Tuesday, December 21, 2010

ANTARA KERJAYA PERJUANGAN DAN KEPERLUAN

InsyaAllah bulan April 2011 ini genam 6 tahun saya dalam dunia perjuangan dakwah. Hampir 6 tahun saya terlibat dalam gerakan dakwah yang bermula sebagai guru takmir, guru kafa dan juga penggerak di Teratak Fitrah yang kini Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT).
Alhamdulillah pada saat ini saya merasakan yang saya telah banyak pelajari selok belok sepak terajang dunia dakwah di Negeri Sabah khususnya di Pantai Barat Sabah. Ramai yang saya kenal samada bersama-sama dalam perjuangan dakwah mahu pun yang tidak tahu pun apa itu perjuangan Islam.

Sebut sahaja soal berkaya perjuangan, saya agak berpuas hati dengan pencapaian karya saya buat masa ini. Kejayaan menerajui Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre yang lepas dengan kutipan jualan meja hampir RM50,000.00 dan perlantikan saya selaku Pegawai Eksekutif Pentadbiran di Hidayah Training Centre adalah satu pencapaian yang saya tidak pernah terfikir. DitTambah lagi rakan dari Kuala Lumpur ada meminta saya menerajui Konsert Maher Zain di Kota Kinabalu Februari ini. Ini semua tidak pernah pun terlintas di fikiran sebelum ini.

Berdasarkan latar belakang akademik saya yang tidak berapa baik, ditambah usia yang masih muda, pengalaman yang sedikit, tidak mempunyai kerja yang tetap, saya tidak pernah terfikir akan mencapai kejayaan seperti ini. Pencapaian ini tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain, namun pada saya kejayaan pada ini sangat saya hargai dan berpuas hati. Ini belum lagi bercerita kenalan yang ramai di sekitar Pantai Barat Sabah. Ini semua adalah pencapaian hasil turunnya kelapangan selama ini.

Namun saya ada bertanyakan kepada keluarga saya, apakah ertinya semua kejayaan ini sekiranya kehidupan kita masih seperti 6 tahun lepas?. Apakah erti kita menerajui pelbagai bentuk perjuangan kalau sewa rumah asyik tertunggak setiap bulan. Apakah ertinya orang pantai barat kenal kita, di sebut di sana sini tetapi bil air dan letrik juga tertunggak?. Apakah erti berceramah di hadapan orang yang berpendapatan tinggi sedangkan anak kita tidak ada perlindungan takaful?.

Inilah yang menjadi fikiran saya akhir-akhir ini sementara menantikan kehadiran zuriat yang ketiga pada bila-bila masa sahaja akan lahir. Selalu saya terfikir sekiranya saya meninggal dunia dalam masa terdekat, tidak ada apa yang akan saya tinggalkan pada mereka kecuali hutang dan beban tanggungan.

Memandangkan negara kita tidak menjadikan Pendidikan Islam sebagai matlamat utama atau pun asas dalam pembangunan modal insan, maka tidak ada ruang mencari keperluan bagi orang seperti saya. Atas maksud itu saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keperluan hidup yang tidak pernah saya fokuskan sejak 6 tahun lepas. Azam saya 2011 adalah keperluan keluarga saya harus diberi tumpuan sebiak mungkin . Walau bagaimana pun, perjuangan dakwah harus di teruskan kerana ia telah mengalir dalam darah sejak saya kecil lagi.

Sebenarnya saya telah membuat beberapa keputusan bersabit kepada isu di atas. Cuma belum sampai masanya untuk saya coretkan di sini. InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan maklumkan pada pembaca sekelian status keadaan saya yang terkini. Satu keputusan yang tidak juga berat di laksanakan tetapi tidak juga mudah untuk di terima. Pepatah menyatakan “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. InsyaAllah, kita berniat apa pun yg kita buat tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah S.W.T. InsayAllah kita akan mendapat redanya…InsyaAllah….

2 comments:

nurhayyu said...

syabas Anamasyhur...
begitu la yang diharapkan kepada semua pejuang agama Allah...
akan tetapi jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab yang terdekat dan yang paling utama selain Allah iaitu...KELUARGA....

Kekadang rasa takut mati keseorangan tanpa kehadiran ahli keluarga di saat2 akhir amat menyedihkan..kerana semasa hidup kita asyik sibuk berdakwah sini sana tetapi terabaikan keluarga sendiri...

Rasa-rasanya kita sudah tahu apa resolusi yang patut diambil sebelum menjelang tahun 2011...

Ingat di mana bumi kita pijak....jangan sampai kejayaan mengaburi mata dan hati kita...

InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik dan diberkati Allah...

Teruskan perjuang Anamasyhur...

p/s apa perkembangan Blog Penulisan setakat ini? Dah dapat sambutan yang menggalakkan?

Wassalam n tahniah dengan tambahnya seorang lagi cahaya mata soon....Sabahan Future Pendakwah...

anamasyhur said...

Terima kasih sekali lagi Nurhayyu atas pesanan anda... saya faham apa yang anda maksudkan...cuma kena kita bandingkan juga dengan surah At-Taunah : 24.

Apa pun seperti yang saya katakan bahawa ini adalah satu proses untuk cuba memenuhi sedikit daripada keperluan yang akan memudahkan gerakan dakwah di hari akan datanG....InsyaAllah diharapkan kita tidak lalai dengan kelebihan yang ada pada kita.

soal PENULIS begitu2 sahaja sehingga menyebab saya menulis artikel "perpecahan punca dakwah di Sabah terbantut". tidak minat untuk bergabung.

pasal baby, terima kasih...doakan semuanya selamat...

Terima kasih sekali lagi...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template