Wednesday, May 12, 2010

POLIGAMI PRODUK TERBAIK

Sebenarnya penulisan saya ini bukanlah memfokuskan kepada persoalan realistiknya poligami. Isunya adalah kenapa masyarakat Islam memandang sinis pada poligami?.

Saya pun sebenarnya tidak berpuas hati dengan isi artikel yang sebelum ini bertajuk BAIKNYA POLIGAMI. Saya dapat rasakan artikel tersebut mesejnya tidak sampai kepada anda sebagaimana yang saya inginkan. saya pun tak tahu bagaimana nak jelaskan, orang sabah kata macam tekulut-kulut (terbelit2) otak saya bagaimana hendak menerangkan apa yang terbuku di hati ini. Tapi insyaallah, saya akan cuba kupaskan sebaik mungkin untuk manfaat bersama.

Saya selalu panas telinga bila berjumpa dengan masyarakat Islam yang memperlekehkan poligami. Benda ini berlaku di mana sahaja, tidak kira latar belakang dan tahap pengetahuan ilmunya, bercakap seolah2 tidak beriman.

Bukankah poligami sebahagian daripada hukum Islam yang perlu di perjuangkan dan dipertahankan?. Bukankah poligami datangnya dari Allah dan Rasul. Kita seharusnya berusaha menjadikan poligami sebahagian daripada hukum yang ada dalam bab perkahwinan yang harus di tonjolkan kebaikannya. Sama seperti hukum lain yang ada dalam Islam.

Poligami boleh diibaratkan sebagai sebuah produk. Produk yang perlu disebarkan kepada masyarakat Islam. Untuk di jadikan sebahagian daripada alternatif yang ada dalam skop perkahwinan bagi mereka yang menginginkannya. Produk khusus yang Allah rekacipta bagi mereka yang memerlukannya untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia. Tapi ajaibnya masyarakaat Islam sendiri yang memburuk2kan produk sendiri, patutkah perkara ini terjadi?. Inilah maksud sebenar yang saya ingin lontarkan kepada anda.

Mudahnya beginilah, kita ambil sebagai contoh sebuah syarikat insuran mempunyai produk terbaik. Produk tersebut adalah produk terbaik berbanding syarikat insuran lain. Egen insuran harus bergerak di seluruh pelusuk tempat untuk mempromosikan produk mereka adalah produk terbaik. Sekiranya di ambil dalam kehidupan, insyaallah akan memberikan manfaat yang besar mengikut terma dan syarat yang di tetapkan walaupun sebenarnya manfaat itu belum nampak depan mata.

Banyak halangan yang egen insuran perlu lalui. Dari segi keyakinan masyarakat terhadap produk terbaik tadi. Adakah masyarakat mampu membuat bayaran premium tahunan berterusan selama 21 tahun?. Sekiranya mendapat kecelakaan, adakah kecelakaan tadi diinsurankan? Bagaimana sekiranya ekonomi merudum dan syarikat tadi gulung tikar, apa akan jadi pada premium yang telah di bayar?.

Lain lagi isunya ramai egen insuran yang kaki kelentong dari pelbagai segi. Ada yang telah ambil wang premium tetapi wang tersebut tidak sampai kepada syaraikat insuran. Ada yang menjanjikan bulan bintang sedangkan bulan bintang pastinya tidak boleh di gapai oleh siapa pun dan bermacam2 lagi keburukan yang telah dilakukan oleh egen insuran. Ini adalah persoalan yang akan menghantui fikiran masyarkat.

Bagi egen insuran yang beranggungjawab pada syarikat, walaupun satu dunia tahu keburukan kebanyakan egen mereka. Mereka tidak akan turut serta dengan orang2 yang memperlekehkan produk mereka, ini boleh dipanggil sebagai PENGKHIANAT syarikat. Untuk berkongsi kebaikkan, agen insuran tadi akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan masyarakat yang produk mereka tetap baik. Masalah egen tadi, itu masalah lain. Itu masalah egen dan tidak ada kena mengena dengan produk yang baik. Sehingga produk tidak baik sekali pun tetap akan di katakana baik sebaik mungkin untuk meyakinkan masyarakat.

Jadi dalam isu poligami, bagaimana hakikatnya?…Dengan tanpa sedar sesetengah dikalangan kita seboleh2nya akan meyakinkan masyarakat Islam bahawa mengamalkan poligami sebagai BOMB TIMER. Sebaiknya tidak diamalkan kerana khuatir ia akan memberi mudarat kepada kita.

Sepatutnya setiap daripada kita perlu mayakinkan yang produk kita (poligami) adalah produk yang baik berbanding produk yang ada pada agama lain dalam memberi alternatif kepada yang memerlukannya untuk kebahagiaan dalam mengharmonikan hidup di dunia. Agama lain tidak ada menyediakan alternatif sebaik poligami. Poligami adalah produk yang telah direkacipta oleh Allah yang Maha Pakar untuk kesejahteraan masyarakat Islam.

Berkaitan dengan perkara negetif yang selalu berlaku, haruslah kita menjelaskan perkara tersebut adalah masalah individu dan tidak semestiya anda yang akan berpoligami juga akan berantakan seperti perkahwinan orang lain. Berpoligamilah jika mampu, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab kepada rumahtangga yang telah dibina.

Dalam isu ini, berapa ramai dari kalangan kita yang bermati matian menjelaskan poligami sebagai perkara yang baik sebagaimana kita mempertahankan agama Islam sebagai agama yang baik?. Saya pasti pembaca akan menggeleng kepala sebagai tanda tidak ada yang berbuat demikian.

Tapi berapa ramai pula dari kalangan kita yang cuba mewujudkan pandangan sinis pada poligami sehingga wujudnya pandangan negetif daripada masyarakat sekarang?dengan sepenuh ikhlas hati anda lihatlah rakan2 di sekeliling anda, saya pasti daripada 10 orang, belum tentu ada seorang akan mempertahankan mati matian. Tetapi nisbah 1 daripada 20 orang mungkin ada.

Kesimpulannya, poligami harus di pisahkan dari perbuatan2 negetif orang yang biasa kita lihat. Poligami adalah produk yang baik buat masyarakat Islam. Yang negetifnya adalah individu yang mengamalkannya dan negetifnya itu bukan datang dari poligami tersebut, tetapi datang dari pengamalnya. Sekiranya ada dari kalangan kita yang ingin mengamalkan poligami, teruskan hasrat tersebut. Insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan rumahtangga yang maksimum kalau di amalkan dengan penuh tanggujawab dan berilmu.

Tugas kita hanyalah menceritakan kebaikan produk yang kita ada (poligami). Soal samada poligami sesuai atau tidak dengan seseorang, samada seseorang itu mampu dari segi nafqah zahir dan batin itu bukan kerja kita. Kita bukanlah orang yang diberikan hak kelayakan untuk menilai seseorang yang hendak berpoligami. Kita ceritakan sahaja kebaikan poligami sepertiamana saya menceritakan kepada anda hari ini. Soal dia mahu mengamalkan atau tidak, itu hak dia. Dan sekiranya ada yang mahukannya biarlah Mahkamah Syar’iah yang menentukan dengan bidangkuasa yang ada pada Mahkamah, Betul tak?.....Fikir-fikirkanlah…...

7 comments:

MusaFir said...

Assalamualaikum,
buka blog je terbeliak biji mata...kepala pusing melihat poligami...ada poliklinik terdekatkah kawan...

pada pandangan saya yg belum matang ini,seandainya saya disuruh berpoligami,saya akan fikirkan habis-habisan...mampukah saya berlaku ADIL dan dapatkah saya memikul tanggungjawab ini sekiranya diri sendiri pun belum tentu terurus...

pendekkan al-kisah 1001 malam...ingin saya kongsikan pengalaman seorang hamba Allah ini...

2pasang sahabat baik melanjutkan pengajian ke luar negara dan tinggal pun serumah(halal dari segi hukum-hakam,dah sah kahwin)tiba-tiba suami seorang tu kemalangan dan meninggal...maka si isteri yang satu lagi berkata pada suaminya,'bang,abang kahwinlah dengan siFulan(balu)ni,saya redha'.si suami pun kahwin mempunyai anak-anak yang comel dan tinggal serumah lagi...Isteri pertama akan memperkenalkan siFulan tadi itu begini,'hai,ini madu saya.'

Ada yang berkata,'woiyo,kalau aku...enda sanggup..enda sanggup...memang betarik rambut punya...'

Ada yang berkata,'wah,bole berlaku adilkah si suami tu?untung ooo...'

Ada pula yang berkata,'besarnya pahala si isteri pertama ni,memang Syurgalah tempatnya.'

Saya tinggal terlopong....isteri-isterinya masyallah...cantik-cantik belaka,rezeki pun mencurah-curah...berkat redha dan ikhlasnya hati si isteri tadi....

Inilah hakikat masyarakat kita...sudahlah jahil,hobi mengumpat pula...eh..eh..saya ni kira mengumpat juga kah...soli..soli...

Ungkapan yang biasa didengar...Aiik,sunnah nabi ba,bole kahwin empat la...
Tapi hakikatnya mereka ini tidak terfikir yang nabi melakukan sedemikian atas sebab ingin membela nasib dan menjaga maruah isteri-isteri para sahabat yang telah terkorban semasa berjuang untuk menegakkan agama Islam,dan baginda masih mampu berdakwah,mengerjakan solat,dan berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Mampukah kalian?????

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri...

WASSALAM

MyQa said...

I LIKE Musafir's opinion! A++

anamasyhur said...

Terima kasih musafir, saya rasa anda pertama kali buat komen di blog ini menggunakan nickname ini. Apa pun saya bersetuju dengan pendapat anda.

Isu ini, akan memberi jawapan dari sudut mana kita melihatnya. sekiranya kita melihat dari sudut negetif, negetif la jawapannya. Sekiranya positif, positiflah jadinya.

Seperti sy katakan, hal mampu atau tidak hanya Allah dan empunya diri yang tahu. Kita tidak boleh bersangka buruk pada orang lain. Sebaiknya kita bersangka baik untuk mengelak daripada dosa. Biarlah pihak berwajib menentukan kemampuan seseorang itu.

Yang penting, tanggungjawab kita dalam mempertahankan hukum Allah dari di perlekehkan telah terangkat kerana memperjuangkannya. Sama2lah kita memperjuangkan hukum ini sama seperti kita memperjuangkan rukun Islam kelima. Soal mampu atau tidak itu belakang cerita.

Sekiranya mampu, laksanakanlah yang sepatutnya. Sekiranya belum mampu, jagalah apa yang ada agar kita tidak dipertangjawabkan kelak dengan apa yang kita tidak mampu laksanakan tetapi kita laksanakan...apapun POLIGAMI PRODUK TERBAIK hehehe.

P/s : Saya beristeri sorang jer tau...jadi takda erti nak kempen2. Saya sekadar memperjuangkan hukum yang telah di pandang sinis masyarakat Islam.

ameeraophelia said...

Bha..ust bila lagi mau cuba "produk"? Produk bagus kena pakai dulu. buktikan kualitinya, barulah orang lain YAKIN..heheh.

anamasyhur said...

Kalau begitu kenyataannya, bererti kita still tidak yakinlah dengan produk yang Allah sediakan kepada manusia.

Produk ini bukannya mesti digunakan oleh semua orang. Ianya khusus untuk org khusus yang memerlukan kepada produk terbaik untuk mencari kehidupan yang terbaik...

Kalau setakat mau cuba2, rasanya baik tak payah la kali...nantilah tgk keadaan, manatau ada rezeki turun dari langit...if not just only One jak la...

Anonymous said...

A'salam...topik apakah yg sedang hangat diperbincangkan skrng???
poligami???

Yang sy baru t'baca adalah t'ntang 2 org icon yg disaman RM1,000 dan penjara 1 bulan atas sebab tidak mendapat pengesahan dari mahkamah syariah utk berpoligami....

kira bagus jugaklah agar masyarakat tidak membuat perkara sesuka hati ja...

Walau kita dicabar secara langsung atau pun tidak...kena pandai2 la kita mengukur baju di badan sendiri....

Wasalam...

Mukhlisah Nur (^___^) said...

lalala.....

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template