Friday, May 21, 2010

SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM


Dalam gerakan dakwah ketika ini, Ilmu memainkan peranan penting untuk menyebarkan syiar Islam agar sampai kepada seluruh masyarakat Islam. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Ilmu pula hari ke hari perlu kepada pembaharuan dan peningkatan.

Dakwah kepada masyarakat bukan Islam, kebiasaannya kita menggunakan ilmu perbandingan agama sebagai kunci penting untuk berdakwah. Dengan adanya ilmu perbandingan agama, seorang pendakwah itu bebas untuk berdakwah kepada siapa sahaja tanpa perlu gentar dan takut.

Dari kelas ke dewan, dari bandar ke desa, dari masjid kegereja. Semuanya dimasuki untuk menyampaikan syiar Islam dengan pelbagai pendekatan. Adalah melalui rundingan, ceramah, syarahan, debat dan pelbagai cara lagi. Namun, semuanya lebih kepada perbandingan agama. Sehingga kita beranggapan itu sahaja kunci untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Tapi sebenarnya kita lupa, sejarah kegemilangan Islam juga adalah salah satu bidang perbandingan yang perlu dikuasai pendakwah. Namun buat masa ini, di Sabahkhasnya belum ada pakar dalam bidang sejarah kegemilangan Islam setaraf dengan Ust Abu Hurairah dan Hj Muhammad Nicolas dalam perbandingan agama. Kalau ada pun, rasanya belum ada yang menonjol untuk dijadikan mentor dalam Sejarah Kegemilangan Islam.

Bila bercerita tentang sejarah, kita selalu bercerita tentang jatuh bangun sesuatu bangsa atau kerajaan. Sebenarnya sejarah bukan membahaskan tentang itu. Tetapi sejarah menceritakan segala aspek yang ada pada era tersebut. Ia menceritakan tentang pentadbiran kerajaan, ekonomi, keperibadian & akhlak pemimpin, strategi kepimpinan, hubungan diplomatik, tujuan & strategi perang, ketamadunan, kebaikan dan keburukan kerajaan era itu dan pelbagai lagi.

Bila sebut sejarah kegemilangan Islam, pendakwah boleh menggunakan sejarah ini sebagai perbandingan antara kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam ketika itu. Kita boleh huraikan dan bandingkan satu persatu, bab ke bab berkaitan sejarah tersebut. Contohnya, bagaimana pentadbiran kerajaan Islam zaman kegemilangan Islam berbanding kerajaan bukan islam?. Bukankah kerajaan Islam menjaga rakyatnya dengan aman damai berbanding kerajaan barat dan eropah yang menyembelih masyarakat Islam?.

Bukankah Islam memerintah dengan penuh sifat kerakyatan tanpa terlalu mengira protokol dan pangkat. Seperti cerita-cerita Khulafa Ar-Rasyidin, Umar Abd Aziz, Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam As-Syafie, Abu Bakar Al-Bakillah, Salahuddin Al- Ayubi dan lain-lain pemimpin pada zaman kegemilangan Islam.

Bukankah pemimpin kerajaan Islam berhabisan menentang sultan yang zalim dan jahil berbanding pemerintah barat dan eropah yang bersokongkol?. Kerajaan Islam membuat sesuatu serangan ketenteraan kerana ingin membebaskan sesuatu negara dari cengkaman kezaliman dan akan mendamaikan kehidupan rakyat negera tersebut berbanding serangan ketenteraan barat dah eropah yang berkepentingan, menginginkan penguasaan ekonomi serta menindas masarakat setempat.

Boleh juga di buat perbandingan, di zaman kegemilangan Islam. Berapa ramai masyarakat bukan Islam yang di sembelih berbanding orang Islam?. Berapa ramai pemimpin Islam yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi berbanding pemimpin barat dan eropah?.

Inilah yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat bukan Islam di samping di ceritakan tentang perbandingan agama. Mereka akan memahami bahawa agama mereka mempunyai kepincangan dari segi perbandingan agama melalui bible dan Al-Quran. Dan memahami dari segi sejarah bahawa Zaman Kegemilangan Islam adalah zaman pentadiran yang penuh aman damai berbanding huru hara zaman pemerintahan kerajaan barat dan eropah.

Sejarah telah membuktikan bahawa Islam pernah memerintah negara barat dan eropah sebelum ini dengan keamanan dan kedamaian. Bersamaan dengan kajian sosiologis dan demografis, kita juga tidak boleh melupakan bahwa Eropah bukannya baru pada dunia Islam, akan tetapi Islam merupakan sebahagian yang tidak boleh di pisahkan dari Eropa.

Eropah dan dunia Islam telah berhubungan kait selama berabad-abad lamanya. Contohnya kaitan Islam pada negara Andalusia (756-1492) di Semenanjung Iberia, dan kemudian selama masa Perang Salib (1095-1291), serta penguasaan wilayah Balkan oleh khalifah Uthmaniyyah (1389) memungkinkan terjadinya hubungan timbal balik antara kedua masyarakat itu.

Kini banyak pakar sejarah dan sosiologi menegaskan bahwa Islam adalah pemacu utama perpindahan Eropah dari gelapnya pada abad pertengahan menuju terang-benderangnya masa Renaisans. Di masa ketika Eropah terbelakang di bidang kedokteran, astronomi, matematika, dan di banyak bidang lain, kaum Muslim memiliki perbendaharaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan kemampuan hebat dalam membangun.

Tidak ada dalam sejarah dunia menunjukkan kerajaan Islam berlaku zalim terhadap rakyatnya berbanding zaman Nazi, Holocous, Serbia dan beberapa carita sejarah lain yang menjelaskan kekejaman kerajaan barat dan eropah terhadap rakyatnya terutama yang beragama Islam.

Disini kita nampak bahawa sejarah boleh menyokong kita meyakinkan masyarakat bukan Islam supaya mempercayai ajaran Islam. Ajaran Islam yang merangkumi segala aspek kehidupan, samada dari bangun tidur hingga tidur kembali semuanya ada panduan yang digariskan oleh Islam. Cara berpolitik dan memerintah negara serta berdiplomatik antara negera juga mempunyai panduan tersendiri.

Buktinya kita boleh lihat melalui coretan sejarah. Ajaran Islam telah terbukti dengan sejarah kegemilangan Islam yang mana pemerintahan Islam yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai modul pemerintahan.

Ertinya mulai sekarang, pendakwah kita harus lebih berkembang lagi tahap ilmunya serta isi ceramah. Kita tidak boleh lagi terus menerus dengan tajuk kuliah dan ceramah seperti sekarang. Skopnya harus di perluaskan lagi agar masyarakat kita tahu tentang peranan mereka untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam, insyaallah. Fikir-fikirkanlah…..

Thursday, May 20, 2010

WAQAF MASJID DAERAH PENAMPANG



LATAR BELAKANG
Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam


Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pe;bagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragana Islam. Di samping itum penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.


Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi para penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat dididrikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaatdi samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.


Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihakdan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana untuk merealisasikan pembinaan masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

MAKLUMAT LOKASI
Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Waqaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini dengan pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Ketua Menteri juga telah diperolehi bagi tujuan ini

TAWARAN HARGA TAPAK WAQAF
Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak waqaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:-

1 Lot Tapak Waqaf bersamaan dengan 1 kaki persegi bernilai RM100.00

KAEDAH SUMBANGAN
  • Tunai/cek

  • Pemindahan wang bank

  • Memasukkan terus ke akaun bank "Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang"

NO AKAUN BANK ISLAM : 10016010074517

Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A :

Maksudnya : "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya"


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :-

Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang

D/A Lot 28, Tingkat Satu

Lorong Grace Square

Jalan Sembulan

88100 Kota Kinabalu

Sabah

No Tel : 088212080

No Faks : 088212080

DIALOG PERADABAN

Dialog Peradaban adalah anjuran Majlis Gabungan NGO's Islam Negeri Sabah (CONCERN) yang akan membincangkan tajuk "Konsep Ketuhanan Dalam Islam" yang bakal di isi oleh pakar-pakar dalam bidang usuluddin dan perbandingan agama serta perundangan. Antaranya Prof. Madya Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Tn. Haji Mahamad Naser Disa dan Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman. Masa dan tempat adalah seperti berikut :-


DIALOG PERADABAN:KONSEP KETUHANAN DALAM ISLAM,


22 MEI 2010 (SABTU)


8.00PAGI


AUDITORIUM KOMPLEKS GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN


JALAN UMS

Semua dijemput datang beramai-ramai ke majlis ini....

Wednesday, May 12, 2010

POLIGAMI PRODUK TERBAIK

Sebenarnya penulisan saya ini bukanlah memfokuskan kepada persoalan realistiknya poligami. Isunya adalah kenapa masyarakat Islam memandang sinis pada poligami?.

Saya pun sebenarnya tidak berpuas hati dengan isi artikel yang sebelum ini bertajuk BAIKNYA POLIGAMI. Saya dapat rasakan artikel tersebut mesejnya tidak sampai kepada anda sebagaimana yang saya inginkan. saya pun tak tahu bagaimana nak jelaskan, orang sabah kata macam tekulut-kulut (terbelit2) otak saya bagaimana hendak menerangkan apa yang terbuku di hati ini. Tapi insyaallah, saya akan cuba kupaskan sebaik mungkin untuk manfaat bersama.

Saya selalu panas telinga bila berjumpa dengan masyarakat Islam yang memperlekehkan poligami. Benda ini berlaku di mana sahaja, tidak kira latar belakang dan tahap pengetahuan ilmunya, bercakap seolah2 tidak beriman.

Bukankah poligami sebahagian daripada hukum Islam yang perlu di perjuangkan dan dipertahankan?. Bukankah poligami datangnya dari Allah dan Rasul. Kita seharusnya berusaha menjadikan poligami sebahagian daripada hukum yang ada dalam bab perkahwinan yang harus di tonjolkan kebaikannya. Sama seperti hukum lain yang ada dalam Islam.

Poligami boleh diibaratkan sebagai sebuah produk. Produk yang perlu disebarkan kepada masyarakat Islam. Untuk di jadikan sebahagian daripada alternatif yang ada dalam skop perkahwinan bagi mereka yang menginginkannya. Produk khusus yang Allah rekacipta bagi mereka yang memerlukannya untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia. Tapi ajaibnya masyarakaat Islam sendiri yang memburuk2kan produk sendiri, patutkah perkara ini terjadi?. Inilah maksud sebenar yang saya ingin lontarkan kepada anda.

Mudahnya beginilah, kita ambil sebagai contoh sebuah syarikat insuran mempunyai produk terbaik. Produk tersebut adalah produk terbaik berbanding syarikat insuran lain. Egen insuran harus bergerak di seluruh pelusuk tempat untuk mempromosikan produk mereka adalah produk terbaik. Sekiranya di ambil dalam kehidupan, insyaallah akan memberikan manfaat yang besar mengikut terma dan syarat yang di tetapkan walaupun sebenarnya manfaat itu belum nampak depan mata.

Banyak halangan yang egen insuran perlu lalui. Dari segi keyakinan masyarakat terhadap produk terbaik tadi. Adakah masyarakat mampu membuat bayaran premium tahunan berterusan selama 21 tahun?. Sekiranya mendapat kecelakaan, adakah kecelakaan tadi diinsurankan? Bagaimana sekiranya ekonomi merudum dan syarikat tadi gulung tikar, apa akan jadi pada premium yang telah di bayar?.

Lain lagi isunya ramai egen insuran yang kaki kelentong dari pelbagai segi. Ada yang telah ambil wang premium tetapi wang tersebut tidak sampai kepada syaraikat insuran. Ada yang menjanjikan bulan bintang sedangkan bulan bintang pastinya tidak boleh di gapai oleh siapa pun dan bermacam2 lagi keburukan yang telah dilakukan oleh egen insuran. Ini adalah persoalan yang akan menghantui fikiran masyarkat.

Bagi egen insuran yang beranggungjawab pada syarikat, walaupun satu dunia tahu keburukan kebanyakan egen mereka. Mereka tidak akan turut serta dengan orang2 yang memperlekehkan produk mereka, ini boleh dipanggil sebagai PENGKHIANAT syarikat. Untuk berkongsi kebaikkan, agen insuran tadi akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan masyarakat yang produk mereka tetap baik. Masalah egen tadi, itu masalah lain. Itu masalah egen dan tidak ada kena mengena dengan produk yang baik. Sehingga produk tidak baik sekali pun tetap akan di katakana baik sebaik mungkin untuk meyakinkan masyarakat.

Jadi dalam isu poligami, bagaimana hakikatnya?…Dengan tanpa sedar sesetengah dikalangan kita seboleh2nya akan meyakinkan masyarakat Islam bahawa mengamalkan poligami sebagai BOMB TIMER. Sebaiknya tidak diamalkan kerana khuatir ia akan memberi mudarat kepada kita.

Sepatutnya setiap daripada kita perlu mayakinkan yang produk kita (poligami) adalah produk yang baik berbanding produk yang ada pada agama lain dalam memberi alternatif kepada yang memerlukannya untuk kebahagiaan dalam mengharmonikan hidup di dunia. Agama lain tidak ada menyediakan alternatif sebaik poligami. Poligami adalah produk yang telah direkacipta oleh Allah yang Maha Pakar untuk kesejahteraan masyarakat Islam.

Berkaitan dengan perkara negetif yang selalu berlaku, haruslah kita menjelaskan perkara tersebut adalah masalah individu dan tidak semestiya anda yang akan berpoligami juga akan berantakan seperti perkahwinan orang lain. Berpoligamilah jika mampu, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab kepada rumahtangga yang telah dibina.

Dalam isu ini, berapa ramai dari kalangan kita yang bermati matian menjelaskan poligami sebagai perkara yang baik sebagaimana kita mempertahankan agama Islam sebagai agama yang baik?. Saya pasti pembaca akan menggeleng kepala sebagai tanda tidak ada yang berbuat demikian.

Tapi berapa ramai pula dari kalangan kita yang cuba mewujudkan pandangan sinis pada poligami sehingga wujudnya pandangan negetif daripada masyarakat sekarang?dengan sepenuh ikhlas hati anda lihatlah rakan2 di sekeliling anda, saya pasti daripada 10 orang, belum tentu ada seorang akan mempertahankan mati matian. Tetapi nisbah 1 daripada 20 orang mungkin ada.

Kesimpulannya, poligami harus di pisahkan dari perbuatan2 negetif orang yang biasa kita lihat. Poligami adalah produk yang baik buat masyarakat Islam. Yang negetifnya adalah individu yang mengamalkannya dan negetifnya itu bukan datang dari poligami tersebut, tetapi datang dari pengamalnya. Sekiranya ada dari kalangan kita yang ingin mengamalkan poligami, teruskan hasrat tersebut. Insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan rumahtangga yang maksimum kalau di amalkan dengan penuh tanggujawab dan berilmu.

Tugas kita hanyalah menceritakan kebaikan produk yang kita ada (poligami). Soal samada poligami sesuai atau tidak dengan seseorang, samada seseorang itu mampu dari segi nafqah zahir dan batin itu bukan kerja kita. Kita bukanlah orang yang diberikan hak kelayakan untuk menilai seseorang yang hendak berpoligami. Kita ceritakan sahaja kebaikan poligami sepertiamana saya menceritakan kepada anda hari ini. Soal dia mahu mengamalkan atau tidak, itu hak dia. Dan sekiranya ada yang mahukannya biarlah Mahkamah Syar’iah yang menentukan dengan bidangkuasa yang ada pada Mahkamah, Betul tak?.....Fikir-fikirkanlah…...

BAIKNYA POLIGAMI

Pada pendapat anda, buruk sangatkah berpoligami?, Bahayakah?, hinakah orang berpoligami?. Saya dapat rasakan hati anda berkata tidak. Dengan iman di dada, Hati anda berkata poligami adalah perkara biasa, normal dan dibenarkan agama. Namun saya juga dapat rasakan minda dan pemikiran anda menyatakan seribu alasan untuk mengatakan tidak pada poligami.

Kenapa sejak kebelakangan ini, ramai dikalangan masyarakat memandang serong pada poligami?. Apabila seorang hendak ataupun telah berpoligami di pandang sinis. Buruk sangatkah perlakuan poligami?. Hinakah poligami itu?. Adakah poligami akan membawa bencana kepada kehidupan seseorang yang aman damai bersama isteri pertama?.

Ini adalah antara persoalan daripada seribu soalan berkaitan poligami. Saya agak hairan dengan situasi pandangan masyarakat sekarang pada poligami. Berpoligami dianggap seolah-olah meletakkan BOMB TIMER di dalam sesebuah rumahtangga. Bila-bila boleh meletup dan menghancurkan sesebuah rumahtangga. Poligami selalu dipersoal dari pihak pemimpin hinggalah kepada masyarakat, tidak terkecuali juga dari kalangan pendakwah agama.

Poligami bukan di perlekeh oleh orang bukan Islam. Bukannya dihina oleh orang Budha atau Kristian. Tetapi poligami diperlekehkan oleh orang Islam sendiri. Orang Islam sendiri yang memperlekehkan sesuatu kebaikan yang telah diharuskan Allah. Orang Islam yang mengetahui tentang hukumlah yang menggunakan ijtihad semberonoh hingga poligami dipandang serong. Kita selalu mendengar perkataan “ Dia kawin yang kedua?, habislah dia”, “ Dia kawin yang kedua?, hancurlah rumahtangganya”. “ Dia kawin yang kedua?, memang terbiarlah anak-anaknya” Perkataan ini bukan memperlekehkah?.

Orang-orang ini lebih hebat, mereka tahu apa yang akan berlaku di hari esok?. Sedangkan hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku di esok hari. Geramnya rasa hati saya ni, sebeb itu agak keras sedikit nada di artikel ini. Allah dan Rasul membenarkan Poligami. Adakah Allah dan Rasul sengaja mewujudkan Poligami sebagai BOMB TIMER kepada sesebuah keluarga?. Adakah Allah dan Rasul sengaja menjadikan poligami sebagai alat untuk menghancurkan sesebuah rumahtangga?. Adakah Allah dan Rasul mengharuskan poligami sedangkan ia membawa mudarat?. Sudah tentu jawapannya tidakkan?. Allah menjadikan poligami sebagai salah satu jalan untuk keluar dari satu-satu masalah rumahtangga agar lebih harmoni.

Yang membuatkan saya amat terkilan, ramai dari kalangan pendakwah agama turut serta dalam memberikan pandangan negetif terhadap poligami. Sama seperti beberapa pihak yang mempersoalkan poligami. Sehingga ada yang ingin membuat kajian adakah poligami bersesuaian untuk diamalkan di Malaysia dan adakah ia memberi manfaat kebaikan?.Ini semua kerja bodoh dan mempersoalkan hukum Allah.

Tanpa poligami bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah perkahwinan tanpa zuriat?. Jumlah wanita melebihi lelaki?. Ibu tunggal yang memerlukan seorang lelaki?. Orang sekarang lebih memandang serong kepada orang yang berpoligami dari orang berzina. Masyarakat akan memuji sambil bertepuk tangan bila si polan dapat tidur dengan seorang gadis. Dikatakan “untungnya dia dapat tidur dengan si polan”. Kalau boleh nak turut serta ambil bahagian lagi. Tetapi menjueh bibir bila tahu si polan telah berpoligami dan berkata pula “budu la dia kawin lagi, kau tunggu la sikit masa lagi, hancur tu rumahtangganya”. Bukannya hendak mendoakan yang baik-baik, malah disumpah-sumpah lagi.

Apa sudah jadi ni, adakah poligami yang bermasalah atau pelakunya bermasalah?Kalau pelakunya yang bermasalah, kenapa poligami yang menjadi mangsa?. Tidak bolehkah kita bersangka baik dan membiarkan sahaja siapa pun yang hendak berpoligami asalkan dia mampu memberi nafqah?.Adakah kita sanggup menganggung dosa orang tidak berpoligami tetapi berzina?. Mahukah kita menanggung dosa mempersoalkan hukum Allah?. Allah membenarkan tetapi kita tidak?. Siapa kita?. Kita lebih besar dari Allah?. Adakah kita lebih hebat dari Allah?.Fikir-fikirkanlah….

Sunday, May 2, 2010

KERENAH PELAJAR DEWASA

Saya selalu mendengar kata-kata daripada masyarakat awam yang inginkan kelas agama diwujudkan di tempat mereka. Ada yang menyatakan “alangkah baiknya kalau ada kelas agama, boleh juga kami tumpang belajar. Selalu sangat saya mendengar perkataan sebegini. Namun sebenarnya kata-kata ini bukanlah keinginan sebenar orang yang berkata. Apabila kelas diwujudkan ditempat yang diminta. Orang yang berkata tadi belum tentu akan mengikuti kelas agama tersebut.

Inilah hakikat masyarakat dewasa masakini. Pelbagai kerenah yang boleh kita lihat dalam mengendalikan pelajar dewasa. Sebenarnya pelajar dewasa ini ada beberapa ketegori. Ada yang Islam asal, Mualaf, bujang, dan juga yang berniat memeluk islam. Saya dah banyak kali berdepan dengan kerenah pelajar dewasa ini. Ada yang betul-betul ikhlas ingin menuntut ilmu dan ada juga yang tidak tahu arah tujuan sebenar menuntut ilmu.

Sebenarnya, ada dari kalangan pelajar dewasa ini menghadiri kelas adalah kerana insaf dengan masalah yang ditanggung sekarang. Rasa terbeban dengan masalah yang dihadapi. Masalah rumahtangga atau masalah kesunyian duduk di rumah.

Saya pernah ada beberpa pelajar yang ada masalah rumah tangga. Mereka berhasrat ingin bercerai dengan suami kerana tidak tahan dengan sikap suami. Saya tahu cerita pun setelah beberapa ketika mereka menyertai kelas. Mereka beritahu yang masalah tersebut berlaku sebelum mereka menyertai kelas agama lagi.

Namun persoalannya, setelah proses perceraian mereka selesai, masalah rumatangga tadi selesai dan tidak lagi kesunyian di rumah. Mereka sudah tidak berminat untuk ke kelas agama lagi. Malah, mereka senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.

Bagi yang mualaf pula, ada di kalangan mereka yang menghadiri kelas semata untuk melayakkan mendapat wang pendidikan RM200 sebulan. Datang mendaftar dengan penuh keinsafan ingin menuntut ilmu dan sebagainya. Sanggup berkorban pahit getir dalam menghadiri kelas agama. Tetapi setelah setahun menuntut ilmu, wang pendidikan pun dah tidak dapat, pelajar ini pun hilang ntah kemana, ghaib begitu sahaja.

Tidak kurang juga bagi yang bujang. Datang ke kelas dengan penuh diplomasi dan adab sopan. Bunyinya “saya datang sebab betul-betul ingin belajar agama ustaz”. Setelah beberapa ketika mereka belajar, mereka meluahkan isi hati pada kita memohon bantuan untuk menguruskan perkahwinan. Setelah selesai majlis perkahwinan, si bujang yang telah berkahwin ini pun turut serta dengan dua bangsa di atas. Ghaib dengan tanpa berita.

Pernah juga berlaku kepada beberapa orang yang berminat untuk memeluk Islam. Datang ke kelas mengakui berminat dengan ajaran agama. Mohon ditunjuk ajar prosedur memeluk Islam. Setelah dapat apa yang dihajati, dapat memeluk Islam. Tiga keadaan akan berlaku. Pertama mereka terus hilang dengan kad Islam mereka, Kedua sempat berkahwin kemudian hilang dan ketiga akan kekal dalam pengajian. Samada kekal benar-benar kekal atau akan menjadi seperti 3 kelompok pelajar di atas.

Hakikatnya, segelintir kecil sahaja yang menuntut ilmu dengan sepenuh hati sehingga betul-betul memahami ajaran Islam sebenar. Mohon kepada pembaca sekelian, bersama-samalah kita membentuk masyarakat dewasa masakini agar menjadi orang yang cintakan ilmu dengan penuh keikhlasan agar dapat menghilangkan kejahilan dalam diri kita masing…fakir-fikirkanlah.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template