Sunday, July 4, 2010

PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH (PENULIS)

Hari ahad 04/07/2010 telah berlangsung satu mesyuarat penubuhan PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH dengan nama singkatnya PENULIS. Mesyuarat penubuhan PENULIS telah dihadiri seramai 10 orang ahli yang di pengerusikan oleh En. Firdaus Said.

Objektif PENULIS ditubuhkan adalah sebagai sebuah badan penyelaras kepada kegiatan dakwah di alamaya. Sebagai sebuah badan yang menyeimbangkan pengguna ICT dengan lebih bermanfaat. Sebagai sebuah badan yang akan mengatur gerak gempur ketika Islam di badai isu. Sebagai sebuah badan yang akan mengambil kisah setiap hal berkaitan Islam. Sebagai sebuah platform untuk berkarya bagi yang menginginkannya. Sebagai Sebuah medan melatih ahli untuk berfikir, membaca, mengkaji, menulis dan berdakwah secara lapangan dan medan Menghimpunkan pemikir-pemikir Islam di Sabah.

Setiap ahli diminta mempunyai blog atau web sendiri dan menulis artikel berkaitan hal ehwal yang di anggotainya dalam PENULIS sebanyak 1 artikel seminggu. Ini bererti setiap ahli mempunyai 4 artikel sebulan. Sekiranya PENULIS mempunyai 100 orang ahli, bererti PENULIS mempunyai 400 artikel sebulan dan sebanyak 4800 artikel setahun. Dengan ini, kita ada 4800 artikel yang terancang setahun berlegar di ruang maya. Sekurang-kurangnya peratusan jumlah artikel bercirikan Islam di alamaya bertambah walaupun sekadar 0.0001%.

Mesyuarat telah memutuskan jawatankuasa kerja PENULIS seperti berikut, Presiden En. Firdaus Said merangkap Pengerusi Hal Ehwal Islam. Tim Presiden I En. Mizpal Ali merangkap Pengerusi Hal Ehwal Penyelidikan. Tim Presiden II En. Najal Punjung merangkap Pengerusi Hal Ehwal Mualaf. Setiausaha Cik Kasmayanah Aco merangkap Pengerusi Hal Ehwal Kesihatan. Tim Setiausaha Cik Khairun Nisaa’ Mohd Nor merangkap Pengerusi Hal Ehwal Sejarah Islam dan Bendahari Cik Noraini Mohd Taib merangkap Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manakala selaku AJK pula En Jutom Ongkosing merangkap Pengerusi Hal Ehwal Alam Sekitar dan En Ammar merangkap Pengerusi Hal Ehwal Kemanusiaan. Masih ada beberapa Hal Ehwal (HE) lagi yang kosong dan belum mempunyai pengerusinya. Setiap pengerusi di kehendaki mencari ahli untuk meramaikan lagi ahli PENULIS.

Ahli-ahli PENULIS diminta untuk berfikir apa yang hendak di tulis, membaca dan membuat kajian isu yang di tulis, seterusnya menulis diblog. Dengan kelapangan yang ada, ahli diminta untuk menyampaikan hasil penulisan kepada pihak bertanggungjawab sebagai makluman dan bertanyakan statusa dan rancangan penyelesaian daripada pihak berwajib. Ini secara tidak langsung, PENULIS memupuk satu budaya Ilmiah dan keprihatinan kepada masyarakat dalam gerakan ini.

PENULIS dalam proses menambahkan keahlian, bagi sesiapa yang berminat bolehlah menyampaikan hasrat kepada PERTUBUHAN BLOGGER ISLAM SABAH di alamat email BloggerIslam@yahoo.com. Pemohon haruslah 18tahun dan keatas. Perlu mengisi borang dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, 1 keping salinan kad pengenalan, yuran keahlian RM2.00 dan perlu menulis sebuah artikel Islam tidak kurang daripada 500 patah perkataan. Borang akan diemailkan kepada pemohon setelah pemohon berhasrat untuk menyertai PENULIS. Semoga gerakan ini boleh memberi sebuah ruang kepada pengguna alamaya untuk menggunakan ICT kepada yang lebih bermanfaat. Fikir-fikirkan!!!.

6 comments:

MyQa said...

Good work Anamasyhur!

anamasyhur said...

MyQa...Saya berhasrat untuk menjemput kamu dalam gerakan ini la...Jom la bersama2 kita meningkatkan kebolehan kita dalam berfikir, mengkaji dan menulis....harap kamu dapat respond ke email PENULIS ya...

MyQa said...

Ahem... Insya'Allah...

MyQa said...

I will try my best... so far I can spontaneously leave comments because I like to read but I've never write let alone Blog... hehehe...thank you for your invitation... I'm honoured... but are you going to sponsor for me? Hehehe... just kidding...

Biarkan Penaku Berbicara said...

A'salam...Anamasyhur

Syabas atas inisiatif Anamasyhur yang ingin meningkatkan martabat pendakwah Islam di Sabah ini....

Teruskan usaha yang Anamasyhur percaya dan pertahankan selama ini...

InsyaAllah usaha gigih yang tulus akan mendapat keberkatkan dan keredhaan dari Allah SWT dan jestru itu mudah2an Dia akan mempermudahkan perjalanan Anamasyhur...amin...

I LIKE THIS IDEA AND WILL SUPPORT YOUR EFFORTS & BLOG ALL THE WAY....InsyaAllah Kami akan sebarkan hasrat murni Anamasyhur.....

anamasyhur said...

Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda terhadap usaha saya. Ini hanyalah sekadar tanggungjawab saya sebagai Insan dan menjadi tanggungjawab bagi setiap kita untuk mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran.

Namun support sekadar support sahaja tidak akan memberikan impak yang besar kepada perjuangan. Hantarlah email ke bloggerislam@yahoo.com supaya boleh saya berikan anda borang.Isilah borang dan menjadi ahli kepada PENULIS.

Soal sponsor saya tidak pasti pula sponsor apa?.setahu saya mempnyai blog peribadi tidak memerlukan sebarang kos. Just sign up sama seperti sign up email.

Kalau tidak tahu menulis atau tidak pernah, janganlah risau. saya sendiri pun asalnya tidak pandai menulis, tetapi apabila kita tidak meletakkan diri kita pada tempat yang terpaksa, sampai bila pun kita tidak akan pandai.

marilah bersama2 kita membudayakan ilmu dalam PENULIS. Kita akan bersama2 berusaha untuk berfikir, membaca dan mengkaji sebelum membuat penulisan. secara tidak langsung kita akan membudayakan ilmu dalam kehidupan kita. Saya tunggu email anda berdua, terima kasih.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template