Tuesday, June 29, 2010

IMAM YANG TELAMPAU

Sekarang Astro Oasis sedang memancarkan Pprogram Imam Mudanya ke setiap rumah. Ada yang menyedari kewujudannya dan tidak kurang juga yang langsung tidak ambil tahu kewujudannya. Mungkin kerana media elektronik telah terlalu menghidangkan hiburan kepada masyarakat sehingga program sebaik Imam Muda tidak dapat tempat di hati masyarakat secara total sepertimana Akademi Fantasia.

Namun artikel saya bukanlah membincangkan program Imam Muda. Tetapi Ingin membincangkan persoalan Imam yang telampau. Saya sengaja menggunakan perkataan ini bagi menunjukkan betapa telampaunya imam2 ini. Imam yang saya maksudkan adalah seperti Imam solat, Pemimpin dan juga Penceramah. Ini antara orang2 yang selalu terjerumus kepada ketelampauan.

Ada sesetengah dari mereka ini syok sendiri dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab. Mereka membuat sesuatu kerja mengikut kehendak mereka sahaja tetapi tidak mengikut kehendak orang yang mengikut mereka.

Bagi imam solat, adakalanya mereka tidak menghiraukan makmum yang mereka imamkan. Ada yang memimamkan solat, bacaan solatnya terlalu laju dan cepat. Sehingga makmum terkejar2 dengan pergerakan imam. Ada pula yang terlalu panjang bacaannya sehingga makmum terasa terlalu letih menunggu selesai bacaan imam. Kadangkala pula imam membaca berlagu2, tapi masalahnya lagu itu hanya imam sahaja yang merasa keindahannya. Tetapi makmum merasakan seolah2 imam mengada2. Makmum boleh perasan yang imam dah syok sendiri dengan alunan bacaannya. Ini yang dipanggil Imam Telampau.

Bagi Pemimpin pula, ada juga yang memimpin sesuatu organisasi seolah2 organisasi tersebut milik sendiri. Segala idea, keputusan, dan arahan bukan lagi berdasarkan keputusan suara organisasi. Tetapi telah menjadi keputusan pemimpun itu sendirian. Ini juga di panggil Imam Telampau.

Tidak kurangnya juga bagi pendakwah atau penceramah2. Adakalanya berceramah sesuatu tajuk hingga naik syeikh. Ibarat dah seronok hingga tidak terkawal. Semua yang keluar dari mulut penceramah semata2 dari hati penceramah tetapi tidak menepati kehendak pendengar. Penceramah merasakan yang ini dan itu perlu disampaikan. Ini dan itu perlu pendengar tahu. Sedangkan pada pendengar si penceramah tadi telah terkeluar tajuk.

Lain tajuk yang diminta untuk disampaikan, lain tajuk pula yang di sampaikan. Syok sendiri ikut kepala sendiri, hinggakan merasakan dirinya sahaja yang betul. Akhirnya pendengar2 tidak mendapat input yang sepatutnya. Ini juga di panggil Imam Telampau.

Sebenarnya banyak lagi ketegoti Imam Terlampau ni. Belum lagi kita bahaskan Imam Telampau pada sudut politik, Keluarga, Jawatan dan sebagainya. Apabila kuasa imam tadi di susuli dengan perasaan syok sendiri, alamatnya jadilah dia Imam Telampau…Fikir-fikirkanlah……

6 comments:

MyQa said...

Assalamualaikum Anamasyhur,

In view of issue such as this, what would you do when you come across such "Imam"? Would you approach him and suggest to him a way for him to perform his duties as an "Imam" based on your opinion or just let it be to avoid any conflict of interest?

Wassalam.

anamasyhur said...

Memang seharusnya kita harus menegur mereka secara terus. Namun beberapa keterbatasan membuatkan saya tidak mampu untuk melakukan tugasan ini secara terus.

Atas maksud itu saya menggunakan ruangan ini untuk berkarya dan berkongsi agar kita bersama2 boleh membuat teguran pada skop masing2.

Bagaimanapun, kita harus juga menegur imam telamau ini. Kita tidak boleh membiarkannya terus begini sehingga ia menjadi satu budaya buruk yang menjadi tagar dalam masyarakat Islam. Satu letupan konflik perlu untuk menyedarkan sesetengah masyarakat kita. Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.....

Anonymous said...

A'salam Anamasyhur....

(Uuaaaaahhhhh....urrrrgggghhh...)
Iyaah..seperti 'mati hidup semula' ke mana la menghilangkan diri selama ni....???
asal buka blog..sunyi sepi...bunyi cengkerik ja yg kedengaran...ingatkan Ana pergi berjuang di Gaza....

walau apa pun...alhamdulillah Ana da kembali mengisi ruang ini..

IT(Imam Terlampau)sebegini memang rumit & isu sensitif kalo nak ditegur,bukan apa lebih2 lagi kalo yang menegur tu lebih muda dari IT tersebut...
bagaimana pula jika IT sebegini di jemput utk recaj...mana la tau mrk ni asyik terlalu kerap dengar ceramah sendiri berkurun-kurun lamanya...sehinggakan terlalu daif utk menyedari kelemahan diri...tapi jika mrk menolak bererti mrk ini dah terlalu bongkak kot...sah dah tak bole dipakai...

Imam yang laju tu imam sibuk atau imam xpress...yang sentiasa kelam kabut mengejar waktu,mungkin terlalu banyak function/aturcara...
Imam yang sentimental tu...mungkin mau melakukan dengan penuh kekhusyukan...

Ana kena rajin2la mncari dimana adanya bengkel2 motivasi utk djemput mrk2 ini....

'tegur dgn lisan,tegur dgn perbuatan,berdoa...last2 IT tak serik juga komplain dekat pejabat yang tertentu la...

Bole dterima kah usul2 ni???

wassalam...

p/s jgn MIA lagi...d Gaza...
selamat kembali....

MyQa said...

Agreed!

MyQa said...

Assalamualaikum Anamasyhur,

May I suggest 2 things...

1) that you have a shoutout mix in your blog so people could have a small chat among bloggers alike?

2) if you could add a "like" column or something like that so perhaps, if people are shy to comment, they could just click if they like reading your entry...

well, it's just a suggestion but it's all up to Anamasyhur... ;0)

Wassalam...

anamasyhur said...

Sebenarnya IT ni memang susah nak di tegur. Saya ada pengalaman dengan mereka2 ni.Mereka ni susah menerima teguran. kalau di panggil ke majlis kita, kita pula di ajarnya, macamana mau tegur.

MyQa, terima kasih memberikan pandangan. Saya pernah guna ShoutMix tapi tak tau kenapa tiba2 pandai rosak pula,pening2. Saya delete la. Td saya cuba buat semula, macam tak boleh la....tak tau kenapa. saya akan cuba di hari yang lain pula. Terima kasih sekali lagi.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template