Tuesday, August 24, 2010

MIPHCKK2010 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA



Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre telah selamat berlangsung dengan jayanya di Megellen Ballroom Sutera Harbour pada 22 Ogos 2010 (AHAD) lepas. Alhamdulillah hampir 450 orang telah memenuhi Ballroom tersebut. Berbagai acara telah disajikan seperti bacaan doa dalam Bahasa Cina, Bacaan Surah Ali Imran ayat 18-19 dan diterjemahkan dalam bahasa Dusun, Cina, Inggeris dan Melayu.

Majlis tersebut telah di rasmikan dengan sempurna oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Ucapan Datuk Masidi cukup memberikan semangat baru dalam perjuangan bagi mengangkat martabat Saudara Baru yang adakalaya masyarakat menganggap sebagai Umat Islam Kelas Kedua.

Teks Ucapan Saya pada malam tersebut selaku Pengarah Program adalah seperti Berikut:-

Asslamualaikum Wr. Wb…

YB Datuk, Datin, Tuan-Tuan & Puan-puan yang dihormati Allah sekelian,

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, atas limpah rahimnya pada malam ini kita adalah antara orang yang terpilih untuk menghadiri majlis yang penuh erti ini. Datangnya kita ke sini bukannya kerana kita sihat serta kuat dan bukan juga kerana kita mempunyai masa kelapangan dan kekosongan. Tetapi datangnya kita ke sini adalah atas kehendak dan pilihan Allah s.w.t.

Berapa ramai rakan-rakan kita yang kita jemput dan sepatutnya hadir, berapa ramai di luar sana yang mendapat surat rasmi, Broucher atau SMS dari Hidayah Center?. tetapi kita juga yang Allah pilih untuk hadir pada malam ini bagi meraikan Saudara Baru. Sesungguhnya majlis ini mempunyai suatu makna yang cukup besar pada setiap kita yang hadir. Ini kerana, saya percaya semua kita yang berada di dalam dewan ini, mempunyai suatu semangat dan keinginan untuk meraikan para Saudara Baru kita.

YB Datuk, Datin, Tuan & Puan, yang dirahmati Allah sekelian

Sesungguhnya Majlis Iftar Perdana Hidayah Center atau MIPHC adalah acara tahunan Hidayah Center sejak 6 tahun di Hidayah Center Pusat. Namun tahun ini, buat pertama kalinya Hidayah Center telah menganjurkan MIPHC di luar dari Ibu Kota Kuala Lumpur. Untuk tahun ini Hidayah Center Pusat menganjurkan MIPHC di Kompleks Perbadanan Putrajaya di Putrajaya, pada 28 Ogos 2010, Hidayah Center Pulau Pinang di Dewan Melenium Kepala Batas pada semalam dan Hidayah Center Negeri Sabah di sini pada malam ini.

Tujuan utama penganjuran MIPHC ini adalah bagi meraikan Saudara-saudara baru. Yang mana ada di kalangan mereka yang memeluk Islam, tinggal dengan keluarga mereka yang bukan Islam. Mereka ini akan bersahur dan berbuka puasa beseorangan, atas maksud itu kita jemput mereka pada malam ini untuk diraikan. Tujuan kedua adalah bagi memasyhurkan Hidayah Center dan yang ketiga bagi mengumpulkan dana untuk menampung kos pengoperasian Hidayah Center Negeri Sabah.

Namun MIPHC Negeri Sabah kali ini membawa satu pendekatan yang agak unik. Ada yang mengistilahkan sebagai Funny lucu dan lawak, kerana para saudara baru diminta mengenakan pakaian batik dengan di vestkan atau di kodkan dengan baju tradisi suku etnik masing2. Namun pendekatan ini bukanlah sekadar pendekatan biasa, tetapi ia memberikan mesej kepada masyarakat bahawa Saudara Baru ini hanya agamanya sahaja yang bertukar kepada Islam, manakala bangsa, budaya, suku etnik dan keluarga harus terus sama seperti sebelum memeluk Islam selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Namun malam ini kita nampak, banyak dari kalangan saudara baru tidak memakai pakaian tradisi disebabkan mereka beranggapan setelah memeluk Islam, mereka harus meninggalkan segala apa yang ada sebelum mereka Islam, hatta baju kebudayaan mereka pun mereka tinggalkan.

Untuk menjayakan majlis sebegini bukanlah suatu kerja yang mudah, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Di tambah pula usaha-usaha ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan wang ringgit pada mana-mana individu. Akan tetapi, majlis ini dapat juga berjalan seperti yang kita lihat pada malam ini.

Kunci pada kejayaan majlis ini adalah tergantung sepenuhnya kepada kesatuan dari pelbagai pihak. Terutama sekali kesatuan dari kalangan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Iftar Perdana Hidayah Center Negeri Sabah. Mereka inilah orang di sebalik tabir yang membantu saya dalam menjayakan majlis ini. Berkorban dalam segala hal bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancer.

Atas maksud itu saya mengucapka jutaan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana MIPHC Negeri Sabah atas kesabaran dan ketabahan mereka dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih tidak terhingga buat Saudara Marsus Jabar YDP JIM Sabah, Veddin Ismail Bendahari JIM sabah, Hj Saberun Abd Kadir, Saudara Shahrul Suhod, Rudy Petrus, Azmieza Andaman, Mariam Dawalih Dan juga kasmah Buba.

Tidak lupa juga buat isteri saya Hayati Eree, anak-anak saya Muhammad Faqih dan Muhammad Fahim dan tidak lupa juga kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya sehingga saya dapat meletakkan diri saya dalam perjuangan ini dan begitu memahami perjuangan yang suci ini. Terima kasih juga kepada Saudara Jutom Ongkosing @ Abu Abu Bakar Ongkosing Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) Jawatankuasa MIPHC Pusat dan semua yang telibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga usaha kita ini akan menjadi pendorong dan semangat lagi dalam berperjuang bagi memertabatkan Islam dan memberi sokongan kepada Saudara Baru di bumi Sabah.

Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam majlis ini. Segala kekurangan, kelemahan, dan kesulitan amatlah kami kesali dan kami memohon sejuta kemaafan. Semoga kita di panjangkan umur dan usia untuk kita berjumpa lagi di MIPHC tahun hadapan, insyaallah.

Allah Berfirman…

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar

Surah Al-Hujurat : Ayat 15.

Selamat Menjamu Selera dan Berseronoklah..
Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

Saya harap pertubuhan ini benar2 memperjuangkan Islam dan saudara baru dan tidak hanya memperalatkan saudara baru demi menaikkan nama sendiri.

Biarkan Penaku Berbicara said...

A'salamualaikum...
syabas..kepada Hidayah Centre Sabah kerana berjaya melaksanakan Majlis IFTAR Perdana baru2 ini...

Walaupun bukanlah 100% sempurna namun saya kagum dgn usaha gigih,semangat dan keberanian semua yang terlibat,telah bekerjasama menjayakannya...

InsyaAllah..Semoga di masa2 akan dtg...saudara baru kita akan dapat berganding bahu dan berjuang bersama tanpa adanya perkataan 'baru' tetapi sebagai umat Islam bersatu memperjuang dan mempertabatkan agama Islam yang lebih kukuh dan bersepadu...amiinnn..

Perbaiki yang lemah dan kurang dengan berfikiran positif...jauhkanlah segala sifat buruk sangka yang tidak baik...

Anggaplah segala teguran yang dilimpahkan pihak lain sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri dan menyemarakkan lagi semangat berjuang ke arah kebenaran...

Wasalam...

anamasyhur said...

Terima kasih kepada anda yang memebirikan komen membina. Insyaallah Hidayah Centre akan terus berjuang memertabatkan Saudara Baru.

Masalah nama ini telan mati emak, luah mati bapa. Saya dah beberapa kali mengukuti berbincangan mengenai nama ini. Namun semuanya salah. ada yang beri nama Saudara Baru, Saudara Kita, Saudara Muslim, Saudara Islam dan Mualaf dan berbagai2 lagi. Namun semuanya ada pro dan konta. Rasanya baik guna nama Mualaf la seperti dalam Al-Quran.

Soal peralatkan Saudara Baru, bagus juga saudara nyatakan di sini. Boleh rakan2 lain baca. Saya tidak pasti pula rakan2 lain, Tetapi bagi yang mengenali saya, mereka tahulah siapa saya dengan saudara baru. Sejauh mana keterlibatan saya dengan Saudara Baru. Moga rakan2 lain turut serta bersama2 memperjuangkan saudara baru dengan erti perjuangan yang sebenar...Amin...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template