Saturday, August 14, 2010

JANGAN HUKUM BUNUH PESALAH BUANG BAYI

Sekali lagi saya tertarik untuk menulis berkaitan isu pembuangan bayi. Dalam kesibukan menguruskan Majlis iftar Perdana Hidayah Center yang akan berlangsung 22 Ogos ini bertempat di Megellan Sutera Harbour rasa gatal tangan untuk membuat sedikit coretan berkaitan gejala ini.

Sekarang nampaknya kita tertumpu kepada isu “cadangan pesalah membuang bayi dihukum bunuh”. Pelbagai bentuk reaksi dari berbagai latar belakang dan skop. Semuanya bertujuan untuk mengapuskan gejala pembuangan bayi yang tidak bermoral ini.

Sebenarnya, untuk mencari jalan penyelesaiannya, kerajaan harus duduk berbincang dengan NGO-NGO berkaitan isu ini dan tidak lupa juga NGO Islam. Dan apabila mendapat maklumbalas, terimalah cadangan NGO dan laksanakanlah seperti yang di cadangkan.

Pada saya, saya akui memang remaja-remaja ini telah terpesong dan terlanjur jauh. Mereka memang bersalah kerana perbuatan terkutuk mereka. Tetapi saya tidak bersetuju sekiranya kesalahan itu tertanggung 100% pada mereka. Sepatutnya, dengan gejala tidak bermoral ini, kesalahan sepatutnya 10 kali ganda daripada 100% tadi tertanggung di bahu Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat dan juga Kerajaan Malaysia. Ini kita perlu akui untuk menyelesaikan masalah ini.

Suka untuk saya mengulang semula persoalan dalam artikel saya sebelum ini bahawa adakah layak kita menghukum orang bersalah, yang mana kita adalah punca mereka melakukan kesalahan?. Sebelum kesalahan ditujukan kepada mereka, kesalahan itu sepatutnya tertuju kebatang hidung kita 10 kali lebih dahulu.

Kita hanya tahu menghukum sahaja, sekadar melepaskan batuk ditangga. Sekadar beritahu kepada masyarakat, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pihak berwajib. Namun adakah kita berusaha sepertimana firman Allah S.W.T jauhilah zina. Jangan katakan nak berzina, kita diperintahkan jauhi zina.

Persoalannya sekarang, adakah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berkerja keras, habis-habisan memohon dan meminta kerajaan menjalankan satu mekanisma pencegahan pergaulan bebas?. Sedangkan menteri sendiri bersalaman dengan bukan muhrim. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, ini akan memberi contoh yang buruk kepada generasi akan datang.

Saya setuju hukuman mati kepada pembuang bayi sekiranya kerajaan telah menambil langkah pencegahan terlebih dahulu sepertimana hukuman keatas kes 39B akta dadah merbahaya. Adakah dengan hukuman mati kepada pesalah buang bayi akan mengurangkan kes gejala sosial ini?. Sedangkan kes dadah yang hukuman mati pun hari-hari juga orang dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan Dadah.

Sebelum kita hendak menghukum orang sehingga hukum bunuh. Tutup dulu lubang-lubang kepincangan ini agar ia nampak terkawal. Kerahkan penguatkuasa undang-undang syariah seperti cadangan saya dalam artikel yang lepas bertajuk “Penguatkuasaan atau jerangkap samar’. Kerajaan harus menutup ruang-ruang pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Majlis-majlis besar harus dipisahkan antara lelaki dan perempuan.

Semua ruang-ruang untuk terjadinya gejala pergaulan bebas haruslah di perjuangkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil berbanding memperjuangkan isu sekarang.

Isu pergaulan bebas adalah isu pokok, kita harus mencari mekanisma pelaksanaannya. Sekiranya selesai ini, insyaallah selesai semua masalah sosial. Tetapi kalau sekadar menghukum pesalah, ia akan jadi seperti kes 39B akta dadah merbahaya yang membawa hukuman mati. Walaupun 39B, hari-hari juga orang dijatuhkan hukuman mati, esok ada lagi orang dijatuhkan hukuman, esok ada lagi, ada lagi.

Selesaikan isunpokok dahulu, insyaallah selesailah segalanya…fikir-fikirkan….

3 comments:

Bella said...

Salam kepada Anamasyhur,

Kadangkala, dlm hidup memang orang akan buat kesilapan tidak kira kecil mahupun besar, namun demikian antara perkara-perkara yg dilaranglah yg manusia akan buat. Sebab kita ni manusia mmg banyak kekurangan dlm pelbagai perkara biarpun jika kita ni dikira sebagai seorg yg mempunyai daya pemikiran yg sepatutnya dapat membezakan kita diantara manusia dengan haiwan.

Tuhan maha pengampun dan maha penyayang, bukan kah kita patut mencontohiNya?

Tapi manusia juga pula beria-ia pula menjadi penghukum, pengadil, pengutuk, pencaci dll

Bagaimana pula hendak membantu org untuk bertaubat? Kemungkinan semasa melakukan kesalahan tersebut dlm keadaan terdesak, mereka sudah tidak dpt berfikir dgn jelas dlm kata pendek...bingung... Apabila perasaan terganggu, pemikiran jadi buntu.

Kita juga harus bantu mereka memperbetulkan jalan hidup mereka dgn memberi mereka opsyen agar pintu hati mereka terbuka dan kembali lagi kepada jalan yg benar.

Banyak perkara yg kita sepatutnya tangani bersama bukan hanya tahu untuk menjatuhkan hukuman. Jika seseorg diberi peluang beberapa kali tetapi masih tidak pandai bertaubat, mungkin kita patut bagi amaran kepada pesalah beberapa kali dan kemudian tindakan diambil sekiranya pesalah berkeras juga tidak mahu berubah.

Banyak perkara yg kita lakukan pertama kali kemungkinan adalah antara perkara yg salah. Tetapi kita sepatutnya belajar daripada kesilapan tersebut, cerminkanlah balik diri kita dan memperbetulkannya yakni SEDAR dan BERTAUBAT...

Sekiranya kita pula di tempat mereka, apa pula perasaan kita?
Berkata-kata dan mengadili kesilapan org lain mungkin senang tetapi jika kita yg mengharunginya situasi ini mungkin agak sukar.

Saya memohon maaf kepada Anamasyhur sekiranya saya terkasar bahasa tetapi cuma untuk berkongsi pendapat.

Terima kasih.

anamasyhur said...

Saya setuju sangat dengan Bella. Pendek kata, sebelum menghukum seseorang atasi dulu masalah itu dan tutup semua lubang kelemahan agar ia tidak terus berlaku....

anamasyhur said...
This comment has been removed by the author.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template