Wednesday, June 2, 2010

ISLAM SEBENARNYA KUAT


Dunia hari ni telah sampai kepada satu era baru berbeza dari era sebelum ini. Dulu Islam nampak kerdil dari segi ekonomi, ilmu dan juga jumlah. Namun pada saat ini kita dapati barat dah mula rasa tidak selesa dengan situasi yang ada pada orang Islam. Maklumat terkini yang kita perolehi, Barat berasa risau dengan jumlah peningkatan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Pada ketika ini, masyarakat Islam dunia telah mencapai 1.6 Billion berbanding 2.2 Billion masyarakat Kristian dunia. Ini jelas menunjukkan Islam adalah agama paling pesat berkembang di dunia. Hari ke hari masyarakat Islam akan bertambah. Purata dianggarkan masyarakat Islam dunia bertambah sebanyak 3% setahun melalui kelahiran. Itu belum di kira lagi pertambahan dari masyarakat bukan Islam yang memeluk Islam.

Buat masa ini dunia mempunyai dua benda untuk dukuasai, Dollar Currency dan Fuel Currency. Kita sedia maklum Dollar Currency memang di kuasai barat. Manakala Fuel Currency pula dikuasai oleh masyarakat Islam. Walaupun kebanyakan negara Islam yang mempuyai minyak seolah2 tunduk kepada Barat. Namun secara hakikatnya, ia adalah milik masyarakat Islam. D isini komposisi keadaan telah menjadi 1-1 antara masyarakat Islam dan Barat.

Tetapi bila sebut sahaja soal jumlah populasi masyarakat, disinilah bermulanya kejatuhan barat. Dengan jumlah 1.6 Billion ini, cukup sahaja 3% setahun kadar kelahiran masyarakat Islam. Masyarakat Islam akan bertambah 48 juta setahun. Ini bermakna dalam masa 10 tahun sahaja masyarakat islam telah bertambah kepada 2.8 Billion. Mungkin ada yang menyatakan, kita tetap akan sama dengan barat. Kita ada kelahiran, barat juga ada kelahiran, jadi jumlahnya pun akan lebih kurang.

Sebenarnya tanggapan itu mungkin silap. Yang merisaukan barat sekarang adalah, masyarakat Islam tidak kisah beranak ramai, sepasang suami isteri sahaja boleh melahirkan hingga 13 orang anak. Bagi yang beranak ramai, Allah memberikan mereka pahala berlipat kali ganda. Anak juga akan membawa ibubapa ke Syurga. Disokong pula dengan hadith Rasulullah S.A.W yang berbangga dengan umatnya yang ramai.

Manakala masyarakat barat pula tidak berminat beranak ramai. Sejak zaman moden ini, mereka lebih mementingkan kerjaya daripada memikirkan soal anak. Anak akan membuatkan beban tanggungjawab mereka bertambah. Ini akan membuatkan pertambahan masyarakat Islam jauh lebih banyak berbanding barat. Akan datang secara pastinya masyarakat Islam dapat menguasai dua perkara. Pertama Fuel Currency tadi dan kedua Mejoriti Penduduk Dunia.

Sekiranya kita boleh bersama2 memperjuangkan lagi agar negara Islam menggunakan Dinar Currency seperti yang pernah disarankan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, alamatnya barat akan jadi seperti cacing kepanasan. Apakan tidak, Dinar Currency lebih bernilai dari Dollar Currency, Fuel Currency terus dikuasai masyarakat Islam, dan mejoriti penduduk dunia adalah masyarakat Islam. Ditambah pula diharapkan masyarakat Islam bersatu demi memperjuangkan Islam dari terus di tindas. Adakah barat akan berlagak lagi seperti sekarang?. Adakah ia akan terus menindas negara Islam?, atau adakah barat akan tunduk dibawah telapak kaki masyarakat Islam?. Kita tunggu dan lihat kesudahannya….Insyaallah.

p/s : Pesanan Penaja, Banyakkanlah anak ......

2 comments:

MyQa said...

Hehehe...you are right...

Md. adee said...

Heehe~ benar itu ustaz firdaus...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template