Friday, December 17, 2010

STATUS SAUDARA BARU : BUKAN ALASAN BERMALAS-MALASAN

Sejak saya terjun kelapangan dakwah, pertubuhan saudara baru adalah medan saya. Dengan Saudara Baru la saya menimba pengalaman, kemahiran dan kebolehan. Hingga ke hari ini saya tetap dengan Saudara Baru, buat program, mengajar juga berkawan dengan mereka.

Suatu hari saya sempat bercerita dengan seorang rakan melalui laman facebook. Saya bertanya, "kamu tidak pergi kelas ka minggu ini?". Kawan tu menjawab “malas la ust”. Saya bertanya lagi “menuntut ilmu mana boleh malas”. Kawan tu jawab “ biasa la ust, kami nikan mualaf?malas ba. Minggu- minggu depan la saya pergi”.

Dari peristiwa itu, saya tambah keliru dari kekeliruan yang telah lama saya bingungkan. Dari mana sebenarnya perkataan mualaf ini. Kenapa seorang yang memeluk Islam d panggil mualaf, seolah-olah ada satu pecahan lagi di dalam Islam. Saya bagitau kawan tu “tidak boleh malas belajar, kita hanya ada dua sahaja, ISLAM atau KAFIR. Kalau kafir tu memang tidak masuk buku la. Tapi kita ISLAM bererti kita harus jadi seperti orang Islam yang lain”.

Rupanya kawan tu beranggapan yang status mualaf tu memang khusus untuk orang telah convert. Saya bagitau kawan tu “ mualaf tu dalam bahasa arab, bermaksud orang yang baru berjinak-jinak mendekati Islam, kamu tu bukan lagi baru berjinak-jinak, kamu dah masuk pun ke dalam Islam, jadi kamu tu Islam bukan mualaf”. Kawan tu siap pertahankan lagi yang mualaf tu adalah mualaf. “Tanya la sama semua kawan-kawan dan saudara baru, mesti dorang cakap dorang mualaf”.

Inilah yang terjadi pada rakan-rakan kita yang distatuskan sebagai mualaf. Dia menimbulkan krisis identiti kepada mereka, mereka merasakan mereka adalah sebahagia dari Islam yang telah di statuskan sebagai mualaf. Mereka selalu beranggapan yang mereka ini tidak seperti orang Islam lain yang perlu menjalani kehidupan Islam.

Kita harus jelas, dalam kehidupan kita hanya ada ISLAM dan KAFIR, tidak ada status selain dua ni. Kita sebagai seorang Islam harus menjalani kehidupan seperti orang Islam yang lain. Harus terus terus belajar dan mendalami ilmu agama agar lebih memahami apa dia Islam sebenar.

Bagi masalah di atas yang paling bersalah adalah mereka yang mengahwini saudara baru, terutamanya suami. Ini kerana mereka hanya sekadar mengahwini tetapi tidak membimbing. Yang kedua bersalah kita la,ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah, pejuang-pejuang yang sibuk menguruskan perpecahan sehingga saudara baru terabai. Dan yang ketiga adalah pihak kepimpinan kerajaan. isu dan dana untuk agama haruslah diberikan keutamaan dan bukan sekadar isu terpencil. Kalau kerajaan mahukan rakyat yang berkualiti, harus dimantapkan iman dan ilmu mereka, agar rakyat tidak seperti cerita di atas....fikir-fikirkanlah.

3 comments:

nurhayyu said...

A'salam Anamasyhur...
topik ni memang mengena...
tapi yang da jelas nak pula disembunyikan dgn b'bagai alasan...

Sebenarnya yg paling utama sekali yg patut dipersalahkan adalah "DIRI SENDIRI" bukan b'bagai alasan yg perlu diberi utk melepaskan kemalasan kita....bukan begitu???

Semasa kita memeluk Islam,kita akan bersaksi bahawa tiada sesiapa yg memaksa kita memeluk agama suci ini selain dari kerelaan diri sendiri..dan sudah menjadi tanggungjawab sendiri utk menuntut ilmu sampai ke 'negera China' kononnya,sebenarnya ianya membawa erti selagi kita diberi rezeki dan kesihatan maka tuntutlah ilmu itu...walaupun si suami t'kadang t'lupa akan tanggungjawab mrk...

Pendek kata,tuntut la ilmu itu dgn seikhlas hati kita tanpa jemu dan tanpa 101 alasan...

Wassalam....

anamasyhur said...

Terima kasih nurhayyu atas komen anda dan terima kasih juga kerana terus mengikuti perkembangan blog amnamasyhur.

Nurul said...

Salam...
Sy sangat bersetuju dengan saudari nurhayyu.Sangat benar status saudara baru itu bukan alasan untuk bermalas-malasan dalam menuntut ilmu Islam.Saya menyeru kepada saudara2 baru/mualaf, marilah kita sama-sama menuntut ilmu islam, kerana dengan menuntut ilmu Islam inilah kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template