Friday, May 21, 2010

SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM


Dalam gerakan dakwah ketika ini, Ilmu memainkan peranan penting untuk menyebarkan syiar Islam agar sampai kepada seluruh masyarakat Islam. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Ilmu pula hari ke hari perlu kepada pembaharuan dan peningkatan.

Dakwah kepada masyarakat bukan Islam, kebiasaannya kita menggunakan ilmu perbandingan agama sebagai kunci penting untuk berdakwah. Dengan adanya ilmu perbandingan agama, seorang pendakwah itu bebas untuk berdakwah kepada siapa sahaja tanpa perlu gentar dan takut.

Dari kelas ke dewan, dari bandar ke desa, dari masjid kegereja. Semuanya dimasuki untuk menyampaikan syiar Islam dengan pelbagai pendekatan. Adalah melalui rundingan, ceramah, syarahan, debat dan pelbagai cara lagi. Namun, semuanya lebih kepada perbandingan agama. Sehingga kita beranggapan itu sahaja kunci untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Tapi sebenarnya kita lupa, sejarah kegemilangan Islam juga adalah salah satu bidang perbandingan yang perlu dikuasai pendakwah. Namun buat masa ini, di Sabahkhasnya belum ada pakar dalam bidang sejarah kegemilangan Islam setaraf dengan Ust Abu Hurairah dan Hj Muhammad Nicolas dalam perbandingan agama. Kalau ada pun, rasanya belum ada yang menonjol untuk dijadikan mentor dalam Sejarah Kegemilangan Islam.

Bila bercerita tentang sejarah, kita selalu bercerita tentang jatuh bangun sesuatu bangsa atau kerajaan. Sebenarnya sejarah bukan membahaskan tentang itu. Tetapi sejarah menceritakan segala aspek yang ada pada era tersebut. Ia menceritakan tentang pentadbiran kerajaan, ekonomi, keperibadian & akhlak pemimpin, strategi kepimpinan, hubungan diplomatik, tujuan & strategi perang, ketamadunan, kebaikan dan keburukan kerajaan era itu dan pelbagai lagi.

Bila sebut sejarah kegemilangan Islam, pendakwah boleh menggunakan sejarah ini sebagai perbandingan antara kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam ketika itu. Kita boleh huraikan dan bandingkan satu persatu, bab ke bab berkaitan sejarah tersebut. Contohnya, bagaimana pentadbiran kerajaan Islam zaman kegemilangan Islam berbanding kerajaan bukan islam?. Bukankah kerajaan Islam menjaga rakyatnya dengan aman damai berbanding kerajaan barat dan eropah yang menyembelih masyarakat Islam?.

Bukankah Islam memerintah dengan penuh sifat kerakyatan tanpa terlalu mengira protokol dan pangkat. Seperti cerita-cerita Khulafa Ar-Rasyidin, Umar Abd Aziz, Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam As-Syafie, Abu Bakar Al-Bakillah, Salahuddin Al- Ayubi dan lain-lain pemimpin pada zaman kegemilangan Islam.

Bukankah pemimpin kerajaan Islam berhabisan menentang sultan yang zalim dan jahil berbanding pemerintah barat dan eropah yang bersokongkol?. Kerajaan Islam membuat sesuatu serangan ketenteraan kerana ingin membebaskan sesuatu negara dari cengkaman kezaliman dan akan mendamaikan kehidupan rakyat negera tersebut berbanding serangan ketenteraan barat dah eropah yang berkepentingan, menginginkan penguasaan ekonomi serta menindas masarakat setempat.

Boleh juga di buat perbandingan, di zaman kegemilangan Islam. Berapa ramai masyarakat bukan Islam yang di sembelih berbanding orang Islam?. Berapa ramai pemimpin Islam yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi berbanding pemimpin barat dan eropah?.

Inilah yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat bukan Islam di samping di ceritakan tentang perbandingan agama. Mereka akan memahami bahawa agama mereka mempunyai kepincangan dari segi perbandingan agama melalui bible dan Al-Quran. Dan memahami dari segi sejarah bahawa Zaman Kegemilangan Islam adalah zaman pentadiran yang penuh aman damai berbanding huru hara zaman pemerintahan kerajaan barat dan eropah.

Sejarah telah membuktikan bahawa Islam pernah memerintah negara barat dan eropah sebelum ini dengan keamanan dan kedamaian. Bersamaan dengan kajian sosiologis dan demografis, kita juga tidak boleh melupakan bahwa Eropah bukannya baru pada dunia Islam, akan tetapi Islam merupakan sebahagian yang tidak boleh di pisahkan dari Eropa.

Eropah dan dunia Islam telah berhubungan kait selama berabad-abad lamanya. Contohnya kaitan Islam pada negara Andalusia (756-1492) di Semenanjung Iberia, dan kemudian selama masa Perang Salib (1095-1291), serta penguasaan wilayah Balkan oleh khalifah Uthmaniyyah (1389) memungkinkan terjadinya hubungan timbal balik antara kedua masyarakat itu.

Kini banyak pakar sejarah dan sosiologi menegaskan bahwa Islam adalah pemacu utama perpindahan Eropah dari gelapnya pada abad pertengahan menuju terang-benderangnya masa Renaisans. Di masa ketika Eropah terbelakang di bidang kedokteran, astronomi, matematika, dan di banyak bidang lain, kaum Muslim memiliki perbendaharaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan kemampuan hebat dalam membangun.

Tidak ada dalam sejarah dunia menunjukkan kerajaan Islam berlaku zalim terhadap rakyatnya berbanding zaman Nazi, Holocous, Serbia dan beberapa carita sejarah lain yang menjelaskan kekejaman kerajaan barat dan eropah terhadap rakyatnya terutama yang beragama Islam.

Disini kita nampak bahawa sejarah boleh menyokong kita meyakinkan masyarakat bukan Islam supaya mempercayai ajaran Islam. Ajaran Islam yang merangkumi segala aspek kehidupan, samada dari bangun tidur hingga tidur kembali semuanya ada panduan yang digariskan oleh Islam. Cara berpolitik dan memerintah negara serta berdiplomatik antara negera juga mempunyai panduan tersendiri.

Buktinya kita boleh lihat melalui coretan sejarah. Ajaran Islam telah terbukti dengan sejarah kegemilangan Islam yang mana pemerintahan Islam yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai modul pemerintahan.

Ertinya mulai sekarang, pendakwah kita harus lebih berkembang lagi tahap ilmunya serta isi ceramah. Kita tidak boleh lagi terus menerus dengan tajuk kuliah dan ceramah seperti sekarang. Skopnya harus di perluaskan lagi agar masyarakat kita tahu tentang peranan mereka untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam, insyaallah. Fikir-fikirkanlah…..

9 comments:

Anonymous said...

Slm. ya, betul tu ust. Perlu kembalikan zaman kegemilangan Islam.

Semlm sy tanya suami kalau ada produk makanan sehebat KFC, McD dll. Yang org Barat pun makan. Dia kata "mcm tiada"

begitu juga jenama2 barat lain, yang beratus atau beribu ringgit orang Islam pun sanggup beli. Tapi kita lebih suka jadi pengguna. Jadi orang 'kaya' yang sebenarnya muflis..

Kita patut kembalikan zaman kegemilangan Islam, biar semua produk adalah Islam. Orang Barat pun pakai produk Islam termasuk produk poligami.huhu.

Kita MESTI berusaha,dan mungkin tidak nampak hasilnya , tapi InsyaAllah generasi kita yang akan menikmatinya.. Amin.

Anonymous said...

A'salam...Ana..

Uuwwaaahhh...cikgu..panjangnya nota kali ini yang perlu dibaca..t'kenang kembali zaman persekolahan dulu...fobiaaa...

Tapi walau apa pun,benar kata-kata ana...zaman skrng org kita lebih suka berjuang dan bersuara lantang samada di belakang atau di kedai kopi ja...bila berdepan t'sipu-sipu pula...

ilmu belum cukup penuh di dada...itulah punca kita 'mati kutu' bila berdepan dgn pendebat yang hebat...rasa-rasanya kita perlu memperluaskan ilmu pengetahuan t'tang sejarah kegemilangan islam dlm cara yang lebih menarik agar dapat menarik perhatian masyarakat terutamanya generasi masa kini...
mengapa generasi kini bila bicara t'tang agama mrk trus membuat tafsiran seakan ianya isu yg membosankan dan membuang masa mrk...

wasalam..
p/s Selamat Hari Guru...& Selamat Hari Bapa....anamasyhur

anamasyhur said...

Sebab kebanyakan pendakwah atau ustaz selalu berceramah atau mengajar syok sendiri. Tidak tahu apa sebenarnya yang diperlukan oleh pendengar. Ertinya berceramah bukan yang diperlukn pendengar, tetapi apa yang rasa ingin di ceramahkan sehingga pendengar merasa muak. inilah di panggil USTAZ SYOK SENDIRI ......

Anonymous said...

A'salam...lagi ana....

hahaha.....SS(syok sendiri) skrng dapat title baru pula..USS....

Ana pula lebih berminat tentang topik apa semasa ingin berdakwah???
Apa misi yang ingin Ana capai dan sampaikan???

Wasalam...anamasyhur

anamasyhur said...

Kalau saya, bagi yang baru saya lebih berminat sampaikan apa yang sepatutnya mereka harus dan bagi yang lama pula apa harusnya yang sepatutnya mereka buat dengan apa yang meraka telah tahu....boleh faham ka?.

Anonymous said...

A'salam...anamasyhur..
Geleng2...angguk2...sy paham..cikgu :@
baru plajari yg asas,lama amalkan apa yg tlah d ajar dan dplajari...betul gitu..?
Tapi agak payah juga utk dpraktikkan bila prsekitaran mrk t'lalu mmpengaruhi cara hidup mrk...
Bagaimana mmbantu mrk?

Wasalam..

anamasyhur said...

sebab itu kita harus jelaskan kepada masyarakat mana yang adat mana yang syariat. Mungkin pengaruh suasana kuat, tapi sekurang2nya ada juga yang kita buat untuk kebaikan.

Seperti teknologi maklumat sekarang. Suasananya sekrang lebih kepada berseronok2. tetapi kita yang mempunyai ilmu ini, cuba sedaya mungkin untuk menggunakannya kepada yang bermanfaat seperti mengembangkan syiar islam.

Banyak sebenarnya kepincangan kita. Lebih2 lagi kepada pendakwah. Banyak benda yang kita terlepas pandang. Banyak yang cakap berapi tetapi seminit masa di jalan Allah pun agak berat.

Seperti saya selalu war2kan, kalau pendakwah itu betul2 hebat, saya cabar untuk hadir ke kelas teratak fitrah SAHABAT setiap minggu secara fulltime. Ada berani....?

Anonymous said...

A'salam....anamasyhur
memang tidak dpt dinafikan kata-kata anamasyhur itu...
kita kebanyakannya hanya selesa bergerak secara senyap kerana bimbang akan pandangan org lain terhadap kita yg mungkin kita sendiri tidak mampu terima....bimbang apa kata org lain...bimbang apa kata jiran...bimbang apa kata saudara kita...
pendek kata kita tidak mampu tunaikan apa yang kita sendiri warwarkan atau dakwah....tiada bezanya dgn tin kosong.....KASIAN...

Begitu juga sebaknya di dada apabila mendapat berita t'tang serangan yg berlaku k'atas sukarelawan kita yg prihatin membawa bantuan bekalan ubatan dll t'tapi diserang dan dituduh dgn tuduhan yg tidak munasabah..semata-mata hanya memberi alasan utk melepaskan diri dari perbuatan keji mrk. Sementara negara2 besar hanya mampu bersuara t'tapi tiada tindakan...apakah mrk takut negara mrk pula yg akan menjadi sasaran seterusnya...mrk hanya mampu melihat org2 kecil dan lemah ditindas berterusan...

Allah Maha Adil...mrk mungkin terlepas di dunia...tapi TIDAK d Akhirat...
TERUSKAN JIHAD!!!!

Wasalam....

anamasyhur said...

Sebenarnya kdang2 kita pun sama macam israel, takut pada bayang2 sendiri. orang tak kata apa2, tapi takut pada bayang2 sendiri. kuat berprasangka padahal takda apa pun berlaku.

Kalau betul kita nak perbetulkan kepimpinan, kita lobi pemimpin2 kita untuk menggunakan matawang dinar. besar faedahnya. lihat artikel saya yang terbaru....terima kasih ya...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template