Saturday, October 15, 2011

AMALAN ANTARA IKHLAS DAN RIAK

Kita sering melihat masyarakat Islam sekitar kita yang mempunyai amalan agak luar biasa dari kebiasaan. Ia amalan yang tidak seperti masyarakat kebanyakan lakukan. Ia seperti ada pembawaan ilmu dari guru, seperti mengikuti sebarang tarikat, mempunyai sebarang baiah. Perkara-perkara ini yang memungkinkan amalan tersebut menjadi amalan yang luar biasa.

Biasanya amalan-amalan ini adalah amalan yang bukan fardhu tetapi nampak seolah-olah wajib pada orang-orang yang mengamalkannya. Kebiasaannya ia melibatkan amalan solat sunat dengan banyak bilangan rakaatnya dan juga zikir dengan bilangan yang banyak. Tidak kurang juga mereka yang pantang angkat tangan berdoa, akan menangis bersungguh-sungguh kesedihan.

Kebiasaannya amalan2 ini akan di lakukan tanpa mengira tempat, keadaan, suasana dan masa. Sehingga wujud kehairanan di kalangan masyarakat sekitarnya melihat amalan-amalan sedemikian rupa. Berbagai cara, feel dan gaya badan dalam pengamalan tersebut. Ada yang solat nampak seolah khusyuk sangat, ada yang sambil lewa, ada yang solat seperti patuk ayam dan berbagai-bagai lagi.

Bagi yang ahli zikir pula, berbagai-bagai gelagat yang mereka tampilkan. Ada yang zikir dengan penuh khusyuk, ada yang zikir dengan gerak perlahan, ada yang gerak badannya laju. Ada yang nada suaranya kuat, ada yang bersuara kuat di tambah dengan kelajuan TURBO hingga tidak difahami apa sebenarnya yang dilafazkan.

Namun saya bukan hendak menyalahkan perkara-perkara begini. Cuma mungkin kejadian-kejadian begini boleh kita ambil iktibar bahawa perlaksanaan begini memerlukan satu kefahaman kaedah dan pendekatan yang lebih sempurna, agar kita dapat beramal dengan kesempurnaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa situasi yang di sebut di atas memang banyak berlaku. Tidak kira samada di bandar besar mahupun di desa-desa. Perkara sebegini berlaku hingga wujud segelintir masyarakat umum yang tidak selesa dengan keadaan ini. Ditambah pula dengan pendekatan sesetengah pengamal yang memaksa masyarakat sekitarnya untuk beramal seperti mereka hingga berlaku perbalahan dan pergaduhan sesama Islam.

Saya secara peribadi tidak menyalahkan amalan-amalan sebegini, orang berzikir, bersolat takkanlah itu boleh dikatakan salah?..mereka akan masuk Neraka?..mungkin itu tuduhan yang melampau. Namun perlu disedari bahawa bukan semua amalan di sekitar kita betul cara pelaksanaannya. Ada juga amalan yang nampak baik, tp cara pelaksanaannya tidak menepati kehendak syariat. Amalan-amalan sebegini sebenarnya telah meletakkan diri pengamalnya diantara keikhlasan dan juga riak. Sekiranya ikhlas, Alhamdulillah selamat, namun jika tercebis sedikit riak atas amalan tersebut, ia akan membinasakan pengamalnya di akhirat kelak.

Sebenarnya amalan solat dengan rakaat yang banyak, zikir hingga mencecah ribuan zikir, berdoa sambil menangis-nangis di depan-depan masyarakat sekitarnya tidaklah memberikan makna yang besar pada pengamalnya, ia bukanlah penanda aras keikhlasan seseorang. Kerana, hanya mereka yang benar-benar kuat dan ikhlas sahaja yang pasti selamat di akhirat kelak. Bagi yang tidak cukup kuat, pastinya cebisan riak akan wujud dan akan membinasakan diri pegamalnya. Amalan di khalayak ramai ini, kebiasaannya 9 dari 10 org boleh melakukannya dengan amalan yang luarbiasa, hebat, alim dan kuat beramal. Ini kerana amalan kita akan di lihat orang akan mendorong untuk kita beramal dengan amalan yang luar biasa.

Namun sekiranya pengamalnya benar-benar ikhlas atas amalan tersebut, sebaiknya amalan tersebut di lakukan di mana semua orang telah lena dengan mimpi. Tanpa seorang pun melihat mengamalnya, ia bangkit dengan bersolat sunat dari malan hingga ke subuh, berzikir sebanyak-banyaknya dan menangis semahu-mahunya kerana takut pada Allah swt. Sekiranya ini boleh berlaku, benarlah amalannya itu adalah amalan yang ikhlas, amalan yang hanya dirinya dan Allah sahaja yang tahu…Namun amalan di khalayak ramai, akan menimbulkan fitnah dan rasa sangsi di kalangan masyarakat sejauh mana keikhlasannya beramal kerana Allah swt. Fikir-fikirkan… J

1 comment:

maya1985 said...

assalamulaikum ustaz,,saya salah seorang pelajar dari teratak fitrah muis dan merupakan seorang mualaf/saudara baru ingin menyatakan bahawa,penulisan ustaz ini memang benar-benar telah membuka hati dan fikiran saya untuk terus mendalami agama islam ini secara lebih telus.ya,memang benar,apa yang ustaz telah nyatakan di dalam artikel blog ustaz yang mana,setiap kita umat manusia dan sebagai seorang islam yang betul-betul ikhlas dalam berdoa haruslah tidak riak untuk menampakkan ketulusan kita berdoa kepada orang lain seperti menangis,berzikir dll..sebaik2nya kita harus berdoa ketika kita dan tuhan sahaja yang tau..itu lebih menyentuh dan menampakkan hal-hal pertaubatan kita dan benar2 mau menyesalinya..walhal,dengan diri saya sendiri,saya lebih suka untuk berdoa dan menyediakan diri kepada tuhan apabila keadaan itu tenang dan tidak ada apa2 gangguan..sebaik2nya sebelum tidur ataupun ketika terbangun dari tidur pada waktu malam..saya berharap ustaz dapat menambahkan lagi artikel2 di dalam blog ustaz ini untuk tatapan semua dan untuk kesedaran diri kita masing2...subahanallah...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template