmu dengan penuh keikhlasan agar dapat menghilangkan kejahilan dalam diri kita masing…fakir-fikirkanlah.

12 comments:

MyQa said...

Assalamualaikum Anamasyhur,

A very interesting topic from the point of view of a "pendakwah" as what and how you have experienced it.

People come from all walks of life with different intention in their heart and mind but it seems it all narrows down to 1 reason and it is because they are Lost. Lost of life, lost of faith, lost of reason etc.

However, never give up because you know why you are there for... as a Guider. Guide and continue to guide them.

One approach I could suggest is Creative thinking. If you feel your approach can't convince them, always try another different approach but never in force or brute.

Although they appear as matured adults there's always a child in them. Why? Try to observe them closer as a child in them instead of adults.

Just like a group children going to kindergarten. Some would just be there to be with their friends, some because their parents sent them there, some had no where else better to go but school, some just want candies, some want to see their teacher, some would sit in one corner crying looking lost and can't wait to go home because they are afraid of their new environment and their teacher and some are there to learn new things and happily goes back home telling their parents what they have learned and can't wait to come back again tomorrow. However, all of them can't always stay back in kindergarten because they would need to move up to another level some how. Just how to standardize and unify this system?

All the best Anamasyhur!

Wassalam...

MyQa said...

Furthermore, although we would view them as a child we would still give them the same respect equally as deserving as an adult and they would respect you the same as a teacher.

The difference now is that, as an adult they also have commitments and other obligations in life.

Anonymous said...

A'salam...Anamasyhur,
semoga sihat walafiat hendaknya...

Satu topik yg agak m'narik dan yg sememangnya sahih walau b'tapa perit utk dihadam dan ditelan...

sememangnya hati seorg kanak2 bole jelas terpancar minat dan kesungguhan mrk...namun murid dewasa ni pula bole berpura-pura dan berselindung di s'balik talam 2 muka..apa yg t'sirat dan t'surat...Allawualam b'sawal...
(jgnlah hambaMu ini t'golong dlm kategori ini...)

bagi 'murid otai' pula... pandai2lah Ana b'diplomasi dan membimbing mrk,sesungguhnya mrk ini t'amat sensitif...silap hari bulan MIA(Missing In Action)terus..

Sesungguhnya,jika mrk mnghadiri kelas hanya sekali dua sahaja dlm seminggu,maka t'dak hairanlah mrk ini akan menjadi murid HHTA(HAngat-Hangat Tahi Ayam) ,kerana selepas ini tidak ada follow-up lagi...ataupun saranan lain...

'fakir-fikirkanlah' atau 'lu pkirla sendiri'

Hidup Anamasyhur....trus berjuang!!

WASSALAM :p

anamasyhur said...

Terima kasih pada anda kerana sejak kebelakangan ini anda begitu sudi untuk memberikan sedikit ruang membuat komen dalam blog ini. Sebenarnya inilah harapan saya dengan menulis blog.

Saya inginkan ada orang yang boleh bersama kita satukan fikiran untuk berfikir sejenak hal2 berkaitan masyarakat. Kita selalu menceritakan soal hukum halal dan haram sehingga adakalanya kita terlupa akan beberapa perkara untuk kita ambil perhatian.

Dalam tajuk ini, mungkin boleh kita wujudkan perumpamaan lain seperti kanak2 yang sedang bersekolah. Namum pada isu ini, rasanya tidaklah sepatutnya pelajar dewasa sama seperti kanak2.

Mereka telah berumur, berpengalaman dalam hidup dan mempuyai fikiran yang waras untuk memikirkan sesuatu yang baik untuk mereka. Namun nampak seolah2 mereka tidak boleh berfikir keperluan kelas yang mereka TELAH hadiri sebelum ini.

Bagi orang yang tidak pernah ke kelas pengajian, mungkin ada benarnya kalau hidayah belum sampai KONON. Tapi yang telah PERNAH pergi kelas?....

Tetapi, pada pendapat saya. Budaya masyarakat pemimpin, guru dan ustaz2 juga memberikan contoh tidak minat kepada ilmu agama.

Buktinya, tengoklah di Kelas Pengajian Teratak Fitrah (SAHABAT). Berapa ramai guru2 yang menyumbanG. Takkanlah semuanya ada kuliah serentak dengan kelas SAHABAT?.

Tak hairan la masyarakat pelajar pun tak berminat sama.

anamasyhur said...

Saya mohon agar sekiranya anda membuat komen, sebaiknya anda menggunakan nama sebenar atau nama samaran yang boleh saya kenal. Agak sukar saya bersatu pendapat dengan anda sekiranya saya tidak mengenali anda. Rasanya tidak ada masalah sekiranya kita melontarkan pendapat dengan menggunakan nama sebenar. Anda mengetahui siapa saya, tetapi saya tidak mengetahui siapa anda2.

Satu lagi, kalau boleh komen la dalam bahasa melayu. Saya pasti pembaca blog ini dari pelbagai lapisan masyarakat, mungkin juga ada yang tidak mahir berbahasa inggeris. rasanya tidak berjaya sangat la kita sekiranya pendapat kita cukup bernas, tetapi tidak di fahami orang.

Gunalah Bahasa Kebangsaan.....

Anonymous said...

A'salam Anamasyhur,

Syabas, buat Ana...Syukur atas kesabaran dan kegigihan Ana. Blog Ana kini sudah menjadi "mashyur".

Kemungkinan...keadaan tempat belajar kurang sesuai dari segi kemudahan, bahan atau alat membantu mengajar, dari segi pengurusan atau pentadbiran,tidak menyediakan bahan atau rancang mengajar.Apa kelainan atau kelebihan Teratak Fitrah yg dapat menarik perhatian para pelajar berbanding dengan kelas bimbingan yg lain. Jika jawapannya ala kadar maka ala kadarlah pengajar dan pelajarnya.

Kita bukanlah hendak menyamakan cara pemikiran kanak2 dengan orang dewasa tetapi perlakuan atau karektar mereka adalah lebih kurang sama.Adakah Ana mempunyai kelebihan utk menyampaikan pengajaran Ana kepada pelajar Ana sendiri? Apakah mesej yg ingin Ana sampaikan kepada pelajar Ana? Sekiranya Ana ikhlas, insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Tentang nama tidak penting.Ianya cuma satu pengenalan bagi sesetengah orang.Yang penting, adakah Ana dapat menerima kritikan positif atau negatif dengan terbuka. Saya amat tertarik dengan blog Ana atas sebab semangat Ana yang berkobar-kobar, keikhlasan dan kegigihan Ana berdakwah.Isu Ana yang sentiasa membuka mata hati orang ramai yang "buta".

Tentang bahasa pula juga tidak menjadi masalah. Seperti kata Ana, pembaca blog adalah dari pelbagai lapisan.Saya amat setuju dengan komen MyQa yang bernas walaupun mengambil masa untuk saya menterjemahkannya.Ini adalah peluang untuk pembaca blog memanfaatkan peluang menguasai bahasa yang lain. Bukan kah begitu Ana??

"Kill two birds with one stone" sama juga maksud erti kata seperti "menyelam sambil minum air".

Gue pun bisa dong ngomong dlm dwi bahasa.

W'salam.

anamasyhur said...

Saya agak tidak bersependapat dengan anda. Pada saya, tempat belajar bukanlah soal besar. Segalanya bergantung kepada hati masing2. Adakah Ulama' dulu belajar dengan serba lengkap?.

Ulama' terdahulu belajar lagi susah dari segi prasarana dan kemudahan lain. Apa bezanya ulama terdahulu dengan kita sekaranag? Sama juga manusia yang serupa dengan kita?. Kenapa dorang boleh berjaya?. Kenapa kita tidak?.

Kalau alasannya "ala itu zaman dulu, ulama terpilih atau terbilang". Macamana pula dengan sistem pengajian pondok yang masih wujud ketika ini...tidak juga menjadi masalah untuk mereka menuntut ilmu?.

Pada saya, saya suka untuk menyalahkan diri saya sendiri. Guru masakini adalah punca segalanya. Rakyat mengikut gaya pemimpinnya, pemimpin mengikut gaya ulama'nya. Apabila Ulama berdiri sebagai pewaris nabi, maka mereka seperti darjat nabi-nabi. Apabila Ulama sendiri jadi tidak menentu....mana rakyatnya macamana kejadiannya?...Banyak masalah pada masyarakat ketika ini, adalah dari kelemahan ulama menjalankan tanggungjawab dengan bertanggungjawab....Fikir-fikirkanlah...

anamasyhur said...

Pada saya, menjelaskan nama sebenar dalam komen amat penting dalam penyampaian mesej yang berkualiti. Apakah alasan yang kukuh untuk tidak mendedahkan nama sebenar atau nama samaran sekadar untuk saya mengenali anda?.

Dengan menggunakan nama yang boleh dikenali. Ia akan membolehkan anda melontarkan pendapat atau kritikan yang membina dan lebih bertanggungjawab. Dengan tanpa saya mengenali, mudah bagi orang membuat komen dengan tanpa disokong oleh hujjah, asas dan fakta. Dan tidak kurang juga mudah untuk mengesploitasi ruang komen ini.

Zaman berdakwah secara senyap telah lama berlalu. Sekarang dakwah disampaikan dengan cara terang-terangan. Apa yang hendak ditakutkan sekiranya saya mengetahui anda. Adakah anda berbuat salah?. Peribahasa ada mengatakan Berani kerana benar, takut kerana salah.

Saya tidak merasa apa-apa sekiranya dikritik selagi kritikan membina dan tidak disalahgunakan. Adalah menjadi adat kebiasaan orang tidak boleh menerima kritikan yang tidak berlandaskan fakta dan hujjah atau sengaja hendak mengaibkan orang.

dalam ruangan ini, siapa pun boleh mengkritik saya samada dengan bertanggungjawab ataupun tidak. Kerana itu saya perlu untuk mengenali siapa2 yang memberi komen.

Bagi saya mudah sahaja, saya tidak pernah bermusuh dengan siapa-siapa. Jauh sekali berdendam. Namun sekiranya wujud sesuatu yang perlu di kritik berkaitan peribadi saya, seeloknya ia di kritik di tempat yang lebih peribadi, maksudnya, kena pada tempatnya. bukanlah di ruangan ini.

Blog ini saya wujudkan agar kita boleh bersama-sama memikirkan masalah umat. Ruang komen juga saya sediakan untuk berbahas, berdebat atau melontarkan pendapat berkaitan masayarakat. Namun saya sedia untuk di tegur bila2 masa sahaja, datanglah berjumpa sendiri dengan saya...insyaallah, kita boleh bincang.

MyQa said...

Assalamualaikum all,

Wow...really HOT topic...

At least I have a nickname tho... ☺ Is it alright Anamasyhur?

Thanks Anamasyhur and Mr/Ms Anonymous...

I think we aren't suppose to debate but rather discuss and exchange healthy opinions... if discussion turns to misunderstandings, I don't think it'll bring us anywhere but back to where we started...Square 1...

Wassalam...

anamasyhur said...

MyQa n Anonymous janganlah terasa hati...biasa la tu...Berbeza pendapat tu kan baik selagi ia di sampaikan dengan fakta dan hujjah yang berasas. Teruskan perbincangan, insyaallah, ia akan memberikan manfaat dan pengalam yang cukup berharga, insyaallah.

Anonymous said...

A'salam ana masyhur...semoga sihat dan sentiasa db'kati Allah....amin...

mengapalah ana sentiasa ingin memaksa diri ana dgn mempersalahkan setiap kelemahan yg terjadi itu keatas diri ana sendiri?????

namun ada pula betulnya...sebab jika seseorg itu menganggap dirinya sudah cukup baik maka tiadalah rasa igin memajukan atau memperbaiki diri sendiri..bukan begitu ana????

rasa2nya jika seseorg itu ingin berjaya dlm sesuatu urusan...maka kenalah mrk itu bersepakat dan membuat satu usul bagaimana hendak melaksanakannya...tetapi jika kumpulan itu bergerak secara individu dan dgn adanya setitik rasa bongkak pd diri mrk maka hancurlah misi utama mrk...dan yg lebih rugi lg adalah org yg dibwh didikan mrk...betul atau salah????

jika mengikut zaman rasul dulu,para sahabat ada org yg memimpin mrk dan dgn adanya leadership yg baik dan mrk bergerak dlm 1 hati utk 1 misi betapa cantik semua walau seribu dugaan yg mendtg...tetapi kini apa bezanya...ana sendiri pun sedia maklum....

Wasalam...

anamasyhur said...

Terima kasih atas nasihat anda....

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template