Thursday, August 5, 2010

BENARKAN REMAJA BERKAHWIN


Tengah santai-santai membaca akhbar, rasa terpanggil untuk menulis artikel berkaitan “Cadangan Benarkan Pelajar Berkahwin”. Dalam akhbar pelbagai reaksi yang kita terima. Ada yang pro dan ada yang kontra. Namun segalanya haruslah diselesaikan dengan fakta dan kewajaran yang sebenar.

Saya secara peribadi bersetuju dengan kebenaran pihak berkuasa negeri memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Saya percaya, pihak berkuasa bukan semudah2 membenarkan, tetapi bergantung pada sesuatu kes dan atas kebenaran ibu bapa dan penjaga rejama tersebut.

Dengan gejala Sosial masakini, bersabit pula isu pembuangan bayi seperti membuang sampah, kita bukannya kembali ke zaman silam, tetapi kita berbalik kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah bila sesuatu masalah tidak menemui jalan penyelesaian. Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Kenapakah Menteri berkata sedemikian, adakah dengan tidak membenarkan remaja bawah umur berkahwin hingga kehamilan di luar nikah dan pembuangan bayi yang tidak ada jalan penyelesaiannya itu boleh dikira sebagai diterima secara moral dan sosial?. Berapa ramai lagi bayi-bayi harus menjadi korban?. Apa jalan penyelesaiannya.

Adakah kita terus menerus hendak menghukum remaja yang terlanjur dek kelemahan kita menyediakan pendidikan rohani secara teras dan kelemahan kita dalam memandu arah anak-anak remaja agar pergaulan bebas dapat dibendung?.

Janganlah kita asyik menghukum sedangkan kita tidak menyediakan mereka ruang alternatif bagi menyelesaikan konflik dalaman mereka. Siapakah kita untuk mengatakan tidak untuk remaja bawah umur berkahwin sekiranya ibu bapa mereka membenarkan?. Janganlah kita halang kehendak naluri insan, kerana ia akan memberontak dan akan memberikan kesan negetif kepada masyarakat.

Haruslah memahami mereka dengan dipandu arah dengan laluan yang betul. Agar mereka selamat dari dosa, bayi tidak menjadi korban dan tidak memberikan kesan negetif pada masyarakat umumnya….Fikir-fikirkanlah….

2 comments:

NurHayyu said...

A'salam...anamasyhur...
kekadang kita harus juga melihat dari segi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pasangan yang sudah bergelar ibubapa tidak kira mereka itu tua ataupun masih muda...

soalnya remaja sudah maklum akan risiko yang akan timbul dengan seks bebas ini,namun mengapa mereka masih teruskan juga...
ini adalah kerana sikap sesetengah kita yang selagi tidak terkena pada diri sendiri selagi itulah kita tidak akan sedar....

jika persoalan ini diajukan kepada saya,saya akan iyakan dengan syarat mereka perlu faham akan tanggungjawab mereka apabila mereka bergelar ibubapa...

ibubapa/sekolah/masyarakat semuanya perlu memainkan peranan masing2 tidak kira apa isu sekali pun...sekiranya kita gagal maka begitu juga generasi akan datang...

kita gagal memikul tanggungjawab kita, kita hanya tahu menuding jari apabila sesuatu yang buruk berlaku di kalangan masyarakat kita...

adakah kita perlu teruskan cara hidup sebegini??ATAU kita wajar mengubah masa depan generasi kita dengan melakukan sesuatu yang positif....di masa KINI....

Wassalam...

anamasyhur said...

Terima kasih NurHayyu, Saya terima pendapat anda. Cuma perlu saya tambah, point disini adalah untuk mengelak daripada gejala pembuangan bayi terus menjadi seperti pembuangan sampah.

Dalam isu ini, keta dah jelas mahkamah yang selayaknya untuk memutuskan samada seseorang remaja dibawah umur itu dibenarkan untuk berkahwin atau tidak. Jadi disini, tidak timbul soal kemampuan atau tidak.

Lagipun...Kalau pun kita benarkan mereka berkahwin atas kehendak mereka sendiri dan dengan kependekan akal dan nafsu muda membuatkan rumahtangga mereka runtuh, itu adalah lumrah dalam kehdupan.

tetapi soal anak yang terbiar ini jauh dan di luar tabii kehidupan masnusia. Sekarang, untuk mengelakkan daripada gejala ini berlarutan, kita kena cari penyelesaian yang holistik agar ia memberi manfaat pada semua masyarakat.

Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah, ketepikan segala perselisihan dan kembalilah kepada sistem pentadbiran Islam...insyaallah.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template